Thursday, August 9, 2018

Tun M di Fukuoka


Dr Mahathir lawat Jepun
Oleh Siti A'isyah Sukaimi



PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan kerja ke Fukuoka dan Oita, Jepun bermula esok hingga Khamis ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Perdana Menteri akan diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook serta pegawai Kementerian Luar.

Ketika di Jepun, Dr Mahathir dijadual menyampaikan ucaptama di Japan Future Leaders School dan Kyushu Asia Institute of Leadership.

"Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi dan melawat Kyushu Railway Company Safety Creation Centre serta Taman Teknologi Groovenauts Inc di Fukuoka dan Ritsumeikan Asia Pacific University di Oita," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, lawatan berkenaan akan memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan barisan pemimpin muda Jepun.

"Ia juga akan mengukuhkan lagi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Jepun terutama dalam bidang pendidikan, teknologi dan pengangkutan," katanya.

Malaysia dan Jepun terus mengekalkan hubungan dua hala yang rapat dalam pelbagai bidang kerjasama.

Tahun lalu, jumlah perdagangan dua hala dicatatkan sebanyak RM138.5 bilion (AS$32.22 bilion), meningkat 14.7 peratus berbanding 2016.

Jepun adalah rakan dagangan Malaysia keempat terbesar selepas China, Singapura dan Amerika Syarikat.

bharian



Dr. Mahathir ke Jepun sekali lagi
PM lakukan lawatan kerja ke Fukuoka dan Oita hari ini hingga 9 Ogos depan
06 Ogos 2018 1:58 AM



GAMBAR fail menunjukkan Dr. Mahathir (kanan) menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nomura Holdings, Koji Nagai (kiri) di sebuah hotel di Tokyo, Jepun pada Jun lalu.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan kerja ke Fukuoka dan Oita, Jepun bermula hari ini hingga 9 Ogos depan.

Ini merupakan lawatan kedua Dr. Mahathir ke negara Matahari Terbit itu selepas pertama kali ke sana pada 10 Jun lalu selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam lawatan tiga hari itu, beliau mengadakan lawatan kerja di Tokyo.

Wisma Putra dalam satu kenya­taan berkata, Dr. Mahathir akan diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dan Menteri Pe­ngangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Semasa lawatan itu, beliau dijadualkan akan menyampaikan ucaptama di Japan Future Leaders School dan Institut Kepimpinan Asia Kyushu.

Wisma Putra ber­kata, Dr. ­Mahathir juga akan bertemu de­ngan Penasihat Khas, Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi dan melawat ke Pusat Penciptaan Keselamatan Syarikat Kereta Api Kyushu dan Taman Teknologi Groovenauts Inc. di Fukuoka dan Universiti ­Ritsumeikan di Oita.

kosmoonline 

Tun M di Fukuoka






Prime Minister Tun Dr Mahathir bin Mohamad arrived at Fukuoka International Airport this afternoon and was welcomed by the Governor of Fukuoka, Mr Hiroshi Ogawa. Dr Mahathir was accompanied by Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir is in Fukuoka for the annual Japan Future Leaders' lecture session entitled“How future leaders in Asia can create future map for next generation – message from 93 years old to the teenager”



Prime Minister Tun Dr Mahathir bin Mohamad addressing 184 students of the Japan Future Leaders School in Fukuoka this morning. The annual lecture series is in its 15th year and Dr Mahathir has been it's main speaker from the initial one held in 2003.

Today Dr Mahathir returns as Prime Minister and among the students are four from Malaysia. In his message Dr Mahathir reminded the future leaders' students to embrace peace and avoid conflicts which have proven to be costly to mankind and to enjoy a better quality of life.


Share this article :

0 comments: