selamat datang ke ambang

merenung dengan akal membaca dengan fikir
segenap kata segenap makna
bahasa suara bangsa fikir nusa degup ibunda
tanah keramat hidup bersama bersatu berpecah tiada

putrajaya
Showing posts with label pilihan raya. Show all posts
Showing posts with label pilihan raya. Show all posts

Thursday, May 9, 2019

banyak pencapaian

No comments:



Di sebalik cemuhan, PH masih jadi pilihan
BERNAMA | 09 Mei 2019

KUALA LUMPUR - Tinjauan pendapat umum terbaru KAJIDATA Research akan populariti Pakatan Harapan (PH) semasa ia meraikan ulang tahun pertama pemerintahannya menunjukkan ramai melihat PH sebagai kerajaan yang berdaya maju berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Tinjauan melalui telefon itu membabitkan 1,007 responden daripada pelbagai kaum, usia, pendapatan, negeri dan jantina menunjukkan 40 peratus lebih cenderung untuk mengundi PH berbanding dengan PAS (16 peratus) atau BN (15 peratus. PH tetap mempunyai sokongan yang lebih besar jika dibandingkan dengan gabungan BN dan Pas.

Kajian yang dijalankan untuk membantu memahami persepsi rakyat terhadap PH juga menunjukkan 43 peratus daripada pengundi berpendapatan tinggi berpuas hati dengan cara PH menguruskan ekonomi tetapi hanya 30 peratus daripada golongan berpendapatan rendah berpuas hati.

Perbezaan ini mempunyai kesan politik yang jelas dengan pengundi berpendapatan rendah lebih berkemungkinan mengundi gabungan BN dan Pas berbanding PH. Analisis tinjauan juga menunjukkan bahawa kesejahteraan ekonomi Rakyat merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan kesetiaan politik.

Kajian yang dijalankan sejak Mac tahun ini itu juga mendapati PH tidak medapat sokongan tinggi di Kelantan dan Terengganu, satu lagi petunjuk yang PH masih lagi tidak dapat meyakinkan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah bandar bahawa ia adalah pilihan yang lebih baik.

Bagaimanapun, PH mempunyai sokongan padu di negeri-negeri di bawah pentadbirannya. Responden Sarawak juga menyatakan keyakinan mereka kepada PH.

Penemuan lain oleh KAJIDATA akan tahun pertama pemerintahan PH juga mirip dengan penemuan beberapa kajian lain termasuk kajian oleh Merdeka Centre dan kajian YouGov oleh The Star Media Group.

Berikut adalah ringkasan penemuan lain tinjauan KAJIDATA: a) 42 peratus berpuas hati dengan prestasi Tun Mahathir dan 37 peratus tidak berpuas hati.

b) Hanya 34 peratus berpuas hati dengan prestasi BN berbanding dengan 39 peratus untuk PH.

c) 40 peratus lebih cenderung untuk mengundi PH berbanding dengan PAS (16 peratus) atau BN (15 peratus).

d) PH mempunyai sokongan padu di negeri-negeri di bawah pentadbirannya.

e) 42 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa Malaysia sedang menuju ke arah yang salah berbanding 35 peratus yang merasakan sebaliknya

f) 39 peratus tidak berpuas hati dengan prestasi PH dan hanya 37 peratus yang berpuas hati

g) 43 peratus tidak berpuas hati dengan cara PH mengurusankan ekonomi dan hanya 33 peratus yang berpuas hati

h) 38 peratus belia memilih gabungan BN dan PAS berbanding 33 peratus untuk PH

i) 38 peratus daripada pengundi berpendapatan rendah memilih untuk mengundi gabungan BN dan Pas berbanding 31 peratus untuk PH

j) PH tidak medapat sokongan yang tinggi di Kelantan dan Terengganu.

Diasaskan pada 2015, KAJIDATA Research mengkhusus dalam risikan Pasaran, Komersil dan Sosio-Politik dengan mengendalikan dan menyatukan metadologi tinjauan pendapat umum yang terbaik selain analisis media sosial. - Bernama

sinar harian
Continue Reading...

Monday, July 2, 2018

kabinet harapan

No comments:
Kabinet dijangka miliki 26 menteri, 23 timbalan menteri
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman



KUALA LUMPUR: Kabinet baharu dijangka mempunyai 26 menteri dan 23 timbalan menteri, jika berpandukan kepada senarai nama yang tersebar di media sosial sejak malam tadi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam temubual bersama Channel News Asia, mengesahkan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) tidak membantah senarai ahli Kabinet dan timbalan yang disenaraikannya.

"(Saya) memaklumkan kepada pemimpin parti, yang (saya) akan memilih mereka yang tiada dalam senarai mereka dan mereka tidak membantah. Saya panggil individu terbabit, menteri dan timbalan menteri dan bertanya kepada mereka adakah terima jawatan yang diberikan, anehnya tiada bantahan," katanya.

Berdasarkan kepada senarai yang viral itu, baki kementerian yang akan diwujudkan ialah Kementerian Luar, Kementerian Wilayah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ia termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Industri Utama, Kementerian Kerja Raya, dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Antara pemimpin PH yang bakal dilantik menjadi menteri ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah (Kementerian Luar); Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (Kementerian Wilayah); Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohamad Din Ketapi (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya); dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar).

Turut tersenarai ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abd Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan; Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri); dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok turut termasuk dalam senarai Kabinet PH yang memegang portfolio Menteri Industri Utama; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian (Menteri Kerjaraya); Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr A Xavier Jayakumar (Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli); dan Ahli Parlimen Alor Gajah, Redzuan Yusof (Menteri Pembangunan Usahawan).

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof pula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menjaga urusan Hal Ehwal Agama Islam manakala bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, dilantik sebagai Menteri di JPM untuk Urusan Undang-Undang.

Sementara itu, mereka yang disenarai sebagai Timbalan Menteri ialah Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Kewangan); Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Aziz Jamman (Dalam Negeri); Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh Tseow Suan (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Ahli Parlimen Kulai, Teoh Nie Ching (Pelajaran); dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa (Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat).

Ia termasuk Dr Ahmad Termizi Ramli (Perumahan dan Kerajaan Tempatan); Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (Pengangkutan); Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee (Komunikasi dan Multimedia); Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (Tenaga Manusia); Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (Pertanian); Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye (Kesihatan); Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Wilayah).

Ahli Parlimen Balik Pulau, Bakhtiar Wan Chik (Pelancongan, Seni dan Budaya); Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar); Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming (Perdagangan Antarabangsa dan Industri); Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen (Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna); Ahli Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Md Ramli (Pembangunan Usahawan).

Turut tersenarai, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Md Akin (Industri Utama); Ahli Parlimen Temerloh, Annuar Tahir (Kerja Raya); Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Air, Tanah dan Sumber Asli); manakala Timbalan Menteri di JPM ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (Agama), Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (Undang-undang) dan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Dr Md Farid Md Rafik (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).

Senarai Kabinet yang viral:

Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

1. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

2. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

3. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu

4. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

5. Menteri Pelajaran, Dr Mazlee Malik

6. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad

7. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin

8. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub

9. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun

10. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo

11. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

12. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

13. Menteri Sumber Manusia, VM Kulasegaran

14. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah

15. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad

16. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamad Din Ketapi

17. Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin

18. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abd Rahman

19. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking

20. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail

21. Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof

22. Menteri Industri Utama, Teresa Kok

23. Menteri Kerja Raya, Baru Bian

24. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar

25. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof (Agama)

26. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (Undang-undang)

Timbalan Menteri

1. Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah

2. Kementerian Dalam Negeri, Datuk Aziz Jamman

3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan

4. Kementerian Pelajaran, Teoh Nie Ching

5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat, R Sivarasa

6. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Ahmad Termizi Ramli

7. Kementerian Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar

8. Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee

9. Kementerian Tenaga Manusia, Datuk Mahfuz Omar

10. Kementerian Pertanian, Sim Tze Tzin

11. Kementerian Kesihatan, Dr Lee Boon Chye

12. Kementerian Wilayah, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh

13. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Bakhtiar Wan Chik

14. Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Steven Sim Chee Keong

15. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming

16. Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong CHieng Jen

17. Kementerian Pembangunan Usahawan, Dr Mohd Hatta Md Ramli

18. Kementerian Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin

19. Kementerian Kerja Raya, Annuar Tahir

20. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

21. Jabatan Perdana Menteri

# Fuziah Salleh (Agama)

# Mohamed Hanipa Maidin (Undang-undang)

# Dr Md Farid Md Rafik (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)


bhonline




















Continue Reading...

Friday, October 25, 2013

Sebuah Perjuangan : Berani Hijrah

No comments:


 
Calon BN lepas jawatan kerana rakyat


JERAI 24 Okt. - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sanggup meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semata-mata mahu menabur bakti kepada masyarakat khususnya di kawasan berkenaan.

Anak tempatan kelahiran Kampung Titi Batu itu berkata, beliau mengambil sedikit masa untuk memikirkan tentang perkara itu kerana 'sayang' mahu meletakkan jawatan namun apabila memikirkan hasrat mahu berkhidmat untuk rakyat, beliau rela berbuat demikian.

"Wartawan bertanya saya, tidak sayang tinggalkan jawatan? Lama saya berfikir, namun yang penting saya lebih sayang rakyat dan mahu berbakti kepada masyarakat di Sungai Limau," katanya berucap dalam majlis Kami Prihatin anjuran Yayasan Felda di Simpang Tiga, Sungai Limau di sini hari ini.


Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir; Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Menurut Dr. Ahmad Sohaimi, beliau bertekad untuk memajukan Sungai Limau jika diberi peluang menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Katanya, beliau juga mahu menggunakan pendekatan baharu berpolitik dalam kalangan generasi muda dengan memastikan penyertaan golongan itu sebagai kelompok pelapis.

Dalam aspek itu katanya, beliau bercadang menubuhkan Jawatankuasa Permuafakatan Ummah yang disertai golongan profesional dan ahli akademik.

"Kita mahu mencari jalan untuk meningkatkan perpaduan dan menjana program ilmuwan kerana masyarakat di sini berpotensi untuk dimajukan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi di Sungai Limau memberi peluang kepadanya selepas 25 tahun mereka berada di bawah wakil rakyat Pas.

"Beri kepada saya satu penggal, tengok apa kita nak buat. Andai gagal pulangkan balik (kepada Pas). Setiap undi itu mahal harganya dan saya akan membalas sokongan itu dengan memajukan Sungai Limau. Fizikal saya tidak besar tetapi bercita-cita besar," katanya.

Sumber


Pengundi Sungai Limau perlu berani hijrah

PILIHAN Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada 4 November ini dianggap ujian pertama kepada DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM sebagai Ahli Parlimen Jerai dan Ketua UMNO Bahagian Jerai. Dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia, SAFINA RAMLI, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi pandangan berhubung pilihan raya kecil di kawasan yang dianggap kubu kuat Pas itu.



UTUSAN: Jurang perbezaan umur calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat, agak ketara. Adakah Datuk Seri melihat ini menjadi penghalang untuk BN meraih sokongan?

JAMIL KHIR: Sememangnya ia menjadi ukuran kerana semakin berumur semakin bermakna. Contohnya dari segi profesion sebagai pensyarah di universiti biasanya umur yang senior menjadi ukuran kemampuan dan keilmuan yang dia dimiliki. Tapi apa yang jadi ukuran ialah pengalaman, kalau lihat umur 50-an tentulah ada pengalaman yang banyak dan apatah lagi nak wakili rakyat dalam kawasan seperti ini, itu tahap umur paling ideal.

Bagaimana Datuk Seri hendak membantu calon BN dalam kempennya terutama sekali apabila ada yang mempertikaikan calon BN tidak lagi tinggal di kawasan Sungai Limau?

JAMIL KHIR: Saya lihat mungkin ada salah faham yang tak dimaklumkan kepada masyarakat. Sebenarnya faktor tempat cari makan yang berbeza bukan faktor penolak.

Dulu mungkin seorang yang duduk di Alor Setar dah dianggap jauh bagi orang yang duduk di Sungai Limau. Tapi hari ini duduk di Thailand dan Singapura pun dah dianggap dekat sebab perhubungan kenderaan begitu mudah. Dr. Ahmad Sohaimi selain anak tempatan, beliau juga Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Jerai, ia menjadi faktor berulang alik bertemu dengan masyarakat.

Beliau juga ada rumah sendiri di Kampung Titi Batu, paling tidak seminggu sekali beliau akan pulang.

Ada cakap-cakap yang membezakan calon BN adalah calon untuk dunia manakala calon Pas ialah calon untuk akhirat. Bagaimana Datuk Seri melihat perkara ini?

JAMIL KHIR: Saya melihat dalam ukuran dunia dan akhirat, Islam ajar untuk sampai ke akhirat kita juga perlu dunia. Begitu juga ukuran di dunia ini yang menjadi pertimbangan untuk ditimbang dan dihisab di akhirat. Maknanya dalam menghukum soal dunia dan akhirat ini bukan ukur kerana pelajarannya sahaja. Saya nak sebutkan bahawa calon kita ini adalah guru Madrasah Taufiqiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai sekolah pondok Pak Ya dan juga guru Pondok Fauzi di Yan. Beliau menjadi tenaga pengajar, Islam sebenarnya tak pisahkan hal dunia dan akhirat.

Kawasan Sungai Limau adalah kubu kuat Pas secara tradisinya, bagaimana BN hendak pecahkan tradisi itu?

JAMIL KHIR: Saya melihat begini, memang dari sejak dahulu ini kubu tradisi Pas. Kita akui perkara itu. Saya lihat kini rakyat menilai dan perhatikan setelah sekian lampau ikon legasi tok guru dan juga legasi ulama besar sudah tak dapat dimunculkan lagi di Sungai Limau oleh Pas.

Kita ada satu alternatif baru iaitu ikon dalam bidang akademik dan kita bagi pilihan untuk rakyat memilih ilmuwan akademik ini. Jasa yang beliau tinggalkan kepada anak-anak murid di kawasan ini amat besar. Kita yakin rakyat sedang menilai juga bahawa mereka ada pilihan di hadapan mata kerana banyak penggal diberi kepada Pas. Ada yang bagi tahu kita, mereka perlu berubah bagi peluang pula kepada BN untuk bangunkan Sungai Limau. Bisikan dan suara hati mereka kita dengar dan sampai masa untuk mereka cari perubahan, sebab itu kita pakai slogan ‘Berani Hijrah’.

Apa harapan dan nasihat Datuk kepada pengundi-pengundi yang akan keluar mengundi pada 4 November nanti?


JAMIL KHIR: Tagline ‘Berani hijrah’ kerana 5 November depan adalah Maal Hijrah. Kita nak pakejkan Maal Hijrah itu disambut lebih awal di DUN Sungai Limau. Kita mahu pengundi berani berhijrah dan saya letakkan harapan tinggi kerana saya adalah Ahli Parlimen Jerai.

Sudah tentu dengan kedudukan ini saya mahu pentadbiran Parlimen selaras dengan DUN bagi membolehkan kita melaksanakan program berbentuk kerohanian dan spiritual demi kesejahteraan penduduk Sungai Limau. Oleh itu saya berharap pengundi akan memberi peluang kepada BN kerana kita bukanlah kelompok yang hanya bijak beretorik.

Sumber

Continue Reading...