Tuesday, August 1, 2017

kata



ZAHID NAIK DARAH KENANGKAN "KELING" PIMPIN MELAYU 22 TAHUN.
RAHMAT KEPADA TUN MAHATHIR

KOMEN:TPM Zahid Hamidi terlanjur lidah dalam menghina Tun Mahathir adalah atas kehendak Allah yang mahu memberikan rahmat kepada Tun sehingga mendapat simpati yang meluas di seluruh negara dan memberikan masalah baru kepada PM Datuk Seri Najib - Tan Melaka.

ZAHID NAIK DARAH KENANGKAN "KELING".......

Jika Tun Dr.Mahathir pernah mengungkit Perdana Mentari Pertama Tunku Abdul Rahman sebagai keturunan Siam, maka apakah salahnya jika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan soal Tun Dr.Mahathir sebagai keturunan Keling yang telah memimpin Melayu dan sekarang mahu mempengaruhi lagi orang Melayu.

Beliau telah menunjukkan IC Tun Mahathir yang nama sebenarnya Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty seolah-olah suatu penemuan besar yang berjaya didedahkan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri untuk meyakinkan rakyat kerana dari sumber sah iaitu dari Pejabat Pendaftaran negara.

Barangkali tidak salah bagi Zahid membangkitkan soal keturunan pimpinan negara tetapi situasi dan kedudukan kedua mereka berbeza dalam mengungkit pekara ini dan inilah yang seharusnya menjadi pertimbangan rakyat,samaada wajar atau tidak.

Mahathir membuat pendedahan itu ketika beliau tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan tetapi sebagai rakyat biasa yang menghayati perasaan rakyat dalam ketegangan negara tetapi sebaliknya Zahid Hamid berada pada kedudukan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan juga Naib Presiden UMNO. Maka apakah dalam kedudukan itu wajar bagi beliau untuk menyentuh peribadi seorang pemimpin UMNO sehinga keperingkat paling rendah? Hinakah seseorang kerana keturunannya. Tidakkah Zahid dengan itu mendedahkan dirinya sebagai seorang yang rasis, tidak sahaja kepada rakyat umum tetapi kepada UMNO sendiri.

Situasi politik selepas tragedi 13 Mei memerlukan suara berani ke arah tindakan drastik yang kebetulan hanya sanggup dilakukan oleh seorang Keling untuk membawa suatu perubahan segera dalam pucuk pimpinan negara bagi survival Melayu yang pada akhirnya membantu Tun Razak mengambil alih sebagai Perdan Menteri.

Zahid yang berada dalam pucuk pimpinan negara membangkitkan perkara keturunan ini adalah kerana beliau tidak mengenali sejarah racial identity yang telah pun dipadamkan oleh Datuk Onn Jaafar bila UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union dengan kesepaduan bangsa dan Islam.

Sebenarnya akhbar Utusan Melayu ditubuhkan di Singapura pada 1938 bukan kerana semangat anti penjajahan British tetapi adalah kerana dorongan semangat anti keturunan India DKK (Darah Keturuan Keling dan juga DKA(Darah Keturunan Arab) yang dijuarai oleh Yusuf Ishak seorang keturunan Minangkabau yang wajahnya kelihatan sebagai seorang India kerana DKA dan juga DKK mengexsploitasi pemikiran dan juga ekonomi Melayu. (Lihat buku Sejarah Utusan Melayu: Didepan Api Di Belakang Duri terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd)

Apabila perpaduan seluruh orang Islam dan Melayu diperlukan bagi menentang Malayan Union Datuk Onn Jaafar yang menubuhkan UMNO atas anjuran Utusan Melayu telah meminta soal keturunan itu dilupakan untuk perpaduan Islam dan Melayu yang diperlukan bagi kejayaan perjuangan menentang Malayan Union.

Sekarang Datuk Zahid Hamidi telah membuka semula pintu racial politic dalam UMNO sendiri sedangkan UMNO telah pun menempah nama besar dan berjaya sebagai sebuah parti politik Melayu di bawah pimpinan berbagai keturunan dari Siam,Bugis,Turkey hingga ke India.
Agak malang hal ini berlaku ketika PM Datuk Seri Najib sedang mempromokan persahabatan Melayu dengan orang India sehingga sanggup pergi ke rumah filem Star India terkemuka dan menjemput Kajol Top Star filem Divale ke Malaysia. Tidakkah Zahid telah mencacatkan usaha yang baik ini?.

Dalam perspective yang lebih luas Zahid tidak hanya menyinggung perasaan Mahathir tetapi cuba kita lihat siapakah KSN Ali Hamsa dan keturunan mamak yang telah menempah nama dalam UMNO seperti Allahyarham Sulaiman Ninam Shah. Salahkah Allahyarham bertahun-tahun menjadi Pengerusi tetap UMNO? Bagaimana dengan Aziz Rahim "Keling" menjadi Pengerusi Tabung Haji? Salahkah Aziz Sheikh Fadhil, Reezal Merican Naina Merican dan lain-lain menjadi ahli UMNO. Apakah hanya Jawa dan Bugis sahaja boleh memimpin UMNO?

Zahid tidak sewajarnyra membangkitkan semangat perkauman dalam kalangan ahli UMNO ketika UMNO memerlukan perpaduan hanya semata-mata kerana beliau berasa terancam dengan seorang keturunan Turkey menjadi penghalang untuknya menjadi Perdana Menteri dan kerana itu perlu baginya untuk membuktikan dirinya sebagai Hang Tuah Moden kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Kepada rakyat ini adalah tambahan bukti bahawa pemimpin-pemimpin UMNO sekarang benar-benar berada dalam keadaan panik kerana telah mendapat maklumat yang buruk bahawa apapun yang dipromokan oleh Najib tetapi tidak memberi kemajuan politik kepada UMNO. Sambutan kepada Pakatan Harapan semakin hebat dimana-mana di akar umbi.

Bagaimanapun saya dengan ikhlas mengangkat topi kepada Datuk Seri Najib di atas keteguhan dan kegigihan semangatnya untuk terus berjuang.

Anda semua Bumiputra, Najib Beritahu India Muslim
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak bersetuju yang masyarakat India Muslim di Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan Bumiputera, tetapi berkata kerajaan perlu mengkaji secara mendalam tuntutan supaya status tersebut diwartakan.
“Hakikatnya, tuan-tuan dan puan-puan Bumiputera,” katanya pada majlis Hari Raya dihadiri masyarakat India Muslim di Seri Kembangan.

zamkata

SEDIAKAH ZAHID HAMIDI MINTA MAAF DENGAN TUN M ATAU LEBIH SELESA DIGELAR "KAKI PEMBOHONG"?

Sejak awal lagi memang disedari bahawa serangan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi kepada Tun Mahathir Mohamad bukan saja bersifat perkauman dan memperlekeh sesuatu kaum, tetapi yang lebih berat kerana ia juga berbentuk pembohongan.

Apabila Zahid mengatakan bekas Perdana Menteri itu dalam kad pengenalan birunya bernama "Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty", ramai yang tidak ragu-ragu mengatakan beliau telah tersalah fakta mengenainya.

Ini kerana yang diketahui umum ialah Mahathir bin Mohamad, bukannya berbinkan Iskandar.

Iskandar adalah datuk kepada Tun Mahathir atau lebih tepat yang berbinkan Iskandar ialah Mohamad dan bukannya Mahathir.


Jadi, tentulah pelik dan menghairankan bagaimana ia boleh diucapkan oleh seorang yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, malah tidak dinafikannya sehingga kini.

Oleh itu, jika ada yang mengatakan persoalan keturunan Tun Mahathir lebih dulu dibangkitkan oleh kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah ketika pertandingan UMNO 1987 atau oleh Anwar Ibrahim selepas pemecatannya pada 1988, ia sebenarnya sama-sekali tidak sama dengan apa yang dibangkitkan oleh Zahid Hamidi

Sama ada disentuh oleh puak Ku Li atau Anwar Ibrahim, usikan mereka hanyalah dengan nada bergurau mengenai "darah keling" atau "keturunan Kerala" yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu, tetapi ia tidak bersifat pembohongan.

Mereka juga ternampak tidak menghina India Muslim atau mamak dalam memperkatakan keturunan Tun Mahathir itu.

Juga tidak pernah sesiapa, sama oleh penyokong Tengku Razaleigh atau Anwar Ibrahim, mereka sampai ke peringkat mengata "Mahathir sebagai anak lelaki Iskandar Kutty".

Tun Mahathir dan mereka yang menyayanginya juga tidak pernah marah atau tersinggung dengan apa juga serangan berkaitan keturunan yang pernah disentuh oleh penyokong Ku Li atau Anwar Ibrahim itu.

Malah, Tun Mahathir sendiri pernah mengakui keturunan sebelah bapanya memang berasal daripada India.



Tetapi, reaksinya ternampak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Zahid ini. Bukan saja penyokong Tun Mahathir jadi marah dan tersinggung, rata-rata rakyat pelbagai lapisan juga mengecam dan membenci Zahid Hamidi melalui tindakan terbarunya ini.

Ini kerana nada serangan Zahid jelas bersifat perkauman, memperlekeh kaum lain serta suatu bentuk pembohongan.

Sejak bila Tun Mahathir berbinkan Iskandar Kutty? tanya mereka.

Selain kemudiannya bersepah-sepah salinan kad pengenalan dan surat beranak Tun Mahathir dikongsi di media sosial, tulisan mengenai salasilah keluarga beliau juga kedapatan di sana-sini di medium yang sama.

Dalam kad pengenalan dan surat beranak itu, yang ada tertulis hanya Mahathir dan bapanya Mohamad. Tidak ditemui sama-sekali "Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty" sebagaimana dakwaan Zahid itu.

Dalam salasilah keluarga pula antaranya menyebut bahawa bapa Tun Mahathir, Mohamad bin Iskandar bukan orang sebarangan, sebaliknya adalah pengetua pertama Kolej Sultan Abdul Hamid, sebuah sekolah yang terkenal di negeri Kedah.

Kemudian, anak perempuan Tun Mahathir, Marina juga menjelaskan perkara yang sama bahawa bapanya adalah berbinkan Mohamad, bukannya beranak-lelakikan Iskandar sebagaimana didakwa oleh Zahid.

Iskandar, tambah Marina, adalah datuk kepada Tun Mahathir dan bukan bapa kepada ayahnya.

Lewat petang ini, Tun Mahathir sendiri, dalam keadaan tidak berapa sihat kerana selsema, tetapi ternampak ceria, tampil dengan sebuah rakaman video yang mencabar Zahid Hamidi membuktikan apa yang didakwanya itu.

"Tidak pernah lagi sesiapa menyentuh perkara ini dengan memberi asal-usul saya yang berbeza daripada apa yang diketahui umum.

"Ini adalah kenyataan yang cukup baik untuk menunjukkan berapa Zahid adalah kaki pembohong," kata Tun Mahathir sebagaimana dipetik dalam video tersebut.

Lalu, sekarang bagaimana?



Daripada bukti salinan kad pengenalan, surat beranak, penjelasan Marina dan kenyataan oleh Tun Mahathir sendiri, kecuali jika Zahid Hamidi benar-benar dapat menampilkan bukti-bukti yang lain untuk membuktikan kebenaran fakta, beliau dengan sah, sahih dan jelas telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai dakwaan yang dibuatnya itu.

Berbohong, adalah dosa paling besar bagi pemimpin, tidak jauh bezanya dengan dosa mencuri wang rakyat.

Sediakah Zahid Hamidi menampilkan bukti-bukti untuk mengesahkan kebenaran dakwaannya, meminta maaf dan mengakui kesalahannya atau mahu terus dikenali sebagai "kaki pembohong" untuk selama-lamanya?

Apatah lagi, Tun Mahathir turut mengesahkan bagaimana Zahid Hamidi pernah menemuinya untuk meminta sokongan bagi beliau menggantikan Najib, tidak lama selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin dahulu.

Berani dan sediakah Zahid Hamidi mengakui pertemuannya dengan Tun Mahathir itu atau beliau sekali lagi akan menjadi "kaki pembohong" kepada umum? (ShahbudinHusin 31/07/2017)
shahbudin husin






Share this article :

0 comments: