selamat datang ke ambang

merenung dengan akal membaca dengan fikir
segenap kata segenap makna
bahasa suara bangsa fikir nusa degup ibunda
tanah keramat hidup bersama bersatu berpecah tiada

putrajaya

Tuesday, July 17, 2018

kereta nasional

No comments:
Kereta Nasional
Tun M
16 Jul 2018



1. Saya diberitahu bahawa tidak ada siapa yang ingin lihat kereta nasional kedua. Cukuplah dengan Proton yang dikatakan gagal.

2. Kita tidak layak dan tidak mampu mengada industri otomotif. Rakyat Malaysia lebih rela beli kereta import, termasuk dari Negara Cina. Pilihan mereka ialah kereta Jepun, dan yang ada banyak duit kereta Jerman.

3. Saya masih ingat kereta Jepun sejurus selepas perang. Kata pengguna kalau kita toreh dengan kuku, kita akan lihat tin Milo. Tetapi dari kereta tin Milo inilah datang aneka model Toyota, Nissan dan Suzuki yang kita guna sekarang.


4. Demikian juga kereta Pony buatan Hyundai. Masa berlalu dan keluaran kereta Jepun dan Korea semakin baik. Demikian di pasaran hilang kereta Austin, Morris dan lain-lain dari Eropah.

5. Tentulah ini tidak akan berlaku dengan Malaysia. Kereta kita tetap diperbuat dari tin Milo selama-lamanya.

6. Kita tidak cadang membuat kereta nasional kedua oleh Kerajaan. Swasta kita sudah mampu reka bentuk, buat model tanah liat, model ujian dan mengeluar secara besar-besaran kereta bermotor. Tetapi kerana awal-awal lagi kita sudah tolak cadangan kereta nasional kedua, maka kita akan halang segala cadangan untuk mengeluar kereta bermotor oleh swasta. Sudah tentu Kerajaan tidak akan ada industri otomotif milik Kerajaan.

7. Kita akan beli kereta yang diimport. Jika kita pergi ke negara pembuat kereta seperti Jepun, Korea kita tidak akan lihat kereta yang bukan buatan negara mereka. Di Jepun kereta Jepun, di Korea kereta Korea. Kenapa?

8. Kerana mereka tidak benar kereta asing diimport. Hasilnya kualiti kereta mereka meningkat. Dan mereka mengeksport bermillion kereta mereka. Mata wang asing pun mengalir dengan banyaknya ke negara mereka.

9. Pekerja mereka mendapat kerja dan hidup mewah. Ekonomi mereka tumbuh sehingga mereka menjadi negara maju. Industri kejuruteraan mereka maju dan mampu membantu industri kejuruteraan yang lain.

10. Tetapi tidak di Malaysia. Apa juga jenis kereta, dari mana negara, berkualiti baik atau jenis tin Milo boleh masuk Malaysia. Dikeluar oleh syarikat gergasi, mereka membolot pasar kereta Malaysia sehingga tertimbuslah Proton. Akhirnya Proton dijual kepada orang asing. Tidak ada kereta nasional lagi. Tidak ada industri otomotif lagi. Pekerja, engineer, pengurus pun tidak punyai kerja lagi. Segala-galanya merosot.

11. Malaysia menjadi negara pengguna, negara penanam padi, pemancing ikan.

12. Tak mengapalah. Ini yang kita mahu dan ini yang kita dapat.

13. Lupakanlah sahaja Wawasan 2020.

chedet
Continue Reading...

Saturday, July 14, 2018

tun m dan masjid negara

No comments:
Sayap kiri dewan utama Masjid Negara jadi pilihan Dr Mahathir
Oleh Rizanizam Abdul Hamid



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba di Masjid Negara jam 1.36 tengah hari tadi bagi menyertai kira-kira 10,000 jemaah menunaikan solat Jumaat hari ini.

Sejurus tiba, beliau, yang berpakaian kelabu dan bersongkok hitam, terus menyertai jemaah di saf tiga di

ruang solat ruang yang biasa digunakan iaitu di sebelah kolam sayap kiri dewan utama masjid bersama rakyat.

Sudut berkenaan adalah ruang solat diketahui menjadi sudut kegemaran Perdana Menteri Ke-7 itu yang dikatakan tidak pernah berubah sejak 1981 sekali gus membolehkan sesiapa saja duduk bersebelahannya.

bharian


KUALA LUMPUR, 11 Mei - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaminkan doa sebelum menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara hari ini. Solat Jumaat hari ini dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad yang juga khatib dengan khutbah bertajuk 'Mensyukuri Nikmat Keamanan Melalui Tarbiyyah Ramadan'. -fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA



Tun M bersama ribuan jemaah sertai solat Aidilfitri
Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2018



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini bersama ribuan jemaah bagi meraikan kedatangan 1 Syawal.

Dr Mahathir yang berbaju Melayu ungu tiba di masjid itu pada 8.20 pagi bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Antara yang turut hadir ialah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Mahathir dan jemaah kemudiannya bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, yang juga bertindak sebagai khatib.

Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Dr Mahathir kemudian beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan mengambil gambar bersama Perdana Menteri Malaysia ketujuh itu.



Sementara itu, Syaikh Ismail ketika menyampaikan khutbah bertajuk ‘Kasih Sayang Pelengkap Kesejahteraan' mengingatkan para jemaah mengenai pentingnya sikap kasih dan sayang terutamanya dalam membentuk masyarakat yang sejahtera.

Menurutnya, sifat kasih sayang mampu melahirkan sifat-sifat positif seperti sifat sabar, bertolak ansur, toleransi, sopan santun dan pemaaf.

“Ia juga secara tidak langsung akan menghindarkan tercetusnya sifat-sifat yang tidak baik dalam hubungan sesama manusia dan mengelakkan daripada berlakunya konflik dalam masyarakat seterusnya mengekalkan keharmonian,” katanya.

Syaikh Ismail berkata Islam merupakan agama yang meraikan kepelbagaian dan perbezaan sama ada dari segi bangsa, bahasa dan kefahaman tertentu.

“Mereka dikurniakan peranan masing-masing bagi memakmurkan bumi ini. Dalam kepelbagaian inilah, kasih sayang memainkan peranan sebagai penghubung silaturahim sesama manusia.

“Sifat kasih sayanglah yang mendasari kepercayaan, kejujuran, empati, sokongan dalam sesuatu perhubungan sosial,” katanya.
-Bernama

mstar

Solat Jumaat Pertama Tun M Serbagai PM Ke 7








malaysiagazzete
Continue Reading...

Friday, July 13, 2018

ijn dan tun m

No comments:

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.
Kami warga Institut Jantung Negara amat berbangga diberi kesempatan untuk menjaga Tun sejak hari pertama, 25 tahun yang lalu Tun merasmikan IJN sehingga ke hari ini. Semoga Tun dan isteri senantiasa diberkati Illahi, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.


Continue Reading...

Thursday, July 12, 2018

ulang tahun bonda tun hasmah

No comments:

Selamat ulang tahun kelahiran Tun Siti Hasmah! 
Semoga panjang umur dan sentiasa diberkati Allah SWT.



Selamat Ulang Tahun Ke-92 Tun Dr Siti Hasmah

Dua hari lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari jadinya yang ke-93.

Mungkin ada yang tidak tahu, hari ini sebenarnya ialah sambutan ulang tahun isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang ke-92.

Beliau lahir pada 12 Julai 1926.

Memang pasangan yang serasi, tarikh hari jadi pun jatuh pada bulan yang sama, cuma bezanya Tun Dr Mahathir dilahir pada 10 Julai manakala isterinya pada tanggal 12 Julai.

Berasal dari Klang, Selangor, Tun Dr Siti Hasmah merupakan antara doktor wanita berbangsa Melayu pertama mengikuti kursus perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura (kini Sekolah Perubatan Yong Loo) selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1955, beliau menamatkan pengajian sebagai doktor perubatan dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, yang ketika itu terletak di Singapura.

Cinta pasangan ini berputik ketika Tun Dr Mahathir bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah ketika sama-sama menuntut di Universiti Malaya, Singapura.

Tun Dr Siti Hasmah turut menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak pada tahun 1974.

Selamat ulang tahun ke-92, Tun Dr Siti Hasmah, semoga dirahmati dan dilindungi Allah SWT untuk kesihatan yang baik serta panjang umur.

fb buletin tv3



Wajah tenang Tun Dr Siti Hasmah yang dapat dirakamkan oleh warga kerja Astro AWANI sewaktu penggambaran 'Doctors in the House' di kediaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Tun Dr Siti Hasmah akan sentiasa memastikan dirinya mendampingi suami tercinta yang juga Perdana Menteri Malaysia ketujuh tersebut
Continue Reading...

Tuesday, July 10, 2018

ulang tahun ayahanda tun

No comments:


#TunM93: Raikan ulang tahun kelahiran Tun Mahathir di Astro AWANI


Orang ramai boleh menyampaikan mesej menerusi semua platform media sosial Astro Awani, menggunakan hashtag #TunM93.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyambut hari kelahiran ke-93 pada 10 Julai (Selasa) ini, dan rakyat Malaysia dipelawa untuk bersama-sama memeriahkannya dengan menghantar mesej ulang tahun kepadanya.

Sejak 7 Julai, orang ramai terutamanya netizen mula menyampaikan mesej mereka menerusi semua platform media sosial Astro AWANI iaitu Twitter, Instagram dan Facebook. Semuanya disertai hashtag #TunM93.

Pelbagai kata dan lafaz semangat, terima kasih, ucapan kesejahteraan, dan harapan tentang masa depan tanah air dizahirkan. Tidak ketinggalan, ada juga yang sempat bertanyakan tentang rahsia kesihatan Dr Mahathir.

Mesej-mesej terbaik itu telah dihimpunkan untuk disiarkan secara terus di saluran 501 Astro AWANI bermula 8 Julai sehingga melepasi hari kemuncak sambutan iaitu pada Selasa nanti.

astroawani










Wajah tenang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di saat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93 di samping isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah. Astro AWANI bakal menyiarkan program 'Doctors in the House' pada 10 Julai jam 8.15 malam.
Continue Reading...

Monday, July 9, 2018

menteri muda

No comments:


Sukar ingin diungkap perasaan saya detik ini. Amanah yang digalas sangat besar. Rasa kerdil berbanding anggota-anggota kabinet lain yang lebih senior, namun pada masa yang bangga kerana berjaya memecah siling kaca perwakilan anak muda dalam barisan kepimpinan Negara.

Harapan saya mudah, semoga sejarah yang tercipta ini membuka pintu kepada anak-anak muda lain untuk turut serta dalam memacu hala tuju tanah air. Ikrar saya ialah untuk terus berada di sisi dan bekerja tanpa lelah untuk semua anak muda termasuklah golongan marjinal yang selalu tersisih. Mandat yang diberi hanya terlaksana dengan sempurna jika kedudukan anak muda diperkasa. Semua akan ada tempatnya — tanpa mengira agama, kaum, gender, keupayaan atau pegangan politik.

Hari ini ialah kejayaan semua anak muda di luar sana, terbukti kita ada ruang di Malaysia Baharu ini.
Selepas ini, #YouthPower bukan lagi retorik, ia realiti.

I look forward to working for the Youth & sports of our beloved country, Malaysia.

sumber fb syed saddiq
Continue Reading...

Friday, July 6, 2018

atas nama negara

No comments:
atas nama negara



segala susah dan derita ini
atas nama negara demi rakyat terbanyak 
demi pembelaan dan nasib makmur tanahair
aku sedang derita 
deritaku untuk semua manusia

begitu manusia
dengan segala mungkin tuntutan
dengan segala pengaruh dan serakah
segalanya atas nama negara
derita ini untuk bahagia rakyat
tetapi selama rakyat berladung airmata
pernahkah kau menangis dan bersedih?
pernahkah kau merasa luka dengan sakit mereka
sedang ketawa besar dan menyanyi menari
kaulepaskan kepayahan meniti pintu ke pintu mereka
dan kau tak pernah memahami derita itu bagaimana
sayur dan kangkung jadi mainan lidah
sedang si mikin begitu payah meraih rezeki
airmata pun tak mengalir lagi

di belakangmu pendokong mulia
 rela mati untukmu rela menjerit bagimu
mereka akan mengampumu setinggi gunung
kau sang bijaksana terbaik di dunia
kau pendeta kau dewa bahagia
mereka begitu memujimu
kerana mereka sangat rindu habuanmu

atas nama negara
rakyat memilih dan menetapkan
untuk bebas dari rangkul kuasamu
dan kau masih merasa
segalanya tipu daya
rakyat sedang bersuara
dengan airmata dengan sengsara

tiba waktu
kau menemui pengadilan
atas apa lagi yang kau ingin bangkitkan
mana pendokong dan pencandumu yang begitu ramai
pada hari kau sangat memerlukan
dan akhirnya kau mencari
mereka yang merangkak dan  dhaif
atas segala  laku dan tindakmu
mereka membela nasib mereka
dari segala degilmu
mereka membayar harga termahal
untuk sebuah malaysia

carilah teman-teman
rakyat ini sudah lama kau pinggirkan
kami sudah sarat sengsara
Continue Reading...