Tuesday, June 2, 2020

Saudagar Mimpi


Apa yang ditulis oleh YB Shahruddin Salleh Ahli Parlimen Sri Gading P149 sangat menarik untuk dibaca terutama sakli mereka yang menjadi ahli BERSATU atau di luar parti itu.Tulisan yang boleh menjadi turning point politik. Membuka ruang fikir baru dan keyakinan yang membugar dalam jiwa dan diri ahli politik.

Tulis YB Shahruddin

10. Saya berjumpa Tun hari Jumaat lepas antara lain sebagai reaksi surat SUK kepada Tun, yang kandungan nya kata, Tun dah gugur keahlian Bersatu secara automatik, disqualified himself,..

11. Pulak gitu,..

12. Perlembagaan Bersatu ditafsirkan begitu, katanya oleh pakar undang-undang. Tun dah duduk di barisan pembangkang di Dewan Rakyat dalam persidangan bulan lepas. Maka Tun dah masok pembangkang,

13. Saya tanya Tun, betul kah Tun dah masok Parti pembangkang? Tidak sekali-kali katanya! Tun nafikan,..



Ada persoalan dan jawapan yang tersendiri dalam tulisan di atas.

Seterusnya beliau menulis lagi :

14. Saya ambik keputusan untuk menyertai PN dan menyokong TSMY jadi PM. Beliau telah dapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat dari kalangan ahli-ahli Parlimen,

15. Sebagai ‘budak’ TSMY pastinya saya amat gembira apabila beliau menjadi PM,

Kupas bahasa yang menarik dibawa oleh YB Shahruddin.Jelas menganpa dan kenapa disebutkan. Tetapi semua itu dibolosi dengan ungkapan berikut pula yang nyata memberi ukur dan jelas maksud:

16. Saya bertanya pada diri sendiri, adakah Perikatan Nasional PN ini telah wujud sebagai badan sah? Lengkap dengan Perlembagaan dan pendaftaran ROS,

17. Sepanjang ingatan saya, PH adalah badan sah didaftar dengan ROS dan ada sijil pendaftarannya,

18. Pada saya, PN adalah sekadar nama badan persatuan tidak rasmi antara ahli-ahli Parlimen yang bersetuju TSMY sebagai PM,

19. PN bukan gabongan parti-parti, apatah lagi saya belum lihat, kaji dan bahas sedalam-dalamnya Perlembagaan PN yang telah dibawa ke Perhimpunan Agong Khas atau setidak-tidaknya ke MPT dan telah sama-sama kita putuskan disitu bahawa Bersatu telah BERSETUJU masok PN?

20. Tun tak masok atau setuju dengan perkara 18,

21. Bolehkah ditafsir Tun masok pembangkang? Sokong parti pembangkang,...

22. Saya tak mahu lihat Bersatu lemah kerana kita berpecah dan berbalah. Boleh pengsan bila kita baca perbahasan kita dalam media sosial,... kita saling melondeh kain sendiri,.. di viral,.. dah tak ada segan silu lagi,.. mana kita dapat budaya begini rupa?,..

23. Saya jugak tak mahu lihat Bersatu mati tidak berkubur, tidak berbatu nisan,

24. Saya sayangkan Bersatu, sayang sangat-sangat, ... betapa sukarnya membina Bersatu, susah payah lawan BN, ke sana ke sini bersama Tun dan TSMY dan rakan-rakan versi 1.0,..

Nasib parti sendiri perlu dijaga secuku-cukupnya. Gelombang dan lautan ituy banyak badainya dan semua itu bergantung kepada nahkoda kendali bahtera untuk membawa bahtera parti sendiri ke pulau harapan...

Kata-kata berikutnya amat mengguncang kalbu. Perjuangan yang berbangkit dari segala payah dan jerih amat mengharukan dikenang kembali. Saya percaya ada ahli yang menangis pada prasa prasa di bawah yang kenal jerih payah perjuangan BERSATU

26. Terkenangkan akan Tun M dan Tun Siti begitu komited berkempen, sana sini, utara selatan, timor barat,.. ribuan yang hadir,.. الحمدالله ..... kita menang bentuk Kerajaan!

27. Majoriti yang masok jadi ahli Bersatu adalah kerana Tun,.. bukan pasal nama saya!!! Shahruddin,.. tak siapa yang kenal ! ADUN saja, EXCO pun tak, semasa dalam BN dulu, jasa pun tak ada,..

28. Jasa Tun, umpama sebesar dan seberat bumi ini,.. Tanpa Tun, Bersatu akan terkujur layu, mati lah Bersatu,..

29. Hari ini hari Isnin, tanggal satu Jun tahun 2020, saya berjanji nak buat kenyataan, azam dan hala tuju saya dalam Bersatu dan Kerajaan, tidak ada niat lain saya,..

30. Saya nak lihat Bersatu kuat dan kukuh; sayang saya pada Bersatu mengatasi sayang saya pada Tun dan TSMY,... Barang di jauhkan sekali parti Bersatu di lihat sebagai melukut di tepi gantang dan ahli-ahli awal yang tulin dalam perjuangan pula dipingggirkan,...

Para akhir di bawah adalah pelengkap tulisan bermakna ini :

33. Akhir kalam untuk kali ini, cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya. Saya sekarang adalah ahli Parlimen Sri Gading. Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah tanpa bahas untuk menerima calon ahli Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading di PRU15 nanti? PN atau PH? Itu jugak adalah jawapan kepada satu soalan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH?,.. Saudara jawab!!!

Hidup mati BERSATU adalah segala-galanya. Untuk merasa menang yang sementara kemudian terbujurt disula lawan?
Untuk menjadi yang ketawa sekaranag tetapi meratap di hujung jalan sesudah semuanya menjadi arang...

BERSATU berjalanlah ke hadapan
dengar suara jiwanya bukan laung-laungan palsu

Cukuplah kita melihat bagaimana Saudara Mimpi terkorban
dengan jualan mimpinya yang tak laku-laku

Share this article :

0 comments: