Thursday, May 24, 2018

salute

No comments:
I salute you, you saved the country', Robert Kuok tabik hormat kepada Tun Mahathir
Faiq Chong, Astro Awani
23 Mei 2018


'I salute you, you saved the country', Robert Kuok tabik hormat kepada Tun Mahathir
Kuok memberi tabik hormat setelah menjabat salam kepada Tun Dr Mahathir di pejabat Perdana Putra, hari ini. - Sumber foto Twitter/@chedetofficial

PUTRAJAYA: Ahli perniagaan Malaysia terkemuka, Tan Sri Robert Kuok hadir di pejabat Perdana Putra untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Menerusi satu perkongsian tweet daripada akaun Twitter rasmi Dr Mahathir, Kuok turut memberi tabik hormat kepada Dr Mahathir setelah bersalaman dengan PM Malaysia ketujuh itu.

Saya tabik kepada anda, anda telah selamatkan negara ini," ujar Kuok kepada PM Dr Mahathir.

"Sudah tentu, dengan bantuan Daim," kata Kuok, merujuk kepada ahli perniagaan Tun Daim Zainuddin yang mengetuai panel lima ahli dalam Majlis Penasihat Kerajaan. (Kuok juga merupakan salah satu daripada ahli majlis itu.)

"Ya, saya tahu, tapi kami memerlukan bantuan anda sekarang," kata PM Dr Mahathir.

Kuok turut berpesan kepada rakyat Malaysia untuk meletakkan kepercayaan kepada ahli-ahli Majlis Penasihat Kerajaan dan juga mengatakan mereka yang dipilih adalah kalangan yang terbaik.

astroawani




Continue Reading...

Wednesday, May 23, 2018

hari pertama

No comments:
Dr. Mahathir pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama



PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri di Perdana Putra. Ini adalah mesyuarat pertama Kabinet selepas kerajaan baharu dibentuk. - UTUSAN ONLINE/MEDIA SOSIAL


23 Mei 2018

PUTRAJAYA 23 Mei- Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama di Perdana Putra di sini, hari ini.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 13 menteri yang mengangkat sumpah pada Isnin lepas.

Sebelum mesyuarat kabinet itu bermula, Dr. Mahathir menyertai sesi bergambar bersama jemaah menteri.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

Ini merupakan mesyuarat kabinet pertama setelah Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, lepas.

Dr. Mahathir, 92, kembali menerajui negara selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia berikutan kemenangan PH itu, sekali gus menjadi perdana menteri tertua di dunia.

Beliau sebelum ini merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan menerajui tampuk pemerintahan negara dari 1981 sehingga 2003.- BERNAMA



utusanonline




Continue Reading...

Tuesday, May 22, 2018

saya hampir mati

No comments:
'Saya hampir mati dalam kes ini' - Mohd Shukri
Oleh Wartawan NSTP


PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman ketika menyiasat kes penyelewengan daripada pihak yang ada kaitan dengan penyelewengan SRC International, anak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu dilantik Khamis lalu itu mendakwa, ugutan itu termasuk akan dipecat, dipaksa bersara awal dan menerima kiriman peluru hidup sebagai ancaman.

Katanya, beliau dan pegawai penyiasat menghadapi tekanan cukup hebat ketika itu termasuk saksi dilarikan malah beliau serta Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dituduh sebagai pembelot dan mahu menjatuhkan kerajaan.

"Pengalaman saya dalam kes SRC dan 1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini.

"Saya rasa sedih. Saya dan Abu Kassim dituduh pembelot untuk menjatuhkan kerajaan. Kami buat kerja bersungguh-sungguh untuk selamatkan negara dan membawa balik wang dari luar negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Jaafar Mahad.

Mohd Shukri adalah pegawai yang melengkapkan dua kertas siasatan berkaitan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Dalam siasatan itu, lebih 100 saksi diambil keterangan. Pada 3 Oktober 2016, beliau memilih untuk bersara wajib.

Susulan ancaman itu, Mohd Shukri membuat keputusan melarikan diri ke Washington Amerika Syarikat (AS) pada 31 Julai 2015.

"Dalam perjalanan ke sana, saya viralkan cerita saya akan pergi ke Jeddah. Dan ketika itu pihak berkuasa Malaysia menghantar 'red alarm' ke Jeddah suruh tangkap saya.

"Tiba di Washington, saya berasa tidak selamat kerana ada orang mengekori saya. Pegawai saya di sana sempat ambil gambar orang yang mengekori itu.

"Kemudian saya serahkan gambar itu kepada Azam dan minta dia serahkan kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kata saya yang ekori orang dia.

"Kemudian saya lari ke New York menaiki kereta api dan bertemu dengan kawan yang pernah bertugas di Singapura di Jabatan Polis New York (NYPD).

"Mereka memberi perlindungan selama seminggu berserta tiga 'bodyguard'. Selepas rasa selamat saya balik ke Washington dan dapat maklumat pegawai saya ditangkap dan ditukar.

"Pada masa itu saya menangis seperti budak kecil di depan 'Mat Salih'. Saya rasa bersalah kerana anak buah kena tangkap tetapi saya lari ke AS.

"Kemudian saya 'WhatsApp' dua orang menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Paul Low.

"Saya sampai tahap mengugut mereka jika tidak lepaskan anak buah dan beri jawatan lama kepada mereka, saya akan balik dan dedahkan semuanya. Alhamdulillah saya dapat balik pegawai saya," katanya sebak.

Terdahulu, Mohd Shukri berkata, beliau pada mulanya menolak tawaran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM atas alasan sudah 'seronok' bersara dan dapat meluangkan masa bersama cucu.

Namun, beliau menerima tawaran Dr Mahathir kerana mengambil tanggungjawab untuk negara dan bagi menamatkan 'tugas' yang belum selesai.

"Saya sebenarnya tidak gembira kerana sudah rasa bahagia bersara dan berasa sudah tua. Bila berjumpa Tun, saya terfikir 'nak kata dah tua, dia (Tun) lebih tua daripada aku'.

"Kalau cakap saya dah bersara, dia (Tun) bersara lagi lama. Saya dah mula fikir nak bagi jawapan sesuai.

"Bila berdepan dengan Tun susah nak cakap sebab orang tua ni dah umur 93 tahun masih kerja untuk negara takkan aku yang muda nak kata tak.

"Akhirnya saya terima tetapi dengan syarat untuk habiskan kerja saya yang belum sesuai. Tun kata tiada masalah," katanya.

bhonline

Continue Reading...

hanya 3 menteri

No comments:
Hanya 3 menteri berani bersuara - Mohd Shukri
Oleh Wartawan NSTP



PUTRAJAYA: Datuk Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertemu dengan menteri Kabinet dan Majlis Raja-raja bagi mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas terdapat bukti berlaku penyelewengan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik ke jawatan itu Khamis lalu berkata, inisiatif mengadakan pertemuan itu digerakkan Abu Kassim yang ketika menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

"Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain, dengan (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) ke, (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) ke, sebab jumlahnya terlalu besar RM2.6 bilion.

"Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut.

"Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata 'kalau saya dengar cakap kamu dulu pasti tidak akan jadi macam ini' (Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14)," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Jaafar Mahad.

Mohd Shukri berkata, selepas usaha meyakinkan menteri tidak berjaya, beliau dan Abu Kassim mengambil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-raja.

"Kami jumpa Majlis Raja-raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa," katanya.

Beliau turut mendedahkan ditemui sebanyak dua kali oleh seorang Ahli Parlimen dari utara Semenanjung yang bertanya apakah beliau mahu sesuatu apabila menyiasat penyelewengan 1MDB dan mahu Najib disingkirkan.

"Saya tegaskan supaya jangan ganggu siasatan saya. Biar kami tamatkan siasatan dan serahkan kepada Peguam Negara untuk putuskan.

"Kali kedua Ahli Parlimen ini datang dan tanya, saya kata kepadanya kalau Datuk tanya lagi saya akan tangkap mengikut Akta SPRM," katanya.

bhonline
Continue Reading...

Monday, May 21, 2018

pasukan

No comments:
KENYATAAN MEDIA
PENUBUHAN PASUKAN KHAS SIASATAN KES 1MDB

YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Khas Siasatan 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MDB, pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Pasukan Khas ini akan diketuai bersama oleh YBhg Tan Sri Gani Patail (mantan Peguam Negara), YBhg Tan Sri Hj Abu Kassim Mohamed (mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM), Dato Sri Hj Mohd Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Dato' Abdul Hamid bin Bador. Keanggotaan Pasukan ini akan terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

Pasukan Khas ini akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara. Pasukan Khas ini juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak agensi penguatkuasaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara yang berkaitan.

Kerajaan berharap penubuhan Pasukan Khas ini dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan yang terlibat akan berupaya mengembalikan maruah negara yang telah tercemar selama ini di samping mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB.

Pejabat Perdana Menteri
21 Mei 2018




Empat individu ketuai Pasukan Khas Siasatan 1MDB



(DARI kiri) Abdul Hamid Bador, Shukri Abdull, Abu Kassim Mohamed dan Ghani Patail.

Hakimi Ismail
21 Mei 2018 2:25 PM


PUTRAJAYA 21 Mei- Sebuah Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diketuai empat individu telah dibentuk bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, pasukan itu bertangungjawab untuk membuat pengesanan, rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.


“Pasukan khas itu akan diketuai bersama oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjayan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

“Keanggotaannya pula akan terdiri daripada SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasukan tersebut akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara.

Katanya, pasukan khas itu juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak agensi penguatkuasaan Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara yang berkaitan.

“Kerajaan berharap penubuhan pasukan ini dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan yang terlibat akan berupaya mengembalikan maruah negara yang telah tercemar selama ini di samping mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB.,” katanya.-UTUSAN ONLINE


utusanonline
Continue Reading...

Tun M di JPM

No comments:


Tun M dalam satu majlis bersama warga Jabatan Perdana Menteri memberi ucaptama di Dataran Perdana, Perdana Putra, Putrajaya.

Tun M menulis di laman FB beliau
"Saya bersyukur sehingga kini saya tidak hadapi masalah dengan kerjasama daripada pegawai-pegawai sedia ada. Saya juga menekankan bahawa para pentadbir perlu kembalikan nama baik negara yang begitu dihormati sebelum ini. Kerjasama semua anggota pentadbir sangat diharapkan untuk memulihkan negara."









Continue Reading...

Friday, May 18, 2018

Kabinet Malaysia

No comments:
Senarai Menteri Kabinet Malaysia diumum Perdana Menteri


SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Pelantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.”

Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong pada pukul 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong adalah seperti berikut:



PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad

TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

MENTERI



BERSATU:

3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)

4. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

5. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Puan Rina Harun (Titiwangsa)

PKR:

6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)

7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)

8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:

9. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)

10. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)

12. Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:

13. Menteri Pertahanan: Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)

14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Haji Salahuddin Ayub (Pulai)

15. Menteri Kesihatan: Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang Di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan
diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.

Terima kasih.



portalislamdan melayu
Continue Reading...

The Dawn Of A New Era

No comments:
The Dawn Of A New Era
Wednesday 16 May 2018
By Fathol Zaman Bukhari



For many Malaysians it is a vindication of sorts for the sufferings they have endured from a ruling coalition that had been in power for over six decades. The 14 th General Elections (GE 14), held nationwide on Wednesday, May 9, 2018, was a watershed in the nation’s history. It marked the end of Barisan Nasional (BN) and the beginning of the hastily-forged Pakatan Harapan (PH) made up of four parties under the stewardship of an ageing but energetic former Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad.

Upon being sworn in as the country’s seventh Prime Minister on Thursday, May 10, Dr Mahathir now holds the unenviable distinction as the world’s oldest head of government. The 92-year old’s stamina, as he canvassed for support in a gruelling campaign trail around the country in the run-up to the keenly contested GE14, put his much younger contenders, including his nemesis, Najib Razak, to shame.



And the grand old man was handsomely rewarded when he and his Pakatan Harapan political partners handed the Umno-dominated Barisan Nasional a crushing defeat at the polls dubbed the “Father of all Elections”. What prompted Mahathir to come out of a 13-year political hiatus was mismanagement by his one-time protégé Najib Razak that had raised the hackles of the man who helmed Malaysia for 22 years (1981 to 2003).

The joy surrounding the victory was felt by all of those who partook in the elections and I was no exception. There was much excitement in the days leading to the long-awaited polls. Rumours were abound that a state of emergency would be declared should BN be defeated. Assurances by the police and the armed forces did little to assuage people’s fears but when the day came Malaysians of voting age came out in droves to determine who would administer their battered country for the next five years. And they did it in style.

When the dust settled Najib and his cohorts were roundly beaten. The party that was once the darling of the populace managed to garner only 79 parliamentary seats to Pakatan Harapan’s 135. Umno’s stronghold, Johor fell for the first time ever. The party’s long-time partners MCA, MIC and Gerakan were routed, their presidents biting the dust in their own backyards. This is the extent of the rakyat’s rejection of a party that was long on promises but short on actions. Years of abuse, a string of financial scandals plus arrogance and a sense of entitlement among its leaders were the primary reasons for its downfall.

Voters that thronged my polling station at the school in Bercham were mainly Chinese with a sprinkling of Indians and Malays. My wife and son were in our respective poling streams by 8.30am on Wednesday, May 9. The queue was long but orderly.

I chanced upon many youngsters who had journeyed home from their workplaces outside of Ipoh to vote. It was phenomenal. The one thing on their mind was to perform their citizenry responsibility of picking the right political party to lead the country out of its misery.

And picked they did for the betterment of the nation. I am mighty proud to be a party to this change in spite of the many discomforts I had to endure. Topping the list was the long waiting time in a queue that inched its way round a block. Fortunately, we were under cover and thus were spared the searing heat of the morning sun.

My brief conversation with a fellow voter while taking a breather in the shade summed up the mood that fateful day in May.

“People’s feelings were not respected, the rule of law is long gone. Every institution in the country has been messed up with. Simply put, the country is going down the road of no-return. The rakyat are getting poorer by the days. I want BN out for good,” he exclaimed.

I shared his sentiments. Malaysians are being hook winked by a leader who is so disconnected with the rakyat. His promise not to tax young working Malaysians under the age of 26 should BN be returned to power was the last straw. Didn’t he know that working youths of that age never pay income tax, as they don’t earn enough?

All said and done, Malaysians had made their wishes known and now look forward to a new future. They bid farewell to 61 years of one-party rule and welcome the dawn of a new era filled with hopes and expectations.

And by all reckoning it was neither a Chinese nor an Indian nor a Malay tsunami. It was a Malaysian tsunami. Period.

The indelible ink on my left index finger remains although it is fast fading. It is history and I am proud of it. Wednesday, May 9 2018 will remain etched in our memories as the day Malaysians united for a common cause. This old coot has experienced the racial riots of May 13, 1969 and now, the euphoria of GE 14, almost 49 years apart.

ipohecho
Continue Reading...

Thursday, May 17, 2018

dua warna

No comments:


dua warna bercantum
untuk malaysia yang makmur
harapan terbaik rakyat
di kedua-dua tangan bersentuhan


Tahun 1982
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Anwar Ibrahim telah mengejutkan banyak pihak apabila beliau mengumumkan penyertaannya ke dalam Umno dalam rangka 'membersihkan Umno dari dalam.' Dengan penyertaannya Anwar ke dalam Umno ini, ia telah menamatkan spekulasi bahawa Anwar adalah bakal Yang Dipertua Agung PAS selepas Dato' Mohd Asri Haji Muda. Semenjak krisis politik di Kelantan pada 1977 yang membawa kepada kekalahan PAS di Kelantan, Anwar selaku Presiden ABIM disebut-sebut sebagai layak memimpin PAS


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga suami kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh Menteri-Menteri Persekutuan di Istana Negara, hari ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA


Continue Reading...

Tun M Menteri Pelajaran

No comments:

Tun M Menteri Pelajaran


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menamakan dirinya sebagai menteri pelajaran.

Beliau juga menamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diberikan portfolio hal ehwal wanita dan kebajikan.

"Kami akan cuba mendapatkan 13 menteri mengangkat sumpah pada Isnin (21 Mei) jika Istana berkenan," kata ahathir pada sidang akhbar selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di Yayasan Selangor, Petaling Jaya.


Pada 12 Mei lalu, Mahathir mengumumkan pelantikan tiga jawatan kementerian yang paling kanan.

Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri.
-malaysiakini
Continue Reading...

Tun M dan Penjawat Awam

No comments:
PM arah penjawat awam berani nyatakan kebenaran
16 Mei 2018


Berani menyatakan kebenaran kepada 'tuan politik' (political master) merupakan antara intipati dalam senarai panjang arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Intipati itu adalah hasil Mesyuarat Khas bersama KSU Kementerian pada 14 Mei 2018 dan ketua-ketua setiausaha sudah menyampaikan arahan berkenaan kepada kementerian masing-masing.

Salah satu dokumen berkenaan yang dikeluarkan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat Malaysiakini. Kandungan arahan itu disahkan oleh pegawai KPDNKK.

Ketua setiausaha untuk kementerian lain, yang enggan didedahkan, turut mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa kandungan arahan berkenaan adalah hasil daripada mesyuarat denganDr Mahathir Isnin lalu.

