Friday, July 26, 2019

lelaki paling dikagumi

No comments:


Continue Reading...

Order of the Republic’

No comments:




Selesai mengadakan mesyuarat delegasi, Presiden Recep Tayyip Erdoğan kemudiannya menganugerahkan pingat “Order of the Republic’ kepada YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha cemerlang membangunkan Malaysia dan mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Turki.

Di dalam Sidang Media Bersama, Dr Mahathir menyatakan keyakinan kerjasama antara Malaysia dan Turki akan membantu kedua negara itu bergerak ke arah usaha untuk membebaskan umat Islam daripada ditundukkan oleh orang lain yang tidak mesra terhadap kita.

Menyentuh isu Palestin, Dr Mahathir berkata Malaysia dan Turki berkongsi pandangan yang sama dan penting untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kedua-dua negara ini sangat prihatin dengan nasib malang dan bentuk penindasan yang dilalui rakyat Palestin.





Continue Reading...

Sunday, July 21, 2019

perjuangan bukan untuk diri sendiri

1 comment:

JANGAN BERJUANG UNTUK DIRI SENDIRI - TUN M

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan perjuangan dalam politik bukanlah untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya dilakukan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Tun Dr Mahathir berkata ahli-ahli BERSATU perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada UMNO yang telah ditolak oleh rakyat kerana sikap berjuang untuk kepentingan diri sendiri dan sikap pemimpin cawangannya, yang tidak membenarkan orang lebih pandai daripadanya menyertai parti, hanya boleh menyertai cawangan itu adalah orang yang lebih bodoh daripadanya.

Ahli BERSATU perlu mengambil pengajaran daripada perkara yang berlaku ini dengan memilih mereka yang mempunyai kelayakan dan berpotensi menjadi pemimpin parti.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Khas BERSATU, di Maeps, Serdang semalam.

Continue Reading...

Friday, July 19, 2019

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah

No comments:
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah







Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) bilangan ke-4 bagi tahun 2019. Jawatankuasa ini telah pun genap setahun bersidang dan banyak inisiatif-inisiatif berkaitan governans, integriti dan anti rasuah yang telah dibentangkan.



Continue Reading...

hutang

No comments:
Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet sahkan hutang negara RM1.1 trilion
JANATUL FIRDAUS YAACOB
17 Julai 2019

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed bercakap pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet mengesahkan hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan pada akhir 2018 berjumlah RM1.1 trilion.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, pecahan itu termasuk RM741 bilion hutang kerajaan Persekutuan, RM132.7 bilion membabitkan jaminan pinjaman yang ditanggung kerajaan, RM32.2 bilion hutang bersih 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak termasuk faedah dan liabiliti lain berjumlah RM184.9 bilion.

“Pada tahun 2011, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengeluarkan manual Public Sector Debt Statistics yang berasaskan perakaunan akruan. Manual menekankan pelaporan liabiliti yang menyeluruh, merangkumi kesemua hutang dan obligasi kerajaan.

“Pelaporan hutang dan liabiliti di bawah manual ini bukan sahaja merangkumi hutang kerajaan Persekutuan, malah liabiliti bagi entiti berkaitan kerajaan (quasi-government) dan liabiliti luar jangka meliputi pinjaman yang dijamin oleh kerajaan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman daripada Kementerian Kewangan dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) kepada 1MDB berjumlah RM8.9 bilion sehingga 31 Mei 2019.

“Mengambil langkah penjimatan sekiranya masalah hutang 1MDB tidak membelenggu negara dengan jumlah kira-kira RM9 bilion itu, ia boleh dilaburkan untuk sekolah dan lain-lain projek seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dipinjam daripada kerajaan RM4 bilion,” katanya.

Susulan itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet mengesyorkan lapan langkah kepada kerajaan untuk dilaksanakan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan pengurusan dan meningkatkan ketelusan dalam hutang dan liabiliti negara.

“Antara syor yang dicadangkan ialah kedudukan hutang dan liabiliti secara terperinci dibentang secara berkala kepada Parlimen bagi memantau prestasi bayaran balik, bayaran khidmat hutang dan beban hutang yang sebenarnya.

“Memantau dari semasa ke semasa nisbah hutang dan liabiliti berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), nisbah defisit kerajaan Persekutuan berbanding KDNK serta bayaran khidmat hutang dan liabiliti berbanding hasil kerajaan Persekutuan,” katanya.


Jawantankuasa ini turut dianggotai oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi.



sinarharian
Continue Reading...