Friday, August 23, 2019

bicara pemimpin

No comments:



Ucapan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri bersempena Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kerajaan
Continue Reading...

Saturday, August 10, 2019

cerita dua negara

No comments:


cerita dua negara
tetangga dan bangsa
rumpun dan agama
budaya dan bahasa
hidup dan cinta

tulislah cerita indah
dua negara yang bermaruah
Continue Reading...

tun m di singapura

No comments:

YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan isteri menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan sempena Ulangtahun ke-200 Singapura di Padang, Singapura 




Continue Reading...

catatan najwa

No comments:


Continue Reading...

Sunday, August 4, 2019

bulan merdeka

No comments:
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗕𝗔𝗥 𝗝𝗔𝗟𝗨𝗥 𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟭𝟵


Ucapan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Pahlawan

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan keizinanNya, dapat kita berhimpun bersama-sama pada hari ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019.

2. Saya berasa terharu dan gembira kerana rakyat dari pelbagai lapisan peringkat usia dan latar belakang hadir bersama meraikan majlis ini dalam suasana penuh keharmonian dan kedamaian.

3. Keharmonian dan kedamaian ini sekaligus memperlihatkan persefahaman dan perpaduan kita bersama sebagai rakyat Malaysia. Walau apa pun isu yang timbul, kita akan tetap bersatu padu dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan Negara dicapai dengan aman dan muhibah.
MELAKA NEGERI BERSEJARAH

4. Hari ini kita berkumpul di Melaka, sebuah Negeri bersejarah di mana beratus-ratus tahun dahulu menjadi Negeri pertama di Tanah Melayu yang dijajah oleh Portugis selama 130 tahun.

5. Tahun-tahun berikutnya pula menyaksikan penjajah lain seperti Belanda dan seterusnya Inggeris.

6. Di tempat kita berkumpul inilah, di Bandar Hilir, Melaka, sejarah penjajahan Negara bermula dan di tempat ini jugalah Bapa Kemerdekaan kita Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra telah mengumumkan pada 20 Februari 1956 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

7. Pada hari berkenaan Almarhum Tunku, yang ketika itu ialah Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, telah mengumumkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai Kemerdekaan secara rasminya pada 31 ogos 1957.

8. Malaysia sudah menjangkau 62 tahun tanpa genggaman dan kuasa penjajah. Walaupun ada kalanya timbul suara-suara sumbang yang mahu menggugat ketenteraman antara rakyat dengan menimbulkan isu-isu perkauman, rakyat Malaysia secara keseluruhannya menolak fahaman sempit sedemikian dan tetap berpegang kepada prinsip tolak-ansur dan hormat menghormati.

9. Persefahaman yang telah dipupuk sejak Merdeka inilah yang mampu menjayakan agenda- agenda nasional yang bertujuan untuk memakmur dan memajukan rakyat dan Negara.

10. Saya harap agar perhimpunan kita ini akan menyemarakkan lagi semangat kita untuk sama- sama melipatgandakan usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang disegani dan dihormati di mata dunia.

11. Seiring dengan Negara mencapai kematangan, saya yakin rakyat Malaysia sekarang juga bertambah matang menilai dan membuat pendirian apabila berhadapan dengan ancaman yang mahu memecah-belah perpaduan kita.

12. Kematangan ini juga akan menjadi pendorong kepada hasrat Kerajaan untuk memajukan Negara agar kemakmuran yang dicapai akan dapat kita nikmati bersama.

13. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan dalam usaha mencapai matlamat kemakmuran bersama ini, sebagaimana yang telah umumkan sempena sambutan ulang tahun pertama Malaysia Baharu.

14. Ia termasuklah langkah memulihkan integriti dan urus tadbir perkhidmatan awam, syarikat- syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) untuk kepentingan ekonomi Negara, selain Program Transformasi Felda, Pemulihan Tabung Haji, Pelancaran Dasar Keusahawanan Negara 2030 dan Program Pembangunan Wilayah.

15. Dalam merealisasikan inisiatif ini, kita semua harus memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada Kerajaan yang baharu ini untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

16. Rakyat hendaklah sama-sama bangkit dengan penuh azam dan tekad untuk membantu Kerajaan mencorakkan kemakmuran bersama ini.

17. Falsafah dan kerangka dalam membina sebuah Negara yang berasaskan kepada penyatuan jitu masyarakat, haruslah dijadikan sebagai asas perjuangan yang konsisten oleh kita semua.

