Monday, February 25, 2019

tun m dan kementerian pertahanan

1 comment:
Saya gembira dapat kembali ke Kementerian Pertahanan setelah begitu lama. Banyak kenangan peribadi saya dengan Kementerian ini kerana saya pernah menjadi Menteri Pertahanan dari 1981-1986.















Continue Reading...

Sunday, February 24, 2019

apa dah jadi

No comments:


apa dah jadi
apa dah jadi
ubah stail ubah gaya ubah tradisi
dulu nak jumpa susah bergayut pagar suruh belah
sekarang datang sendiri pakai motor ulang-ulang
duduk atas lantai duduk atas tangga konon sampoi
apa dah jadi
apa dah jadi
pikat burung pakai sarung pakai bokong
masuk kampung masuk pekan ulang-ulang
apa dah jadi
apa dah jadi
salam sana salam sini tak henti-henti
konon dialah yang terbaik orang lain tak ada pengikut
semua orang suka tengok datang peluk-peluk
tu suka sangat lupa diri bukan lagi tempat tertinggi
apa dah jadi
apa dah jadi
kalau dulu buat kan bagus bang
ini tinggi sangat awak daki
orang lain tak dipandang
rakyat nampak macam kaum habsyi
susah dekat susah salam
kerabat banyak itu ini
rakyat ditendang tepi

apa dah jadi
apa dah jadi
cakap macam-macam kalau bilang mabuk xxxx marah nanti
tapi itu yang disebut orang salah ini salah
tapi sapa yang mula tekan rakyat
begitu begini dihadapkan
sapa yang janji tak tepati
konon sekarang  kerajaan jahat sekali
rakyat  buat keputusan
biar rakyat tetapkan
tak pakai cakap orang dekat restoren
atau jumpa tepi pekan
majoriti akan tetapkan
mana tau ....
melepaslah lagi



Continue Reading...

Tuesday, February 19, 2019

semakin teguh

No comments:
5 AHLI PARLIMEN, 8 ADUN DARI SABAH SERAH BORANG BERSATU,,



Lima Ahli Parlimen dan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah yang keluar UMNO pada akhir tahun lalu sudah menyerahkan borang permohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata hasrat menyertai parti itu menjadi semakin cerah dengan pengumuman Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir, mengenai kemasukan parti berkenaan ke Sabah.

Katanya, ketika ini kira-kira 100,000 ahli UMNO termasuk wakil rakyat dan bekas Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negeri sudah mengisi borang untuk menyertai BERSATU.

“Kita bersyukur dengan pengumuman bahawa BERSATU akhirnya akan membuka cawangan di Sabah. Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad atas keputusan itu.

“Buat masa sekarang, kira-kira 100,000 ahli sudah menghantar permohonan menyertai BERSATU. Memang kami berhasrat dari awal lagi untuk menyertai BERSATU,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Antara bekas Ahli Parlimen UMNO Sabah yang mahu menyertai BERSATU ialah Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).

Bagi ADUN, selain Hajiji (Sulaman), bakinya ialah Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Ghulam Khan Bahadar (Kawang) dan Matbali Musah (Lumadan).

Hajiji yang kini berada di Madinah bagi mengerjakan umrah, berkata bagi kepemimpinan BERSATU di Sabah, ia terserah kepada Dr Mahathir untuk membuat keputusan.

Dr Mahathir hari ini berkata, kemasukan BERSATU ke Sabah dapat mengukuhkan lagi kerjasama dengan mereka yang meninggalkan UMNO tetapi tidak mahu menyertai rakan Pakatan Harapan (PH), khususnya Parti Warisan Sabah (WARISAN) di negeri ini.

Pada 5 Februari lalu, Hajiji menyatakan BERSATU pasti akan mengembangkan sayapnya ke Sabah tetapi enggan mendedahkan sama ada semua bekas wakil rakyat UMNO terbabit akan menyertai parti itu.

Beliau juga menegaskan, tidak akan menyertai WARISAN atau kembali semula ke pangkuan UMNO.

 bhonline
Continue Reading...

Sunday, February 17, 2019

dah dapat

No comments:

Continue Reading...

bapa

No comments:

Continue Reading...

anugerah

No comments:
YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan isteri menghadiri Istiadat Persembahan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) di Istana Negara hari ini.










Continue Reading...

Sunday, February 3, 2019

suara

No comments:

Continue Reading...

Tun M dan petani muda

No comments:




YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad hari ini meluangkan masa bersama petani-petani muda bagi melihat dan mendengar sendiri perkongsian pengalaman, luahan serta cabaran yang dihadapi oleh golongan petani muda. Perdana Menteri turut melahirkan rasa kagum melihat tanaman sayur-sayuran dibuat secara teratur dan tersusun dengan menggunakan kaedah-kaedah moden yang dibangunkan sendiri oleh anak tempatan.

Antara kebun pertanian yang dikunjungi Dr. Mahathir hari ini ialah:
1. Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jalan Kebun, Klang
2. Taman Agro-Fertigasi, Kajang
3. TKPM Bukit Changgang (Tanaman Orkid), Banting
Continue Reading...

Saturday, February 2, 2019

Tun M dan Terminal Bersepadu Selatan

No comments:



Tun Dr Mahathir Mohamad membuat lawatan mengejut di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pagi tadi untuk meninjau operasi dan tahap perkhidmatan menjelang cuti perayaan.
Continue Reading...

Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023

No comments:
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Majlis Perasmian dan Pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan) dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. - Foto BERNAMA


Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dilancarkan
Oleh Azura Abas; Mohd Husni Mohd Noor; Irwan Shafrizan Ismail dan Hashini Kavishtri Kannan

PUTRAJAYA: Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 secara rasminya dilancarkan hari ini sejajar usaha merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.

Majlis perasmian NACP disempurnakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Majlis turut dihadiri barisan menteri Kabinet dan menteri-menteri besar.

Pelan khusus itu dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain.

Pelan ini dibuat berdasarkan 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi enam sektor utama di mana ia mengandungi 115 inisiatif anti rasuah merangkumi enam sektor iaitu politik, perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, pentadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman serta tadbir urus korporat.

Bertemakan 'Memecah Rantaian Rasuah’, NACP adalah pelan yang dibangunkan khusus untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

Pelan khusus ini dibangunkan bagi menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus untuk tempoh Iima tahun akan datang.

NACP dibangunkan bagi menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan ia diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) pada 8 Jun lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

bharian

Pelan Antirasuah Nasional adalah milik semua - Abu Kassim


PUTRAJAYA: Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 adalah ‘living document’ dan ‘milik kita semua’, kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata, pelan yang dibangunkan oleh GIACC dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain, dihasilkan tanpa perlu membayar berjuta ringgit kepada syarikat konsultan antarabangsa.

Beliau berkata NACP adalah hasil kerja kakitangan kerajaan yang menggunakan kepakaran sedia ada dalam negara, mengambil kira data-data dan bukti empirikal daripada kes-kes rasuah sebelum ini.

“Ia dianalisis secara teliti dengan kaedah penilaian risiko rasuah untuk kita kenal pasti bidang keutamaan yang memerlukan perhatian serius,” katanya pada majlis pelancaran NACP 2019-2023 oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

NACP 2019-2023 dilaksanakan berdasarkan 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi enam sektor utama. Ia mengandungi 115 inisiatif antirasuah melibatkan sektor iaitu politik; perolehan awam; penguatkuasaan undang-undang; pentadbiran sektor awam; perundangan dan kehakiman; serta tadbir urus korporat.

Ia dibangunkan bagi menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN).

Pelan itu dibangunkan bagi menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Ini bukan pelan GIACC atau JPM (Jabatan Perdana Menteri) sahaja,” katanya.

Abu Kassim juga berkata, apa yang terkandung dalam pelan itu bukanlah muktamad atau rancangan keramat.

“Dari semasa ke semasa kita akan menilai dan melihat kembali dan mungkin ada tambahan atau pengurangan daripada apa yang kita rancangkan sekarang, bergantung kepada keadaan semasa,” katanya.

Abu Kassim berkata kerjasama daripada semua pihak amat dialu-alukan dengan mengambil peranan masing-masing dalam merealisasikan apa yang terkandung dalam NACP. – BERNAMA

bharian


Continue Reading...