Thursday, July 12, 2018

ulang tahun bonda tun hasmah



Selamat ulang tahun kelahiran Tun Siti Hasmah! 
Semoga panjang umur dan sentiasa diberkati Allah SWT.



Selamat Ulang Tahun Ke-92 Tun Dr Siti Hasmah

Dua hari lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari jadinya yang ke-93.

Mungkin ada yang tidak tahu, hari ini sebenarnya ialah sambutan ulang tahun isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang ke-92.

Beliau lahir pada 12 Julai 1926.

Memang pasangan yang serasi, tarikh hari jadi pun jatuh pada bulan yang sama, cuma bezanya Tun Dr Mahathir dilahir pada 10 Julai manakala isterinya pada tanggal 12 Julai.

Berasal dari Klang, Selangor, Tun Dr Siti Hasmah merupakan antara doktor wanita berbangsa Melayu pertama mengikuti kursus perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura (kini Sekolah Perubatan Yong Loo) selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1955, beliau menamatkan pengajian sebagai doktor perubatan dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, yang ketika itu terletak di Singapura.

Cinta pasangan ini berputik ketika Tun Dr Mahathir bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah ketika sama-sama menuntut di Universiti Malaya, Singapura.

Tun Dr Siti Hasmah turut menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak pada tahun 1974.

Selamat ulang tahun ke-92, Tun Dr Siti Hasmah, semoga dirahmati dan dilindungi Allah SWT untuk kesihatan yang baik serta panjang umur.

fb buletin tv3



Wajah tenang Tun Dr Siti Hasmah yang dapat dirakamkan oleh warga kerja Astro AWANI sewaktu penggambaran 'Doctors in the House' di kediaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Tun Dr Siti Hasmah akan sentiasa memastikan dirinya mendampingi suami tercinta yang juga Perdana Menteri Malaysia ketujuh tersebut
Share this article :

0 comments: