Sunday, January 11, 2015

Cahaya Terengganu Di Airmata Kelantan


Khidmat sukarelawan di Kelantan disambung sebulan lagi

KUALA KRAI - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bersetuju untuk melanjutkan khidmat pasukan sukarelawan negeri itu di Kelantan sebulan lagi.

Ahmad Razif berkata, setelah melihat sendiri keadaan di Kuala Krai dan Machang, beliau mendapati khidmat pasukan sukarelawan memang masih lagi diperlukan sehinggalah keadaan pulih sepenuhnya.

"Setelah melihat keadaan di sini hari ini, saya memberi jaminan pasukan sukarelawan Terengganu akan terus membantu membersihkan bekas banjir sebulan lagi," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan banjir di Sekolah Kebangsaan Dabong di sini hari ini.

Katanya, Skuad Sukarelawan Tranformasi Terengganu Baharu yang turun ke jajahan Machang dan Kuala Krai tidak akan membiarkan mangsa banjir di daerah itu begitu sahaja dan kerja-kerja pembersihan akan diteruskan sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

Beliau berkata, Terengganu yang menghantar 1,500 sukarelawan turut membina 21 unit rumah transit untuk penduduk sekitar Dabong yang musnah keseluruhan rumah mereka. - Bernama

kosmo

Begitulah keprihatinan kerajaan negeri Terengganu terhadap derita dan perih rakyat Kelantan.
Cahaya Terengganu Di Airmata Kelantan.







Apa lagi mahu diungkapkan selain
Terima Kasih Kerajaan Terengganu
Terima Kasih Para Sukarelawan
Berbakti di negeri jauh
demi mengeringkan airmata
rakyat Kelantan
Share this article :

0 comments: