selamat datang ke ambang

merenung dengan akal membaca dengan fikir
segenap kata segenap makna
bahasa suara bangsa fikir nusa degup ibunda
tanah keramat hidup bersama bersatu berpecah tiada

putrajaya

Saturday, April 21, 2018

aku akan pergi tak lama lagi

No comments:
AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI



Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015





Continue Reading...

melayu mudah lupa

No comments:
Melayu Mudah Lupa


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

Dibacakan oleh Mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.




Continue Reading...

Tuesday, April 17, 2018

malam pengumuman

No comments:














Tun m Diumumkan calon
Pakatan Harapan
LANGKAWI



Continue Reading...

Saturday, April 14, 2018

Paling dikagumi : Tun Mahathir

No comments:
Tinjauan: Mahathir lelaki paling dikagumi di Malaysia
 13 Apr 2018




Calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mendahului senarai lelaki paling dikagumi di Malaysia berdasarkan suatu kaji selidik dalam talian 2018.

Kajian itu dibuat firma penyelidikan pasaran dan analisis data yang berpangkalan di UK, YouGov yang menyaksikan Mahathir mendapat 15 peratus markah kekaguman di Malaysia.

Lelaki kedua dalam senarai itu ialah hartawan teknologi Bill Gates yang ketinggalan jauh dengan markah kekaguman sebanyak 8.3 peratus.

Manakala itu, perdana menteri (kerajaan) sementara Datuk Seri Najib Razak pula berada di kedudukan ke-14, mendapat 2.5 peratus markah kekaguman.

Bagi senarai wanita yang paling dikagumi di Malaysia, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menduduki tangga pertama carta dengan markah kekaguman sebanyak 14.1 peratus sementara isteri Dr Mahathir, tun Dr Siti Hasmah Ali mendapat tempat kedua dengan 10.1 peratus markah.

Isteri Najib, Rosmah Mansor, berada di tangga ke-20 dalam senarai wanita paling dikagumi di Malaysia, berkongsi kedudukan dengan pelakon India, Deepika Padukone dengan mengumpul mata sebanyak satu peratus.

Senarai tersebut yang dibahagi mengikut kategori lelaki dan wanita merupakan campuran personaliti tempatan dan antarabangsa.

Antara nama lain dalam senarai lelaki dikagumi itu ialah pelakon Jackie Chan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tony Fernandes, bekas presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan serta pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, David Beckham dan Lionel Messi.

Pada senarai wanita dikagumi pula termasuk nama-nama seperti Noor Neelofa Mohd Noor, Nur Fazura Sharifuddin, Vivy Yusof, personaliti televisyen Oprah Winfrey, pelakon Michelle Yeoh, Angelina Jolie dan Emma Watson serta Ratu Elizabeth II dari Britain dan Duchess of Cambridge Kate Middleton.

Menurut YouGov, firma itu mengumpulkan pencalonan terbuka oleh ahli panel dari 35 negara, meminta mereka menamakan lelaki atau wanita yang masih hidup lagi untuk untuk dimasukkan ke dalam senarai tersebut.

Benar-benar paling dikagumi

YouGov menyusun senarai 20 lelaki dan 20 wanita yang mendapat pencalonan paling banyak serta dicalonkan sekurang-kurangnya empat negara. Kemudiannya, firma itu menambah 10 tokoh tempatan yang popular bagi senarai negara masing-masing.

Menggunakan senarai itu, YouGov meninjau negara calon-calon tersebut dengan dua soalan.

Soalan pertama adalah "siapa yang kamu benar-benar (truly) kagumi?", yang mana responden boleh memilih lebih daripada satu nama.


Soalan kedua pula adalah "siapa yang paling (most) kamu kagumi?", di mana responden hanya boleh memilih satu nama.

Markah daripada kedua-dua soalan kemudiannya digabungkan menjadi sebahagian daripada peratusan indeks kekaguman.

YouGov berkata kedua-dua soalan tersebut membolehkan firma itu untuk memahami jangkauan global dan tahap sokongan kepada seseorang.



malaysiakini
Continue Reading...

Friday, April 13, 2018

membantu

No comments:






Kami bergabung menubuh Pakatan Harapan.
Bukan untuk kami, bukan untuk jawatan
Kami bergabung untuk bangsa dan negara
Hanyalah ini yang mempunyai makna
Di Negara kami demokrasi tidak lagi bernyawa
Segala asasnya sudah dimusnah sehingga kekerangka
Perlembagaan, Undang-undang tidak lagi melindung sesiapa
Sebaliknya semua ini menekan rakyat jelata
Rakyat mengeluh kerana hidup merana
Parti-parti bersendirian tidak dapat buat apa-apa
Tetapi gabungan mereka lain cerita
Yang lemah tiba-tiba menjadi juara
Harapan rakyat sekarang sudah muncul
Sokongan rakyat menjamin kejayaan
Ketengahkan semangat hapuskan yang bacul
Yakinlah gabungan yang disokong tetap berkesan
Oleh itu tolonglah kami untuk menolong kamu
Kerana akhirnya nikmat usaha ini adalah untuk semua
Kamu untuk kami, kami untuk kamu
Untuk bangsa, agama dan negara.
SOKONGLAH PAKATAN HARAPAN!
Continue Reading...

Wednesday, April 11, 2018

Friday, April 6, 2018

sebuah pemakaman

No comments:
Rais kata ROS 'sembelih' demokrasi
Diterbitkan 6 Apr 2018


PRU14 | Satu demi satu kecaman muncul ekoran keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam.

Selepas Tan Sri Rafidah Aziz hadir dengan bidasan pedasnya seorang lagi veteran Umno tampil dengan maksud sama - mempertanyakan ROS.

Kata Tan Sri Dr Rais Yatim beliau tidak nampak ada keperluan jabatan terbabit mengadakan sidang media semata-mata mengumumkan penggantungan sementara BERSATU.

Melalui media sosial bekas menteri penerangan itu menjelaskan pengumuman itu juga dibuat ketika negara berada di ambang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Bukankah lebih baik panggil saja Setiausaha BERSATU dan beri nasihat?" ciapnya di Twitter malam tadi.

Semalam Ketua Pengarah ROS mengadakan sidang media di Putrajaya untuk mengumumkan keputusan jabatan itu membubarkan sementara BERSATU.

Jemputan kepada media untuk menghadiri pengumuman berkenaan beredar pada awal petang semalam.

Tiada unsur politik

Menurut Surayati Ibrahim arahan pembubaran sementara itu dibuat mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 itu berkuat kuasa 5 April 2018.

Alasan yang diberikan ROS ialah mereka menerima lebih 400 aduan daripada anggota BERSATU yang tidak berpuas hati dengan cara parti itu diuruskan.


Beliau turut menafikan langkah ROS adalah bermotif politik dan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan "fakta yang ROS ada".

Surayati berkata ROS sebaliknya menerima 428 aduan daripada ahli Bersatu yang tidak berpuas hati dengan

"Contohnya mesyuarat-mesyuarat atau dokumen-dokumen yang sepatutnya diedarkan kepada ahli.

"Contoh, mereka guna perkataan Armada wahal dalam perlembagaan parti tidak wujud perkataan itu maka ahli rasa keliru dengan keadaan itu," katanya.

Baca Rafidah: Bertarunglah macam pendekar, Najib

Surayati juga menafikan langkah diambil ROS itu mempunyai motif politik. Beliau juga menjelaskan BERSATU diberi tempoh 30 hari untuk membuat rayuan.

Bagaimanapun jika syarat yang ditetapkan tidak dipenuhi ROS akan mengharamkan BERSATU secara kekal.

Kata Rais, beliau berasa ada yang tidak kena dengan tindakan ROS berkenaan.

"Seksyen 14(5) tak perlu dijadikan pisau penyembelih demokrasi. Terasa sangat (ada) sesuatu yang tak kena," katanya yang memiliki latar belakang undang-undang.

malaysiakini
Continue Reading...