Sunday, November 6, 2011

warna dalam kaca hidup ini


- puisi buat pejuang sempena raya korban


ukir tuturmu dengan lakumu
usapkan belai mesra di hati
jantung yang berdegup akan lebih memahami
jemari yang tulus membelai
ukir tuturmu dengan jejakmu
berjalan dengan telapak
dan mengerti makna tanah
atau tajam kerikil menikam
atau basah licin di setiap likungan
usah berhenti tuk memahami
usah luka oleh cerca nesta
kerana hanya yang berani akan tiba
di pantai jaya merasa ombak bahgia
membasuh lenguh kaki
usah jemu memerhati
matamu harus mengerti
hatimu harus memilih
betapa ada yang terlalu memerlukan
segelas air menghilang dahaga panjang
betapa ada yang terlalu menunggu
bunga-bunga ditaburkan di pintu
betapa ada yang pedih merintih
bahu mereka yang kauusap mengerti
begitulah warna dalam kaca hidup ini
temaram atau berkilau
kita harus memahami
apa lagi dalam deru topan perjuangan
bukan mudah, bukan mudah
mematahkan gelombang
sabarlah dalam gemuruh dentum
usah takuti kilat memancar atau langit gelap mendekat
turunlah kerana kita harus berhadapan
meski air pasang meski ribut mencincang
tanah ini memerlukanmu
bangun dan pertahankan
dengan jiwa pejuang dengan nadi pahlawan
sebutir usah pasir bertukar tuan
secebis usah tanah beranjak nama
kalau matipun biarlah atas nama
bangsa agama dan tanah tercinta
masanya untuk kita tiba ke situ
ini tanah milik kita
warna dalam kaca hidup ini
harus merah dan berdarah
tiada pilihan
tuhanlah yang maha menetapkan







Share this article :

0 comments: