selamat datang ke ambang

merenung dengan akal membaca dengan fikir
segenap kata segenap makna
bahasa suara bangsa fikir nusa degup ibunda
tanah keramat hidup bersama bersatu berpecah tiada

putrajaya

Thursday, January 26, 2012

sendaloka : jangan cari salah orang lain

No comments:

PETALING JAYA, 26 Jan - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat (PR) mempunyai bukti dan fakta yang kukuh siapa penganjur siri jelajah ceramah bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Hasan Ali jika beliau terus menerus menyerang pembangkang.

Beliau turut meminta Pas mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi serangan yang dilakukan oleh bekas pemimpin parti tersebut berdasarkan maklumbalas akar umbi dan Kerajaan Negeri.

"Jangan cari salah orang lain, bukan saya atau Datuk Seri Anwar yang memecat Hasan dari parti. Ini keputusan yang dibuat oleh Pas.

"Keputusan kepimpinan Pas memecat Hasan adalah atas pertimbangan parti tersebut. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut," kata Azmin.
KLPOS, 26 Jan 2012

Macam mana jadi gitu. Kalau tak salah tak buat apa-apa diam ajelah. Senang cakap. Dan satu lagi, Hassan Ali pun parasit jugak. Alamak banyak benar parasit nih... lama-lama jadi virus... penyakit berjangkit pulak nanti.

Kalau tak ada apa-apa senyumlah (pinjam seni kata lagu)

Kalau tak ada apa-apa dengan Hassan Ali kenapa nampak goyang semua ni. Kenapa PKR pun nak goyang jugak nih? Kenapa kasi ingat sama PAS? Ini masalah PAS biarlah. Apa kau kisah...

Dan yang terbesar dari segala semua ini adalah jangan cari salah orang lain
Habis UMNO yang dipersalahkan saban masa tu kenapa pulak?

Dasar manusia....
Continue Reading...

Tuesday, January 24, 2012

catatan sang mantan

No comments:
Berhubung dengan perlantikan YB Dr. Ahmad Yunus sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat saya bagi mewakili PAS, saya ingin memberi sedikit ulasan seperti berikut :

Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.

Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan. Adapun mengenai rombakan portfolio Exco, saya berpandangan ianya agak ganjil dan pelik. YB Dr Yunus hanya diberikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan. Manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang saya sandang sebelum ini telah di serahkan kepada YAB Menteri Besar.

Bagi saya rombakan ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada imej dan kedudukan PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini. Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan PAS sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain.

Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan. Saya masih ingat pesanan dan amanat Tuan Guru Presiden sewaktu penubuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008 yang lalu, telah meminta saya dan kempimpinan PAS Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama di pegang oleh PAS dan PAS mesti mempertahankannya.

Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah di pijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan. Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pakturut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain. Hari ini saya dimaklumkan bahawaYAB Menteri Besar telah melantik dua orang pagawai khas untuk membantu tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau.

Saya tidak nampak kewajaran tindakan YAB Menteri Besar tersebut. Saya khuatir apabila memikirkan masa depan kontraktor-kontraktor bumiputera terutamanya kelas F yang terkial-kial mencari rezeki di bumi Selangor. Lebih-lebih lagi YB Xavier pernah mengatakan bawah kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuka luas penyertaan projek-projek yang dimajukan oleh kontraktor kelas F dibuka kepada semua kaum. Walhal kelas F sejak dari awal penubuhannya adalah dikhususkan untuk bumiputera.

Akhirnya secara peribadi saya tidak nampak selain daripada pilihan yang tepat terhadap YB Dr Yunus. Yang lainnya tidak memberi khabar gembira kepada ahli-ahli dan penyokong PAS. Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteran rakyat di negeri ini. Hanya Islam sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.

YB DATO' DR. HASAN ALI ADUN
Gombak Setia
Pinggiran Taman Tun Dr Ismail
19 Januari, 2012.

sumber : anak seberang
Continue Reading...

jika

No comments:
jika melangkah sama menapak
jika berlari sama sederap
jika berhujan sama basah
jika berpanas sama hangat

jika berjuang sama semangat
jika berperang sama bertahan

jika rebah sama mengangkat
jika jatuh sama berpaut
jika berdiri sama tinggi
jika duduk sama rendah

jika hiba sama berduka
jika sakit sama perit
jika luka sama membebat
jika koyak sama menampal

jika hilang sama mencari
jika lelah sama tercungap
jika lambat sama menanti
jika pantas sama memacu

jika bodoh sama belajar
jika pintar sama mengajar
jika silap sama menengur
jika alpa sama mengingat

jika takut sama berteman
jika sunyi sama menanti
jika senyap sama berdiam
jika riang sama gembira


Continue Reading...

Saturday, January 14, 2012

ini sindiran berotak

No comments:
episod I



episod II



dan apakah ini sindiran berotak

Continue Reading...

manusiakah ini?

No comments:
Katanya dengan bangga :
Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…

Ini jawapan spontan saya…. Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...

Atas nama perjuangan, segalanya mungkin.

Tapi ungkapan yang disengajakan dan penuh benci ini
apakah menggambarkan manusiakah ini?

ii.

Dan ada pula menghamburkan kata nista penuh bangga dan sombong
"kepala otak kau" sebagai reaksi jiwa dan mentalnya.

Dan ada pula yang melalak menyokong nista begitu.
Tak taulah yang menyebut dan melalak ini ada otak ke tidak?

Cuma apakah ia menggambarkan manusiakah ini?

Manusia hanya ciptaan. Bukan lama menjadi sombong dan ego di muka dunia ini
Continue Reading...

Wednesday, January 11, 2012

apapun, kegilaan adalah kegilaan...

No comments:



barangkali akan dianggap ini sebuah provokasi
tapi inilah realiti

apapun asas dan prinsip
terburai oleh ketaksuban begini

memaki hamun dan menyanyi

barangkali inilah budaya peradaban baru
untuk ngara ini

tapi apapun kegilaan adalah kegilaan
usah cuba nak mendabik kata
konon kecil aja kesilapan
Continue Reading...