Tuesday, March 24, 2009

wang atau bangsa?



grafik sumber daripada : bentengegara.blogspot.com

wang atau bangsa
perlukah wang kalau bangsa tersepit tulang dan belulang
perlukah wang kalau bangsa hilang perkasa
perlukah wang kalau bangsa tempang

pada ketika kita mahu bertatih menetaskan perjuangan
membela bangsa dari derita dimamah petualang
wangkah obor perjuangan
bukankah, penuh kemiskinan kita merangkak
menebar semangat membangkitkan hasrat
berjuang untuk menegakkan bangsa
darah perjuangan lahir dari semangat dan kesedaran
bukan menetas dari denting syiling atau emas intan
bukankah, dengan airmata kita satukan bangsa
bukankah dari miskin, melarat dan papa
kita bertapak menganjak nasib bangsa
bukan wang menobat bangsa
tapi bangsa bermartabat menukar kemelaratan
menjadi kandil kejayaan

wang atau bangsa
jangan kerana wang bangsa tempang
jangan wang menjadi tali penegak perjuangan
jangan sempitkan jalan bangsa
untuk berlari ke hadapan
janganlah jangan
wang menjadi taruhan
bangsalah taruhan
bangsalah perjuangan

perkasakan bangsa
duhai taulan
Share this article :

0 comments: