Thursday, May 31, 2018

Tabung Harapan Malaysia





Tabung Harapan Malaysia mula terima sumbangan


PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang ingin menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi menangani masalah hutang negara boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 566010626452, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, penubuhan tabung itu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Kabinet hari ini, adalah bagi membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan rakyat secara sistematik dan telus.

"Derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Guan Eng turut merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan di atas keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa.

Menurutnya berdasarkan kepada perkembangan semasa ekonomi negara dan keprihatinan rakyat terhadap kedudukan hutang negara, wujud kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu kerajaan.

"Rakyat secara sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada kerajaan bagi menangani isu tersebut," katanya.

Terdahulu, perdana menteri berkata terdapat ramai rakyat Malaysia sanggup memberi derma kepada kerajaan selepas mengetahui kedudukan kewangan negara dan kerajaan mengalu-alukan sikap patriotik mereka. - BERNAMA

bharian


Tabung Harapan: Rakyat dah derma lebih RM7 juta


TABUNG Harapan Malaysia sudah mengumpul RM7.07 juta sejak ia mula dilancarkan semalam sehingga 3 petang hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pihaknya akan terus mengumumkan jumlah kutipan tabung berkenaan pada setiap hari.

Katanya, sumbangan kepada tabung berkenaan juga boleh diberi pengecualian cukai dan penderma diminta untuk menyimpan resit bagi tujuan berkenaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia di Putrajaya, semalam berikutan pengumuman hutang negara mendapat perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini dengan ramai menyatakan kesediaan untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang tersebut di media sosial.

hmetro
Share this article :

0 comments: