Friday, July 26, 2019

Order of the Republic’






Selesai mengadakan mesyuarat delegasi, Presiden Recep Tayyip Erdoğan kemudiannya menganugerahkan pingat “Order of the Republic’ kepada YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha cemerlang membangunkan Malaysia dan mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Turki.

Di dalam Sidang Media Bersama, Dr Mahathir menyatakan keyakinan kerjasama antara Malaysia dan Turki akan membantu kedua negara itu bergerak ke arah usaha untuk membebaskan umat Islam daripada ditundukkan oleh orang lain yang tidak mesra terhadap kita.

Menyentuh isu Palestin, Dr Mahathir berkata Malaysia dan Turki berkongsi pandangan yang sama dan penting untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kedua-dua negara ini sangat prihatin dengan nasib malang dan bentuk penindasan yang dilalui rakyat Palestin.





Share this article :

0 comments: