Wednesday, May 13, 2020

bagi mandat kepada Tun



1. Transkrip rakaman suara Presiden Bersatu, Muhyiddin Mohd Yassin, di mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu.
2. Frasa kunci di sini ialah "....kita bagi mandat penuh kepada Tun."
3. Kata Muhyiddin:

"..kita nak cari sebab lah, kalau kita nak cari sebab itulah. Yang lain pun kena gerak. Jadi langkah itu mungkin boleh trigger.
Tapi kita harap Tun akan buat rombakan Kabinet dalam tempoh sebelum Parlimen bersidang... dalam seminggu ni selesaikan semua sekali.
Dan di kala itu mungkin kita boleh tunggu apabila Tun jumpa dengan Ketua/Presiden parti.
Ok, we wait for one week, for whatever it is, then we will be more sober...(Baiklah, kita tunggu seminggu, apa sekali pun, di kala itu kita akan lebih tenang).
Hari ini a bit emotional (sedikit emosional)... dan kita fikirkan soal paling besar dalam sejarah kita, iaitu out of PH moving to the coalition but we still be the government... government led by Bersatu. This is important (iaitu keluar daripada PH dan berpindah kepada campuran tetapi masih dalam kerajaan ... dipimpin oleh Bersatu).
So (jadi) kalau mungkin wajar, munasabah dan nak kira hari ini kalau boleh kita tamatkan mesyuarat kita pada dasar... lepas tu kita BAGI MANDAT KEPADA TUN. Setuju?
Kalau tak bagi mandat, kita kena mesyuarat sekali lagi. Ok?
BERI MANDAT KEPADA TUN.
It is (ia adalah) Tun punya kebijaksanaan.
Tak pernah kita ragukan kebijaksanaan Tun. There must be some wisdom. He has been PM for so long, we have to respect him (mesti ada kebijaksanaan. Dia menjadi Perdana Menteri begitu lama, kita perlu hormati beliau).
So we have to do whatever he say/ask to do (jadi, kita kena lakukan apa yang dia kata/suruh kita buat).
Jadi kalau begitu, kalau setuju kita boleh tamatkan mesyuarat.
Keputusan kita pada dasar kita hormat pandangan Tun. Kita faham apa yang dia maksudkan tapi bagi sedikit masa."
4. Jelas mesyuarat MPT pada 23 Februari belum buat keputusan keluar PH.
5. Tetapi malam itu juga Gerakan Sheraton dihebahkan yang melanggar keputusan MPT seperti yang Muhyiddin sendiri simpulkan di atas.
7. Di pihaknya, Dr Mahathir merayu diberikan sedikit masa dan tidak dipaksa melanggar prinsip dan mungkir janji beliau kepada PH.
8. Tetapi bagi Muhyiddin dan penyokongnya, mesyuarat MPT 23 Febuari adalah sekadar memaklumkan rancangan yang telah beliau dan Mohamed Azmin Ali persetujui dengan pembangkang.
9. Hari ini, tidak sampai tiga bulan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN), Bersatu kehilangan kuasa di segala peringkat, dipermain dan dibuli oleh Umno dan Pas.
10. Dan Muhyiddin mengkhianati usaha baik yang beliau sendiri persetujui dan laksanakan ketika dalam Pakatan Harapan.
11. Sekarang barulah jelas mengapa Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri kerajaan PH begitu keberatan bertindak ke atas Umno walaupun disyaki telah melanggar perlembagaan parti.
Wallahuaklam. Terima kasih.


 


Share this article :

0 comments: