Thursday, July 30, 2015

sang pembela

No comments:
Muhyiddin banyak bantu perjuang hak Melayu
FATHIN ATHIRAH HASLI
30 Julai 2015



KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak membantu NGO Melayu seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) untuk meningkatkan hak orang Melayu di bumi sendiri.

Gadis viral, Siti Azzahra Abd Razi yang juga berkhidmat sebagai penyelidik di MTEM berkata, Muhyiddin adalah seorang pemimpin yang sentiasa mengetengahkan nasib orang Melayu di negara ini.

Menurut gadis yang dikenali sebagai 'Saya Zahra' ini, Muhyiddin telah banyak membantu dan turut serta menyertai program yang sentiasa membantu membina jati diri serta ekonomi orang-orang Melayu.

“Bukan sahaja Tan Sri (Muhyiddin), termasuk beberapa menteri yang pernah dijemput hadir dalam program kami sebelum ini. Mereka semua banyak membantu kami,” katanya menerusi temubual bersama Sinar Online.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pada semalam mengumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu menggantikan Muhyiddin.

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan rakyat. Muhyiddin kini masih memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno.

Tambah Zahra lagi, pihaknya berharap pengganti Muhyiddin dapat terus mendukung perjuangan yang sebelum ini pernah dibawa Muhyiddin.

“Bagi pihak MTEM, kami berharap apa yang diperjuangkan dapat diketengahkan dan dititikberatkan oleh timbalan perdana menteri seterusnya,” katanya lagi.

Zahra yang merupakan graduan ijazah undang-undang mendapat sokongan yang hebat daripada rakyat Malaysia kerana berucap tentang erti sebenar 'survival' bagi pihak golongan muda di negara ini.

Pada 17 Jun 2014 lalu, Zahra dikatakan menyampaikan ucapan mengenai kehidupan anak muda sepertinya di hadapan Muhyiddin di Kuala Lumpur Golf & Country Club dalam majlis 'Laporan Sosio-ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi'.

Video rakaman ucapannya itu telah dimuat naik di laman YouTube oleh MTEM Bersatu pada 7 Julai lalu; menyebabkan Zahra dikenali di laman sosial dalam masa yang singkat.

Menurut Zahra, walaupun berpelajaran tinggi, tetapi kehidupan kebanyakan golongan muda di Malaysia masih lagi seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' sambil mempersoal apakah nasib graduan jika ini berlarutan?

“Belajar tinggi-tinggi, akhirnya mengemis juga,” kata Zahra dalam ucapannya.

sinar harian

Continue Reading...

Tuesday, July 28, 2015

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin

No comments:
BAPA MUHYIDDIN ANTARA ULAMA TERSOHOR TANAH MELAYU.

Sedikit riwayat Tuan Guru Haji Muhammad Yassin - Ulama dan Pendidik dihormati di Muar.

Nama lengkap ulama yang menetap di Muar ini ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad. Diriwayatkan beliau berasal dari Siak, Sumatera.

Beliau merupakan ayahanda kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Muhammad Yassin. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin lahir pada tahun 1902 Masehi dan meninggal dunia ketika berusia 73 tahun di Muar, Johor.

Sepanjang hayatnya, beliau dikatakan mempunyai 46 orang anak, hasil perkongsian hidupnya dengan 4 orang isteri iaitu Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim yang merupakan ibu kandung Tan Sri Dato’ Muhyiddin, Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim. Kebanyakan ahli keluarga Tuan Guru Muhammad Yassin kini menetap di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Beliau banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Adakalanya, beliau mengajar sampai ke Chohong Melaka yang merupakan sempadan antara Melaka dan Muar. Pengajaran beliau kebanyakannya tertumpu kepada kitab-kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid.

Untuk tujuan mengajar, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin akan dibawa menaiki kereta yang dipandu oleh anak beliau sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak beliau yan tertua dari isteri yang pertama. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar amatlah besar. Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Sekolah tersebut ialah

1. Sekolah Menengah Md. Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Sekolah ini adalah merupakan sekolah persendirian yang diasaskan beliau. Anak beliau seperti Allahyarham Ismail Mohd. Yassin pernah menjadi Guru Besar di sekolah itu manakala anak-anaknya yang lain seperti Allahyarham Kamaruddin Mohd. Yassin, Fatimah Mohd. Yassin dan Baharuddin Mohd. Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut sekitar tahun 70-an dahulu.

2. Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri. Sekolah ini mengambil pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa Arab.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menadah kitab kepada ulama besar Muar satu ketika dahulu iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dikatakan telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu. Antara kitab yang berjaya dikhatam dihadapan gurunya itu ialah Faridatul Faraid karangan masyaikh gurunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani yang sangat terkenal di Alam Melayu pada abad ke-19 Masehi. Gurunya iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau. Pandangan beliau terhadap gurunya seperti yang dicatatkan oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah diungkapkan seperti berikut,

"Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.''

Murid-murid lain yang telah menimba ilmu dengan gurunya itu ialah seperti Tan Sri Mohamed Noah. Tan Sri Mohamed Noah adalah sepupu kepada gurunya itu dan merupakan ayah mertua kepada Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang kedua).

Murid gurunya yang lain ialah seperti Datuk Haji Mohd. Noor, ayah kepada Datuk Haji Juma'at, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting selepasnya. Antaranya ialah seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor dan mempunyai pengikut yang bertaburan di serata negeri Johor.


fb demi negara
Continue Reading...

Saya Redha :TSMY

No comments:



KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

28 Julai 2015

Continue Reading...

Friday, July 10, 2015

ulang tahun che det

No comments:




selamat ulang tahun ke 90
semoga Allah melimpah rahmat ke atas dirimu
10 Julai 2015
Continue Reading...

the boy from the paddy fields state

No comments:

Siti Hasmah hurts for ‘the boy from the paddy fields state’
FMT Reporters
July 10, 2015


The wife of the former PM says she feels bad when political opponents call Mahathir Mohamad a “traitor”.



PETALING JAYA: Unflinching in her support for her husband Dr Mahathir Mohamad, the former prime minister of Malaysia, Dr.Siti Hasmah Ali said she felt “bad” when opponents of his called him a traitor for “speaking up” about the political situation in the country, she told Malaysiakini during an exclusive interview with them on Monday this week.

Referring to her husband endearingly as “the boy from the paddy fields state” (Kedah), Siti Hasmah also said, “No one else wants to speak up” when asked why it was only Mahathir who criticised Prime Minister Najib Razak’s leadership.

Refusing to comment any further on issues dealing with politics, she jokingly asked her interviewers, “Eh, we are going to politics? No, no, no…”

She said that for his birthday today, besides a simple dinner, she would only be offering up a prayer that his “fight” to see a better Malaysia would finally come to an end.

“I also pray so that he can at least, see his fight end. In what way, I don’t know.

“If there are signs that his fight will end in whatever way, or Vision 2020 is coming to show him that whatever he had in mind before will be fulfilled, no matter whether small (successes) or not, I think he will be very happy,” Siti Hasmah was quoted by the news portal as saying.

She said she was reminded of a poem her husband once read while he was prime minister, called ‘Perjuangan Yang Belum Selesai’ (The fight that is not yet over) that conveyed the sorrow he felt for a nation that was colonised, degraded, humiliated and forgotten.

That poem is now on display in a huge frame on the ground floor of the Yayasan Kepimpinan Perdana in Putrajaya and she remembers passing it every time she followed her husband into his office when he was still prime minister of the country.

With her birthday in just two days’ time, Siti Hasmah said she did not want anything in particular. She also revealed that her husband preferred meaningful gifts over expensive ones.

“The best is when he buys something like a frame with a picture of us already inside..that will be very nice,” she said.

FMT
Continue Reading...

Sunday, July 5, 2015

Al-Quran Acuan Kehidupan

No comments:


Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“AL-QURAN SEBAGAI ACUAN KEHIDUPAN”
(3 JULAI 2015/ 16 RAMADHAN 1436H)

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari ke-16 bulan Ramadhan yang berkat ini, saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada-Nya, dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah “AL-QURAN SEBAGAI ACUAN KEHIDUPAN”.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Tarikh 17 Ramadhan yang akan kita tempuhi esok, merupakan tarikh keramat yang pernah menyaksikan turunnya wahyu pertama, kepada Nabi Muhammad SAW ketika sedang bersendirian, munajat kepada Allah di Gua Hira’. Penurunan wahyu ini, sebagai tanda pengiktirafan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul, yang akan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh alam. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW, yang kekal hingga hari qiamat. Ia memperlihatkan kehebatan Nabi Muhammad SAW, yang terkenal sebagai seorang ummi, tidak tahu membaca dan menulis, tetapi mampu mengingati al-Quran dengan baik setiap kali ia diturunkan.

Tidak tahu membaca dan menulis yang ada pada Nabi Muhammad SAW, bukanlah untuk melemah atau merendahkan martabat Nabi, sebaliknya suatu bukti jelas, betapa al-Quran bukannya kitab rekaan atau hasil penulisan nabi sendiri sebagaimana yang didakwa oleh penentangnya. Mukjizat Al-Quran adalah lebih terserlah kehebatannya, apabila umat Islam selalu membacanya, dan menjadikannya sebagai rujukan utama dalam kehidupan seharian. Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa, akan dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala sebagaimana sabda Rasulullah SAW:


Bermaksud: “Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kebajikan seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. ”(Riwayat Tirmizi)

Sebagai umat Islam, semestinya hubungan kita dengan Al-Quran adalah ibarat isi dengan kuku. Ia cukup erat sehingga tidak boleh terpisah-pisah. Tambahan pula dengan wujudnya kecanggihan teknologi masa kini, sepatutnya tiada lagi alasan untuk umat Islam tidak celik Al-Quran. Kini naskah al-Quran boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti perisian komputer, aplikasi android, pen bacaan, CD dan boleh dimuat turun dalam telefon bimbit dengan mudah. Teknik-teknik mudah mempelajari Al-Quran juga cukup banyak dan umat Islam mempunyai banyak pilihan untuk mendekati dan menguasai Al-Quran.

Dalam konteks membudayakan Al-Quran dalam masyarakat, pihak pemerintah menerajui usaha melahirkan para penghafaz Al-Quran menerusi Darul Quran, mendidik generasi muda melalui kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), menganjurkan Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, menganjurkan pertandingan Hafazan Al-Quran, menerbitkan tafsir al-Quran iaitu Tafsir Pimpinan ar-Rahman dan banyak lagi.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung dan abadi, berperanan sebagai acuan kehidupan, memandu manusia ke jalan yang benar dan membebaskan manusia dari azab api neraka. Namun persoalan besar timbul di sini apakah yang dimaksudkan dengan Al-Quran sebagai acuan kehidupan? Secara ringkasnya, mimbar yang mulia ini ingin menyatakan, Al-Quran sebagai acuan kehidupan berperanan membentuk kehidupan, manusia berdasarkan kepada tiga ciri utama, iaitu aqidah, ibadah dan muamalat, yang dapat disimpulkan seperti berikut:

Pertama: berdasarkan kepada Al-Quran bahawa umat manusia diikat dengan aqidah yang satu, bertauhidkan Allah SWT. Oleh itu, sebagai umat Islam kita wajib menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT. Ini merupakan syarat mutlak sahnya kepercayaan kita terhadap adanya tuhan dalam Islam selain mengarah kepada mengesakan Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.”

Kedua: Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Ia merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Justeru, sebagai seorang Islam kombinasi kehidupan dunia dan akhirat merupakan unsur Ibadah yang menjadikan seorang hamba itu hidup berpahala dan taat kepada perintah Allah SWT.


Dan ketiga: Al-Quran bukan sahaja berfungsi sebagai jalan untuk manusia berinteraksi dengan Allah SWT, bahkan ia turut menyediakan garis panduan dalam aktiviti muamalat sesama manusia. Dalam hal ini, Al-Quran meletakkan panduan prinsip al-adl wal ihsan yang berteraskan kepada akhlak Islam iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat serta menghapuskan penindasan. Justeru, sistem-sistem muamalat seperti kapitalis dan sosialis sememangnya telah jelas menyanggahi prinsip-prinsip Islam.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Kita sedar pada hari ini, pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan pegangan umat Islam dalam menjadikan Al-Quran sebagai acuan kehidupan. Mereka melakukan melalui pencemaran budaya, membangkitkan isu keagamaan, penyebaran fitnah sama ada melalui media massa dan alam siber serta melanggari undang-undang negara. Mereka juga mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, peranan Mahkamah Syariah dan bidangkuasa Raja sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu dan pada akhir-akhir ini, mereka juga mempertikaikan kewujudan dan peranan Institusi keagamaan di negara ini. Mimbar yang mulia ini, ingin menyatakan bahawa, inilah sebahagian daripada agenda untuk melemahkan pegangan umat Islam, melemahkan acuan kehidupan yang berteraskan kepada Al-Quran, dan yang paling utama ialah agenda untuk melemahkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Justeru, sebagai umat Islam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, cintakan Al-Quran, mimbar menyeru, marilah sama-sama kita bersatupadu, mengeratkan perpaduan di kalangan kita agar apa jua usaha mereka untuk menggugat kedudukan agama Islam dan Institusinya di negara ini dapat digagalkan. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT, agar segala usaha untuk melemahkan pegangan umat Islam dapat dihindarkan. Sesungguhnya kekuasaan dan pertolongan Allah SWT sentiasa bersama jemaah dan mereka yang benar. Firman Allah dalam Surah Ali- Imran ayat 160:

Maksudnya: “Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.”


Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia dan Sambutan Nuzul AL-Quran pada kali ini, mimbar yang mulia menyeru sidang jumaat dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita mengambil langkah-langkah berikut:

Pertama: Meletakkan Al-Quran sebagai acuan kehidupan, dengan menjadikannya sebagai kitab rujukan sepanjang hayat, demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Kedua: Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa memahami dan menghayati kandungan dan petunjuk al-Quran itu. Makna tadabbur yang dijelaskan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Tafsir al-Munir ialah memerhatikan makna-makna ayat al-Quran dan meneliti kandungannya. Apabila melakukannya kita dapat menghayati sepenuhnya kandungan Al-Quran, bahkan menambah tautan cinta dan rindu berinteraksi dengannya.

Ketiga: kita hendaklah menolak segala unsur yang cuba untuk mengugat kesucian agama Islam di negara ini. Dalam hal ini, umat Islam hendaklah bersatu tanpa mengira apa-apa latar belakang fahaman, ideologi dan politik.

Keempat: Sesungguhnya Allah SWT memberikan kemuliaan dan mengangkat maratabat umat ini, dengan mereka mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh dan menjadikannya acuan kehidupan. Oleh itu, mimbar menyeru semua pihak dalam keberkatan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketaqwaan dan mengubah segala kelakuan buruk dengan mengamalkan segala isi kandung al-Quran supaya kehidupan kita diredhai Allah SWT.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalm surah al-Qamar ayat 17:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Qur'an untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan?”
Continue Reading...

Saturday, July 4, 2015

Kenyataan Media TPM

No comments:


Kenyataan Media
YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Dato' Seri Najib. Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran.

Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Dato' Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian. Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Dato' Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Allah s.w.t akan memberikan kita segala tawfiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

4 Julai 2015
Continue Reading...

What Empowers You?

No comments:
This is your chance to get rewarded for your writing and photos! For the second time, Maybank Foundation and Perdana Leadership Foundation have teamed up to organise a contest for young Malaysians. This year, it's a Writing and Photo Contest for young writers of essays and fiction as well as aspiring photo-journalists.

Wonderful prizes await our winners, including substantial cash rewards of up to US$2,500, and the chance to meet with an established author and photo-journalist! Schools, colleges and universities stand a chance to win books and cash, too. Closing date is 16th September 2015 and there is no limit to the number of entries per person!

So, don't procrastinate. Write, Imagine and Snap Your Way to Great Prizes!



http://www.maybankperdanacontest.com/index.php/en/

Continue Reading...

pertemuan

No comments:





pertemuan
barangkali foto ini akan menjadi sejarah
membuka peta baru
mengharumkan warna dan  ragam
sebuah negara
sebuah cinta
antara insan
dan hidup bersama ini
tebarkan bunga
tebarkan bunga
persaudaraan
biarlah kita nikmati
segala indah
sebuah negara tercinta

Continue Reading...