Saturday, March 28, 2020

saya di rumah

No comments:

Saya mendoakan semoga kita berjaya memerangi wabak COVID-19 bersama, berganding bahu tidak kira agama, bangsa atau fahaman politik.

Saya luangkan masa di rumah dengan banyak membaca, menulis & bersenam.

How are you spending your time?
Continue Reading...

Wednesday, March 25, 2020

Hari Polis ke-213

No comments:

Saya ucap selamat menyambut Hari Polis ke-213 kepada semua warga PDRM. Selamat menjalankan tugas kepada semua anggota yang terlibat di dalam menguatkuasakan Movement Control Order. Saya dan isteri mendoakan agar keselamatan anda semua serta keluarga sentiasa terpelihara, In Sya Allah.
- Tun M
Continue Reading...

Sunday, March 22, 2020

alhamdulillah

No comments:

Semua tahu bahawa YABhg Tun Dr Mahathir telah kuarantinkan dirinya kerana bergambar dengan seseorang yang kemudian disahkan positive COVID-19, hasil ujian mendapati beliau negatif wabak tersebut. Terima kasih atas doa.
Alhamdulillah


Continue Reading...

Thursday, March 19, 2020

Tuesday, March 17, 2020

nasihat doktor

No comments:


"Kerana saya dilatih sebagai doktor dan saya paham apa dianya jenis penyakit virus ini yang sekarang ini merebak di seluruh dunia. Kita lihat negara yang pertama ialah China, sekarang ini yang kedua ialah Itali, lepas itu Iran, dan sekarang ini sehingga ke Amerika jugak mereka menghadapi penyakit ini.

Saya berdoa supaya mereka dapat dengan cepatnya mencipta vaksin baru yang boleh digunakan.

Sementara itu, oleh kerana tidak ada ubat, tidak ada vaksin, DISIPLIN kita mengawalkan diri kita daripada bercampur dengan orang lain ialah jalan yang terbaik untuk kita elak daripada mendapat penyakit ini. Saya harap kita semua berasa bertanggungjawab dalam USAHA untuk mengurangkan kesan penyakit ini. Insya Allah. Kalau kita BERUSAHA, Allah akan makbulkan usaha kita.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada staf di hospital, dan staf Kementerian Kesihatan yang merupakan orang yang terhadapan menghadapi usaha, menghadapi pesakit ini dan menjalankan USAHA untuk membanteras merebaknya penyakit ini. Saya ucap terima kasih kepada doktor dan jururawat dan pegawai-pegawai rendah dan tinggi yang terlibat dalam usaha kita untuk menyelamatkan rakyat Malaysia. Terima kasih."

Continue Reading...

Friday, March 13, 2020

bagaimana dikenang

No comments:
Tun M tidak peduli bagaimana dirinya akan dikenang
Interviu oleh: DATUK BAHAROM MAHUSIN, BADRULDIN ZAKARIA, JUNHAIRI ALYASA, MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN, HASLINA KAMALUDDIN & NURUL RIDUAN NORASHAHA
12 Mac 2020


TANGGAL 1 Mac 2020, negara menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila tampuk pimpinan utama Malaysia bertukar tangan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Sebelum itu, selama seminggu Tun Dr Mahathir Mohamad diberi kesempatan sebagai Perdana Menteri Interim dan sepanjang tempoh itu pelbagai spekulasi timbul mengenai calon atau pengganti kepada jawatan tersebut.

Apabila Muhyiddin diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan, timbul desas-desus mengatakan hubungannya dengan Dr Mahathir sedikit dingin susulan dakwaan dirinya adalah pengkhianat yang memulakan tindakan kerajaan ‘pintu belakang’.

Sinar Harian berkesempatan mengadakan pertemuan dan wawancara eksklusif bersama ikon negarawan Dr Mahathir bagi merungkai persepsi dan dakwaan yang mengeruhkan dunia politik negara.

Ikuti transkrip penuh wawancara bersama Dr Mahathir. Wawancara ini ialah interviu pertama Dr Mahathir dengan organisasi media selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Ketujuh.

SINAR HARIAN: Tun, perkara apa yang Tun teringin hendak buat untuk diri Tun sendiri yang bukan berkaitan politik dan kerjaya?

DR MAHATHIR: Bagi diri saya? Bagi diri saya tidak penting lagi. Tidak lama lagi saya akan pergilah.Tidak tahu berapa lama. Mungkin setahun, mungkin sebulan, mungkin tiga tahun. Saya tidak pasti. Kadang-kadang orang yang nampak sihat pun rebah juga. Jadi, selagi saya masih berkebolehan, tugas saya adalah untuk membetulkan keadaan orang Melayu.

Dalam kehidupan politik Tun, Tun pernah jatuh dan bangun semula. Tun pernah terbuang daripada UMNO kira-kira 50 tahun lepas. Beberapa tahun lalu, Tun jatuh tetapi menang kembali. Adakah Tun mampu bangkit kembali selepas (kejatuhan) tahun 2020?

Saya tidak ambil kira tentang nasib saya. Nasib saya tidak penting. Nasib orang Melayu penting. Walaupun saya tidak lagi jadi Perdana Menteri, kalau saya boleh tolong pulihkan keadaan orang Melayu, itu bagi saya boleh memberikan kepuasan.

Bukan kedudukan menjadi Perdana Menteri yang penting. Kedudukan Perdana Menteri penting bagi membolehkan kita ada kuasa. Lebih penting adalah menjatuhkan sebuah kerajaan kleptokratik. Sebab itu, saya melihat keadaan. Sekiranya ada kemungkinan itu berlaku, saya terpaksa memainkan sedikit peranan sekiranya diminta (oleh) orang ramai.

Kami lihat Tun boleh memberi wawancara kepada kami dalam keadaan tersenyum. Bagaimana Tun berkebolehan mengawal stres Tun?

(Tersenyum) Masa saya jadi Perdana Menteri, saya bekerja 18 jam sehari. Saya tiada masa hendak bercakap dengan orang, sekarang saya bebas. Saya boleh datang ke pejabat lewat. Hari ini saya datang pejabat jam 9 pagi. Saya bebas jumpa orang... boleh pergi mana-mana. Jadi legalah orang yang sudah berumur 94 tahun ini, sudah tiada tekanan kerja yang teramat sangat.

Jadi dari sudut itu, saya lega. Tetapi saya khuatir apa akan jadi kepada negara? Itu yang saya khuatir.

Saya kini paralyzed (lumpuh), tidak boleh buat apa-apa. Walaupun demikian, saya masih berusaha untuk memajukan orang kampung. Saya sudah atur kaedah itu dan mereka yang terlibat masih berjumpa dengan saya untuk tahu bagaimana hendak atasi cabaran ini.

Melalui wawancara ini, Tun nampak sangat komited hendak membantu orang Melayu dan kurang memikirkan diri sendiri. Tetapi ada pihak berpendapat Tun sepatutnya sudah berundur daripada politik dan meluangkan masa berehat serta menghabiskan masa bersama cucu dan cicit. Apakah pendapat Tun?

Ya, kita pun hendak berehat. Saya sudah umur 94 tahun. Tetapi pendapat saya kalau kita berehat sangat, kita akan jatuh sakit. Saya kena kerja. Kerjalah ubat saya.

Saya kerja aktif, jalan, bercakap, menulis... itu yang membuatkan saya terasa lebih hidup. Saya kena buat kerja itu. Walaupun tiada kerja, tiada siapa pun suruh saya datang pejabat tetapi saya buat kerja.

Saya tulis, bincang dengan orang serta membuat penjelasan. Saya hendak sedikit sebanyak ilmu yang saya ada dipindahkan kepada orang lain.

Apakah cita-cita Tun sekarang?

Saya hendak rehatlah... saya hendak rehat. Kalau boleh, mereka yang saya sudah letak untuk menjalankan tugas memulihkan ekonomi orang Melayu, mereka masih datang kepada saya dan saya memberi pandangan dan nasihat. Dan kadang-kadang saya pergi tengok sendiri dan beri pendapat.

Tun apabila berlaku keadaan politik sebegini terhadap Tun, apa kata isteri Tun, Tun Dr Siti Hasmah?

Dia ikut sahaja apa yang saya buat dan dia sokong saya. Dia tidak pernah timbulkan masalah, kalau saya kembali kepada politik sampai balik lewat, dia tidak merungut.


Dr Mahathir bersama Tun Siti Hasmah.

Tentang politik Kedah di negeri kelahiran Tun sendiri, sekarang ini ada semacam teori domino politik di seluruh negara... Johor jatuh, Melaka jatuh, Perak jatuh. Adakah Tun fikir Datuk Seri Mukhriz akan jatuh juga (daripada jawatan Menteri Besar Kedah)?

Saya fikir (keadaan itu) banyak bergantung kepada ADUN Pas. Kalau mereka tidak tarik diri, jatuhlah kerajaan (Datuk Seri Mukhriz). Waktu ini mereka tidak tarik diri walaupun bercanggah dengan pendirian ibu pejabat Pas Pusat. Mereka masih mengekalkan sokongan kepada Mukhriz dan dia masih Menteri Besar. Tetapi situasi Mukhriz diibaratkan ‘telur di hujung tanduk’. Kalau goncang sedikit, jatuhlah.

Adakah Tun ada rasa simpati kepada Datuk Seri Mukhriz?

Ya, saya fikir saya ada simpati kepada dia. Tetapi dalam politik, kadangkala kita naik dan kadang-kadang kita jatuh.

Tun kini dilihat lebih gembira dengan melakukan pelbagai aktiviti pada hujung minggu seperti menunggang kuda, adakah ini antara aktiviti yang menggembirakan Tun?

Alhamdullilah saya masih sihat. Kalau saya mendapat penyakit yang tidak boleh diubati seperti kanser ataupun strok, saya tak bolehlah melakukan aktiviti seumpama itu. Tetapi alhamdulillah setakat ini saya tidak dapat penyakit yang fatal yang akan membawa kepada kematian dalam jangka masa yang pendek.

Saya masih sihat. Nak buat apa dengan kesihatan? Jadi saya perlu guna dengan sebaik-baiknya untuk melakukan kebajikan.

Bagaimana Tun menjaga kesihatan?

Saya tulis dalam akhbar New Straits Times semua yang saya lakukan terutama tentang pentingnya untuk kita aktif. Apabila kita tidak menggunakan mana-mana bahagian tubuh badan kita, maka bahagian itu akan merosot dan kekuatannya juga akan merosot.

Kalau kita tidak guna otot kita dan asyik tidur sahaja, jadi kita nak berdiri pun tak boleh. Tetapi kalau kita hari-hari bangkit, bekerja, berjalan, bercakap jadi semua anggota badan kita aktif.


Sentiasa aktif termasuk bertemu orang ramai adalah antara rahsia Dr Mahathir kekal sihat.

Begitu juga dengan otak kita, jadi kita perlu gunakan otak kita untuk berfikir. Kalau kita tak guna ia akan merosot. Kebiasaannya orang tua suka tidur dan keluarga pun menyuruh mereka berehat. Itu sebenarnya yang menyebabkan mereka lemah, kalau dapat sahaja penyakit, habis.

Bagaimana Tun hendak rakyat Malaysia mengenang Tun?

Saya tidak peduli soal itu. Sebab itu apabila saya menjadi Menteri Pelajaran, arahan pertama yang saya lakukan adalah jangan menamakan mana-mana sekolah dengan nama saya, jangan guna nama saya.

Apabila saya menjadi Perdana Menteri, saya buang semua bendera yang ada tulis nama Perdana Menteri. Saya tidak peduli tentang diri saya, diri saya tidak penting kerana akhirnya kita akan meninggal dunia juga. Sama ada mereka ingat saya atau tidak, itu terpulang kepada mereka.


sinarharian


Continue Reading...

Saturday, March 7, 2020

menjadi kuat

No comments:
Keluar PH untuk kuatkan Bersatu, tapi...
A Kadir Jasin


Cerita ini panjang kerana mustahil boleh diceritakan dengan ringkas.

Jalan cerita atau naratif penyokong Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari lalu mengandungi beberapa elemen. Antaranya:

1. Bersatu mesti menjadi parti Bumiputera-Melayu terbesar di Malaysia dengan mengambil alih peranan Umno yang sudah rosak;

2. Bersatu tidak boleh menarik sokongan Bumiputera-Melayu selagi bekerjasama dengan DAP dalam PH dan sedikit sebanyak dengan PKR kerana ia mempunyai perwakilan bukan Melayu yang besar;


3. Bersatu wajib keluar PH bagi menyelamatkan Dr Mahathir daripada dihina oleh penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu beliau segera menyerahkan kuasa kepada idola mereka; dan

4.DAP tidak boleh dipercayai untuk menyokong dan mempertahankan Dr Mahathir.

Oleh sebab ramai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mentah dalam politik tetapi bercita-cita tinggi atau tamak (atau kedua-duanya sekali), mereka percaya kepada naratif di atas.

Maka dalam mesyuarat MPT 23 Februari, mereka tidak peduli lagi penjelasan dan rayuan tuan tubuh, iaitu Tun Dr Mahathir, bahawa beliau mempunyai sokongan Majlis Presiden PH.


Oleh sebab itu, Dr Mahathir merayu agar ahli MPT tidak tergesa-gesa mengambil keputusan keluar PH.

Penjelasan beliau mengenai keputusan Majlis Presiden PH dalam mesyuarat 21 Februari yang memberikan sepenuh mandat dan kepercayaan kepada beliau untuk mentadbir sehingga selepas Sidang Kemuncak APEC dan menyerahkan kepada beliau menentukan tarikh peralihan kuasa selepas itu, tidak diendahkan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Hakikat bahawa Dr Mahathir tidak berbohong atau memberikan interpretasi yang salah semakin terbukti selepas Bersatu keluar PH dan kerajaan PH roboh.

Mencurah air di daun keladi

Beberapa orang pemimpin PH telah mula bercerita di media massa bagaimana, menjelang tengah malam 29 Februari, apabila Dr Mahathir kembali menjadi calon PM, telah diputuskan yang Anwar bersedia untuk tidak menyertai Kabinet dan Lim Guan Eng sama ada digugurkan atau tidak lagi menjadi Menteri Kewangan.

Maksudnya, terdapat tolak ansur yang luas di kalangan pemimpin PH di mana Dr Mahathir diberikan ruang untuk bertindak supaya PH terus mempunyai majoriti di Parlimen.

Tapi penjelasan Dr Mahathir kepada MPT Bersatu pada 23 Februari umpama mencurah air ke daun keladi.

Maka terpahatlah tarikh itu sebagai hari pengkhianatan, mabuk kuasa dan strategi hambar oleh majoriti ahli MPT.

Rayuan Dr Mahathir pada mesyuarat itu mudah saja: “Jangan paksa saya langgar prinsip saya. Jangan halang saya tunaikan janji saya.” Itu pun tidak dihiraukan.

Seolah-olah dirasuk syaitan, majoriti ahli MPT menekan dan membantah sehingga Setiausaha Politik Dr Mahathir ketika itu, Muhammad Zahid Mat Arip, menepuk meja dan berkata “buat kali pertama saya menyokong Tan Sri Muhyiddin.”

Adalah diketahui umum bahawa Zahid bukan saja tidak sukakan Muhyiddin malah sering mempersendakan Presiden Bersatu itu.

Selapas Bersatu keluar PH, adakah ia lebih kuat dan dihormati? Adakah orang Melayu berduyun-duyun menyertainya? Adakah Umno yang rosak itu kini hancur lebur?


Apakah penyingkiran Adun Bersatu, Sahruddin Jamal, sebagai Menteri Besar Johor dan digantikan oleh Adun Umno tanda kekuatan dan kejayaan Bersatu selepas keluar PH?

Atau memang strategi Muhyiddin dan para penyokongnya hendak menyerah balik Johor kepada Umno?

Kuat dan berani?

Kalau Bersatu kuat dan “Perikatan Nasional” kuat mengapakah tidak umumkan berapa orang ahli Dewan Rakyat yang tandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin?

Kalau kuat kenapa takut ke Parlimen sehingga memaksa sidang ditunda daripada 9 Mac kepada 18 Mei?

Kalau Bersatu kuat dan dihormati, mengapakah Adun Bersatu ditendang macam anjing kurap oleh Umno di Melaka?

Nampaknya Umno tetap Umno – hegemonik – dan Bersatu jadi lembu dicucuk hidung. Kalau orang Umno mengenang budi, tentulah mereka iktiraf jasa bekas Adun Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen, yang bermati-matian mahu Bersatu keluar PH sehingga ada orang berkata kerana dia dijanjikan jawatan Ketua Menteri oleh Umno.

Di Perak belum tentu apa akan jadi. Buat masa ini Bersatu telah hilang kerusi MB. Adun tunggal Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang menjadi MB sejak PH menang, juga mahu Bersatu keluar PH.

Tapi dia main kayu tiga. Sehingga saat akhir, iaitu pagi Ahad, 1 Mac dia masih kelihatan di kediaman Dr Mahathir di Mines, Sungai Besi. Tetapi selepas itu hilang dan tidak lagi muncul bersama Dr Mahathir. Dia ini juga “budak” Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden Bersatu.

Rupa-rupanya dia mengidamkan atau dijanjikan jawatan menteri pusat kerana dia juga ahli Parlimen. Sekarang khabarnya nama dia tidak ada dalam senarai Kabinet maka dia pun cuba berjalan balik ke Ipoh. Ini pemimpin PH Perak yang bagi tahu.


Jadi Bersatu yang dijanjikan akan lebih kuat setelah keluar PH sudah hilang jawatan MB Johor (negeri Presiden Bersatu), Adunnya di Melaka dibuat macam sampah, hilang jawatan MB Perak dan belum tahu lagi apa akan terjadi di kabinet dan di negeri-negeri lain.

Dulu, walaupun tidak menang banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Bersatu dapat juga banyak jawatan Kabinet, exco dan menteri besar. Hal ini bukan kerana Bersatu kuat, tetapi parti itu dihormati di bawah pimpinan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri.

Sekarang bukan Ahli Parlimen, Exco dan Adun Bersatu sahaja yang rugi akibat perbuatan cetek akal ini, tetapi semua orang yang dilantik oleh Bersatu dan PH ke pelbagai jawatan juga mungkin hilang kedudukan kepada orang Umno dan PAS.

Tak tahulah kalau Muhyiddin dan ahli MPT yang beria-ia sangat mahu Bersatu keluar PH ada jampi azimat ala tikar terbang “zam zam alakazam” Almarhum P Ramlee untuk terbang ke angkasa lepas.

Atau mereka sangka apabila pintu gua terbuka dengan jampi “niat insun mata aji semar ngiseng” maka bertimbun harta karun yang boleh dikaut untuk memuaskan nafsu tamak haloba.

Satu saja mereka kena ingat. Silap-silap yang mereka temui ialah "ngiseng" (najis air besar). Wallahuaklam. Terima kasih.

A KADIR JASIN merupakan tokoh wartawan dan pernah menjadi penasihat media Dr Mahathir Mohamad.

Tulisan ini dipetik dari blog https://kadirjasin.blogspot.com dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

malaysiakini
Continue Reading...

saya berbasikal

No comments:



Saya berbasikal di keliling tasik Putrajaya pagi tadi. Badan yang cergas dan stamina yang kuat amat penting dalam melaksanakan aktiviti atau pekerjaan yang kita mahu lakukan.
Continue Reading...

Friday, March 6, 2020

sebuah cerita jadi kenangan

No comments:
'Seperti dirasuk syaitan mereka asak Dr M'
A Kadir Jasin
4 Mac 2020

Apabila Dr Mahathir Mohamad memberitahu saya yang Muhyiddin Yassin mengaku dia anak orang alim bagi membuktikan dia orang baik, jawapan saya mudah saja.

Hanya syaitan bodoh saja menghasut anak orang jahat atau orang yang tidak ada pengaruh.

Tapi tidak ada syaitan yang bodoh. Syaitan cerdik cuma derhaka kepada Allah, jadi syaitan akan hasut orang yang berpengaruh yang boleh mempengaruhi ramai orang.

Justeru itu, tok guru dan anak-anak tok guru yang berpengaruh adalah sasaran yang unggul bagi syaitan.

Maaf cakaplah kalau saya kata, majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bersidang pada hari Ahad 23 Februari lalu, seolah-olah dirasuk syaitan kerana bertubi-tubi mengasak Dr Mahathir supaya bersetuju dengan mereka untuk menarik Bersatu keluar daripada PH dan menyertai Umno dan Pas.

Bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Zahid Mat Arip, sampai menghentak meja dan berkata buat kali pertama dia menyokong Muhyiddin. Yang saya tahu dia sebelum ini sangat benci kepada Muhyiddin.

Turut menyokong dengan lantang sampai tidak sedikit pun mempedulikan rayuan Dr Mahathir ada Ahli MPT yang diketahui bercita-cita tinggi seperti Rafiq, Redzuan dan Wan Saiful.



Dr M selepas mesyuarat MPT Bersatu pada 23 Feb lalu

Ahli MPT yang bercakap mempertahankan Dr Mahathir adalah minoriti dan terdiri daripada mereka yang tidak bercita-cita politik.

Tapi ada juga yang hipokrit dan tikam belakang. Di depan Dr Mahathir sokong tapi sebenarnya mengkhianati beliau. Dalam hal ini saya, secara peribadi, amat kecewa dengan mainan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja.

Jelas daripada asakan dan penderhakaan pada 23 Februari itu bahawa konspirasi keluar PH dan bergabung dengan Umno itu sudah dirancang dengan teliti untuk satu jangka masa yang panjang melibatkan watak-watak dalam Bersatu, Umno, PKR dan PAS.

Ternyata Dr Mahathir juga dihampakan oleh watak-watak Umno yang beliau alu-alukan ke dalam Bersatu seperti Hamzah Zainuddin dan Mustapha Mohamed. Nampak seolah-olah ada usaha mengambil alih Bersatu oleh pendatang Umno ini.

Ini terbukti apabila adun Umno dilantik menjadi MB Johor mengganti wakil Bersatu. Hal yang sama mungkin berlaku di negeri-negeri lain. Muhyiddin orang mulia, tapi kalau ini bukan pengkhianatan, apa lagi?

Inilah apa yang boleh saya simpulkan hasil daripada apa yang saya sendiri lihat dan apa yang saya dengar daripada Dr Mahathir.

Jadi apabila Muhyiddin berkata dia tidak mengkhianati Dr Mahathir, ia hanyalah semantik - antara yang tersurat dengan yang tersirat.

Sekali lagi Dr Mahathir telah dikhianati dan diderhakai oleh orang-orang yang dipercayainya.

A KADIR JASIN ialah bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd dan anggota MPT Bersatu. Tulisan ini dsiarkan kali pertama di Facebook beliau.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

malaysiakini
Continue Reading...

Thursday, March 5, 2020

sokong tun m

No comments:
TETAP DENGAN PENDIRIAN-HORMAT MANDAT RAKYAT

Saya ingin menekankan bahawa Kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan Sabah (WARISAN) tetap dengan pendirian awal untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya juga ingin menyatakan bahawa kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan atas dasar Kerajaan dengan Kerajaan atau "Government to Government" dan bukannya politik. "Not party to party."

Contohnya Kementerian Pelajaran dan Inovasi di Sabah akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan begitu juga Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Kerajaan Sabah akan meneruskan apa yang telah kita mulakan khususnya usaha-usaha melaksanakan pembangunan untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.




Continue Reading...

sebuah cerita tentang cinta

No comments:

Continue Reading...

betul

No comments:

Pesanan kepada kerajaan PN: walaupun kekal sehari, buat yang betul

Oleh TUN ABDUL HAMID MOHAMAD
 2 Mac 2020




KEDUDUKAN kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat rapuh. Jika undi tidak percaya dilakukan terhadap beliau apabila Parlimen bersidang, kita tidak tahu beliau boleh mendapat sokongan majoriti atau tidak.

Isu yang paling utama ialah adanya UMNO dalam kerajaan itu. PH tahu tanpa UMNO, kerajaan itu akan tumbang. Modal besar PH terhadap UMNO ialah UMNO parti corrupt. Penyertaannya dalam Kerajaan PN menjadikan kerajaan itu sebuah kerajaan corrupt.

Perhatian khusus akan diberi kepada DS Zahid, sama ada beliau akan diberi jawatan dalam kabinet.

Jika beliau diberi jawatan Menteri, apatah lagi Timbalan Perdana Menteri, terus terang saya katakan, TS Muyiddin akan kalah undi tidak percaya dan Kerajaan PN akan tumbang.

Bukan itu sahaja, orang ramai yang menyokong Kerajaan PN, termasuk saya, akan menarik balik sokongan mereka, dan berkecuali.

Mereka akan mengambil sikap “Mampus pi lah” kerana mereka telah terlalu bosan dengan ahli politik yang hanya menjaga perut masing-masing.

Maka, sebelum dilakukan undi tidak percaya, pemimpin parti-parti komponen PN perlulah bermesyuarat, mengambil pendirian, mengelukan kenyataan dan melakukan apa yang sempat dilakukan, bahawa:

1. PN tidak akan mengulangi kesilapan UMNO dan PH.

2. PN tidak akan berkompromi dengan amalan rasuan dan penyalahgunaan kuasa.

3. PN tidak akan melantik ahli Parlimen yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah sebagai untuk memegang sebarang jawatan dalan Kabinet PN.

4. Kerajaan PN akan melantik seorang pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berpengalaman dalam pendakwaan dan undang-undang, berdedikasi danberintegriti untuk menjadi Peguam Negara/Pendakwa Raya.

5. Kerajaan PN akan melantik seorang pegawai kanan SPRM yang berpengalaman, berdedikasi dan berintegriti untuk menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

6. Kerajaan PN tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi Peguam Negara/Pendakwa Raya dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

7. Kerajaan PN juga sekali-kali tidak akan mempengaruhi atau menekan Pendakwa Raya supaya menghentikan pendakwaan atau menarik balik pertuduhan terhadap ahli kabinet PN, ahli Parlimen PN atau penyokongnya.

8. Kerajaan PN juga sekali-kali tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi mahkamah dalam menjalankan tugas kehakimannya.

9. Kerajaan PN tidak akan meminta pengampunan ke atas sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah terhadap ahli kabinet PN, ahli Parlimen PN atau penyokongnya. Tetapi hak mereka berbuat demikian tidak dihalang.

10. Kerajaan PN akan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memperbaiki ekonomi negara, taraf kehidupa rakyat dan pentadbiran negara.

TS Muhyiddin dan pemimpin parti-parti komponen hendaklahbertegas dalam hal ini. Lebih baik tumbang semasa melakukan sesuatu yang betul, bukan kerana melakukan sesuatu yang salah.

Jika UMNO berkeras menghendaki DS Zahid menjadi Menteri atau TPM dan mengugut keluar PN, biarkan UMNO keluar, biarkan PN tumbang. UMNO akan dikutuk oleh orang Melayu dan mati tak berkubur. Percayalah.

Dalam ucapan pelantikan saya sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 12 2007, antara lain, saya berkata:

“Saya sedar bahawa, jika Allah s.a.w. melanjutkan usia saya sekalipun, tempoh untuk saya memegang jawatan Ketua Hakim Negara ini adalah amat singkat. Tetapi, jika, dengan takdir Allah s.w.t. saya memegang jawatan ini hanya sehari sahajapun, dalam masa satu hari itu, saya berazam untuk melakukan apa yang saya, dengan jujur, fikir adalah betul, sehabis baik yang saya boleh lakukan. Sama ada sehabis baik saya itu cukup baik atau tidak terserahlah kepada orang ramai untuk menghakiminya.”

Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil daripadanya.

bebasnews
Continue Reading...

sebuah cerita dari kenangan

No comments:

Continue Reading...