Saturday, November 26, 2011

catatan pendek : demi rakyat


Peruntukan RM6.2 juta untuk pembangunan infrastruktur sekolah menjadi bukti keperihatinan Barisan Nasional (BN) terhadap pembangunan pendidikan Islam. Peruntukan itu telah digunakan untuk menyiapkan pembangunan dua buah sekolah di Parlimen Kota Bharu, iaitu Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Al-Kauthar, Kota Baharu bernilai RM4.9 juta dan SMUA Tengku Amalin Aishah Putri, Kota Baharu bernilai RM1.3 juta.Projek pembangunan itu adalah sebahagian daripada enam projek sekolah di seluruh negeri Kelantan yang kesemuanya berjumlah RM25.1 juta. Selain dua sekolah itu, empat lagi sekolah agama kelolaan pusat menerima projek pembangunan infrastruktur iaitu SMUA Darul Iman, Bachok RM2.9 juta, SMUA Al-Falah, Pasir Mas RM4.6 juta, SMUA Darul Salam, Kuala Krai RM4.9 juta dan SMUA Saadatul Qura, Kuala Krai RM6.2 juta.
Kesemua projek pembangunan berkenaan telah siap sejak tahun lalu dan ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kelantan baru ini, projek itu diserahkan secara rasmi kepada pihak sekolah terlibat.
Share this article :

0 comments: