Friday, August 31, 2018

kemerdekaan kedua

No comments:



Perutusan PM sempena Hari Kebangsaan 2018

BERNAMA

Berikut ialah teks penuh perutusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018:


“Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.

1. Buat ke sekian kalinya, kita menyambut Hari Kebangsaan. Secara rasminya, ia adalah Hari Kebangsaan kita kali yang ke-61 mengikut kiraan hari pengumuman kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.

2. Banyak peristiwa yang telah dilalui oleh Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia sejak mencapai kemerdekaan dari jajahan British kepada sebuah Negara berdaulat dan bebas melakar halatujunya mengikut acuannya sendiri.

3. Mulai dari hari itu tugas yang digalas oleh Kerajaan dan juga rakyat ialah mengisi kemerdekaan tersebut.

4. Cabaran yang dihadapi bukan sedikit. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, semuanya terpaksa dilakukan dari awal ataupun “starting from scratch.”

5. Ia bukan sesuatu yang mudah – hampir semua lapangan, pengalaman dan kepakaran dimiliki oleh pentadbir-pentadbir dan cerdik pandai penjajah dan amat sedikit dari kalangan anak bangsa yang mampu mengambil-alih sepenuhnya tanggungjawab itu.

6. Malahan sebahagian dari sistem pentadbiran dan perundangan yang ditinggalkan agak sukar untuk dilaksanakan kerana ianya direka bersesuaian dengan keperluan mereka sebagai penjajah. Penduduk tempatan tidak dapati sesuai untuk diterima sepenuhnya.

7. Namun kita boleh bersyukur jika dibanding dengan negara lain yang terpaksa hadapi keadaan yang lebih teruk kerana penjajah meninggalkan negara-negara itu dalam keadaan kucar-kacir, tanpa pentadbir yang terlatih atau perundangan yang sesuai untuk dilaksana.

8. Negara kita bernasib baik kerana kebijaksanaan kepimpinan Negara pada masa itu yang berjaya mendapatkan kemerdekaan menerusi perundingan dan bukan pemberontakan dan tumpah darah. Dengan ini bekas penjajah dapat membantu di dalam keselamatan, pentadbiran dan perancangan masa depan Negara.

9. Bantuan mereka bukanlah semata-mata kerana perasaan bertanggungjawab. Ia juga kerana keperluan kestabilan dan keamanan supaya pelaburan mereka dalam perladangan dan perlombongan terselamat.

10. Persekutuan Tanah Melayu ataupun Federation of Malaya yang menggantikan Malayan Union memang kaya dari segi hasil buminya. Kekayaan ini menyumbang banyak kepada kemajuan penjajah.

11. Dalam konteks ini, kemerdekaan yang dicapai cuma akan bermakna hanya apabila kita berjaya menghakis genggaman neokolonialisme atau penjajahan ekonomi yang mencemar kemerdekaan kita.

Dengan usaha yang gigih kita berjaya memajukan negara sehingga kita dapat tebus balik kekayaan kita. Satu daripada usaha kita ialah dengan mengadakan ‘ Dawn Raid’ untuk membeli secara halal ladang Guthrie kita. Tetapi kita dituduh merampas atau nationalise.

12. Namun demikian kita masih sanggup menerima pelaburan asing (FDI) termasuk dari negara penjajah juga. Tetapi mereka tidak dibenar campur tangan dalam politik dan pentadbiran negara. Kemerdekaan kita tetap dipelihara.

13. Kemudian Persekutuan Tanah Melayu beralih menjadi Malaysia. Kesanggupan orang Melayu bertolak ansur tidak dapat dipertikai atau ditandingi oleh sesiapa.

14. Walaupun Malaysia mempunyai lebih banyak bangsa dan suku kaum, tetapi ianya tetap aman dan stabil dan membangun dengan pesatnya sehingga dikenali sebagai Harimau Asia. Sesungguhnya kemampuan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 tetap ada.

15. Tetapi malangnya pertukaran pemerintahan membawa perubahan dasar dan pendekatan. Sistem demokrasi dan pentadbiran mengikut undang-undang digugur dan diganti dengan cara-cara lain. Hasilnya ialah Wawasan 2020 menjadi impian kosong.

16. Demikianlah kerosakan dan tekanan yang dirasai oleh rakyat sehingga mereka berasa seolah-olah mencapai kemerdekaan sekali lagi apabila PRU 14 menghasilkan perubahan pemerintahan.

17. Ya, rakyat mencapai kejayaan hasil pendirian tegas mereka. Tetapi nikmat tidak datang melayang kerana kemenangan dicapai. Tindakan terhadap penjenayah juga tidak dapat dilakukan dengan serta merta.

18. Seperti kita tidak suka kepada cara-cara pentadbiran dahulu begitu juga kita tidak boleh amalkan cara yang kita benci dahulu. Pentadbiran mengikut undang-undang memerlukan masa untuk dilaksanakan. Tetapi percayalah akhirnya penjenayah akan meraih hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.

19. Sementara itu rakyat dan Kerajaan perlu berganding bahu untuk memulih semula negara. Tugas kita memang berat. Tetapi tidak ada kuasa yang boleh menghalang gandingan rakyat dengan pemerintah.

20. Kita sudah lihat bagaimana negara yang telah kalah dan hancur dalam peperangan dapat memulihkan negara sehingga dalam masa yang singkat dapat kembali maju kerana semangat dan usaha oleh rakyat dan pemerintah.

21. Kita juga mampu. Kita juga boleh pulih semula negara kita Malaysia.

22. Kerajaan boleh tadbir dengan baik, berjimat cermat, berdisiplin dan mengawal nafsu. Ini sedang dilakukan. Walaupun masih sedikit tetapi pencapaian dalam mengurangkan hutang sudah ternampak. Kerosakan jentera pentadbiran telah dapat dipulih semula. InsyaAllah dengan tindakan yang sedang dan akan diambil, negara akan sihat semula.

23. Tetapi rakyat juga perlu memain peranan. Jikalau Kerajaan tidak mampu hulur wang seperti dahulu, sebabnya ialah pembaziran seperti dahulu akan jejaskan proses pemulihan. Lagipun Kerajaan ini tidak mencuri wang rakyat untuk diberi kepada rakyat sebahagian dari hasil pencurian.

24. Cara sebegitu bukanlah cara yang terbaik. Kerajaan ini akan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan. Dengan cara ini pendapatan yang diperolehi lebih memuaskan. Ia adalah hasil titik peluh sendiri dan sudah tentu ia halal.

25. Untuk ini Kerajaan akan memberi pelajaran dan latihan serta juga biasiswa. Kepakaran pekerja akan ditingkatkan supaya pendapatan akan bertambah.

26. Kita akan naikkan upah mengikut kemampuan. Tetapi yang perlu diingati ialah kenaikan upah tidak bermakna jika kos sara hidup naik bersama.

27. Untuk menentukan kenaikan upah menambah daya beli, produktiviti perlu ditingkatkan melalui cara pengurusan yang lebih cekap, peningkatan kecekapan pekerja, penggunaan mesin, robotik dan otomasi dan tambahan pelaburan oleh majikan. Kerajaan akan beri insentif dan hadiah kepada mereka yang berjaya meningkatkan produktiviti dengan kos yang terendah. Kenaikan harga hasil perusahaan hendaklah dikawal.

28. Tetapi sepanjang masa Kerajaan akan bantu rakyat yang benar miskin ataupun kurang upaya. Mereka akan dibantu lebih baik dari BR1M umpamanya. Memberi RM500 atau RM1,200 setahun tidak mencukupi untuk hidup sempurna. Ya. BRIM akan dikurangkan beransur-ansur tetapi yang daif dan tidak bekerja ataupun tidak dapat bekerja akan dibantu secara lebih bermakna.

29. Kita rayakan Hari Kebangsaan kali ini dengan perasaan lega dan selesa. Sesungguhnya ini adalah Kemerdekaan kedua bagi kita. Kita sudah bebas daripada belenggu pemerintahan kejam. Hidup kita lebih selesa. Kerajaan PH ini akan jamin keadilan bagi semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bangsa atau agama.

30. Sesuai dengan pencapaian dan perasaan yang kita lalui dan kongsi bersama, tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah “Sayangi Malaysiaku.”

31. Adalah diharap agar perasaan ini kekal dihati kita semua. Saya yakin, selagi perasaan ini ada bersama kita semua, apa saja perbezaan, percanggahan dan rasa sangsi yang timbul, Malaysia akan tetap utuh dan maju.

32. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Semoga harapan kita agar Malaysia terus maju, aman dan saksama akan kekal selamanya. Sayangilah Malaysiaku ini. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.”

Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia

mymetro
Continue Reading...

Himpunan atau Sandiwara Rakyat

No comments:


Himpunan atau Sandiwara Rakyat

Sesudah 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan. Sesudah PAS memberi gred D kepada kerajaan Pakatan Harapan.  Maka diadakan perhimpunan di bumi Kelantan. Tidak pasti kenapa memilih Kelantan? Mungkin kerana berharap penyokong PAS berpusu-pusu datang.




 Kembali pula kepada PAS barangkalai mereka lupa ada dua buah negeri dalam tangan mereka iaitu Kelantan dan Terengganu. Merekapun tertakluk dengan merit demerit 100 hari ini. Kalau dicungkil entah Gred berapa yang dapat.... Tak payah susah-usah kerana kerajaan yang mentadbir terutama Pakatan Harapan dalam bergerak ke hadapan. Dikatakan lemah 100 hari pertama mungkin akan berubah 100 hari berikutnya. Begitu juga kerajaan PAS boleh bertahan lamakah dalam 100 hari berikutnya???  Mulut jangan besar cakap kalau hati sebesar kelingking...

UMNO dengan segala macam rencah biasanya mengadakan himpunan rakyat di YKK Melor Kelantan. Mungkin di negeri naungan YB Ketereh sebagai SU Agung UMNO dibuatlah himpunan. Lama memerhati ramai muka-muka lama UMNO dan ada juga muka baru. Lama dok perhati lagi, tak dok pulak penyokong PAS. Eh apa dah jadi? Kata udah sehati sejiwa...

UMNO selalu terbawa mimpi...

Himpunan Rakyat 100 Hari Janji Tinggal Janji di Kompleks YKK, Padang Kala, Ketereh. Itulah bunyinya masjlis itu. Hadir dan berucap adalah YB Datuk Ahmad Jazlan, Ketua Perhubungan, YB Senator Datin Rahimah Muhammad Ketua Wanita dan Ketua Pemuda Malaysia YB Senator Datuk Ashraf Wajdi Dasuki.

Bercakaplah mereka tentang lemah dan longlainya kerajaan Pakatan Harapan dalam 100 hari. Tetapi mereka semua lupa akan harapan dan  keinginan besar rakyat adalah untuk melihat perubahan dalam UMNO. Mana langkah pembaharuan? Mana langkah kebaikan??? Mana pelan kemajuan 100 hari kalah??? Mana post mortem yang boleh dijadikan kebangkitan????

UMNO selalu syok sendiri ....

Sepatutnya di perhimpunan inilah mereka mula menyelongkar kelemahan dan keegoan yang memporak porandakan UMNO. Sepatutnya masa ini barisan muda UMNO bangkit membawa obor kesedaran bahawa peembaharuan dalam UMNO  harus berlaku. UMNO harus adalah pelan strategik yang boleh digunakan dalam jangka 100 hari akan datang. Tapi semua sia-sia. Seronok bercakap hal kelemahan orang lain tapi kelemahan sendiri tak dibaiki

UMNO selalu salah jangka.....

Himpunan mungkin hanya sandiwara, Untuk menunjukkan aku masih ada maka dibuat perhimpunan besar-besar. Yang sedap adalah kutuk PH kerana amat tak sedap dengar kelemahan sendiri. Bahawa dengan mengutuk begitu mereka fikir rakyat akan buat U-turn? Rakyat terlalu bijak memilih. Kalau tak bijak mereka tak akan korbankan status quo. Mereka menolak segala kemanisan yang lapuk dan bersedia untuk jatuh bangun bersama Pakatan Harapan. Apa lagi cari UMNO mahu guna sesudah kata No diberikan.

Rakyat menilai dengan teliti
Pakatan Harapan pastinya akan mencari langkah terbaik 100 hari berikutnya
PAS akan selalu mencari peluang
UMNO akan terus merintih...

Begitulah politik negaraku


Continue Reading...

Sunday, August 26, 2018

Saturday, August 25, 2018

TERAS BERSATU MALAYSIA BAHARU

No comments:
TERAS BERSATU MALAYSIA BAHARU (TERAS)



TERAS BERSATU Malaysia Baharu merupakan satu inisiatif sukarela yang dibentuk menjadi penggerak bebas atau neutral body yang bertindak sebagai pemikir, pemudah cara, penggerak dan pelaksana secara professional dari pelbagai bidang dalam usaha membantu Kerajaan Malaysia Baharu dengan peranan sebagai badan check and balance pada kerajaan pimpinan Malaysia Baharu. Ianya sebuah badan bebas yang tidak terikat dari mana-mana individu, badan politik atau pihak berkepentingan peribadi dan penyertaannya terdiri dari pakar-pakar atau individu yang berpengalaman sebagai pemikir yang akan membantu dan menyokong Perdana Menteri dan kepimpinan negara semasa.

TERAS juga bukanlah pencatur atau kelab-kelab media sosial namun penubuhannya adalah untuk menjadi platform atau jambatan masyarakat di peringkat akar umbi dan pemimpin di peringkat nasional. TERAS tidak menjadi pesaingan kepada blogger atau pengamal media sosial Pakatan Harapan tetapi TERAS mengamalkan prinsip terbuka kepada semua pihak yang menyokong Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan.

Skop prospektif TERAS adalah meluas untuk rakyat dan pemimpin dimana TERAS memegang prinsip DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT dan sentiasa kehadapan dalam membantu Kerajaan Pakatan Harapan memacu Malaysia Baharu, sudahnya Rakyat akan menerima kemanisan itu bersama-sama.

Sebagai badan Check and Balance, barisan peneraju TERAS akan menegur dan menasihati pemimpin kerajaan sekiranya terdapat perkara-perkara yang tersasar dari kehendak rakyat dengan teguran secara professional dan berhemah.

TERAS akan terus berusaha untuk menyokong rakyat Malaysia dan Kerajaan Pakatan Harapan dengan melahirkan ramai pemikir dan penggerak negara bukan sahaja dalam bidang-bidang tertentu malahan membimbing rakyat menjadi pemimpin, usahawan muda, tenaga professional, ahli-ahli politik muda yang berjaya dan pengamal media social yang berketrampilan dan mempunyai jati diri yang tinggi.

TERAS tidak bergantung harap kepada Kerajaan untuk menampung keperluan kewangan atau financial funding kerana TERAS bergerak menggunakan sumber pendapatan sendiri secara sukarela dan mempunyai kreativiti dalam menjana pendapatan bagi keperluan TERAS. Matlamat TERAS adalah untuk melahirkan kepimpinan yang berpaksi kepada kebenaran, berintegiriti tinggi dan belajar berdiri dengan sendiri.

Tiga TERAS sebagai tunjuk utama iaitu TERAS PENGURUSAN STRATEGIK, TERAS DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK dan TERAS PEMBANGUNAN MEDIA SOSIAL.

TERAS PENGURUSAN STRATEGIK memainkan peranan penting dalam menggerakkan hala tuju TERAS BERSATU ini merangkumi hal ehwal pengurusan, perkhidmatan, sumber manusia, korporat, pengurusan protokol dan acara. Penglibatan kewangan dan sumbernya juga memainkan peranan dalam tunjang teras ini.

Teras ini juga mewujudkan Cawangan Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai satu identiti khusus yang berfokus kepada negeri berkenaan.

TERAS DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK pula merupakan tunjang kepada dasar-dasar negara yang sedia ada, dalam Tunjang ini, Ianya diperincikan dan diolah semula untuk kepentingan rakyat agar ianya tidak tersasar dari hala tuju sesuatu dasar. Tunjang ini juga bertanggungjawab di dalam penyelidikkan, pendokumentasian, perundangan, modal insan, ekonomi dan budaya.

Tunjang kedua ini akan menjadi penyiar berita-berita semasa dan sahih pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan yang akan disiarkan di laman media sosial di bawah pentadbiran TERAS BERSATU.

TERAS MEDIA SOSIAL ditubuhkan berdasarkan peranan Media Sosial adalah penting dalam menerajui Malaysia Baharu. Konsep bebas bersuara yang digunapakai oleh Kerajaan Pakatan Harapan amat bersesuaian kepada generasi muda untuk terus menulis dan menyuarakan pandangan masing-masing di dalam media sosial.

Tunjang ini bertanggungjawab sebagai badan yang menggerakkan hal media sosial terutama menjadi penggerak kepada aktivis media sosial diperingkat bawah dan pertengahan, menjadi jambatan diantara pemimpin negara dan rakyat ke akar umbi, mewujudkan laman muka buku Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Ianya juga akan mentadbir whatsapp group, facebook pages, instagram, twitter, youtube video di bawah naungan TERAS BERSATU.

HARAPAN nya nanti, kesatuan dan kesefahaman dalam satu platform akan lebih menyakinkan dan mampu mengemudi rakyat ke landasan yang benar dan bersasar kepada kehendak rakyat, dalam natijahnya DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.

*Kekukuhan*Keyakinan*Kebenaran

Sekian,

DSRA
PEMANGKU PENGARAH EKSEKUTIF
MAJLIS SEKRETARIAT
Penggerak TERAS BERSATU Malaysia Baharu

fbteras
Continue Reading...

roboh

No comments:
Dr Mahathir mahu 'Tembok Besar China Kuantan' diroboh
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan 23 Ogos 2018


WAWANCARA | Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tembok yang mengelilingi Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dirobohkan.

Malaysiakini dalam laporan khas tahun lalu menyorot pembinaan tembok sepanjang kira-kira sembilan kilometer mengelilingi kompleks industri berkenaan yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai "Tembok Besar China Kuantan".

Dr Mahathir dalam wawancara pertamanya selepas pulang dari China berkata beliau sedang cuba meletakkan semula pihak berkuasa Malaysia di kawasan itu dan telah membangkitkannya kepada Beijing.

"Saya jelaskan kepada kerajaan China bahawa kita akan patuhi peraturan, undang-undang dan amalan mereka di China, jadi kita juga mahu mereka mematuhi undang-undang dan amalan di Malaysia. Mereka tidak pernah menyatakan keengganan kepada hal ini.

"Kami perlu memastikan bahawa pembangunan ini mengikut undang-undang dan peraturan," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Pekerja dari China memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dilarang keluar dari kawasan tembok berkenaan dan pekerja dibahagi-bahagi mengikut wilayah tempat tinggal mereka di China.

Wakil tempatan yang dipilih juga mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan masuk.



"Taman industri bukan negara asing, ia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia, menghalang pegawai tempatan masuk bukan perkara yang seharusnya dilakukan.

"Tiada sesiapa yang pernah melakukan perkara itu. Anda bina taman industri dan anda tidak benarkan rakyat Malaysia masuk.

"Ini bukan amalan yang kita gunakan. Kita mempunyai ratusan taman industri dan semuanya tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.

"Jadi kita perlu robohkan tembok dan semua (amalan) ini kerana ia salah di sisi undang-undang negara," kata Dr Mahathir.

MCKIP sebelum ini menjelaskan bahawa tembok berkenaan tidak meliputi keseluruhan kawasan taman industri berkenaan dan hanya terhad untuk kawasan kompleks Alliance Steel (M) Sdn Bhd.

Perlu beri manfaat kepada Malaysia

Dalam wawancara yang berlangsung dalam bahasa Inggeris itu, Malaysiakini bertanya maksud sebenar Dr Mahathir apabila mengatakan "taking down walls".

Dr Mahathir mengesahkan bahawa ia memberi maksud secara harfiah dan figuratif.


"Taman industri ini dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan kita perlu menguatkuasakan undang-undang kita di dalam taman industri berkenaan.

"Katakan ada jenayah berlaku di dalam sana, ia tanggungjawab kita. Ia bukan tanggungjawab pihak yang memiliki taman itu," katanya.

Dr Mahathir pulang dari China pada Selasa lalu selepas berbincang dengan Beijing berhubung pengkajian semula beberapa projek mega di Malaysia yang dibiayai oleh negara itu.

Dr Mahathir berulang kali menuduh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjual tanah kepada China sewenang-wenangnya atas nama pelaburan luar.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menekankan bahawa pelaburan luar langsung perlu memanfaatkan Malaysia dari segi pengetahuan teknologi selain peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan bukannya sekadar memberi syarikat China tanah untuk dibangunkan.


Dilancarkan secara rasmi pada 5 Feb, MCKIP dimiliki 49 peratus oleh Guangxi Beibu Guld International Port Group Co Ltd, sebuah syarikat China yang dimiliki oleh kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dan 51 peratus pemilikan selebihnya adalah konsortium tempatan, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd.

Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd merupakan perkongsian awam-swasta yang terdiri daripada IJM Land Bhd (40 peratus), Sime Darby Property Bhd (30 peratus) dan kerajaan Pahang melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (30 peratus).

Upacara pembukaan disempurnakan oleh Najib dan Jia Qinglin yang ketika itu merupakan pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Republik Rakyat China.

Dibahagikan kepada tiga fasa, pembangunan 1,219 ekar ketika ini akan disusuli dengan 1,000 ekar dan 800 ekar masing-masing bagi fasa dua dan fasa tiga.

Sebahagian besar fasa pertama, atau 710 ekar, telah dijual kepada Alliance Steel (M) Sdn Bhd, yang merupakan usaha sama antara dua syartikat China - Guangxi Beibu Gulf Port International Group Co Ltd dan Guangxi ShengLong Metallurgical Co Ltd - menurut jawapan bertulis sidang DUN Pahang bertarikh 14 Sept.

Jawapan bertulis itu menyatakan Alliance Steel, syarikat CHina pertama yang melabur dalam MCKIP, sedang membina loji keluli bersepadu moden yang sudah 50 peratus disiapkan dan dijangka mula beroperasi hujung tahun.

Kerajaan Pahang juga mendedahkan syarikat China yang mengkhususkan kepada bateri kereta berjanji untuk melabur dalam fasa ketiga MCKIP. Laporan media juga menyatakan sebuah lagi syarikat China akan melabur dalam taman industri itu bagi membina kilang aluminium.

MCKIP merupakan projek pertama yang akan dianugerahkan status "Taman Industri Kebangsaan" dan dikatakan akan melonjakkan perkembangan ekonomi tempatan yang akan membuka ribuan peluang pekerjaan kepada warga Kuantan.

Wawancara ini dikendalikan bersama oleh Andrew Ong, Ng Ling Fong, Nigel Aw dan Norman Goh.

malaysiakini
Continue Reading...

Sunday, August 19, 2018

usahasama : proton dan geely

No comments:
Proton, Geely meterai perjanjian usaha sama bagi pasaran China
Diterbitkan 18 Ogs 2018


Proton Holdings Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group hari ini menandatangani Perjanjian Dasar Induk bagi mewujudkan usaha sama yang akan membuka ruang kepada Proton untuk memasang dan memasarkan kereta di China.


Kedua-dua syarikat menguasai ekutiti sama banyak dalam syarikat usaha sama yang belum diberikan nama itu, dan menetapkan sasaran untuk penggabungan usaha sama berkenaan dalam tempoh separuh pertama 2019, tertakluk kepada kelulusan kawal selia.

Dalam satu kenyataan hari ini, DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) berkata usaha sama itu termasuk pembukaan kemudahan pengeluaran di China yang akan memasang kenderaan, selain pembangunan rangkaian peniaga untuk memasarkan barisan kereta Proton di China.

Portfolio kereta untuk China sebagian besar akan menggunakan platform Geely sedia ada, manakala Proton terlibat dalam reka bentuk luaran kenderaan.


Perjanjian itu juga menawarkan platform sedia ada Proton untuk membangunkan model untuk pasaran China.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata kemasukan Geely sebagai rakan strategik kepada Proton telah membuka laluan mudah untuk Proton memasuki ke pasaran China yang menguntungkan.

"Jelas menerusi Geely, laluan Proton ke China lebih mudah. Sebahagian daripada peranan Geely adalah untuk mendapatkan lesen perkilangan dan kelulusan pengawalseliaan yang diperlukan untuk usaha sedemikian mengikut peraturan China.

“Geely juga akan mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk menempatkan operasi kemudahan pembuatan," kata Syed Faisal.

SUV pertama Proton

Beliau berkata vendor komponen Proton sedia ada yang mempunyai kualiti dan kelebihan daya saing akan dipertimbang sebagai pembekal untuk syarikat usaha sama itu.

"Ini baik bagi kerajaan Malaysia yang sentiasa menggalakkan pembuat komponen Malaysia menceburi pasaran China.

"Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebelum ini bercakap mengenai kurangnya eksport kereta Malaysia ke pasaran serantau, walaupun jenama Jepun, Korea dan China memasuki pasaran Malaysia," katanya.

Jualan kereta penumpang China telah berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun yang leaps, kepada lebih 24 juta unit yang dijual pada 2017, berbanding 6.76 juta kereta penumpang yang dijual pada 2008.

Geely, syarikat pembuat kereta milik persendirian pertama China, menjual lebih 1.0 juta unit dalam negeri, menjual lebih 1.24 juta unit tahun lepas, atau penguasaan pasaran sebanyak 5.06 peratus.

Dalam tempoh enam bulan pertama 2018, Geely menjual lebih 125,000 unit model sebulan, dengan Boyue SUV melepasi paras 20,000 setiap bulan kecuali pada bulan Januari, dengan lebih 30,000 SUV Boyue dijual.

Versi SUV tempatan itu akan dilancarkan di Malaysia pada suku terakhir 2018 sebagai SUV pertama Proton.

- Bernama

malaysiakini



Continue Reading...

Saturday, August 18, 2018

tun m dan alibaba

No comments:








Continue Reading...

KHAS 100 HARI

No comments:



Sebagai mengimbau kenangan pentadbiran 100 hari kerajaan Pakatan Harapan marilah kita bersama membaca cacatatan kecil ini. Renungan 100 hari yang cukup  bermakna :


Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila LGE menyatakan hutang Negara sudah mencecah 1.2 trillion.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut.

Masing masing terpaku melihat Tun M terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.

Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialeg utara, LGE tak berani menjawab..

Tun bertanya lagi... cukup tak nak bagi rakyat BRIM sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa kedahnya semakin pekat.

LGE, cukup Tun untuk rakyat cukup,

Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu(kalau) nak bagi 20% royalti minyak?

LGE dalam proses Tun.
Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat brim dan royalti tu.

Errr...pasal Tol tu tun? Takpa tu nanti saya panggil konsenssi tgk macam mana kita forfeited kos depa..

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tun M mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tun M menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana Najib, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tun M.
Continue Reading...

Thursday, August 9, 2018

Tun M di Fukuoka

No comments:
Dr Mahathir lawat Jepun
Oleh Siti A'isyah Sukaimi



PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan kerja ke Fukuoka dan Oita, Jepun bermula esok hingga Khamis ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Perdana Menteri akan diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook serta pegawai Kementerian Luar.

Ketika di Jepun, Dr Mahathir dijadual menyampaikan ucaptama di Japan Future Leaders School dan Kyushu Asia Institute of Leadership.

"Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi dan melawat Kyushu Railway Company Safety Creation Centre serta Taman Teknologi Groovenauts Inc di Fukuoka dan Ritsumeikan Asia Pacific University di Oita," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, lawatan berkenaan akan memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan barisan pemimpin muda Jepun.

"Ia juga akan mengukuhkan lagi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Jepun terutama dalam bidang pendidikan, teknologi dan pengangkutan," katanya.

Malaysia dan Jepun terus mengekalkan hubungan dua hala yang rapat dalam pelbagai bidang kerjasama.

Tahun lalu, jumlah perdagangan dua hala dicatatkan sebanyak RM138.5 bilion (AS$32.22 bilion), meningkat 14.7 peratus berbanding 2016.

Jepun adalah rakan dagangan Malaysia keempat terbesar selepas China, Singapura dan Amerika Syarikat.

bharian



Dr. Mahathir ke Jepun sekali lagi
PM lakukan lawatan kerja ke Fukuoka dan Oita hari ini hingga 9 Ogos depan
06 Ogos 2018 1:58 AM



GAMBAR fail menunjukkan Dr. Mahathir (kanan) menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nomura Holdings, Koji Nagai (kiri) di sebuah hotel di Tokyo, Jepun pada Jun lalu.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan kerja ke Fukuoka dan Oita, Jepun bermula hari ini hingga 9 Ogos depan.

Ini merupakan lawatan kedua Dr. Mahathir ke negara Matahari Terbit itu selepas pertama kali ke sana pada 10 Jun lalu selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam lawatan tiga hari itu, beliau mengadakan lawatan kerja di Tokyo.

Wisma Putra dalam satu kenya­taan berkata, Dr. Mahathir akan diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dan Menteri Pe­ngangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Semasa lawatan itu, beliau dijadualkan akan menyampaikan ucaptama di Japan Future Leaders School dan Institut Kepimpinan Asia Kyushu.

Wisma Putra ber­kata, Dr. ­Mahathir juga akan bertemu de­ngan Penasihat Khas, Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi dan melawat ke Pusat Penciptaan Keselamatan Syarikat Kereta Api Kyushu dan Taman Teknologi Groovenauts Inc. di Fukuoka dan Universiti ­Ritsumeikan di Oita.

kosmoonline 

Tun M di Fukuoka






Prime Minister Tun Dr Mahathir bin Mohamad arrived at Fukuoka International Airport this afternoon and was welcomed by the Governor of Fukuoka, Mr Hiroshi Ogawa. Dr Mahathir was accompanied by Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir is in Fukuoka for the annual Japan Future Leaders' lecture session entitled“How future leaders in Asia can create future map for next generation – message from 93 years old to the teenager”



Prime Minister Tun Dr Mahathir bin Mohamad addressing 184 students of the Japan Future Leaders School in Fukuoka this morning. The annual lecture series is in its 15th year and Dr Mahathir has been it's main speaker from the initial one held in 2003.

Today Dr Mahathir returns as Prime Minister and among the students are four from Malaysia. In his message Dr Mahathir reminded the future leaders' students to embrace peace and avoid conflicts which have proven to be costly to mankind and to enjoy a better quality of life.


Continue Reading...

Sunday, August 5, 2018

tun m dan ulama

No comments:








Pertemuan Khas antara YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam di Pejabat Perdana Menteri


Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam hari ini, yang membuatkannya “merasa sebak”.

Ia adalah ketika Mahathir menangis ketika mengatakan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama.

“Semasa Tun Mahathir mengucapkan ‘kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran’, beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.
Continue Reading...

Wednesday, August 1, 2018

HARI PAHLAWAN

No comments:
Putrajaya, 31 Julai - Kerajaan hari ini menzahirkan penghargaan kepada perwira yang terkorban mempertahankan tanah air melalui Majlis Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2018 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara.

Sambutan Hari Pahlawan adalah kalendar tahunan di peringkat kebangsaan dan ia antara usaha serta keperihatinan kerajaan menetapkan satu hari khas bagi mengenang jasa perwira tanah air yang terkorban untuk mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

Majlis dihadiri DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, barisan kabinet2 menteri, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), rakan media dan jemputan lain.
Kredit foto: KKMM





Continue Reading...