18. Sehubungan ini, soal persefahaman dan penyatuan kaum akan terus dijadikan sebagai agenda penting Kerajaan. Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan menjauhi amalan- amalan buruk juga perlu terus diterapkan di dalam masyarakat di Negara ini.

19. Marilah sama-sama kita jayakan usaha ini dan menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

20. Masa berlalu tanpa henti dan tidak pernah berundur, sehinggalah Negara kita sampai ke dekad ini. Kita harus bersyukur dengan nikmat kehidupan yang aman dan makmur ini.

21. Pada masa yang sama, kita juga perlu sedar bahawa kejayaan kita pada hari ini adalah hasil pengorbanan oleh generasi terdahulu.

22. Sejarah Negara, sejak berdekad yang lalu, harus dijadikan panduan di dalam kita membentuk dan menentukan halatuju Negara. Setiap rakyat perlu ada rasa tanggungjawab, kerana imej kecemerlangan Negara banyak bergantung kepada kemampuan kita untuk mengharungi segala cabaran dan rintangan untuk meraih kejayaan.

23. Kita perlu fokus kepada tahap kemajuan yang lebih cemerlang dengan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan sedia ada supaya ia akan menjadi garis panduan dan ikutan generasi masa hadapan.

24. Kesemuanya ini mampu digalas apabila kita ada kesedaran dan keinsafan dalam diri terhadap liku-liku perjalanan Negara sepanjang dekad yang dilalui.

25. Setiap tahun apabila menjelang sambutan Hari Kebangsaan, ia menyedarkan kita semula tentang pentingnya semangat patriotisme dan cinta kepada Negara.

26. Semangat cinta kepada Negara ini merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam pembinaan sebuah Negara yang berbilang kaum, agama dan budaya supaya kita semua dapat hidup secara rukun dan damai.

27. Jalur Gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriotisme. Oleh itu adalah penting untuk kita tanam semangat dan nilai-nilai nasionalisme dan patriotisme ini dalam diri setiap rakyat di Negara ini.

28. Marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan ini dengan mengibar jalur gemilang di rumah, di bangunan pejabat, bangunan perniagaan bahkan di kenderaan kita dan jadikan sambutan tahun ini lebih meriah.

29. Peranan generasi masa kini adalah penting kerana merekalah generasi pelapis yang akan meneruskan wawasan Malaysia pada masa akan datang.
30. Kerajaan mengiktiraf peranan besar yang boleh dimainkan oleh golongan muda di Negara ini.

31. Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu adalah antara langkah yang sedang diusahakan oleh Kerajaan untuk membuka peluang kepada golongan muda terlibat dalam Sistem Demokrasi Negara di usia lebih muda.

32. Pendaftaran pengundi secara automatik juga membuka peluang kepada golongan muda seawal usia 18 tahun untuk menawarkan diri berkhidmat sebagai wakil rakyat.

33. Ketika harapan kita sangat besar kepada generasi masa kini, kita juga bimbang kerana generasi muda hari ini hidup dengan penuh keselesaan sehingga mereka tidak sedar betapa banyak pengorbanan yang dilakukan untuk membawa Negara ke tahap sekarang.

34. Sebahagian daripada mereka menjadi generasi yang lupa akan perjalanan serta perjuangan bangsa. Pada mereka ini, keadaan baik dan selesa dalam Negara adalah biasa, dan masalah Negara bukanlah tanggungjawab mereka.

35. Kerana persepsi seperti ini boleh runtuhkan Negara, maka semangat patriotisme dan jati diri perlu dipupuk dalam diri generasi muda di Negara ini kerana keperibadian mereka akan mencerminkan keperibadian Negara pada masa kini dan akan datang.

36. Usaha memupuk semangat patriotisme dan membentuk jati diri bangsa yang unggul ini perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti.

37. Hal ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai semangat nasionalisme tinggi dan secara tidak langsung menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

38. Akhir sekali, saya ucap syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha menjayakan majlis pada hari ini. Saya harap agar kita semua dapat menghayati pentingnya erti sebuah kemerdekaan dan mempertahankan perpaduan kita.

39. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan Program Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019.

Sekian. Wabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Padang Pahlawan, Melaka
3 Ogos 2019




 
 

 
 

Continue Reading...