Tuesday, June 11, 2019

eac


YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia mempengerusikan mesyuarat ke-3 Majlis Tindakan Ekonomi atau Economic Action Council (EAC) sejak ditubuhkan pada 11 Februari 2019 pagi tadi di bangunan Perdana Putra.

Tiga mandat EAC adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang lebih saksama, dan kesejahteraan rakyat.

Isu kemiskinan dalam kalangan pesawah dan jaminan makanan menjadi perhatian utama kerajaan. Antara faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam kalangan penanam padi adalah kerana mereka terlalu bergantung kepada subsidi serta tidak efisien dalam menggunakan sepenuhnya pemegangan tanah mereka.

Dalam sidang media, Dr Mahathir berkata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar telah ditugaskan untuk mengurangkan proses kelulusan bagi permohonan pelaburan yang diperlukan. Mesyuarat mendapati terdapat sehingga 60 proses yang perlu dilalui untuk pembinaan sebagai contoh. Peniaga dan pelabur mendapati sukar untuk mendapat kebenaran untuk melabur dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Majlis Tindakan Ekonomi juga bersetuju untuk menghidupkan semula Majlis Produktiviti Negara (NPC) bagi menetapkan panduan dan hala tuju strategik serta memacu agenda produktiviti negara secara menyeluruh. Jawatankuasa Eksekutif (Exco) EAC telah ditubuhkan untuk memandu analisis ke atas isu semasa yang dikenal pasti dan mengemukakan cadangan penyelesaian untuk pertimbangan EAC. Exco EAC ini akan diketuai oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.








Share this article :

0 comments: