Tuesday, June 11, 2019

eac

No comments:
YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia mempengerusikan mesyuarat ke-3 Majlis Tindakan Ekonomi atau Economic Action Council (EAC) sejak ditubuhkan pada 11 Februari 2019 pagi tadi di bangunan Perdana Putra.

Tiga mandat EAC adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang lebih saksama, dan kesejahteraan rakyat.

Isu kemiskinan dalam kalangan pesawah dan jaminan makanan menjadi perhatian utama kerajaan. Antara faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam kalangan penanam padi adalah kerana mereka terlalu bergantung kepada subsidi serta tidak efisien dalam menggunakan sepenuhnya pemegangan tanah mereka.

Dalam sidang media, Dr Mahathir berkata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar telah ditugaskan untuk mengurangkan proses kelulusan bagi permohonan pelaburan yang diperlukan. Mesyuarat mendapati terdapat sehingga 60 proses yang perlu dilalui untuk pembinaan sebagai contoh. Peniaga dan pelabur mendapati sukar untuk mendapat kebenaran untuk melabur dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Majlis Tindakan Ekonomi juga bersetuju untuk menghidupkan semula Majlis Produktiviti Negara (NPC) bagi menetapkan panduan dan hala tuju strategik serta memacu agenda produktiviti negara secara menyeluruh. Jawatankuasa Eksekutif (Exco) EAC telah ditubuhkan untuk memandu analisis ke atas isu semasa yang dikenal pasti dan mengemukakan cadangan penyelesaian untuk pertimbangan EAC. Exco EAC ini akan diketuai oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.








Continue Reading...

Monday, June 10, 2019

Tun M : banteras rasuah

No comments:
”Saya ingin tekankan bahawa Kerajaan memandang serius isu-isu yang melibatkan gejala rasuah dan salah guna kuasa di dalam perkhidmatan awam. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam membanteras isu ini hingga ke akar umbi.

Dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan, kita perlu sentiasa bersedia dan mampu untuk memberi respons serta bertindak dengan cepat dan sempurna. Layanan yang diberikan perlu ikhlas dan mesra agar pelanggan atau rakyat merasa yakin dan percaya dengan keupayaan kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Kita juga perlu peka dan prihatin dengan segala undang-undang, peraturan mahupun pekeliling yang berkuatkuasa terutamanya yang berkaitan dengan bidang tugas kita. Ini adalah untuk mengelakkan daripada membuat keputusan di luar batasan.”

Ucaptama oleh YAB Perdana Menteri di hadapan Penjawat Awam Negeri Melaka

Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka
10 Jun 2019



 
Continue Reading...

Wednesday, June 5, 2019

tun m : maaf jika kekurangan

No comments:
Mahathir mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang pemerintahan PH
 Diterbitkan Hari ini 1:25 tengahari Dikemaskini Hari ini 1:25 tengahari


Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf sekiranya sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan terdapat perkara yang tidak membawa kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, perdana menteri berdoa keamanan yang dinikmati negara selama ini seperti mana ditunjukkan rakyat berbilang kaum di rumah terbukanya dan anggota Kabinet di Seri Perdana di Putraya hari ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

"Di negara kita ini, kita hidup aman damai dan rayakan hari kebesaran semua kaum bersama-sama tanpa mengira kaum.



"Dengan itu negara kita jadi aman dan dapat hidup senang lenang dan sejahtera," katanya semasa berucap di hadapan ribuan tetamu majlis itu, ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri mewakili isteri dan keluarganya, Dr Mahathir bersyukur perpaduan ditunjukkan rakyat berbilang kaum dalam negara jelas terbukti di rumah terbuka itu.

"Inilah negara kita, Malaysia, yang memberi banyak nikmat kepada semua kita. Saya bersama isteri dan keluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua," katanya.

- Bernama

malaysiakini
Continue Reading...

salam aidilfitri

No comments:



Continue Reading...