Saturday, February 25, 2017

kisah





Apa kisah Hasmah tentang Dr M dan sultan Johor?
24 Feb 2017

Selepas kritikan keras sultan Johor ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Facebook penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir tampil dengan kisah 'mesra' lain bekas perdana menteri itu dengan istana Johor.

Mukhriz Mahathir FC hari ini mengketengahkan hasil perbualan seorang anggotanya, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin, bersama isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Perbualan dua jam mereka dikatakan bermula dengan jenama jam yang dipakai Siti Hasmah.

“Jam itu berjenama Bvlgari. (Entah macam mana nak sebutnya tak reti),” tulisnya.

Tulisan Adam Mukhriz cuba membayangkan hubungan baik dan hormat menghormati antara sultan Johor ketika itu, lmarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dengan Mahathir, walaupun pemimpin itu kuat menegur pihak istana.

“Tun Dr Siti Hasmah menceritakan bagaimana almarhum sultan Johor (ayahanda kepada sultan Johor sekarang) sangat sayang kepada Tun Dr Mahathir walaupun Tun M kuat mengkritiknya dan menegur almarhum.

“Jam ini dihadiahkan oleh Almarhum satu set. Satu untuknya dan satu lagi untuk Tun Mahathir.

"Sultan Johor sekaranglah yang pergi beli ikut arahan ayahnya di Singapura. Kata Tun Siti, naik motor besar dia itulah," katanya.


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam menyindir keras sikap seorang pemimpin, yang dipercayai merujuk kepada Mahathir.

Tanpa menyebut nama, baginda menyindir mungkin “orang luar” ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu.

"Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda ketika merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar semalam.

Sementara itu Adam Mukhriz juga berkata, Mahathir dan Hasmah juga melawat almarhum ketika gering.

“Masa nak balik bila berjalan balik Tun terkejut tengok almarhum ada belakang bangun nak menghantar mereka ke lif walaupun memang terlantar saja di katil sebelum itu.

“Sanggup dan gigih.

“Betapa sayang dan hormatnya almarhum dengan Tun,” katanya.

Malah, Mahathir juga diberi "DK1" oleh almarhum – pingat tertinggi Johor, katanya yang turut menggunakan hashtag #KongsiCeritaBenar, #SejarahTidakMenipu, #RakyatTidakLupa dan #TidakNyanyuk.

malaysiakini
Share this article :

0 comments: