Saya mengharapkan usaha untuk meningkatkan kefahaman berkaitan ajaran Islam yang sebenar terus dilipat-ganda dan dipergiat dengan pendekatan-pendekatan yang sesuai.
Ini penting bagi membuktikan bahawa rakyat dapat menjalani kehidupan yang sejahtera dinaungi oleh agama Islam yang membawa rahmat kepada semua.
Kita sebut agama Islam yang sebenar kerana terdapat banyak tafsiran dan ajaran Islam yang disalah tafsir dipengaruhi oleh kepentingan lain. Inilah yang menyebabkan umat Islam berpecah dan berpuak-puak.
Kita wajar menghargai kemajmukan, melestarikan kehidupan dalam kedamaian serta memelihara hubungan antara kaum dan agama. Ciri-ciri ini boleh dicapai dengan menitikberatkan ajaran Islam dalam kehidupan yang berlandaskan al-Quran dan hadis yang sahih.
Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai ikutan sepanjang hayat agar kita semua memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Negara Rahmah, Ummah Sejahtera”
0 comments:
Post a Comment