Tuesday, November 7, 2017

kaya

No comments:

MERPERKAYAKAN MELAYU
6 Nov 2017

1..​Di bawah dasar ekonomi Najib, ramailah orang Melayu yang sudah menjadi kaya. Separuh menjadi kaya dengan mudah. Apa yang diperlukan hanyalah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Raja Wang Tunai.

2.​Jangan tanya dari mana wang itu datang. Jangan soal. Terima sahaja. Halalkannya dengan ibadah tertentu.

3.​Jika dihadiah jawatan, guna jawatan untuk sauk duit yang ditangani. Jangan takut. Jika SPRM terjumpa, tindakan tidak akan diambil atau mengambil masa yang amat panjang.

4.​Jika memegang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan, peluang banyak akan terdapat untuk seleweng. Jika tidak ada tempat untuk simpan ratusan juta, bawah katil, bawah T.V. pun boleh. Untuk lebih selamat kongsi bersama pihak yang berjawatan tinggi dan berkuasa.

5.​Jika berpeluang bawa wang tunai itu ke Hong Kong atau Australia. Jika dikesan dan kena tangkap tak mengapa. Kata tak faham bahasa Inggeris.

6.​Jangan takut SPRM tak akan siasat. Kalau ada berbillion dalam akaun, okay. Ada A.G. Boleh sembunyi fakta, laporan, bukti.

7.​Sekarang datang satu cara baru. Orang asing nak beli tanah di Malaysia. Pinjamkan nama sebagai Presiden, CEO, pengurus untuk tubuh syarikat Bumi Sdn. Bhd. Beli tanah. Harga tak penting. Beli, beli, beli.

8.​Yang mudah sekali tanah orang Melayu. Tak mahu jual, naik harga. Naik harga, naik harga sehingga jual. Tanah milik bukan Melayu pun boleh beli jika kena harga.

9.​Pemilik syarikat akan hadiah bermillion Ringgit kepada tuan punya nama pinjaman untuk syarikat yang didaftar sebagai syarikat tempatan milik bumi. Orang asing yang pinjam nama orang bumi amat kaya. Mereka memiliki berbillion Ringgit. Banyaklah tanah akan dimiliki oleh mereka melalui proksi Melayu.

10.​Melayu ini akan kaya. Mereka akan naikkan pendapatan sekepala Melayu. Fikirkan jika seorang dari 1000 orang Melayu menjadi jutawan, pendapat purata tiap seorang dari 999 yang tidak berpendapatan akan berjumlah RM1000.



11.​Inilah cara Melayu boleh jadi kaya dan pendapatan per kapita mereka meningkat.

12.​Kemudian apabila dihitung, Melayu tak ada tanah lagi. Warga Malaysia lain pun sudah tidak ada tanah lagi. Bersama dengan TRX, Sg Besi, Melaka, Kuantan, Johor, Langkawi, Kedah, tanah yang berharga sudah tidak lagi milik rakyat. Ia sudah jadi sebahagian dari negara lain.

13.​Tetapi okay. Melayu dan lain-lain warganegara sudah kaya. Sekurang-kurangnya sebahagian dari hutang 1 billion sudah dibayar. Bandar-bandar moden, canggih dan mewah terdiri di seluruh negara. Dan orang Malaysia, terutama orang Melayu dapat melihat dengan bangganya betapa Malaysia sudah jadi negara maju, penuh dengan pencakar langit. Mereka sendiri tinggal dalam pondok papan berbumbung zink di kawasan setinggan.

14.​Kekayaan hasil dari pinjaman nama rupa-rupanya tidak kekal. Dan kembalilah orang Melayu ke pinggir hutan, jauh dari pencakar langit yang memenuhi tanah Melayu dahulu.

15.​Ingat, kita jual Singapura. Masih kita punyakah? Tanah di Malaysia yang kita jual kepada orang asing, masih kita punyakah?

16.​Bukan sahaja sudah bukan kita punya, undang-undang negara kita, duit negara kita juga tidak diguna. Masih kita punya kah?

17.​Apabila kita sudah jual semua tanah kita, apakah Malaysia masih kita punya?

18.​Sokonglah Najib, penyangak, perompak dan lanun Melayu.

chedet
Continue Reading...

Monday, November 6, 2017

banjir pulau pinang

No comments:



Pulau Pinang Lumpuh, Pokok Tumbang, Tanah Runtuh
05 November 2017


Foto: Bernama

GEORGE TOWN: Pulau Pinang hari ini lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi ini juga menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 metre hingga 1 metre berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata 1,968 mangsa banjir kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir yang dibuka di empat daerah di negeri ini.

Beliau berkata 1,125 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Tengah, 615 mangsa di Seberang Perai Utara (SPU), 70 mangsa di daerah Timur Laut dan 158 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Barat Daya.

“Angkatan Tentera Malaysia sudah menghantar anggota-anggota mereka di daerah Timur Laut. Di kawasan Seberang Perai kita masih menunggu anggota tentera dari Kem Sungai Petani dan kita amat perlukannya. Ada ramai mangsa-mangsa yang hendak kita selamatkan.

Keadaan sekarang lebih baik sikit kerana hujan telah reda. Sungguhpun begitu, air banjir masih belum surut dan kita lihat angin masih kuat. Kita masih bimbang tentang kejadian yang tidak diingini kerana angin kuat dan kita bimbang hujan akan kembali lagi,” katanya di sini, hari ini.

Lim berkata kejadian angin kencang yang melanda negeri ini awal pagi ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.

“Angin yang begitu kuat tak pernah kita lihat bersama hujan lebat (dan ia) benar-benar telah melebihi keperluan kita. Kita tidak ada sumber yang cukup untuk menangani keperluan mangsa-mangsa banjir.

“Terima kasih pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua pasukan penyelamat yang datang membantu. Saya harap semua dapat terus jaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Tinjauan Bernama di kawasan Seberang Jaya, dekat sini mendapati kawasan berkenaan paling teruk terjejas dengan beberapa bahagian Hospital Seberang Jaya (HSJ) dinaiki air namun keadaan masih terkawal dan tiada pesakit dipindahkan.

Seramai 21 mangsa banjir daripada enam keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir sementara di Taman Siakap, Seberang Jaya selepas kawasan rumah mereka dinaiki air dengan begitu pantas pada kira-kira pukul 7 malam.

Sementara itu, Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Ramzi Ahmad berkata hujan lebat dan angin kuat itu turut menyebabkan empat penerbangan yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang berkenaan terpaksa dilencongkan.

Katanya tiga penerbangan dilencongkan ke Lapangan Terbang Subang manakala satu penerbangan lagi dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kesemua mendarat dengan selamat.

“Berikutan cuaca buruk itu, lebih 26 penerbangan yang berlepas dari LTAPP turut mengalami kelewatan, namun operasi di lapangan terbang berjalan lancar. Pada masa ini semua operasi penerbangan berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Rapid Penang menghentikan sementara operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di bahagian pulau dan tanah besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata banyak jalan utama dinaiki air dan demi keselamatan orang ramai, kami tidak mempunyai pilihan selain menghentikan operasi sehingga keadaan kembali pulih,” kata kenyataan itu sambil meminta orang ramai merujuk laman Facebook Rapid Penang di rapidpgfans untuk maklumat terkini.

- Bernama

md 




 
 
Continue Reading...