Friday, November 22, 2019

sang wira

No comments:


Pengarah Audit mengaku rakam mesyuarat ‘pinda laporan 1MDB’
 21 Nov 2019

KES PINDA AUDIT 1MDB l Seorang saksi hari ini mengakui bahawa beliau yang membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 24 Feb 2016

Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN), Nor Salwani Muhammad, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, wakil Jabatan JAN tanpa pengetahuannya ( Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata beliau berbuat demikian sebagai persediaan untuk membuat minit mesyuarat penyelarasan laporan audit 1MDB berkenaan kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat itu.

"Saya dilantik sebagai koordinator penyediaan laporan audit 1MDB. Disebabkan itu saya perlu mengetahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat terbabit kerana saya tidak boleh menyertainya (mesyuarat).

"Saadatul Nafisah tidak tahu yang saya menyimpan perakam dalam bekas pensil miliknya. Selepas mesyuarat habis, saya ambil perakam itu daripada bekas penselnya sebelum membawanya ke pejabat," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram di hari keempat perbicaraan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Ditanya Sri Ram perakam suara itu milik siapa, Nor Salwani berkata ianya hak milik JAN.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata beliau tidak sempat memberitahu Saadatul Nafisah mengenai tindakannya meletakkan perakam tersebut ke dalam bekas pensil serta tidak berniat untuk menyorok perakam itu.

"Apabila saya diarah keluar dalam keadaan tergesa-gesa sebelum mesyuarat itu bermula, saya nampak bekas pensel di atas meja dan saya terus masukkan perakam ke dalamnya," katanya.

Muhammad Shafee: Takkan kamu tidak ada etika untuk memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) bahawa kamu sebagai wakil audit kena meletakkan alat perakam untuk tujuan mencatit minit?

Nor Salwani: Ketika itu, saya dalam keadaan kekalutan..saya tidak berpeluang untuk menyatakan demikian.

Semalam, rakaman audio mesyuarat itu yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1MDB yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, diperdengarkan di Mahkamah Tinggi.

Najib, 66, didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau didakwa, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Rabu depan.

- Bernama

malaysiakini


Continue Reading...

Thursday, November 21, 2019

tentang seorang pemimpin

No comments:



UNTUK PEMIKIRAN RAKYAT MALAYSIA.

Saya fikir cukuplah sesetengah daripada kita mengeji, mengutuk dan memperlekehkan Dr. Mahathir Mohamad. Sebahagian besar daripada kita tentunya sedikit sebanyak menikmati hasil daripada buah fikiran dan ideanya terhadap negara ini. Memanglah Perdana Menteri dibayar gaji dan segala macam termasuk jet mewah, tetapi tidak semua orang yang diberi jet mewah boleh membuat negara seperti Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir bukan siapa-siapa. Dia seorang tua dan tidak ada apa-apa kuasa pun. Jadi tidak perlulah kita memusuhi dan melabelkan yang buruk-buruk. Lagi pun bukanlah kita selalu menganggap Dr. Mahathir sudah tidak ada pengaruh. Kita yang besar pengaruh dan panglima kiri kanan bukanlah lawan Dr. Mahathir.

Saya secara peribadi ada yang tidak setuju dengan Dr. Mahathir. Tetapi biar sahajalah. Dia bukan boleh buat apa-apa, jadi ketua bahagian UMNO pun tidak, ahli pun tidak. Tetapi saya tidak tergamak untuk menghina, mengeji,maki hamun Dr. Mahathir sebagai pemimpin negara yang disegani dunia luar. Pertama kerana dia bekas pemimpin kita, kedua dia seorang tua yang bukan siapa-siapa.

Apabila ada kecenderungan pemimpin pelapis yang menyerang dan mendesak kemudahan itu dan ini ditarik balik, yang lekeh dan hilang pekerti bukan Dr. Mahathir tetapi kita. Kita dengan kuasa yang ada boleh saja menghalau Dr. Mahathir dari Petronas, Proton, Yayasan Kepimpinan Perdana dan suruh polis soal siasat. Tetapi yang kelihatan buruknya adalah kita.

Kalau selepas ini ditakdirkan Dr. Mahathir menutup usia dan tidak disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara, Dr. Mahathir tetap dikenang. Tetapi kita diingat sebagai pemimpin pelapis yang tidak megenang budi.

Saya percaya sebahagian besar dalam kalangan kita pernah dididik dan diasuh oleh tok guru, ustaz atau ustazah semasa kecil dulu supaya menghormati orang tua. Adakah asuhan itu kini sudah tidak relevan lagi apabila kita menghina orang yang bertaraf bapa atau datuk kepada kita lagi pun beliau adalah pemimpin Melayu Islam kepada negara kita Malaysia?

Tidak perlulah memberi "wahyu" kepada media yang kita kawal dan kongkong supaya "membelasah" Dr. Mahathir. Kutip segala pencacai kita yang tunduk hormat sampai tercium tahi ayam untuk menyerang seorang tua 93 tahun. Ini bukan sifat seorang pemberani. Kalaulah kita ini kuat sangat, lawan kita bukanlah seorang tua seperti Dr. Mahathir. Kita lekeh dan dayus kalau anggap Dr. Mahathir sebagai lawan.

Kalau masih banyak yang terpengaruh dengan Dr. Mahathir, tanyalah diri kita kenapa kita yang pegang semua kuasa masih tidak berpengaruh seperti Dr. Mahathir. Di mana silapnya? Adakah masih salah Dr. Mahathir juga? Kini beliau bertugas semula sebagai Perdana Menteri Malaysia Melayu Islam.

KU SEMAN BIN KU HUSSAIN
Bekas Editor Kanan Kumpulan Pengarang Lidah Rasmi Umno
UTUSAN MALAYSIA.
Continue Reading...

Friday, November 15, 2019

tanjung piai memilih

No comments:
KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI TANJUNG PIAI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu surat ini saya tulis bersempena dengan kempen piliharanya kecil bagi Parlimen P.165 Tanjung Piai yang akan berakhir sedikit hari lagi.

Saya percaya calon Pakatan Harapan yang kami tawarkan Tuan Haji Karmaine Sardini, yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Tanjung Piai adalah calon yang amat sesuai untuk meneruskan usaha-usaha Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik.

Selain memahami kehendak serta hati budi penduduk setempat, Haji Karmaine pastinya akan mampu meneruskan rancangan pembangunan serta mengagih peruntukan-peruntukan untuk Parlimen ini yang telah berjaya didapatkan dahulu oleh Allahyarham Dr Md Farid.

Dalam lain perkataan Haji Karmaine merupakan calon yang paling baik untuk meneruskan pembangunan dan memastikan kesinambungan kemajuan Tanjung Piai.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
Pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan telah memasuki usia 18 bulan. Dalam tempoh ini kita telah melalui satu tempoh sukar untuk mengembalikan Negara ke atas landasan yang betul dan memperbaiki kerosakan-kerosakan lalu yang begitu teruk.

Memang benar kita tidak boleh selalu menyalahkan Kerajaan terdahulu di dalam usaha memajukan Negara dan memastikan kesejahteraan rakyat.

Di masa yang sama sudah pasti rakyat yang mengikuti perkembangan kes-kes di mahkamah akan menyedari bahawa kerosakan yang berlaku akibat perbuatan rasuah dan salah guna kuasa hampir menjahanamkan Negara.

Kerana itu salah satu keutamaan Kerajaan ialah mengambil langkah-langkah jelas dan tegas untuk memastikan perbuatan-perbuatan tersebut tidak berulang dan pemimpin-pemimpin Negara tidak berpeluang mencari kemewahan diri tanpa rasa takut akan hukuman yang menanti.

Selain dari menumpu langkah-langkah mengekang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, Kerajaan turut menumpu kepada memulih ekonomi Negara.

Selain menerus rancangan-rancangan Malaysia yang telah disedia, Kerajaan turut memperkenal strategi-strategi jangka pendek dan jangka panjang termasuklah Wawasan Kemakmuran Bersama yang kita yakin akan dapat mengurangkan jurang pendapatan di antara kaum, daerah dan wilayah.
Perancangan-perancangan ini mengambil sedikit masa tetapi rakyat akan mula merasai nikmat tidak lama lagi.

Saya percaya, jika rakyat menilai dengan baik, sudah pasti mereka dapat melihat dan merasai nikmat-nikmat yang datang walaupun secara beransur-ansur.

Selain itu, mereka juga pasti dapat melihat betapa pemimpin-pemimpin dari parti Kerajaan sekarang beserta isteri mereka tidak bermewah-mewah dengan harta rakyat.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Kerajaan ini percaya kepada kesederhanaan di dalam cara berpolitiknya. Terdapat usaha melaga-laga rakyat. Apabila berdepan dengan orang Melayu, mereka menuduh Kerajaan ini walaupun dipimpin oleh orang Melayu menggadai segalanya kepada orang bukan Melayu.

Apabila mereka menemui orang bukan Melayu mereka menghasut bahawa pemimpin bukan Melayu di dalam Kerajaan telah hilang perjuangan mereka kerana menjaga kedudukan. Akibatnya, orang Melayu merasa masa depan mereka tidak terjamin dengan Kerajaan ini. Di masa yang sama orang bukan Melayu turut tidak puas hati dengan ahli-ahli Kerajaan bukan Melayu kerana dituduh membelakangkan kepentingan mereka.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Dua perkara ini tidak boleh berlaku di dalam satu masa yang sama dengan Kerajaan yang sama. Jika orang Melayu merasa bahawa Kerajaan ini gagal mempertahankan kepentingan Melayu, maka orang bukan Melayu seharusnya rasa puas hati.

Dan jika orang bukan Melayu merasa tidak puas hati dengan Kerajaan ini kerana dikatakan tidak mempertahankan kepentingan mereka, seharusnya orang Melayu merasa puas kerana mendapat kehendak mereka.

Ini berlaku kerana Kerajaan ini bertindak di atas dasar konsensus apabila melakukan keputusan. Ini bermakna setiap kepentingan rakyat di ambil kira sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Apabila kita membuat keputusan dengan cara yang demikian setiap kaum dan kumpulan tidak merasa puas hati sepenuhnya.

Bagi saya ini adalah lebih baik dari satu pihak merasa begitu puas hati dan pihak yang lain akan merasa begitu tidak puas hati.

Malaya dan Malaysia maju dari awal penubuhannya kerana sikap tolak-ansur dan semangat kerjasama di antara pemimpin-pemimpin yang dari dulunya berbilang kaum. Semangat dan sikap ini turut dihayati oleh rakyat dan ini telah membuat rakyat Malaysia bersama-sama berusaha menaikkan nama Negara.

Semangat inilah yang cuba dikembalikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan ia tidak akan berjaya jika rakyat terpengaruh dengan pendekatan-pendekatan ekstrem yang tidak menghiraukan perpaduan di antara rakyat.

Perlu diingat, permainan politik perkauman ini didalangi oleh mereka yang terdesak kerana berhadapan dengan tindakan undang-undang akibat ketamakan dan keangkuhan mereka ketika berkuasa.

Mereka tidak peduli jika perbuatan mereka itu boleh mengakibat tercetusnya pertembungan di antara kaum kerana bagi mereka, jika berlaku kekacauan, kemungkaran yang telah mereka lakukan akan dipinggir.

Kerana itu, tuan-tuan dan puan-puan perlu memperlihat bahawa kita tidak terpengaruh dengan politik sempit untuk kepentingan diri segelintir mereka.

Jangan berikan mereka peluang untuk terus mengadu-domba rakyat dan cara yang paling mudah ialah tidak mengundi wakil mereka di dalam pilihanraya kecil Tanjung Piai ini.

Sekian, terima kasih.

Dr. Mahathir bin Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
Pengerusi BERSATU




Continue Reading...

Saturday, November 9, 2019

salam maulidur rasul

No comments:


Saya mengharapkan usaha untuk meningkatkan kefahaman berkaitan ajaran Islam yang sebenar terus dilipat-ganda dan dipergiat dengan pendekatan-pendekatan yang sesuai.

Ini penting bagi membuktikan bahawa rakyat dapat menjalani kehidupan yang sejahtera dinaungi oleh agama Islam yang membawa rahmat kepada semua.

Kita sebut agama Islam yang sebenar kerana terdapat banyak tafsiran dan ajaran Islam yang disalah tafsir dipengaruhi oleh kepentingan lain. Inilah yang menyebabkan umat Islam berpecah dan berpuak-puak.

Kita wajar menghargai kemajmukan, melestarikan kehidupan dalam kedamaian serta memelihara hubungan antara kaum dan agama. Ciri-ciri ini boleh dicapai dengan menitikberatkan ajaran Islam dalam kehidupan yang berlandaskan al-Quran dan hadis yang sahih.

Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai ikutan sepanjang hayat agar kita semua memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Negara Rahmah, Ummah Sejahtera”



Continue Reading...