Dokumen yang ditujukan kepada KDNKK itu yang bertajuk 'Intipati Mesyuarat Khas YAB PM Bersama KSU Kementerian', antaranya tertulis: "Penjawat awam perlu berani menyatakan perkara yang benar kepada political master".

Berdasarkan dokumen itu, mesyuarat itu turut membangkitkan bahawa terdapat keyakinan rendah di kalangan rakyat terhadap penjawat awam dan penyandang jawatan pengarah jabatan masing-masing perlu mengatasi persepsi berkenaan.



Berikut merupakan antara arahan yang digariskan:


  • Perdana Menteri mengarah setiap penjawat awam perlu melaksanakan semua arahan yang diberi;
  • Setiap penjawat awam perlu patuh government of the day dan lupakan program yang telah dirancang oleh pemimpin sebelum ini;
  • Semua program/arahan cetusan idea pemimpin sebelum ini yang belum dilaksanakan perlu ditangguhkan;Program KRIM 2.0 dan PJSR tidak diteruskan lagi;
  • Kepercayaan terhadap penjawat awam terlalu rendah pada pandangan masyarakat. Oleh itu, Pengarah Bahagian dan Negeri perlu membersihkan tanggapan ini;
  • Kontrak-kontrak secara direct nego perlu diberhentikan;
  • Penjawat awam perlu berani menyatakan perkara yang benar kepada political master;
  • Isu-isu yang kontroversi melibatkan pemimpin politik perlu dirujuk kepada KSU terlebih dahulu;
  • Semua pegawai lantikan menteri sebelum ini perlu ditamatkan kecuali kontrak PEK yang memerlukan pandangan dan nasihat daripada menteri baharu;
  • Perbelanjaan perlu dilaksanakan secara berhemah. Tidak perlu menghabiskan peruntukan yang diberikan serta sentiasa mengikut tatacara kewangan sedia ada;
  • Penjawat awam perlu lebih berintegriti dan bertanggungjawab serta berfikiran positif;
  • Kerajaan akan melaksanakan subsidi petroleum secara bersasar;
  • YAB PM/YB Menteri akan melawat ke setiap Agensi. Setiap Agensi perlu membuat persediaan bagi menyampaikan taklimat dan mengemukakan hala tuju baharu kepada YB Menteri.
  • Setiap agensi perlu mengkaji semula polisi-polisi sedia ada termasuk Akta Koperasi 1993;
  • Pegawai-pegawai yang bermasalah perlu diambil tindakan segera (pastikan Jawatankuasa Tatatertib tidak melibatkan Ahli Lembaga Pengarah lantikan YB Menteri);
  • Tiada lagi pengambil baharu penjawat awam;
  • Logo 1 Malaysia yang terdapat pada baju korporat, sijil dan lain-lain tidak boleh digunakan lagi;
  • GST bagi fi/bayaran atas perkhidmatan yang dikenakan oleh SKM perlu ditangguhkan;
  • Mesyuarat Lembaga Pengarah SKM dan Jawatankuasa yang dianggotai oleh Ahli Lembaga Pengarah lantikan YB Menteri perlu ditangguhkan;
  • Pengarah-Pengarah Negeri perlu mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar / Ketua Menteri masing-masing terutama Kerajaan yang selari dengan Kerajaan Pusat.
  • Semua gambar pemimpin sebelum ini perlu ditukar serta merta.
  • Semua mesyuarat dan program MPKP dan MPKN ditangguhkan.
  • Pengarah Bahagian dan Negeri dilarang bercuti sehingga kabinet dilantik sepenuhnya;
  • Perlu berjumpa KSU terlebih dahulu sebelum berjumpa YB Menteri bagi sebarang perkara;
  • Hari Koperasi Negara tidak lagi diadakan. Mesyuarat bersetuju supaya menggalakkan YB Menteri untuk melawat koperasi-koperasi di negeri tanpa protokol yang berlebihan;
  • Pengarah Negeri perlu memanggil PEK dengan segera untuk mengarahkan mereka mematuhi Perintah Am dan pekeliling perkhidmatan yang berkaitan sebagaimana kakitangan SKM yang lain;
  • Kebersihan pejabat perlu dipertingkatkan dan ruangan pejabat yang kosong perlu diambil tindakan sewajarnya;
  • Polisi luar negara sedia ada akan diteruskan;
  • Ucapan salam hanya Assalamualaikum atau Salam sejahtera sahaja. Tidak lagi menggunakan frasa Salam 1Malaysia, Salam Negaraku dan Salam Negaraku Malaysia; dan
  • Tidak menggunakan pin 1Malaysia dan Negaraku


malaysia kini
Continue Reading...

Pakatan Harapan : Sah

No comments:





Pakatan Harapan kini sah



Alwi (tengah) menyampaikan sijil pendaftaran Pakatan Harapan kepada Dr Mahathir sambil diperhatikan Muhyiddin. - Facebook Pakatan Harapan


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (Harapan) akhirnya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan sah.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu status dan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Facebook Harapan sebentar tadi.

Dalam gambar itu, Pengerusi Harapan,Tun Dr Mahathir Mohamad menerima sijil pendaftaran gabungan itu oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Turut kelihatan pemimpin tertinggi empat parti iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Sebelum PRU14, Harapan cuba mendaftarkan gabungan ini agar dapat bertanding dalam PRU14 menggunakan logo Harapan.

Bagaimanapun, permohonan mereka ditolak dengan alasan terdapat masalah dalam Bersatu dan DAP.

astroawani
Continue Reading...

Tuesday, May 15, 2018

mari kibarkan jalur gemilang

No comments:



mari kembali kibarkan jalur gemilang
tanda cinta dan sayang hidup bernegara
tanda syukur merdeka dan makmur

kembalilah aduhai rakyat tanahair
kibarkan jalur gemilang
tanda berbahagia
menjadi warga negara
malaysia baru


Continue Reading...

kunjung hormat

No comments:


Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah sebentar tadi di Putrajaya pada hari pertama beliau bertugas hari ini.

Hadir sama ialah anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

Kunjungan hormat ini adalah yang julung selepas YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Sebelum itu, YAB Perdana Menteri memulakan tugas pagi tadi di pejabatnya sendiri di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya






Continue Reading...

Friday, May 11, 2018

Tun M Perdana Menteri Ketujuh

No comments:


Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, malam ini.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan tersebut berlangsung di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sebentar tadi.

Pelantikan Dr. Mahathir, 92, mencatat dua rekod dalam sejarah negara iaitu sebagai Perdana Menteri baharu yang paling berusia dan orang pertama memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan itu sebanyak dua kali.








Dr. Mahathir PM Ketujuh

KUALA LUMPUR 10 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kali kedua hari ini susulan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang memakai baju Melayu hitam dan bersamping songket hitam keemasan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara di sini.

Dr. Mahathir, pertama kali dilantik menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003, setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama 22 tahun.

Berumur 92 tahun, Dr. Mahathir mencipta sejarah lagi menjadi Perdana Menteri tertua di dunia dengan kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun meletakkan jawatan pada 2003.

Upacara istiadat pada kira-kira 10 malam itu disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.

Isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali duduk di sebe­lahnya di majlis itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Pre­siden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAN, Moha­mad Sabu merupakan pemimpin Pakatan Harapan yang hadir.

Seri Paduka kelihatan bersalaman dengan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah sebaik sahaja memasuki ke majlis itu di Singgahsana Kecil sebelum mengambil tempat baginda bersemayam.

Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan ba­ginda, Dr. Mahathir menandata­ngani dokumen tersebut.

Di luar istana, ia bagaikan pesta apabila kalangan rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur berkumpul sejak petang lagi bagi meraikan pelantikan Dr. Mahathir yang dilihat dapat membawa harapan baharu kepada rakyat dan negara.

Rakyat bertepuk tangan sebaik sahaja selesai majlis itu yang di­siarkan secara langsung.

Mereka kelihatan begitu gembira menyambut pembentukan Kerajaan Pusat yang baharu de­ngan mengibarkan Jalur Gemilang serta bendera parti.

Mereka turut menyanyikan lagu kebangsaan dan patriotik beramai-ramai serta melaungkan slogan ‘Hidup Tun’, ‘Hidup Rak­yat’ dan ‘Reformasi’.

Keadaan itu turut menarik perhatian pelancong asing.

Pada PRU-14 semalam, Pakatan Harapan memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. – BERNAMA


utusanonline

Continue Reading...

Thursday, May 10, 2018

jalan ke parlimen ii

No comments:



sebelum sumpah diungkap




Continue Reading...

jalan ke parlimen

No comments:




menunggu dengan harapan
sepanjang jalan ke parlimen
menatap sejarah didakwatkan 
begitu mereka meraikan
tanda bahagia
tanda penobatan
seorang pahlawan
malaysia menatap
dengan airmata syukur




Continue Reading...

Wednesday, May 9, 2018

pesanan perdana

No comments:


PESANAN YANG AMAT BERBAHAGIA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PENGERUSI PAKATAN HARAPAN DAN CALON P004 LANGKAWI KEPADA PARA PENGUNDI SEMPENA PILIHANRAYA UMUM KE-14 DI RALI HARAPAN DEWAN HO PING, KUAH LANGKAWI, KEDAH

8HB MEI, 2018

1. ESOK KITA AKAN MENGUNDI. MENGUNDI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA. UNDI KITA MENENTUKAN NASIB KITA DAN ANAK CUCU KITA.

2. BAGI ORANG MELAYU PRU INI BUKAN SEMATA-MATA UNTUK CARI KEMENANGAN BAGI PARTI POLITIK TETAPI JUGA UNTUK MENEBUS MARUAH BANGSA.

3. IBU BAPA KITA DAHULU BERJUANG UNTUK MEMBEBASKAN KITA DARI BELENGGU PENJAJAHAN. SEKALI GUS MARUAH KITA TERTEBUS DAN KITA MENJADI BANGSA YANG BERDAULAT YANG BOLEH TENTUKAN NASIB KITA SENDIRI.

4. DAN SEBENARNYALAH SETELAH MERDEKA KITA DAPAT BUKTIKAN KEPADA DUNIA BAHAWA KITA BOLEH DAN KITA MAMPU MENTADBIR DAN MEMBANGUNKAN NEGARA KITA. KEJAYAAN KITA JAUH LEBIH TINGGI DARI BANYAK NEGARA-NEGARA LAIN YANG MENCAPAI KEMERDEKAAN BERSAMA KITA.

5. NEGARA BERBILANG KAUM KITA AMAN DAN PEMERINTAHAN BERASAS UNDANG-UNDANG DAPAT KITA LAKSANAKAN.

6. YA, PADA TAHUN 1969 TERCETUSLAH RUSUHAN KAUM. RAMAI PEMERHATI LUAR DAN RAKYAT JUGA BERPENDAPAT HABISLAH MALAYSIA, HABISLAH DEMOKRASI MALAYSIA.

7. TETAPI, DALAM JANGKA MASA YANG PENDEK SAHAJA, TANPA BERGANTUNG KEPADA SESIAPA, KEAMANAN DIKEMBALIKAN DAN PENTADBIRAN BERASAS UNDANG-UNDANG DIKUATKUASA SEMULA.

8. WALAUPUN ADA YANG BERPENDAPAT KERAJAAN MAGERAN PATUT DITERUSKAN, TETAPI PEMIMPIN KETIKA ITU TOLAK JALAN YANG MUDAH. DAN MALAYSIA MEMULIH SEMULA IMEJNYA DAN PEMBANGUNANNYA DIIKTIRAF DUNIA SEBAGAI HARIMAU ASIA – TIGER OF ASIA.

9. SEPATUTNYA NEGARA BERTUAH INI AKAN TERUS MAJU DAN MENJADI NEGARA MAJU PADA TAHUN 2020.

10.MALANGNYA PEMERINTAHAN OLEH PERDANA MENTERI KE-ENAM TELAH MEMBAWA MALAPETAKA. DARIPADA PERJUANGAN UNTUK BANGSA, NEGARA DAN AGAMA NAJIB MEMBAWA KEPERCAYAAN BAHAWA SEGALA-GALANYA BOLEH DIBELI DENGAN WANG.

11.SEKARANG NEGARA KITA SUDAH TIDAK LAGI DIKENAL SEBAGAI TIGER OF ASIA. SEBALIKNYA DUNIA PANDANG HINA KEPADA KITA, MENYENARAIKAN KITA SEBAGAI SATU DARI SEPULUH NEGARA YANG AMALAN RASUAHNYA TERTINGGI. JUGA KITA TIDAK LAGI DITAKRIF SEBAGAI DEMOKRASI. SEBALIKNYA KITA DIKENALI SEBAGAI KLEPTOKRASI – NEGARA PIMPINAN PERASUAH DAN PENCURI.

12.MARUAH KITA JATUH MENJUNAM. KITA MALU NAK DIKENALI SEBAGAI ORANG MALAYSIA.

13.KITA HANYA BOLEH PULIHKAN MARUAH KITA JIKA KITA TUKAR KERAJAAN, DIGANTI OLEH PARTI YANG TERHAD KUASANYA SEHINGGA TIDAK MUNGKIN KUASA DISALAHGUNA SEPERTI SEKARANG. UNTUK INI KITA PERLU KALAHKAN KERAJAAN PIMPINAN NAJIB, BN DAN UMNO YANG SUDAH DIROSAKKAN OLEH NAJIB.

14.PILIHANRAYA KE 14 INI JELAS TIDAK SEPERTI PRU YANG TERDAHULU.

15.DAHULU PEMBANGKANG TIDAK PUNYAI HARAPAN MENGALAH DAN MENJATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN).

16.DAHULU PEMBANGKANG HANYA BERCITA-CITA MENJADI PEMBANGKANG YANG KUAT, YANG MAMPU MENEGUR KERAJAAN. TIDAK LEBIH DARI ITU.


17.RAKYAT JUGA BEGITU. MEREKA BERPENDAPAT TIDAK BANYAK PERUBAHAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PEMBANGKANG. DENGAN ITU SOKONGAN RAKYAT KEPADA PEMBANGKANG TIDAK MENINGKAT TINGGI, TIDAK DAPAT MEMBERI KEMENANGAN KEPADA PEMBANGKANG.

18.DAN BN, PARTI KERAJAAN PUN TERUS MENANG DAN TERUS MENDIRI KERAJAAN.

19.TETAPI KALI INI, PRU KE 14 INI, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANGKANG TIDAK SAHAJA SETAKAT MEMBANGKANG TETAPI PEMBANGKANG MESTI KALAHKAN BN DAN DIRI KERAJAAN BARU.

20.BUKANLAH MUDAH MENJATUH PARTI KERAJAAN. SEGALA-GALANYA BERGANTUNG KEPADA SOKONGAN MENYELURUH DARI RAKYAT KEPADA GABUNGAN PARTI PEMBANGKANG. HANYA JIKA RAKYAT SEDAR AKAN KEROSAKAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI; KEHANCURAN INSTITUSI-INSTITUSI KERAJAAN SEHINGGA PENDAKWA RAYA, POLIS DAN LAIN-LAIN INSTITUSI KERAJAAN TIDAK LAGI DIPERCAYAI OLEH MASYARAKAT KERANA TIDAK LAGI DAPAT MENEGAK UNDANG-UNDANG, BEBAN HUTANG YANG AMAT BERAT YANG DILETAK DIBAHU KITA DAN ANAK CUCU KITA SELAMA PULUHAN TAHUN; HANYA KALAU RAKYAT SEDAR DAN AMBIL BERAT BERKENAAN HAL-HAL NEGARA SERTA MENOLAK KEMUNGKARAN, BARULAH NEGARA BOLEH DISELAMATKAN DARI MALAPETAKA YANG MENGANCAM MASA DEPAN KITA. KESEDARAN RAKYAT PERLU DITERJEMAH KEPADA UNDI BAGI KEBAIKAN.

21.UNDI RAKYAT AMATLAH PENTING KALI INI. HANYA UNDI KITA YANG BOLEH SELAMATKAN NEGARA KITA DAN NASIB BURUK YANG AKAN MENIMPA KITA DAN ANAK CUCU KITA JIKA KERAJAAN SEKARANG DITERUSKAN.

22.NEGARA KITA DIDUDUKI OLEH KAUM-KAUM YANG BERBAGAI BUDAYA, NILAI HIDUP DAN KECAPAIAN. DIKALANGAN WANITA PERBEZAAN INI AMATLAH KETARA. TETAPI KITA MEMPUNYAI SIFAT TOLERAN, IAITU SIFAT BERTIMBANG RASA ANTARA KITA.

23.ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM HENDAKLAH BERPEGANG KEPADA NILAI-NILAI ISLAM YANG BENAR DAN BUKAN YANG DICIPTA ORANG TERTENTU. ADA NEGARA YANG TIDAK TOLERAN YANG INGIN PAKSA SUPAYA HANYA SATU BUDAYA SAHAJA YANG DIBENAR. INI MENCETUSKAN KETEGANGAN ANTARA KAUM.

24.DI MALAYSIA, DEMI KEAMANAN, KITA PERLU TERIMA BUDAYA DAN NILAI HIDUP YANG BERBEZA. INI TERKENA TERUTAMANYA KEPADA KAUM WANITA DARI BANGSA DAN KAUM YANG BERBEZA. PAKAIAN, CARA HIDUP, SELERA BERBEZA DAN KITA MASIH BOLEH ELAK DARI BERTEGANG KERANA PERBEZAAN-PERBEZAAN INI. ALLAH MENJADIKAN MANUSIA BERBILANG KAUM SUPAYA MEREKA BERKENAL-KENALAN.

25.PAKATAN HARAPAN PERCAYA KEPADA HAK ASASI MANUSIA TETAPI TIDAKLAH BEGITU LIBERAL SEHINGGA TIDAK ADA HAD KEPADA KEBEBASAN SAMA SEKALI. SEGALA TUNTUTAN NAFSU YANG KETERLALUAN TIDAK DIBENARKAN.

26.PEMERINTAHAN PAKATAN HARAPAN AKAN BERTIMBANG RASA TERHADAP KELAINAN BUDAYA KAUM WANITA BERBAGAI KAUM. TETAPI TIDAK SEHINGGA KETERLALUAN.

27.SELAIN DARI ITU KITA INGIN LIHAT KAUM WANITA DIBERI KESAMAAN DENGAN LELAKI DALAM PEMBAYARAN UPAH, PELUANG PELAJARAN DAN PEKERJAAN DAN MEMIKUL TUGAS YANG MAMPU DIPIKUL OLEH KAUM WANITA. DISKRIMINASI YANG TIDAK ADIL TERHADAP WANITA AKAN DIHAPUSKAN.

28.BAGI GOLONGAN MUDA PULA, SEGALA USAHA YANG DILAKUKAN HENDAKLAH MENGAMBILKIRA MASA DEPAN MEREKA. PEMUDA-PEMUDI ADALAH PERWARIS SEGALA-GALA YANG KITA USAHA SEKARANG, MEREKA MESTI DIBERI SUARA LEBIH AWAL. MEREKA TENTU LEBIH TAHU KEHENDAK MEREKA DARI ORANG YANG SUDAH DEWASA. TETAPI GANDINGAN ANTARA YANG MUDA DENGAN YANG TUA PERLU DIADAKAN.

29.ZAMAN TEKNOLOGI MODEN INI LEBIH SESUAI DENGAN MINDA MUDA DARI MINDA TUA. ADA TEKNOLOGI YANG CANGGIH YANG TAK DAPAT DIFAHAM, JAUH SEKALI DARI DIKUASAI OLEH ORANG TUA. HANYA MINDA MUDA SAHAJA YANG TIDAK TERGANGGU DENGAN TEKNOLOGI USANG.


30.GENERASI MUDA MESTI DIBERI SEBANYAK PELUANG DAN LATIHAN SUPAYA TEKNOLOGI MAKLUMAT, SAINS COMPUTER, CIRCUIT DESIGN DAN PROGRAMMING DAPAT DIKUASAI OLEH MEREKA. HANYA DENGAN CARA INI SAHAJA BAHARULAH KITA DAPAT NAIKKAN PENDAPATAN DAN TARAF HIDUP GENERASI MUDA APABILA BEKERJA.

31.SESUNGGUHNYA BANYAKLAH MASALAH YANG PERLU DIPERBAIKI DI NEGARA KITA.

32.ORANG PEREMPUAN, WANITA, KAUM IBU, SRIKANDI, PEMUDA DAN PEMUDI SEMUANYA MENGHADAPI MASALAH. HANYA DENGAN MENUKAR KERAJAAN BARULAH MASALAH-MASALAH INI DAPAT DIBERI PERHATIAN DAN DIREDAKAN.

33.SAYA RAYU SUPAYA RAKYAT MEMBANTU PAKATAN HARAPAN UNTUK MEMULIH DAN MENYELAMATKAN NEGARA TERCINTA INI. RAKYAT SECARA SENDIRIAN TIDAK DAPAT SELAMATKAN DIRI DAN NEGARA.



34.PARTI SEPERTI PAKATAN HARAPAN JUGA TIDAK MUNGKIN PULIH NEGARA BERSENDIRIAN.

35.TETAPI GANDINGAN RAKYAT DAN PARTI BOLEH, INSYAALLAH.

36.OLEH ITU KELUARLAH BERAMAI-RAMAI PADA 9 HARIBULAN MEI DAN UNDILAH PAKATAN HARAPAN DENGAN SIMBOL KEADILANNYA SUPAYA TERSELAMATLAH MALAYSIA DARI KLEPTOKRASI DAN AKAN KEMBALILAH DEMOKRASI DAN PEMERINTAHAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.

37.DUIT SOGOKAN YANG DIPEROLEHI TIDAK KEKAL. TIDAK LAMA LEPAS DUIT SOGOKAN DITERIMA AKAN HABISLAH DUIT ITU DIBELANJA. JANGANLAH KERANA DUIT YANG SEDIKIT INI KITA SANGGUP GADAI NEGARA KITA SELAMA-LAMANYA. INILAH YANG AKAN BERLAKU JIKA NAJIB TERUS JADI PERDANA MENTERI.

38.JANGANLAH BIAR WILAYAH-WILAYAH MALAYSIA DIJUAL LAGI OLEH NAJIB DAN MENJADI WILAYAH ASING. MENGUNDI NAJIB MENDEDAHKAN NEGARA KITA KEPADA KEHILANGAN BANYAK LAGI WILAYAH. SETAKAT INI PUN SUDAH BESAR KEHILANGAN WILAYAH KITA. NAJIB BERJANJI AKAN TINGKATKAN INDUSTRI PEMBUATAN KITA. TETAPI DENGAN PENJUALAN PROTON KITA TIDAK LAGI MEMPUNYAI KERETA NASIONAL. DAN INDUSTRI KEJURUTERAAN MEMBUAT KOMPONEN KERETA PUN SUDAH TUTUP. BUKAN PERKEMBANGAN INDUSTRI YANG KITA LIHAT TETAPI KEHANCURANNYA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN

39.KALI INI BESAR KEMUNGKINAN PERTUKARAN KERAJAAN AKAN BERLAKU. SEGALA PECUBAAN UNTUK MENGHALANG PERTUKARAN INI MUNGKIN AKAN DICUBA. ADALAH DIHARAP PIHAK POLIS DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TIDAK AKAN ABAIKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA APABILA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG NEGARA DICABUL.

40.SESUNGGUHNYA KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA BERGANTUNG KEPADA SIKAP PROFESSIONAL MEREKA.

41.SAYA SEDAR SAYA SUDAH TUA. TIDAK ADA BANYAK MASA LAGI UNTUK SAYA. RAMAILAH YANG BERPENDAPAT SAYA PATUT REHAT SAHAJA.

42.YA. SAYA INGIN REHAT. TETAPI RAMAI ROMBONGAN YANG DATANG BERJUMPA SAYA, MEMINTA SAYA BUAT SESUATU UNTUK MENGHENTIKAN KEROSAKAN YANG SEDANG BERLAKU DALAM NEGARA.

43.BANYAK SUDAH KETERANGAN DIBUAT OLEH BANYAK PIHAK DI DALAM DAN DI LUAR NEGERI BERKENAAN DENGAN PERBUATAN TIDAK BAIK YANG TELAH DAN SEDANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN SEKARANG.

44.ROMBONGAN DEMI ROMBONGAN YANG DATANG JUMPA SAYA MENDESAK SUPAYA SAYA MEMBUAT SESUATU BAGI MENYELAMATKAN NEGARA TERCINTA INI. TAK TERGAMAK SAYA MENGHAMPAKAN DESAKAN MEREKA.


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

45.INI ADALAH KALI TERAKHIR YANG DAPAT SAYA SUMBANG SEDIKIT DALAM PERJUANGAN UNTUK NEGARA TERCINTA INI.

46.BUKAN JAWATAN YANG SAYA CARI. BUKAN KEKAYAAN DAN BUKAN PANGKAT. YANG ADA PADA SAYA MENCUKUPI.

47.TETAPI KEBAHAGIAAN DAN KEMERDEKAAN NEGARA TERCINTA INI, NEGARA DIMANA KITA DILAHIR, KITA MEMBESAR DAN KITA MENIKMATI KEHIDUPAN YANG SELESA. INILAH SAHAJA YANG SAYA HARGAI – BANGSA SAYA, NEGARA SAYA DAN AGAMA SAYA. YANG DIPERLUKAN DARI KITA HANYALAH MENGUNDI UNTUK KALAHKAN KERAJAAN YANG MENYEMBAH DUIT INI. ITU SAHAJA BAGI KITA. BAGI SAYA JUGA.

48.DI NEGARA LAIN RAKYAT SANGGUP BERMATI-MATIAN MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DAN KEMERDEKAAN NEGARA MEREKA, MENJATUHKAN PEMERINTAHAN YANG ZALIM.

49.KITA TIDAK PERLU BERKORBAN NYAWA UNTUK SELAMATKAN NEGARA KITA.

50.SEBAB ITULAH SAYA KEMBALI AKTIF DALAM ARENA POLITIK.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, SAUDARA-SAUDARI ,

51.KITA HANYA PERLU UNDI.


52.DAN UNDI KEPADA PAKATAN HARAPAN AKAN SELAMATKAN NEGARA TERCINTA INI DARI PIMPINAN CASH IS KING DAN KEMUNGKARANNYA. DI MATA MEREKA, DIRI KITA, MARUAH KITA BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT. BEGITU HINANYA KITA. JANGANLAH BIARKAN BANGSA KITA TERUS DIHINA DAN DIPERKECILKAN SEBEGINI. JANGAN BIARKAN BANGSA KITA TERUS MENERUS DIPERBODOHKAN.

53.SEKALI LAGI SAYA RAYU SUPAYA RAKYAT YANG CINTA NEGARA KELUARLAH PADA 9 MEI; KELUARLAH BERAMAI-RAMAI DAN UNDILAH PAKATAN HARAPAN UNTUK SELAMATKAN NEGARA MALAYSIA.
Continue Reading...

masa memilih

No comments:


Tun M memantau pusat pembuangan undi

Selamat memilih



Continue Reading...

Tuesday, May 8, 2018

tanah harapan

No comments:

tanah harapan

ini negeriku tanah harapan
kasih sayang dan cinta berpanjangan
harap dan harapan
airmata dan dukalara
segeralah berlalu
dari membelit negeriku
dari berladung di atas tanah negaraku

terlalu banyak cerita bahagia
konon segalanya seindah syurga
kemurahan dan pemberian 
berlimpah  bagai aqir bercucuran
tetapi mengapa ia bukan untukku
berjalan dalam sejuk pagi
menembus gelap kabus
meredah ladang 
berkayuh di lautan
menyusun batu-batu bangunan
harap dan harapan
mesti dipenuhi dengan tekad dan berani diri
aku harus berjalan  menghadap kepayahan
tak ada kemerduan 
tak ada nyanyi dan lagu bahagia
bukan mudah merempuh jalan payah ini
kalau aku rebah
anakku siapa  pembela?

mengapa tanahku begini
semua yang indah berimbau pergi
sirna dan tiada
hanya janji semanis kata
tak tercapai di telapak merasa

ini tanah harapan
bukalah mimpi baru buat kami
negeri yang sejahtera tanah yang bahagia
bukan lama kami di sini
sampai ketika akan pergi
tapi biarlah dalam surut hari
kami melihat buah harapan
sedang ranum segar
dan akan gugur
persis hujan yang memanjang

tanah harapan
kesatlah airmata
wahai pemimpin yang mengerti
budiman  memberi



Continue Reading...