selamat datang ke ambang

merenung dengan akal membaca dengan fikir
segenap kata segenap makna
bahasa suara bangsa fikir nusa degup ibunda
tanah keramat hidup bersama bersatu berpecah tiada

putrajaya

Monday, June 29, 2020

langkah baru

No comments:
*LANGKAH BARU TUN DR. MAHATHIR MEYAKINKAN*

Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dgn langkah Tun Dr. Mahathir yg sukar dibayangkan sebelum ini--- menamakan Dato Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri PH 2.0+.

Analisis saya, Tun Dr. Mahathir menggunakan strategi mengetengahkan Presiden Parti Warisan Sabah yg tinggi reputasi ini bakal mencetuskan gelombang baru dalam usahanya merampas semula mandat rakyat dari tangan Perikatan Nasional.

Strategi ini mencetuskan sentimen Borneo yg melihat perkara ini satu pengiktirafan kpd anak bumi mereka. Tun Mahathir dilihat cuba memusatkan sokongan Borneo dalam situasi Amanah dan DAP yg memiliki 53 kerusi parlimen menyokongnya serta dalam jangkaan sokongan Azmin Ali dan Hishamudin kepadanya juga. Beberapa MP PKR yg goyah juga dijangka mampu untuk ditarik Tun Mahathir dalam percaturan baru ini.

Dengab perkembangan mutakhir ini, Tun Mahathir dijangka tidak sukar utk mendapatkan sekurang-kurangnya 116 sokongan ahli Dewan Rakyat .

Jika dibuat literatur tentang politik Borneo, kita boleh membuat satu kesimpulan tentang hasrat terpendam Borneo yg sudah lama ingin mencapai status "sama taraf" dalam Persekutuan Malaysia. Sejak penubuhan Malaysia tahun 1963, masih belum ada pemimpin Borneo yg pernah mencapai tahap tertinggi dalam politik Malaysia selain DS Shafie Apdal yg pernah menjadi Naib Presiden UMNO.

Strategi Tun menamakan Shafie sebagai calon Perdana Menteri PH 2.0+ ini adalah satu eksperimen yg agak berbaloi. Sekiranya sentimen politik Borneo ini menguasai kedua2 negeri2 Sabah dan Sarawak, gelombang baru ini mampu menyekat kemaraan Muafakat Nasional UMNO-PAS. Naratif Muafakat Nasional yg semakin meluas di kalangan Melayu boleh dineutralkan oleh sentimen Borneo yg membentuk sejumlah besar bilangan kerusi Parlimen di negara ini.

Tun Mahathir sememangnya tidak kuat jika dibandingkan dgn PH dan Anwar. Tetapi Mahathir adalah "galah sejengkal" yg telah membantu menobatkan PH ke Putrajaya pada 9 Mei 2018 yg lalu. Kehadiran Tun Mahathir membawa sejumlah "swing" undi Melayu telah menyumbangkan beberapa di kawasan kubu tradisi UMNO seperti penempatan2 Felda dan kampung2 tradisi di luar bandar kpd PH.

Kekurangan Anwar dan rakan2nya dalam PH adalah kawasan penempatan Felda dan Melayu luar bandar. Di sinilah titik lemahnya. Kekuatan PH di kawasan bandar dan semi bandar bagaimanapun tiada siapa yg boleh pertikaikannya.

Saya fikir PH tanpa Tun Mahathir pada PRU-15, akan suram. Sbb tu saya melihat sokongan Amanah dan DAP terhadap Tun pada masa kini adalah bersifat strategik, bukan politik hari ini semata2, tetapi juga politik di masa depan

Continue Reading...

Saturday, June 27, 2020

malaysia memerlukan tun

No comments:
Walaupun Berkerusi Roda Beliau Tetap Hadir Walaupun Jauh Dari Terengganu Bagi Menemui Tun Dr Mahathir Mohamad Ayat Menarik Dari Pakcik ini Untuk Tun Ialah...
"TUN TERUSKAN BERJUANG SELAGI ADA TENAGA ADA KESIHATAN KERANA MALAYSIA MEMERLUKAN TUN"


Continue Reading...

bila tun m pakai upin dan ipin

No comments:

Continue Reading...

PAGI YANG INDAH

No comments:


Continue Reading...

Thursday, June 25, 2020

nasihat

No comments:
NASIHAT
Tun M



1. Ramai yang menasihat saya supaya sokong dan bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin

2. Ingin saya jelaskan kenapa saya tidak dapat bekerjasama dengan Muhyiddin.

3. Dia bersama dengan saya dan beberapa kawan lain menubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khusus untuk menjatuh Kerajaan Kleptokrasi Najib Razak.

4. Rakyat percaya inilah perjuangan kami dan rakyat beri kemenangan kepada kami bersama parti rakan lain.

5. Tetapi Muhyiddin bersama dengan ahli UMNO yang masuk Bersatu telah rancang untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH) dan diri Kerajaan baru bersama dengan kleptokrat yang kami telah kalahkan.

6. Bagi saya ini adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat. Ia juga mengkhianati rakan dalam PH yang menjayakan perjuangan kami. Tanpa PH Muhyiddin tidak mungkin menang, tidak mungkin jumpa pintu belakang.

7. Ya. Memang dalam PH ada DAP. Walaupun DAP menang 42 kerusi, DAP hanya dapat 6 Menteri Kabinet, sama dengan Bersatu yang menang hanya 13 kerusi tetapi dapat 6 Menteri juga. Dan ahli Bersatu dipilih sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet 28 Menteri.

8. Tak mungkin sama sekali DAP kuasai Kabinet dengan 6 orang Menteri. Segala keputusan dalam Kabinet perlu persetujuan 28 orang Menteri. Anggapan bahawa 6 Menteri Kabinet boleh kuasai 22 Menteri lain tidak masuk akal. Lagipun persetujuan saya sebagai Perdana Menteri perlu didapati.

9. Bukan DAP yang boleh hancur orang Melayu. Orang Melayu yang boleh hancur DAP jika Menteri Dalam Negeri Melayu hanya batal sahaja pendaftaran DAP. Kuasa membatal ada pada Muhyiddin Yassin, jika ia nampak DAP akan hancur Melayu. Tetapi yang Muhyiddin berminat ialah mengguna DAP untuk menakut orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan untuk jatuh PH dan dia menjadi Perdana Menteri dengan sokongan UMNO dan PAS.

10. UMNO menyokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri supaya usaha untuk lepas Najib dari dipenjara dapat dilakukan. Kita dapat lihat usaha ini sedang berjalan. Jauh dari menunai janji untuk jatuhkan Najib, Muhyiddin sekarang sedang berusaha supaya Najib bebas dari segala tuduhan dan dapat bertanding dalam PRU 15. Di waktu itu Najib tidak perlu Muhyiddin lagi, kerana Najib berhasrat menjadi Perdana Menteri.

11. Muhyiddin sekarang ini berusaha supaya Bersatu hilang pemimpin dengan melucut keahlian mereka.

12. Dalam PRU 15 UMNO akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkuntang-kanting tanpa sokongan PH. Bukan sahaja Muhyiddin yang akan kalah tetapi semua calon Bersatu akan kalah. Maka tamatlah riwayat Bersatu dan bermaharajalela UMNO dengan “Cash is King”nya.

13. Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH.

14. Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya.

http://chedet.cc/?p=3119
Continue Reading...

Saturday, June 20, 2020

we stay together

No comments:
“Sebab itu jangan dewa-dewakan orang. Orang akan mati sebab itu kita kena cari ganti. Lebih utamakan perjuangan.”

Tun sampaikan salam dan pesan suruh maklum kepada sahabat-sahabat, “Jangan takut. Kita lawan. We stay together!”

-Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhary. 19 Jun 2020.


Continue Reading...