Thursday, June 4, 2020

lepas Jepun


Masa Jepun kalah, British kembali semula ke Tanah Melayu.

Kita orang Melayu, seronok sakan pula. British datang, kata mahu gubal cara pemerintahan, mereka rancang mahu asaskan Malayan Union, mahu jadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British. Secara tidak langsung, raja diturunkan pangkat, mereka akan berkuasa sepenuhnya termasuk hal perundangan.

Ketika itu orang Melayu marah, baru nak marah.

Ketika itu usia saya belasan tahun, saya sangat bergerak aktif. Waktu malam, saya tampal poster, protes terhadap British.

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Share this article :

0 comments: