Thursday, October 31, 2019

tun m di turkmenistan




Sejurus selepas menghadiri persidangan NAM di Azerbaijan, YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Ashgabat, Turkmenistan. Lawatan ini adalah atas undangan Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov.

Tun Dr Mahathir memulakan program dengan menghadiri upacara sambutan rasmi di Dataran Presiden. Kemudian, beliau dan Presiden Berdimuhamedov telah mengadakan Mesyuarat Terhad diikuti dengan Mesyuarat Delegasi serta majlis tandatangan, dan kenyataan media bersama kedua-dua pemimpin itu di Istana Presiden.

Antara persetujuan yang dicapai adalah pelanjutan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) selama 10 tahun lagi kepada Petronas untuk beroperasi di negara itu sehingga 2038.

Selepas bermesyuarat, beliau telah menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Presiden Berdimuhamedov.

Pada sebelah malam pula, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan warga diaspora Malaysia di Turkmenistan.


Share this article :

0 comments: