Saturday, July 14, 2018

tun m dan masjid negara


Sayap kiri dewan utama Masjid Negara jadi pilihan Dr Mahathir
Oleh Rizanizam Abdul Hamid



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba di Masjid Negara jam 1.36 tengah hari tadi bagi menyertai kira-kira 10,000 jemaah menunaikan solat Jumaat hari ini.

Sejurus tiba, beliau, yang berpakaian kelabu dan bersongkok hitam, terus menyertai jemaah di saf tiga di

ruang solat ruang yang biasa digunakan iaitu di sebelah kolam sayap kiri dewan utama masjid bersama rakyat.

Sudut berkenaan adalah ruang solat diketahui menjadi sudut kegemaran Perdana Menteri Ke-7 itu yang dikatakan tidak pernah berubah sejak 1981 sekali gus membolehkan sesiapa saja duduk bersebelahannya.

bharian


KUALA LUMPUR, 11 Mei - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaminkan doa sebelum menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara hari ini. Solat Jumaat hari ini dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad yang juga khatib dengan khutbah bertajuk 'Mensyukuri Nikmat Keamanan Melalui Tarbiyyah Ramadan'. -fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA



Tun M bersama ribuan jemaah sertai solat Aidilfitri
Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2018



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini bersama ribuan jemaah bagi meraikan kedatangan 1 Syawal.

Dr Mahathir yang berbaju Melayu ungu tiba di masjid itu pada 8.20 pagi bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Antara yang turut hadir ialah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Mahathir dan jemaah kemudiannya bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, yang juga bertindak sebagai khatib.

Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Dr Mahathir kemudian beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan mengambil gambar bersama Perdana Menteri Malaysia ketujuh itu.



Sementara itu, Syaikh Ismail ketika menyampaikan khutbah bertajuk ‘Kasih Sayang Pelengkap Kesejahteraan' mengingatkan para jemaah mengenai pentingnya sikap kasih dan sayang terutamanya dalam membentuk masyarakat yang sejahtera.

Menurutnya, sifat kasih sayang mampu melahirkan sifat-sifat positif seperti sifat sabar, bertolak ansur, toleransi, sopan santun dan pemaaf.

“Ia juga secara tidak langsung akan menghindarkan tercetusnya sifat-sifat yang tidak baik dalam hubungan sesama manusia dan mengelakkan daripada berlakunya konflik dalam masyarakat seterusnya mengekalkan keharmonian,” katanya.

Syaikh Ismail berkata Islam merupakan agama yang meraikan kepelbagaian dan perbezaan sama ada dari segi bangsa, bahasa dan kefahaman tertentu.

“Mereka dikurniakan peranan masing-masing bagi memakmurkan bumi ini. Dalam kepelbagaian inilah, kasih sayang memainkan peranan sebagai penghubung silaturahim sesama manusia.

“Sifat kasih sayanglah yang mendasari kepercayaan, kejujuran, empati, sokongan dalam sesuatu perhubungan sosial,” katanya.
-Bernama

mstar

Solat Jumaat Pertama Tun M Serbagai PM Ke 7








malaysiagazzete
Share this article :

0 comments: