Tuesday, October 20, 2020

selamatkan malaysia


 


SELAMATKAN MALAYSIA
(Petikkan Blog : The Point Malaysia)
Anggota Majlis Tertinggi UMNO mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mahu ‘membunuh’ tiga pihak, yaitu Datuk Seri Anwar Ibraim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan UMNO.
2.Kenyataan seumpama ini membawa kepada dua.
Pertama, Tun Mahathir seorang yang sangat hebat.
Kedua, ada semacam perasaan ‘gerun dan takut’.
Keberangkalian ketiga kumpulan (PKR, BERSATU dan UMNO) jika bergabung menjadi satu entiti, mereka tidak dapat menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.
3.Rakyat Malaysia dan dunia dapat melihat perkembangan politik negara dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Ini bilamana ketiga kumpulan tadi hanya mengutamakan kepentingan kepartian dan individu daripada kepentingan negara dan rakyat. Ada kedengaran suara diluar negara, Malaysia having Corrupted Leaders. Ini sangat memalukan terutama Malaysia dikenali sebagai negara Islam dan pemimpinnya dari kalangan orang Islam.
4.Satu kumpulan hanya mahukan pemimpin mereka di angkat menjadi Perdana Menteri dan agenda kumpulan berkenaan menyumbang kepada penyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan yang di pimpinan oeh Tun Dr Mahathir Mohamad.
5.Pemimpin PKR dan ahlinya hampir setiap hari menuntut agar Tun Mahathir menyerahkan jawatan PM kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sama keadaan semasa Tun Mahathir menjadi PM ke 4, PKR dengan agenda Reformasi mengadakan tunjukan perasaan di jalanan hampir setiap minggu di Kuala Lumpur untuk menjatuh kerajaan Tun Dr Mahathir.
6.Kali ini apa dilakukan oleh PKR oleh UMNO dan PAS untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan. Kejatuhan PH disebabkan oleh PKR, DAP dan Muhyiddin Yassin. Bukan kegagalan Tun Mahathir mentadbir negara. Kita jangan lupa ada juga terdapat MP DAP senada dengan PKR mendesak Tun Mahathir meletakkan jawatan.
7.Satu kumpulan lagi memainkan politik perkauman dan agama dalam usaha mendapat sokongan rakyat dan sebahagian rakyat ‘termakan’ dengan pembohongan mereka. Walaupun pemimpin mereka terpalit dengan pertuduhan jenayah seperti mencuri, menyamun,salahguna kuasa, pengubahan wang haram dan rasuah.
8.Satu kumpulan lagi ‘terjerat’ dengan perangkap ahli politik yang memainkan isu bangsa dan agama, lantas berkerjasama dengan mereka walaupun kumpulan ini yang menjatuhkan kumpulan satu lagi dimana kini menjadi ‘geng’ mereka. Ini penyebab utama Tun Mahathir dengan secara automatis gugur jawatan sebagai Perdana Menteri.
9.Negara sedang bergelut dengan Covid 19 tidak di utamakan. Bahkan apa yang di dulukan dan utamakan adalah kelangsungan politik mereka. Nyawa rakyat tidak penting bagi mereka. Sebagai contoh Sabah. Bagi mereka terpenting kekalkan kuasa politik.
10.Rakyat Malaysia di luar negara hidup seperti warganegara Bangla, Rohinyga dan Indonesia untuk mencari sesuap nasi bagi dirinya dan keluarga mereka. Bahkan warganegara ketiga negara berkenaan lebih selesa keadaannya berbanding dengan warga negara kita, di Singapura. Apa gunanya mereka pulang ke Malaysia jika tidak punya pekerjaan? Sama seperti keadaannya warga Bangladesh, Rohinga dan Indonesia, apa gunanya mereka pulang kenegara masing masing jika tidak mempunyai pekerjaan.
11.Terlalu banyak masa ditumpukan/dihabiskan bagi usaha mengekalkan kuasa politik berbanding memperlipat gandakan usaha berbincang dengan pemimpin Singapura untuk membuka sempadan dimana lebih 200ribu rakyat kita dapat kembali bertugas di Singapura. Berulang balik setiap hari dari Johor/Singapura/Johor.
12.Selagi kerajaan hari ini memerintah atau rombakan kabinet dilakukan kemelut politik dan ekonomi tidak dapat diatasi kerana mereka mengutamakankan politik kepartian dan individu. Keadaan bertambah teruk bilamana Perdana Menteri dan anggota kabinet PN tidak mempunyai pengalaman menghadapi dan mencari huraian kepada masalah yang semakin tenat.
13.Dalam usaha menyelamatkan negara dan meletakkan negara ke landasan yang betul, kerajaan Interim harus di tubuhkan. Keberangkalian melalui kerajaan Perpaduan. Maknanya tidak ada parti yang terlibat. Mereka dikabnet berasaskan individu. Hanya diperlukan seorang PM yang berpengalaman dan beberapa anggota kabinet sahaja. Dengan ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan negara dan wang tersebut dapat di gunakan bagi membantu rakyat. Tidak perlu anggota sebegitu ramai seperti hari ini. Membazirkan wang negara. Wang negara adalah wang rakyat.
14.Dunia dapat melihat satu sahaja pemimpin berpengalaman yang memulihkan keadaan politk dan ekonomi. Beliau tidak lain dari Tun Dr Mahathir Mohamad.
Adakah sejarah akan kembali terukir jika tuanku YDPA mengangkat Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri "interim"? dan
Buat pertama kali juga dalam sejarah Kerajaan Perpaduan atau Unity Government bakal di perkenalkan Tun Mahathir.
 
 
Share this article :

0 comments: