Seminar Dakwah Nasional 2012 telah pun berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Seminar ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Seminar yang diadakan selama dua hari ini dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat).
Apa yang menarik adalah seminar ini berlangsung dalam arus pergolakan politik tanahair dan sedikit sebanyak bancuhan kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar ini memberi rujuk kepada apa yang berlaku dalam perkembangan politik dan sosial tanahair.
Beberapa kertas kerja menarik dipaparkan di sini sebagai tatapan bersama sebagai renungan dan percambahan minda kita.
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ
ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ
ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى
ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬اۚ
يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬اۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ
ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٥٥)
Dalam mengupas tajuk di atas saya akan menghuraikan asas-asas dan
dasar Dakwah Islamiyyah terlebih dahulu supaya kita memahami pengertian
dan konsepnya secara ringkas dan dalam Bahagian II, barulah kita beralih
kepada isu kaitan dakwah Islamiyyah dengan kemelut politik semasa di
negara kita.
) sebagai membawa pengertian “tunduk” dan “sejahtera”. Kalimat Islam pula amat berkait rapat dengan
yang bermaksud “agama” dan “tatacara kehidupan”. Jika dikaitkan kedua-duanya dalam bentuk “Islam Sebagai Din” atau
Islam, maka lengkaplah takrif ringkas bahawa “Agama Islam adalah tatacara kehidupan yang sejahtera”.
semata-mata.
Melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya adalah suatu pendurhakaan dan
akan dihukum di dunia dan dihisab pada Hari Akhirat, manakala
melaksanakan suruhan-Nya amat dituntut dan diimbali dengan ganjaran
Rahmat dan Barakah-Nya.
Islam yang sedemikianlah, maka ‘amal Islami merupakan suatu aspek Islam
yang amat penting sehingga dapat menentukan sama ada seseornag itu
menurut ajaran Islam atau sebaliknya.
itu, maka
dapat difahamkan bahawa ‘amal Islami bermaksud “semua bentuk ‘amal
(kerja) yang dilakukan oleh seseorang Muslim dengan niat yang ikhlas
semata-mata kerana Allah SWT dan menurut cara pelaksanaan yang
berdasarkan hukum Allah SWT”.
mesti berlaku serentak dalam sesuatu ‘amal yang dilakukan itu dan jika
salah satunya tidak wujud, maka ‘amal itu tidak dapat ditakrifkan
sebagai suatu ‘amal Islami. Sebagai contoh, mencuri di sebuah bank
dengan tujuan untuk menderma kepada Rumah Kebajikan atau Rumah
Kanak-kanak Cacat tentunya tidak dapat diterima sebagai suatu ‘amal
Islami kerana Islam tertegak di atas prinsip Fiqh yang disepakati
ulamak Sunni yang amat jelas, yakni
bermaksud
“Tujuan tidak menghalalkan cara.” Dalam konteks teori sosiologi dan
politik moden, falsafah dan prinsip Niccolo Machiavelli bahawa “
” adalah merupakan kemuncak daripada ‘amal Islami yang mempunyai dua bentuk tuntutan: tuntutan
(kolektif). Ini adalah kerana tugas menegakkan Islam dan melaksanakan
tuntutannya adalah tugas setiap umat Islam. Sama ada tugas tersebut
dibebankan kepada individu ataupun kepada sekumpulan ummat ia tetap
sesuatu yang fardu (wajib). Sebagai contoh, menunaikan ibadah solat
adalah
dan ‘amal Islam yang amat penting bagi setiap
muslim untuk dilaksanakan, namun bekerja untuk menyeru ummat Islam
supaya sentiasa mendirikan solat (iaitu tugas berdakwah) adalah juga
fardu (wajib)
sebagaimana yang termaktub dalam kaedah fiqhiyyah, iaitu yang bermaksud “
Tujuan utama pelaksanaan ‘amal Islami bagi setiap individu adalah untuk memperolehi
.
Dalam tulisannya yang penuh bermakna dan jauh pemerhatiannya tentang
bagaimana cara hendak membina dan mengislahkan ummat Islam, al-Imam
asy-Syahid Hasan al-Banna, telah menggariskan 10 ciri peribadi individu
Muslim yang perlu dihidupkan, iaitu Muslim yang mempunyai: ‘Aqidah yang
sejahtera, ibadah yang sah, akhlak yang sempurna, ilmu yang meluas,
sihat tubuh badan, mampu bekerja dan bertindak, sentiasa berjihad
melawan nafsu, memiliki jadual waktu hidupnya, sentiasa menjaga masa dan
bermanfaat kepada orang lain.
Amat jelaslah kepada kita bahawa ‘amal Islami menuntut supaya kita
melaksanakan setiap asas Rukun Islam dan Rukun Iman sehingga ke
peringkat
sebagaimana
yang jelas disebutkan dalam sebuah hadith sahih Rasulu’lah SAW bahawa
‘amal-‘amal yang kita lakukan, jika kita lakukan tanpa dapat “melihat”
Allah SWT,….
Oleh sebab itulah, berusaha untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam adalah
wajib sebagai syarat untuk beramal kerana ilmu dan ‘amal adalah “kembar
serupa” yang tidak terpisah dan tidak dapat dipisahkan sama sekali.
Kecetekan ilmu tentang Islam akan mengaburkan visi seseorang Muslim
untuk menapis dan menyaring pelbagai maklumat palsu daripada pelbagai
makumat palsu lagi tidak
Dalam konteks bekerja untuk melaksanakan tuntutan Islam secara
kolektif, maka skop ‘amal Islami dalam bentuk dakwah Islamiyyah menjadi
semakin luas dan menyeluruh. Dari ibadah khusus seperti sembahyang,
puasa dan memnunaikan haji yang menjadi kewajiban
setiap individu Muslim, maka individu Muslim tadi dituntut untuk bersama-sama ummat Islam yang lain memastikan bahawa
(Perundangan Allah) tertegak sepenuhnya di atas muka bumi ini.
Sesungguhnya tugas ini juga terangkum dalam kewajiban yang mesti
dilaksanakan oleh ummat Islam dan merupakan sebahagian daripada tuntutan
‘amal Islami.
dan sebagaimana yang ditunjukkan sendiri oleh baginda Rasul SAW, dakwah
yang paling efektif lagi dituntut adalah secara berjama’ah
. Dalam konteks sesebuah Jama’ah Islam yang berfungsi untuk melaksanakan
Dalam rangka untuk melaksanakan Islam di muka bumi ini, tujuh tahap
‘amal yang mesti diwujudkan yang menjadi kewajiban individu untuk
Jama’ah Islam:
Aspek selanjutnya dalam berdakwah kita ialah bagaimanakah sesuatu Jama‘ah Islam itu dapat menyusun organisasinya (
dan kemas ke arah mencapai matlamat yang telah digariskannya. Kita
juga dapati kelemahan dan kegagalan kebanyakan Jama‘ah Islam di dunia
pada masa kini adalah berpunca daripada kelemahan aspek
Bolehkah prinsip-prinsip dakwah Islamiyyah itu diaplikasikan dalam
konteks pentadbiran negara semasa?Sebagai orang Islam, sudah pasti
jawabannya boleh kerana Islam adalah agama syumul dan universal.Oleh
sebab sifatnya sedemikian syumul dan universal, sudah pasti ianya amat
bersesuaian untuk manusia dan kemanusiaan sejagat sehingga akhir
zaman.Itulah Janji yang Allah SWT selaku Maha Pencipta nyatakan dalam
Kitab yang ditanzilkan-Nya kepada para Rasul, bermula dari Nabi Adam AS
sehinggalah kepada Nabi Muhammad, Rasulu’Llah SAW sebagai Penutup Segala
Rasul dan Nabi.
Kita melihat dalam konteks ilmu kemasyarakatan moden, akhlak dan adab
mengendalikan Jama’ah dapat dikaitkan sebagai ilmu pengurusan saintifik
moden, iaitu proses merancang (
) yang telah digariskan.
pengurusan Islam adalah al-Qur’an dan
Hadith dan model pelaksanaannya ialah diri Rasulu’Llah SAW itu sendiri
maka ummat Islam pada masa kini bergantung kepada para
selaku
pewaris para nabi untuk mentafsirkan segala mesej pengurusan yang telah
ditinggalkan oleh Rasulu’Llah SAW menerusi amalan peribadi baginda SAW.
Dalam hal ini al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengingatkan kepada seluruh anggota
.
telah
menggariskan beberapa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh para
du’at dan mujahid dakwah itu sendiri, di antara lainnya termasuklah:
(i) Menyeleweng dari landasan asal dan kefahaman tentang Islam dan Jama’ah;
(v) Mengutamakan kulit bukan isinya – banyak bertengkar tetapi sedikit kerja;
dan mengenepikan dasar.
Dengan memahami bahawa jalan dakwah itu amat berliku dan dipenuhi
ranjau berduri, maka Junjungan Besar al-Rasul SAW telah meninggalkan dua
pedoman utama kepada ummatnya, iaitu
para ‘ulama’ mu’tabar bagi menyelesaikan pelbagi persoalan semasa yang dihadapi ummah Islam.
, ada
pertentangannya yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan
memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan
pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan
putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus
dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang akan ditentukan-Nya.
Apa kaitannya kemelut politik terkini dengan asas-asas dan prinsip dakwah Islamiyyah yang telah kita huraikan sebelum ini?
Apakah Jemaah Islam sudah tergelincir daripada landasan dakwah yang
suci kerana diasak dengan gelombang politik yang semakin mencabar?
Atau, apakah mungkin Jemaah Islam sudah dipengaruhi anasir-anasir
negatif dari luar, yang mengambil kaedah matlamat menghalalkan cara atas
nama maslahah dan strategi?
Untuk menjawab kesemua persoalan di atas, tiada jalan lain tetapi
kita perlu dan sewajiabnya kembali kepada asas-asas Islam yang suci
murni. Keberanian musuh Islam menyelusuri ke dalam siri individu dan
organisasi Islam dan merosakkannya, sebahagiannya adalah kerana
kesilapan ummat Islam dan pemimpin Islam itu sendiri. Benarlah apa yang
pernah disebutkan oleh asy-Syahid Dr. Abdul Qadir ‘Audah bahawa
keruntuhan Islam adalah disebabkan oleh:-
(ii) kelesuan para ‘ulama’nya.
Sebenarnya kita tiada pilihan.Ummat Islam khususnya dan ummat manusia
keseluruhannya telah diberikan panduan hidup yang amat jelas dengan
ajaran yang dibawa oleh para rasul. Keberanian musuh Islam menghina
Islam adalah kerana,
(i) Apakah bukan Islam berbaik dengan ummat Islam kerana amalan Agama Islam yang kita anuti dan amalkan atau kerana “
” dalam rangka percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi?
(ii) Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula
mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita
Islamiyyah yang diimani oleh majoriti ummat Islam dalam konteks
“merubah pemerintahan sedia ada” ke arah sebuah pemerintahan baru
“bersama-sama mendokong Jemaah Islam”?
(iii) Jika benarlah sebegitu, takdirnya dalam PRU-13 nanti,
kumpulan bukan Islam memenangi suara terbanyak di Parlimen, apakah
amalan Islam yang terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk
Mahkamah Syariah, Perbankan Islam, Majlis Agama Negeri dan sebagainya
dapat dipertahankan, malah diperbaiki dan diperhebatkan atau ianya
dihapuskan secara perlahan-lahan?
Apapun realitinya, kita akan terus berusaha gigih dan berdoa ke
hadhrat Allah SWT untuk memenangkan Islam. Kita amat bimbang jika
berlaku keadaan habis madu, sepah dibuang! Amat dukacitalah jika kita
mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik daripada
menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri!
Dalam konteks Islam di pentas antarabangsa, telah banyak episod serangan terhadap Islam berlaku mutakhir ini.
oleh Prof. Samuel Huntington, Tragedi 9/11, karikatur menghina Islam
dan Rasulu’Llah SAW yang bermula di Denmark dan berlarutan di Eropah dan
Amerika dan kini filem
Bagaimana kuat reaksi ummat Islam terhadap penghinaan dan kejian ke
atas Islam adalah petanda kuat atau lemahnya Islam dan amalan ummat
Islam sedunia.Malah di dalam negara kita sendiri, sudah kedengaran ahli
politik yang merendahkan isu penghinaan ini dengan bertanya apalah
sibuknya ummat Islam bermarah-marah terhadap isu filem
Malah
lebih awal daripada itu, sudah ada juga kedengaran suara-suara yang
amat keras menentang pelaksanaan Islam di dalam pemerintahan negara
dengan alasan Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Demikianlah kesnya dengan senario di negara kita. Jika ada
penghinaan ke atas Islam dan ada orang Islam yang takut untuk bangun
menyuarakan bantahan atas pelbagai alasan termasuk alasan politik, maka
tunggulah saat kehancuran Islam di negara kita ini. Ini adalah janji
yang diletakkan oleh Nabi SAW apabila baginda SAW berkata
Islam hanya dapat ditegakkan oleh orang Islam.Agama Islam hanya dapat
dipertahankan oleh orang Mukmin itu sendirinya.Itu adalah fakta dan
hakikat sebenarnya dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa kejayaan
Islam tercapai oleh usaha orang-orang Islam itu sendirinya.
Hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan
agama adalah bukti yang jelas untuk melaksanakan Islam dan membuktikan
Islam adalah suatu tatacara kehidupan yang lengkap lagi adil untuk
semua.
Amalan organsiasi Islam yang berkesan pula akan membantu pimpinan
mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang
setia di bawah
yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan
yang dinantikan. Sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah
tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai ‘amal-‘amal
Islam kerana bagi kita yang mendukung Islam, “tujuan
menghalalkan cara”. Hanya dengan sedemikian Rahmat Allah SWT akan
bersama-sama kita dan nun jauh di sana……Janji Allah SWT menanti
kita……………
[21] Maksud hadith Sahih Bukhari :
“Telah
kutinggalkan kepada mu dia perkara, jika kau berpegang kepadanya, tidak
akan tercicir selama-lamanya – Kitabu’Llah dan Sunnah Rasul-Nya.”
Timbalan Perdana Menteri merasmikan seminar
Kertas Kerja Pilihan 2
Peranan Dakwah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia
Oleh Datuk Mohd Nakhaie Hj Ahmad
Peranan Dakwah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia[1]
الحمـد لله رب العالمين وبـه نستعين على
أمـور الدنيا والدين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد ابن عبد الله
والذين معــه أشــداء
على الكفار رحمـاء بينهم ، اللهم افتح لنا ابواب
رحــمتك وألف بين قلوبنا وانصرنا على أعدائنا
Malaysia, terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan
Serawak adalah sebahagian daripada alam Melayu yang merangkumi ribuan
kepulauan yang membentuk negara-negara Indonesia, Filipina, Brunei, dan
Singapura. Semua kawasan ini berkongsi iklim yang sama, bahasa berlainan
yang merendang dari pohon yang sama. Berkongsi kepelbagaian budaya yang
serumpun. Bahkan turut berkongsi sejarah. Dengan kedatangan Islam
terbina tamadun Malayu/Islam di alam Melayu ini, yang mengukuhkan lagi
persamaan budaya dan cara hidup majoriti penduduk alam Melayu.
Penghijrahan
penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain, dari satu pulau ke pulau
yang lain dalam perbatasan geografi alam Melayu tidak dianggap sebagai
kedatangan orang asing. Orang baru yang datang dari daerah atau
kepulauan lain di dalam lingkungan alam Melayu itu mudah disimilasikan
ke dalam masyarakat tempatan dan mudah diterima sebagai sebahagian
daripada penduduk asal. Penghijrahan itu sama dengan penghijrahan
orang-orang Melayu Kelantan ke Pahang atau orang-orang Melayu Perak ke
Kedah.
Alam Melayu terpisah hanya apabila penjajah menjadikannya beberapa
negara yang mempunyai kedaulatan masing-masing. Peraturan emigrasi
membataskan aliran penghijrahan dan menyekat kebebasannya. Tetapi
perkongsian sejarah, persamaan budaya dan cara hidup tetap unggul dalam
hubungan antara penduduk di alam Melayu yang berketurunan Melayu.
Penghijrahan mereka berlaku secara bersahaja.Mereka mudah disimilasikan
di mana jua mereka tinggal di mana-mana daerah di alam Melayu ini.
Kedatangan orang dari alam Melayu ke negara ini berbeza dengan
kedatangan orang-orang Cina dan India. Terdapat dua keadaan mengenai
kedatangan orang-orang Cina dan India ke Malaysia. Penghijrahan mereka
ke negara ini sebelum kedatangan penjajah, adalah penghijrahan bersahaja
kerana menjalankan urusan perniagaan dan sebagainya. Mereka mudah
disimilasikan ke dalam masyarakat tempatan. Tetapi kedatangan mereka di
zaman pemerintahan British adalah suatu perancangan dan konspirasi
penjajah yang mempunyai niat jahat untuk kepentingan politik dan ekonomi
penjajah. Mereka membawa masuk orang-orang Cina dan India secara besar-
besaran untuk mengujudkan kontradiksi politik, sosial dan budaya yang
setiap bangsa akan bergantung kepada British bagi menjaga kepentingan
masing-masing. Sedangkan pihak British akan terus menguasai politik dan
ekonomi negara ini dengan menjadikan pendatang-pendatang itu tenaga
kerja bagi menampung kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan dan
perlombongan yang dimonopoli oleh pengusaha-pengusaha British.
Sejarah kedatangan orang-orang Cina dan India ke negara ini dan
perbezaannya dengan kedatangan orang-orang dari alam Melayu, serta
kedatangan orang-orang Cina dan India sebelum kedatangan penjajah, tidak
boleh dipadam. Ia tetap menjadi fakta yang tidak boleh dilupakan.
Justeru, mereka yang cuba mengatur semula fakta sejarah dengan
menyatakan kononnya orang-orang Melayu, Cina dan India kesemuanya adalah
pendatang asing di negara ini, terdiri dari kalangan mereka yang tidak
jujur dan tidak ikhlas dan mempunyai perancangan jahat bagi menafikan
keadilan dan hak-hak yang sepatutnya diterima oleh mereka yang berhak.
Mereka adalah konspirator yang sangat berbahaya.
Orang-orang Melayu dan kaum bumiputra lainnya di negara ini dari
masyarakat serumpun yang bertapak di negari ini ribuan tahun dan
mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Masyarakat ini mempunyai sistem
pemerintahannya di negara ini sejak ribuan tahun dan memiliki
hasil-hasil ilmu pengetahuan yang menjadi tonggak perkembangan budaya
dan tamadun mereka. Institusi raja-raja Melayu adalah institusi penting
yang menjadi bukti kewujudan sistem pemerintahan yang unggul berteraskan
Melayu/Islam di negara ini sejak zaman berzaman. Bahkan sastera klasik
yang diwarisi dari tamadun ini masih segar untuk dijadikan bahan
kajian.
Mereka yang berusaha mengubah bentuk sejarah negara ini berfahaman
resis yang fanatik kepada kaum masing-masing serta menolak usaha
pembentukan satu bangsa menerusi asimilasi budaya dan kehidupan dengan
mengambil kira bahawa teras pembentukan itu terdiri daripada latar
belakang sejarah, budaya dan tamadun negara ini. Mereka berusaha
mengubah sejarah dan meletakkan kaum mereka mempunyai kedudukan penting
dalam sejarah negara ini. Usaha mereka itu adalah suatu usaha melakukan
pembohongan dan pemalsuan fakta yang amat keji dan jelek. Sikap keji dan
jelek ini amat berbahaya kepada usaha pembentukan sebuah negara yang
mempunyai jatidiri dan bertapak di atas landasan kukuh untuk menyatukan
rakyat sebagai satu bangsa.
Sikap meninggi diri dan beranggapan bahawa kaum sendiri lebih
superior kerana hidup kaya raya, menikmati kemajuan yang lebih dari kaum
lain, ditambah pula dengan sikap memandang rendah kepada kaum lain,
khususnya kaum bumiputra, menyebabkan kebanyakan pemimpin mereka
bersikap lupa daratan dan dengan angkuh menuntut pelbagai perkara yang
diluar batas susila untuk kepentingan kaum sendiri, sehingga melukai
perasaan kaum bumiputra. Mereka seolah-olah akan dapat menghadapi akibat
buruk jika berlaku perbalahan dan pegaduhan antara kaum seperti yang
berlaku dalam Peristiwa 13 Mei.
Antara
tuntutan melampau mereka ialah mentut persamaan dan mengubah
Perlembagaan negara supaya ditegakkan kesamarataan hak, agama dan
sebagainya dengan menolak peruntukan-peuntukan yang bertujuan melindungi
hak-hak kaum bumiputra. Sebahagian daripada pemimpin mereka menyertai
perjuangan kaum liberal Barat dan membuat tuntutan melampau untuk
memberi kebebasan kepada amalan homoseksual, lesbian, perkahwinan
sejenis dan sebagainya, tanpa mempedulikan ajaran agama dan nilai-nilai
agama yang dihormati dan dipandang tinggi oleh majoriti rakyat negara
ini. Sikap tidak hormat terhadap ajaran Islam yang merupakan agama bagi
negara ini, menunjukkan keangkuhan yang melampau. Seterusnya mereka
mempersendakan asas pembentukan negara ini yang menjadikan keislaman dan
kemelayuan sebagai kerangka pembangunan tamadun yang telah dipersetujui
dalam kontrak sosial antara kaum yang diterjemahkan ke dalam
perlembagaan negara.
Sikap mementingkan kaum sendiri tanpa menghormati pentingnya kekayaan
negara dinikmati bersama secara adil dan berpendirian melampau di dalam
membuat tuntutan untuk kepentingan kaum tertentu, bukanlah sikap yang
sesuai dengan masyarakat majmuk yang memerlukan sikap bertoleransi dan
bertimbang rasa terhadap kaum lain yang lemah dan memerlukan bantuan dan
pembelaan. Sedangkan mereka bernasib baik kerana yang memegang kuasa
politik ialah kaum bumiputra yang memberikan kepada mereka peluang yang
seluasnya untuk maju dan berjaya dalam pelbagai lapangan, sehingga
mereka menguasai ekonomi dan menikmati kehidupan lebih baik berbanding
kaum bumiputra sendiri. Tidak puas dengan apa yang diperolehi, mereka
mendesak secara melampau untuk meluaskan bidang penguasaan mereka tanpa
menghiraukan kepenting rakyat Malaysia dari kaum yang lain. Jika mereka
menguasai kuasa politik, sudah tentu peluang untuk kaum lain menikmati
kehidupan yang sejahtera akan dinafikan dengan alasan bahawa kemajuan
dan pembangunan dicapai mengikut merit. Kaum yang kurang dari segi merit
akan dengan sendirinya tertinggal di belakang. Inilah yang akan berlaku
sekiranya mereka menguasai kuasa politik. Di manakah keadilan dan
kewajipan membantu mereka yang lemah untuk menikmati kehidupan yang
saksama?
Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan perasaan bongkak dan sombong
yang kian berakar di kalangan kaum tertentu ini? Waktu mereka dalam
keadaan daif dan miskin dan sebahagian mereka terpaksa menyerah
anak-anak untuk dipelihara oleh orang-orang Melayu, mudah bagi mereka
akur dengan apa jua langkah untuk bersatu dan diisimilasikan dalam
masyarakat tempatan. Tetapi apabila sudah kaya dan kuat ditambah pula
dengan “superiority complex” yang dialami sekarang, tidak mudah bagi
mereka tunduk kepada dasar-dasar nasional untuk kepentingan
bersama.Bahkan mereka akan mempengaruhi dasar-dasar nasional hanya untuk
mengukuhkan kedudukan mereka dan meluaskan kepenti-ngan mereka di dalam
pelbagai sektor untuk mencapai matlamat untuk memonopoli kuasa di
tangan mereka.
Di era petadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Husain Onn, kerangka
pembangunan nasional, berjalan seiring dengan malamat yang termaktub
dalam perlembagaan dengan dasar induk DEB. Keseimbangan kemajuan antara
kaum kian menutup jurangnya. Langkah-langkah afirmatif yang telah
diambil melonjakkan kemajuan orang-orang Melayu tanpa menyekat peluang
kaum lain untuk terus bergerak menuju kemajuan. Golongan menengah Melayu
yang berpengaruh berjaya diwujudkan dan telah memainkan peranan penting
dalam usaha melonjakkan kemajuan negara. Perancangan pembangunan yang
dirangka oleh golongan profesional dan birokrat Melayu, turut memberi
peluang yang laus kepada kaum bukan Melayu untuk meraih keuntungan dan
membina kekuatan ekonomi mereka sehingga berjaya menikmati kekayaan yang
membanggakan dalam proses pembangunan yang walupun bergerak sederhana,
tetapi seimbang.
Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, berusaha memacu kemajuan
dengan lebih rancak lagi bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020. Untuk itu dasar-dasar afirmatif yang
dianggap sebagai tungkat tidak lagi sesuai. Persaingan di dalam srebuah
negara brerteraskan perdagangan dan perindustrian dengan mengutamakan
merit perlu dihayati bagi menghasilkan lonjakan menuju negara maju.
Langkah-langkah yang diambil itu cukup sesuai untuk bergerak pantas
menuju kemajuan. Tetapi bukan tanpa risiko. Kerangka kemelayuan dan
keislaman dalam pembangunan negara menguncup dan fenomena liberal kian
menyerlah. Bahasa Melayu kian terpinggir. Dasar-dasar pembangunan
diformulasi dari atas ke bawah. Tidak sebagaimana era Tun Abdul Razak
yang diformulasi dari bawah ke atas. Banyak institusi negara di zaman
Tun Abdul Razak yang ditubuhkan kerajaan, bagi menggerakkan pembangunan
negara adalah hasil resolusi seminar dan kongres yang dianjurkan sama
ada oleh kerajaan atau pun rakyat. Di zaman Tun Mahathir idea-idea
pembangunan dihasilkan daripada pengalaman-pengalaman beliau dari
lawatan-lawatan ke luar negara dan perbincangan dengan pakar-pakar dari
dalam dan luar negara. Kemajuan negara di zaman Tun Mahathir sangat
menyerlah dan melonjak Malaysia ke persada dunia sehingga dikenali di
mana-mana. Ia muncul sebagai negara Islam termaju dari segi keupayaan
bersaing, kemantapan ekonomi, kemajuan pengurusan, pendidikan dan sains
dan teknologi.
Bagaimana pun penamatan dasar-dasar afirmatif memberi kesan teruk
kepada usaha memajukan orang-orang Melayu dan sekaligus gagal
mengerakkan mereka menjadi masyarkat perdagangan dan perusahaan
sebagaimana yang dihasratkan oleh Tun Dr. Mahathir. Tun Dr Mahathir
mempunyai pandangan dan langkah-langkah tersendiri bagi memajukan
orang-orang Melayu dan umat Islam. Iltizam beliau untuk memajukan orang
Melayu dan hasratnya yang berkobar untuk kejayaan umat Islam, tidak
perlu diragukan. Untuk maju orang-orang Melayu perlu didedahkan di
glombang persaingan, tanpa bergantung kepada tongkat untuk terus maju ke
hadapan. Dengan semangat “Malaysia Boleh” beliau mengharapkan
orang-orang Melayu akan bertungkus lumus dengan penuh semangat bagi
meraih kejayaan daripada peluang-peluang yang tersedia dalam proses
pembangunan yang sedang berlaku. Beliau membuka ruang luas kepada semua
rakyat, menerusi pembangunan negara menuju sebauh negara maju dengan
menhgambil langkah-langkah liberalisasi dan mengurangkan dasar-dasar
afirmatif. Pelbagai projek mega dilaksanakan untuk melonjak negara
mengham-piri stutus negara maju.
Tetapi apa yang beliau kehendaki daripda orang-orang Melayu itu belum
wujud di kalangan orang-orang Melayu sendiri. Bahkan golongan-golongan
yang dipilih oleh beliau untuk memiliki jiwa dan semangat yang
dikehendaki beliau itu yang dijadikan anak emasnya, juga tidak menjadi.
Mereka mengkhianati cita-cita beliau dan tidak berusaha untuk membentuk
dan memperkasakan komuniti perdagangan dan perusahaan Melayu.
Sebaliknya, mereka hanya membolot peluang yang dianugrahkan untuk
memperkayakan diri sendiri.
Di akhir pemerintahan beliau Dr. Mahathir
sempat meluahkan kekecewaan kerana gagal menolong orang-orang Melayu.
Yang sebenarnya, ruang luas yang dibuka untuk bersaing melalui
liberalisasi pembangunan tidak mampu dipikul oleh orang-orang Melayu
yang masih mencari-cari kaedah terbaik untuk berubah dan membina
kekuatan daya saing mereka. Peluang keemasan yang dibuka melalui dasar
liberalisasi pembangunan negara ini sebahagian besarnya diraih oleh
orang-orang Cina dan sebahagian yang lain oleh orang-orang India.
Orang-orang Melayu menggigit jari. Anak-anak didik Dr. Mahathir
terhumban akibat krisis kewangan yang melanda. Kadar pemilikan kekayaan
orang-orang Melayu yang mencapai 20% di zaman DEB menurun ke tahap lebih
rendah. Kadar purta pendapatan isi rumah orang-orang Melayu terendah
jika dibandingkan dengan pendapatan isi rumah orang-orang Cina dan
India. Di era pemerintahan Tun Dr. Mahathir, negara menjulang ke persada
dunia. Tetapi orang-orang Melayu terhimpit oleh arus pembangunan di
negara sendiri.
Kekayaan orang-orang Cina yang dapat dikumpul mereka dari peluang
liberalisasi Tun Dr. Mahathir menaikkan tocang mereka secara beransur.
Mereka mula mendengar suara-suara sumbang keangkuhan daripada para
pemimpin mereka yang “chauvinistic” dan mula menyahut suara-suara
sumbang itu. Mereka mula menyerlahkan kesombongan mereka dalam
pilihanraya ke 12.
Yang menyebabkan berlaku kesombongan kaum Cina itu bukan sahaja
kejayaan ekonomi yang diperolehi daripada peluang liberalisasi tajaan
Tun Dr.Mahathir, tetapi juga disebabkan perlakuan jelek orang-orang UMNO
yang dipimpinnya dan penerusan kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang
lemah serta kepimpinan
Dato’ Seri Najib yang terpaksa berhadapan dengan
kesombongan kaum Cina dan perlakuan jelek kuncu-kuncu UMNOnya yang tidak
sedar diri. Gabungan antara kesombongan kaum Cina dan kejelekan
kelakuan orang-orang UMNO menimbulkan situasi politik yang rumit di
Malaysia sekarang. Keadaan itu membuka kesempatan kepada Pakatan
Pembangkang yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim meneguk di air
keruh. Sedangkan beliau seorang yang sangat diragukan keikhlasannya
sebagai pejuang bangsa dan agama.Bahkan beliau sering menerima tuduhan
sebagai boneka Yahudi dan seorang pemimpin yang tidak bermoral.
Pakatan Pembangkang yang disertai PAS, PKR dan DAP membuka gelanggang
persilatan politik dengan membawa pelbagai rentak sepak terajang yang
memeningkan kepala rakyat. Gelombang kekeliruan di kalangan rakyat makin
terasa lambongannya. Rakyat mungkin dihanyut kekeliruan itu dan negara
akan behadapan dengan krisis politik yang membawa kepada keadaan tidak
stabil selepas Pilihanraya ke 13 nanti. Melainkan jika rakyat berjaya
keluar daripada kekeliruan menjelang pilihanraya tersebut dan memilih
kerajaan dengan penuh berhati-hati serta mengutamakan kesetabilan negara
mengatasi fanatik kepar-tian dan perkauman.
Asas Pembentukan Negara ini.
Perjuangan kemerdekaan negara ini dipelopori orang-orang Melayu dan
hasil pengorbanan mereka. Hanya segelintir orang-orang Cina dan India
menyertainya. Kebanyakannya terdiri daripada mereka yang sudah
bermustautin di negara ini beberapa generasi terdahulu yang mempunyai
perasaan bahawa Tanah Melayu telah menjadi negara mereka. Perasaan itu
mendorong mereka membuat tuntutan supaya mereka dilayani sama seperti
layanan diberikan kepada orang-orang Melayu. Tuntutan itu menjdai agenda
politik mereka. Kebanyakan tuntutan politik adalah disuarakan oleh
orang-orang Cina Negeri Selat dan ia tidak mewakili semua orang Cina
yang tinggal di Tanah Melayu. (Hasnah Husiin, dalam Pemikir,
Julai-September 2012:73)
Kebanyakan orang-orang Cina dan India menjelang kemerdekaan negara
ini, terutama dari kalangan mereka yang masuk ke negara ini di bawah
dasar pintu terbuka British, atau dengan kata lain mereka yang dibawa
masuk oleh British, tidak merasai bahawa negara ini negara mereka.
Mereka terus berkiblat ke negara masing-masing. Mereka berpolitik
mengikut rentak politik di negara mereka. Saya masih ingat dalam tahun
lima puluhan, gambar-gambar Sun Yet Sin dan Chiang Kai Shik, masih
bergantungan di kedai-kedai orang Cina di Pekan Kupang. Mereka terbahagi
kepada dua golongan. Penyokong Parti Nasionalis dan parti Komunis yang
dipimpin Mao Zedong.
Pemberontak Komunis yang lari ke hutan setelah perang Dunia Kedua,
adalah daripada pengikut Maoist. Walaupun tidak ke semua penyokong Parti
Komunis itu tidak masuk de dalam hutan, tetapi berperanan menyebarkan
faham komunis di kalangan orang-orang Cina di negara ini. Mereka meresap
masuk ke dalam golongan pelajar-pelajar sekolah Cina dan
pertubuhan-pertubuhan Cina di negara ini. Gerakan mereka menjadi
sebahagian gerakan komunis Cina yang bertujuan menjadikan negara ini
negara Komunis di bawah payung negara Komunis Cina. Bukan tujuan mereka
memerdekakan negara ini sebagai sebuah negara merdeka yang bebas.
Justeru, mereka bukan pejuang-pejuang kemerdekaan negara ini. Percubaan
mengiktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan dari sesetengah pihak ,
adalah suatu pembohongan keji dan pembelot yang tidak memahami hakikat
sejarah.
Pengikut-pengikut Parti Nasionalis, walaupun masih terikat kepada
politik negara mereka, tetapi mula beralih sikap setelah penubuhan MCA
yang dipimpin Tan Cheng Lock. Untuk makluman, beliau ini sudah
bermustautin di negara ini beberapa generasi dan dari kalangan Baba
Melaka. Kebanyakan orang Cina dari kalangan penyokong Parti Nasionalis
menyertai MCA dan mula berusaha menyesuaikan diri dan ingin menjadikan
negara ini sebagai negara mereka. Masalah utama mereka untuk tujuan itu
ialah kerakyatan. Mereka masih tidak diakui sebagai rakyat dan
kerakyatan negara ini pula dicorakkan mengikut rakyat kepada raja-raja
di setiap negeri. Mereka yang tinggal di negeri-negeri Selat pula adalah
sebagai rakyat British.
Sebahagian daripada orang-orang Cina tidak menghiraukan politik.
Tujuan mereka ialah untuk mencari rezeki dan akan pulang ke kampong
halaman mereka dengan rezeki melimpah ruah yang mereka perolehi di
negara ini. Mereka lebih mementingkan kepentingan dan survival
masing-masing. Untuk itu mereka berusaha menjaga kepenting mereka dan
bersaing untuk mendapat rezeki sebanyak mungkin. Pesaingan itu
menyebabkan mereka menubuhkan kumpulan-kumpulan sulit berdasarkan etnik
seperti pertubuhan rahsia Hai San dan Gee Hin.
Penubuhan Parti Perikatan oleh Tunku Abdul Rahman, terdiri daripada
UMNO,MCA dan MIC, serta kempen-kempen yang dijalankan oleh pemimpin
ketiga-tiga perti ini, banyak mengubah sikap orang-orang Cina dan India.
Penekanan supaya mereka memberikan ta’at setia kepada negara ini banyak
membawa perubahan sikap di kalangan mereka dan mula membina perasaan
bahawa negara inilah negara mereka. Sebagaimana yang disebutkan masalah
utama mereka untuk menjadikan negara ini sebagai negara mereka ialah
kerakyatan. Masalah ini diberikan penekanan penting oleh
pemimpin-pemimpin MCA dan MIC dan dipersetujui oleh UMNO melalui tolak
ansur antara pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti tersebut. Pendirian
UMNO di dalam perkara ini diperjelaskan di dalam konvensyen antara
pemimpin-pemimpin Melayu yang dihadiri wakil-wakil pertubuhan Melayu,
termasuk PAS. PAS yang diwakili Dato’ Asri menolak tolak ansur tersebut
dan menentang pemberian kerakyatan kepada orang-orang Cina dan India
yang masih berstatus pendatang.
Persetujuan memberikan kerakyatan kepada orang-orang asing itu,
diimbangi dengan pengakuan dan pengiktirafan orang-orang Cina dan India
mengenai asas kemelayuan dan keislaman negara ini. Justeru, mereka
menerima dan mengiktiraf hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan
raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam
sebagai agama negara. Keempat-empat perkara itu dan penyelsaian masalah
kerakyatan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas
menentukan sifat kemela-yuan dan keislaman dalam pembentukan negara ini
dan acuan tamadunnya dalam proses pembangunan sebuah negara bangsa di
masa hadapan.
Hanya dengan kehendak Allah S.w.T jua, nas perlembagaan mengenai
Islam berakhir dengan ayat “Islam is the religion of the Federation and
other religion may be practice in peace and harmony.” Perkataan sekular
tidak dimasukkan untuk dijadikan penjelasan keterbatasan peranan Islam
sebagai agama negara. Walaupun di luar perlembagaan itu gamat
dibincangkan dan dibicarakan, bahkan dijelaskan bahawa negara ini adalah
negara secular, walaupun Islam sebagai agama rasmi. Tetapi gamat di
luar itu tidak mempunyai nilai undang-undang. Yang menjadi nilai sebenar
ialah butiran yang termaktub di dalam perlembagaan itu yang begitu
jelas sekali bahawa status Islam bukan sekadar agama rasmi, tetapi agama
bagi negara. Dengan perkataan lain, negara ini adalah negara beragama
dan agamanya ialah Islam.
Ceteklah pemikiran mereka yang berpendapat bahawa sifat kemelayuan
dan keislaman negara ini menjadikan negara ini sebuah negara perkauman
dan mengamalkan diskriminasi atau dengan bahasa lain sebuah negara
apartheid. Kemelayuan dan keislaman adalah jatidiri dan acuan pembinaan
tamadunnya. Jika negara-negara Barat membina tamadunnya berteraskan
budaya, agama dan sejarahnya di Barat, maka begitulah negara ini
mempunyai acuan dan kerangka pembangunan tamadunnya yang tersendiri.
Hanya mereka yang bergerak dalam acuan itu dan beriltizam dengan
kerangka itu layak dinamakan rakyat Malaysia yang sebenar yang memiliki
dan menghayati harapan dan halatuju bersama bagi sebuah negara bangsa
yang bercita-cita tinggi. Di sinilah terjalinnya asas dan ikatan bagi
perpaduan kebangsaan yang sebenar. Jika setiap kaum dan kelompok
masyarakat mempunyai cita-cita yang berbeza dan matlamat bersimpang
siur, tidak mungkin akan lahir perpaduan sebagai bangsa bagi sebuah
negara yang merdeka.
Kemelayuan tidak memberi makna hanya orang Melayu atau terbatas dalam
kelompok masyarakat Melayu. Istilah Melayu di dalam perlembagaan tidak
diasaskan kepada kaum atau etnik. Ia berasaskan kepada agama dan budaya.
Pengertian yang berasaskan kepada agama dan budaya itu, terbuka untuk
semua rakyat tanpa mengira keturunan bangsa. Jika sesiapa sahaja dari
kalangan rakyat negara ini mahu melengkapkan diri mereka sebagai rakyat
yang sebenarnya, mereka harus menyesuaikan diri dengan kerangka agama
dan budaya negara ini, iaitu kemelayuan dan keislaman. Mereka menjadi
rakyat yang selengkapnya, jika mereka menerima keadaan itu. Menjadi
rakyat Malaysia yang sebenarnya, mesti-lah bergerak dalam kerangka
pembangunan negara yang beracuan kemelayuan dan keislaman. Dengan itu,
mereka turut diberikan hak-hak istimewa sebagai-mana orang-orang Melayu.
Kehendak Perlembagaan dan matlamat perjuangan kemerdekaan tidak
dihayati dengan penuh jujur. Jika dihayati dengan kesungguhan,setelah 55
tahun merdeka, perpaduan nasional berteraskan keislaman dan kemelayuaan
itu, telah terbentuk dengan kerangkanya yang jelas dan halatujunya yang
terang. Yang Teramat Mulia Tungku Abdul Rahman, menyedari hakikat
perpaduan nasional ini tidak akan tercapai dalam keadaan kemajmukan yang
penuh dengan kontradiksi agama dan budaya. Beliau menubuhkan PERKIM dan
menggerakkan pertubuhan itu untuk menjalankan usaha pengislaman
kaum-kaum bukan Melayu yang belum beragama Islam. Dengan bantuan Tun
Mustafa, PERKIM dan USIA menjalankan usaha pengislaman kaum Bumiputra di
Sabah. Melalui BINA, Tun Abdul Rahman Ya’kub melaksanakan agenda yang
sama dengan sokongan Tunku Abdul Rahman. Saya masih ingat dalam tahun
1973, dalam Kongres Ekonomi Islam Ke 2, Tun Abdul Rahman Ya’kub
mencadangkan supaya ditubuh Yayasan Dakwah Islamiah dan dipersetujui
oleh Tun Abdul Razak yang telah mengisytiharkan penubuhannya pada tahun
1974. Tujuannya ialah untuk menjadikan dakwah sebagai program nasional.
Malangnya, YADIM sejak penubuhannya menjadi sebuah institusi yang “hidup
segan mati tak mahu.” Program nasional yang sangat penting untuk
menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama dalam acuan kemelayuan dan
keislaman ini, hanya diberi peruntukan RM1 juta sahaja setahun. Bukannya
kerajaan tidak bersedia membiayai pergerakannya, tetapi bajet yang
kecil itu ialah kerana tiada perancangan yang dibuat untuk tujuan
dakwah. YADIM lebih banyak diisi dengan agenda politik sahaja.
Saya telah diberi kesempatan untuk memimpin YADIM oleh Tun Dr.
Mahathir pada tahun 2000-2009. Saya hadhir dalam Kongres Ekonomi ke 2
itu dan mengikuti perkembangan YADIM daripada mula ditubuhkan, mendengar
sendiri daripada ucapan Tun Abdul Rahman Ya’kub yang mengemukakan
cadangan itu dan penjelasan sampingannya di luar sesi perbincangan,
memahami apakah tujuan yang tersurat dan tersirat YADIM ditubuhkan. Saya
cuba menghayati YADIM sebagai institusi dakwah nasional dan
mengembalikannya kepada tujuan ia ditubuhkan. Fokus saya ketika itu
ialah membangunkan prasarana dakwah dengan melibatkan para ulama’,
intelektual, pertubuhan dakwah dan masyarakat di dalam gerakan dakwah.
Dasar Dakwah Baru diperkenalkan dan perancangan lima tahun pertama dan
kedua dilaksanakan. Saya memohon peruntukan kewangan daripada kerajaan
dengan jumlahnya yang sesuai mengikut perancangan itu. Permohonan
peruntukan YADIM tidak pernah dikurangkan jumlahnya. Bahkan ketika saya
memohon peruntukan tambahan juga tidak pernah ditolak. Malangnya,
setelah saya bersara Dasar Dakwah Baru terbenam di dalam buku dan
rancangan lima tahun pertama dan kedua yang disusun, tinggal sebagai
rancangan kosong yang tidak diteruskan. Saya hanya boleh mengeluh “Wal
hasil balik asal.”
Acuan Keislaman dan Kemelayuan Tidak Membawa Kemelut.
Perubahan adalah sunnah Allah S.w.T. Sedangkan sunnah yang ditetapkan
itu tidak berubah. Sunnah perjalanan alam merupakan hukum yang tetap
selagi Allah S.w.T menghendakinya. Tetapi apabila manusia mengikut
sunnah itu menuju ke arah menaik, maka manusia akan menaik dan jika
manusia mengikut sunnah itu menuju jalan menurun, maka manusia akan
menurun. Naik dan turunnya perjalanan hidup manusia adalah merupakan
perubahan yang berlaku di dalam masyarakat manusia dan persekitarannya,
berdasarkan laluan yang dilaluinya.
Setelah kemerdekaan dicapai dalam tahun 1957, perubahan berlaku dari
suatu keadaan kepada keadaan yang lain di negara ini. Perubahan terus
berlaku mengikut perancangan dan perlakuan para pemimpin dan rakyat di
negara ini. Ia berlaku dalam segenap bidang menuju hala menaik dan tidak
kurang pula menuju hala menurun dalam proses pembangunan dan pengisian
erti kemerdekaan.
Oleh kerana kertas kerja ini secara khusus berkaitan dengan politik
dan dakwah, saya memfokuskan kepada fenomena kedua-dua lapangan ini
untuk melihat arah menaik dan menurun dalam kedua-dua lapangan ini.
Dakwah yang saya maksudkan ialah usaha-usaha pembangunan dan
pengembangan Islam dari segi mengajak manusia menganut agama Islam,
mengurangkan pandangan negatif sesetengah orang terhadap Islam,
perkembangan institusi dan sistem Islam dan perkara yang berkaitan
dengan perleksanaan Islam di negara ini, peng-hayatan masyarakat
terhadap ajaran Islam serta corak dan bentuk pendekatan dan usaha para
pendakwah dalam mengembangkan ajaran Islam serta kesan-kesan yang
terdapat dalam masyarakat Islam khasnya dan masyarakat Malaysia umumnya.
Secara makro kita melihat arah menaik yang ketara dalam perkembangan
dan pembangunan Islam di negara ini. Institusi pendidikan Islam dari
peringkat rendah ke peringkat pengajian tinggi bekembang pesat dan
peluang mempelajari Islam terbuka luas untuk rakyat negara ini, sama ada
di dalam dan di luar negara. Bermula dari era kebangkian Islam pada
tahun 1970an perkembangan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab telah melalui satu ledakan yang drastik (Zamri Arifin:
2008) Perkembangan ini turut digerakan oleh pihak swasta, selain
daripada kesungguhan kerajaan melaksanakannya.
Ekoran daripada timbulnya kesedaran Islam yang mendalam di kalangan
masyarakat Islam dan keperihatinan pihak kerajaan dan swasta di atas
kecenderungan mereka iaitu diperkenalkan beberapa produk perbankan Islam
seperti
al-Mudharabah, al-Wadi’ah, al-Rahn dan sebagainya
(Zawiyah Haji Mat: 2008) Sistem perbankan Islam yang meupakan tulang
belakang kepada sistem kewangan Islam, memainkan peranan penting dalam
menggerakkan deposit dan menyediakan keperluan kewangan untuk
pertumbuhan ekonomi. Perbankan Islam kini diwakili oleh 33 institusi
perbankan Islam, terdiri daripada dua per-bankan Islam dan 31 dijalankan
oleh perbankan konvensional yang menawarkan produk-produk dan
perkhidmatan perbankan Islam di bawah skima pebankan Islam (BNM, The
Islamic Financial System 2003)
Industri takaful terus berkembang pada tahun 2004 selaras dengan
pertumbuhan ekonomi dalam negeri. Kesemua penunjuk utama industry
menunjukkan pertumbuhan positif. Gabungan pendapatan caruman bersih
takaful keluarga dan am meningkat 10.8% kepada RM 1.1 bilion. Manfaat
dan tuntutan bersih yang dibayar oleh industry takaful meningkat 34.7%
kepada RM377.3 juta. (BNM: Takaful: Laporan Tahunan 2004, h. A3)
Institusi Zakat juga berkembang dengan pesat setelah dipermodenkan
Pusat Kutipan Zakat. Jumlah kutipan di seluruh negara mencapai angka
lebih daripada RM500 juta. Justeru, keupayaan membantu asnaf yang berhak
telah meningkat. Kajian membuktikan bahawa agihan zakat, telah memberi
kesan dengan mengurangkan kadar kemiskinan. Agihan zakat mengurangkan
30% responden daripada golongan fakir kepada golongan miskin. Agihan
zakat juga telah mengeluarkan 10% responden daripada garis kemiskinan
berbanding sebelum agihan zakat dibuat. (Fuadah Johari & Patmawati
Haji Ibrahim: 2007, h. 86)Kerajaan Pusat pada tahun 2004 telah
menubuhkan Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat untuk memperkemaskan lagi
pengurusan ketiga-tiga bidang ibadah itu yang jelas membantu
perkembangan Islam dan pengukuhan institusi Islam di negara ini.
Kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan Islam seperti yang disebut di
atas, tidak mendatangkan apa-apa kemelut politik, kecuali isu-isu kecil
yang dibangkitkan oleh beberapa orang politikus untuk memancing
pengaruh dan menimbulkan keraguan terhadap perlaksanaan Islam. Pada hal
orang-orang bukan Islam turut memainkan peranan memajukan sistem Islam
itu khusunya di lapangan kewangan dan takaful. Mereka bukan sahaja tidak
menimbulkan masalah tetapi juga turut mendapat manfaat yang besar
daripada pelaksanaan sistem Islam. Bahkan, ternyata mereka mengambil
peluang daripada pelaksanaan sistem kewangan Islam itu bagi
mengembangkan perniagaan mereka. Penglibatan mereka di dalam pembangunan
industry halal membuktikan bahawa program-program pengislaman yang
bersifat
Rahmatan Li al-alamin, tidak mendatangkan kemelut
politik dan sosial, bahkan disertai dengan partisipasi yang aktif oleh
masyarakat bukan Islam. Industri halal dibangunkan dengan progresif
sebagai penyumbang yang signifikan kepada ekspot negara. Bahkan makanan
halal telah dijadikan kerajaan sebagai strategik tumpuan dalam
perancangan induk industri Negara (MATRADE: Malaysia Exporter of Halal
Products Directory, 2006, h.v.)
Acuan keislaman dalam ertikata yang sebenarnya sebagaimana yang
dituntut oleh Islam, mendatangkan kebaikan kepada semua rakyat dan
pembentukan negara ini berasaskan acuan tersebut, membawa kebaikan
kepada negara ini, sekiranya ia dilaksanakan secara semestinya dalam
pembangunan negara ini.
Bahkan, perpaduan di kalangan orang-orang Melayu yang merupakan
golongan majoriti masyarakat Islam dan masyarakat Malaysia, merupakan
tuntutan Islam, memberi manfaat kestabilan politik kepada negara ini.
Kekuatan masyarakat teras adalah penting bagi mengujudkan kesetabilan.
Ia akan mengurangkan konflik dan memberi ruang yang luas kepada pihak
berkuasa di kalangan mereka untuk menegakkan keadilan dan meneruskan
agenda pembangunan. Apalagi jika program pengislaman kaum-kaum bukan
Melayu diteruskan sehingga majoriti besar rakyat Malaysia terdiri
daripada orang-orang Islam. Perpecahan di kalangan masyarakat Melayu
sekarang ini, menggamit kemelut dan ketidak-stabilan yang akan mara,
sekiranya masalah perpaduan dipandang remeh.
Hala tuju menaik di dalam pengisian acuan keislaman dan kemelayuan
itu, tidak syak lagi adalah hasil daripada kesedaran dan kebangkitan
Islam serta suara lantang gerakan dakwah yang berusaha membetulkan hala
tuju negara. Kesedaran Islam di kalangan golongan muda terpelajar pada
ketika itu, memberi impak yang cukup besar kepada perubahan. Mereka
mendewasa dalam pengisian jawatan-jawatan penting negara yang
bertanggungjawab membuat perancangan dan pelaksanaan program-program
pembangunan negara. Tanpa kesedaran keislaman mereka tidak mungkin arah
menaik dalam pengisian keislaman acuan negara ini akan berlaku. Begitu
juga gerakan dakwah yang berkesan memberi kesedaran kepada rakyat untuk
menilai kebolehan dan keupayaan kerajaan di dalam menentukan hala-tuju
masyarakat dan negara.
Jika kita mengambil kira pembangunan prasarana dan kemudahan
kesihatan dan sebagainya, kita dapati kualiti hidup rakyat Malaysia
bertambah baik dan ini juga harus diambil kira sebagai pengisian kepada
agenda keislaman dan kemelayuan yang tidak banyak menimbulkan kemelut
politik. Begitu juga di dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan
rakyat.
Hala Menurun Bagi Acuan Keislaman dan Kemelayuan.
Acuan yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini, jika diabai dan
diselewengkan menjadi petanda pengkhianatan perjuangan kemerdekaan.
Walaupun upacara sambutan kemerdekaan setiap tahun disusun meriah dan
secara besar-besaran, ia tidak membawa makna apa-apa sekiranya
perjuangan kemerdekaan itu dikhianati oleh generasi baru bangsa ini.
Dengan pengkhianatan itu negara kita kehilangan arah dan hala-tujunya
yang sebenar. Perjalanannya terumbang ambing seperti bahtera yang
dipukul gelombang besar. Ia mengalami ancaman ditelan ombak besar itu.
Kerangka pembenaan ketamadunannya seperti tiada matlamat dan hala tuju.
Terpesona dan hanya sekadar terpesona dengan tamadun dan budaya Barat,
tidak membawa kita kemana. Sebuah negara merdeka semestinya memiliki
hala tuju sendiri di dalam pembentukan dan perkembangan tamadunnya.
Apabila gerakan dakwah dan kesedaran Islam di negara ini, kian
dihanyut kejayaan dan para penggeraknya dilihat berharga dalam pasaran
politik, mulalah mereka menawarkan diri di pasaran itu. Pada hal
persiapan organisasi dan prasarana dakwah dan persiapan iman,
pengetahuan dan mental, belum bersedia menceburi simpang siur politik
yang penuh dengan kemunafikan. Dunia politik yang perlu sentiasa
diimbangi gerakan kesedaran dan keinsafan massa, mula mengambil tempat
dominan dalam pemikiran rakyat. Kekuatan pergerakan dakwah yang menjadi
kekuatan pengimbang, kian terhakis dan tidak tersusun. Keadaan ini
memberi ruang kepada pelbagai kefahaman dan ideologi, menyerap masuk dan
mengganggu acuan keislaman dan kemelayuan, sehingga simpang siur
pemikiran kita kehilangan arah dan hala tujunya. Untuk merengkaskan
bicara saya paparkan sahaja di sini akibat daripada keadaan ini yang
dialami negara kita kebelakangan ini.
Muncul ketidak-keseimbangan ketara dalam pembahagian kekayaan ekonomi
di Negara ini antara masyarakat Islam dan bukan Islam, impak daripada
liberalisasi ekonomi yang melonjakkan kemajuan negara tetapi
meminggirkan masyarakat Melayu. Pencapaian ekonomi orang-orang Melayu
dikatakan menurun daripada 20% kepada hanya 18% di era pasca DEB. Dasar
keislaman “Islam Hadhari” ditentang sendiri oleh masyarakat Islam
sehingga ia berkubur sebelum dilaksanakan. Pada hal matlamat yang hendak
dicapainya memenuhi ciri-ciri
Rahmatan Li al-Alamin yang akan
mendatangkan manfaat kepada seluruh rakyat. Trend penentangan kepada
agenda keislaman ini didorong oleh mentaliti liberalisme dan oleh
kecemburuan politik yang tidak mahu melihat Islam itu dilaksanakan oleh
orang lain pada masa ini, sehingga kelompok politik yang kononnya
memperjuangkan Islam itu berada di tampuk kekuasaannya. Kecemburuan yang
memperlihatkan fenomena politik yang dipandu oleh sifat-sifat mazmumah.
Kelemahan dalam pendekatan dan jentera penjelasan dasar itu juga
berperanan dalam pengkebumian dasar itu sebelum ia dilaksanakan.
Gerakan hak asasi manusia, kebebasan dan persamaan gender, sebagai
agenda acuan tamadun sekular Barat, turut mengembangkan sayapnya di
negara ini. Tidak terbayang oleh kita bahawa setelah setengah abad
negara ini mencapai kemerdekaan, muncul desakan supaya dibenarkan
perkahwinan sejenis, diakui dan diiktiraf homoseksual dan lesbian dan
dihapuskan undang-undang yang melarang perzinaan sekiranya dilakukan
secara suka sama suka. Alasannya ialah kerana semua ini adalah hak asasi
manusia. Jika melakukan kemungkaran diktiraf sebagai hak asasi manusia,
mengapa diadakan undang-undang mengcegah rogol, menghukum pencuri dan
sebagainya. Status kemungkarannya dari segi moral adalah sama dan kesan
terhadap kepincangan sosial adalah serupa.
Tidak terbayang akan muncul gerakan liberalisme dan pluralisme agama
di dalam negara ini yang agamanya adalah Islam. Apalagi yang
menggerakkan fahaman ini, dahulunya adalah tokoh-tokoh harakah Islam. Di
Indonesia,faham ini sudah mula mengakar dalam masyarakat dan berkembang
pesat sehingga memiliki universiti sendiri, radio sendiri, menguasai
beberapa buah universiti Islam negeri. Tokoh-tokohnya disanjung sebagai
intelektual Islam terbilang. Perkem-bangan di Indonesia itu, kemudiannya
mengalir ke negara ini dengan lebel yang sama iaitu Islam Liberal yang
mendukung faham pluralism John Hick dan diperkuatkan dengan teori-teori
transenden Husain Nasr dan lain-lain.
Hala menurun makin bertambah nyata dengan gejala kebejatan sosial di
kalangan masyarakat Melayu. Pembuangan bayi hasil perzinaan di kalangan
remaja dan dewasa, penagihan dadah, mat rempit dan sebagainya, merupakan
perkembangan menurun yang ditandai oleh kepincangan moral dan kerapuhan
budaya. Indeks rasuah dan jenayah yang meningkat juga merupakan gejala
penurunan di dalam proses pembangunan negara ini.
Orang-orang Melayu juga ketinggalan di dalam pelajaran, walaupun
negara ini mencapai kemajuan yang membanggakan dari segi penyediaan
kemudahan dan prasarana pendidikan. Peluang yang begitu luas untuk
menimba ilmu dan meningkatkan pengetahuan, kurang direbut oleh
orang-orang Melayu. Pencapaian mereka dalam bidang ini juga rendah di
bandingkan dengan orang-orang bukan Melayu, jika dilihat kepada
keputusan-keputusan peperiksaan dari peringkat UPSR, PMR, SPM,STPM dan
Pengajian Tinggi, dari tahun-tahun 1997-1998. (Lihat Isahak Haron –
2001)
Pengaruh pemikiran sekular Barat yang menular dalam msyarakat kita,
mengundang kemelut politik di negara ini. Tuntutan supaya Perlembagaan
negara dipinda bagi mengujudkan kesamarataan rakyat pelbagai kaum,
menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan orang-orang Melayu.
Begitu juga dengan tuntutan menghapuskan peruntukan mengenai hak-hak
istimewa orang-orang Melayu dan institusi raja-raja Melayu.
Perpecahan di kalangan orang-orang Melayu merupakan fenomena yang
menghakis pengisian keislaman dan kemelayuan negara ini. Ia melemahkan
kuasa tawar menawar politik dengan orang-orang bukan Islam. Walaupun
rakyat bukan beragama Islam adalah minoriti, tetapi perpecahan di
kalangan orang-orang Melayu menyebabkan mereka menjadi penting di dalam
menentukan kuasa politik di negara ini. Mereka mula membuat
tuntutan-tuntutan melampau, kerana mengetahui peluang untuk meraih
sebanyak mana yang mungkin daripada kelemahan politik orang-orang
Melayu. Peringatan Allah S.w.T sebagaimana firmanNya, ولاتنازعوا
فتفشــلوا وتذهب ريحكم , tidak dihiraukan oleh orang-orang Melayu dan
mereka terus berpolitik mengikut rentak yang bertentangan dengan
peringatan Allah S.w.T. Mereka sedikit pun tidak gentar menghadapi
natijah daripada melanggar peringatan itu. Bahkan desakan supaya
perpaduan ditegakkan dianggap sebagai retorik politik pihak
berkepentingan.
Setelah 55 tahun merdeka, kita bukan sahaja gagal menyatukan seluruh
rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, tetapi
kita juga gagal menyatukan orang-orang Islam sendiri. Mereka bukan
berfikir mengikut jalur ukhuwwah Islamiyyah, tetapi berfikir dan
bertindak mengiku jalur politik kepartian dan ketaksuban kepada puak dan
golongan.
Aliran menurun di dalam mengisian acuan keislaman dan kemelayuan
negara ini, jelas sekali mengundang bencana. Hala penurunan di dalam
pengisian acuan keislaman dan kemelayuan yang menjadi teras kepada
perjuangan kemerdekaan dan pembentukan negara ini, menjadi punca utama
timbulnya kemelut politik yang dihadapi sekarang ini. Jangan ditanya
siapa yang bersalah dalam hal ini. Kita semua sebagai orang-orang Melayu
yang beragama Islam adalah bertang-gungjawab meimbulkan ancaman ke atas
diri kita sendiri. Sebelum terlewat eloklah kembali ke pangkal jalan.
Tetapi bagaimana?
Ancaman Orang-orang Bukan Islam.
Kegagalan dalam usaha menyatu-padu rakyat
Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama di negara ini menyebabkan
pertentangan dan polarisasi antara penduduk berterusan sebagaimana
keadaannya semasa pemerintahan penjajah. Bezanya di zaman itu,
orang-orang bukan Islam tidak mempunyai kuasa untuk membuat pelbagai
tuntutan dan pihak British juga tidak membenarkan orang-orang Cina dan
India berbuat demikian. Tetapi setelah merdeka dan mereka diterima
sebagai rakyat negara ini, mereka mempunyai hak yang sama dengan
orang-orang Melayu. Mereka tidak lagi menghiraukan bahawa hak itu
diberikan dengan syarat bahawa mereka harus menerima acuan keislaman dan
kemelayuan negara ini. Mereka anggap syarat itu sudah lapok. Sebagai
rakyat mereka mesti mempunyai hak yang sama dengan orang-orang Melayu
tanpa mempunyai apa-apa peruntukan undang-undang bahawa satu kaum
mempunyai hak istimewa dan yang lain tidak. Hak istimewa seumpama itu
adalah diskriminasi yang tidak lagi sesuai dengan demokrasi dan
bertentangan dengan hak asasi manusia.
Pandangan ini turut dikongsi oleh sebahagian kecil orang-orang Melayu
yang merasakan diri mereka lebih maju daripada orang-orang Barat dalam
perjuangan menegakkan demokrasi, kebebasan beragama, persamaan gendar
dan hak asasi manusia. Jika di Barat, masih bertapak perasaan dan
pemikiran bahawa orang-orang kulit putih itu adalah lebih istimewa
daripada orang lain, tetapi segelintir orang-orang Melayu yang lupa
daratan ini merasakan bahawa perasaan itu adalah asabiyyah yang tidak
layak lagi berada di dalam pemikiran manusia masa kini. Mereka lebih ke
hadapan daripada orang-orang Barat dalam pembinaan jiwa persamaan. Semua
agama adalah sama, tiada rakyat yang lebih istimewa daripada yang lain.
Mereka berganding bahu dengan orang-orang bukan Islam menuntut supaya
acuan keislaman dan kemelayuan dalam Perlembagaan negara ini dihapuskan.
Mereka bersikap lebih melampau daripada orang-orang bukan Islam itu,
kerana mebuat tawaran yang lumayan untuk menyerahkan hak-hak orang
Melayu supaya dinikmati bersama oleh orang-orang bukan Islam jika mereka
berkuasa. Mereka bersikap lebih melampau daripada orang-orang bukan
Islam, kerana tidak mengambil kira dalam membuat tawaran itu, ada
sebahagian daripada orang-orang bukan Islam, yang menghormati agama
Islam sebagai agama negara dan mengiktiraf hak-hak istimewa orang-orang
Melayu di negara ini. Bagaimana pun mereka mengharapkan acuan keislaman
dan kemelayuan itu hendaklah menjamin keadilan untuk mereka. Kajian yang
dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari UUM mengenai sikap orang-orang
bukan Islam terhadap agama Islam, ternyata tidak semua orang-orang bukan
Islam telah lupa syarat-syarat mereka diberi kerakyatan dan diterima
sebagai rakyat negara ini.
Bagaimana pun dengan polarisasi kaum masih bermaharajalela di
kalangan rakyat berbagai kaum di negara ini, masing-masing berjuang
untuk menjaga kepentingan kaum masing dan berjuang untuk mengatasi kaum
lain dalam semua bidang. Terutama bagi mendominasi kuasa politik dan
ekonomi. Persaingan seumpama ini berlaku secara fitrah selagi penyatuan
tidak dapat dilaksanakan dan gagal dicapai. Sesungguhnya penyatuan itu
suatu nikmat yang besar dan faedah yang signifikan jika berjaya dicapai
sebagaimana dicapai kaum Muhajirin dan Ansar yang disebutkan di dalam
al-Qur’an,
Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa
Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu
menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan
kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu
dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar
kamu mendapat petunjuk. (Al‘Imran 3: 103)
Dua kaum atau lebih yang berbeza dan saling bersaing untuk menguasai
antara satu dengan yang lain, memiliki perasaan membenci, mencuriga dan
saling tidak mempercayai antara satu dengan yang lain. Hakikat ini
sememangnya wujud di kalangan pelbagai kaum di negara ini, setelah gagal
usaha menyatukan mereka dan membina perasaan saling mempercayai di
kalangan mereka. Justru, masing-masing bergantung kepada kelompok
masing-masing dan mencurigai pihak yang lain di dalam kehidupan mereka
dan sentiasa menginginkan kemenangan untuk diri mereka.
Proses sosialisasi politik yang dilalui oleh bukan Melayu membentuk
satu budaya politik dalam kehidupan mereka yang berbaur perkauman.
Bermula dengan sejarah penghijrahan sehingga mereka menapak sebagai
warganegara negara ini, politik perkauman terus dibiarkan berlaku dan
telah menjadi sebati dalam semua aspek kehidupan. Sistem pendidikan yang
berorientasikan kebang-saan kaum menyebabkan pergaulan mereka terhad di
kalangan satu kaum sahaja. Selepas menamatkan alam persekolahan,
persekitaran berbentuk perkauman terus mempengaruhi mereka melalui
media-media cetak, elektronik, NGO-NGO perkauman, syarikat-syarikat
swasta dan parti-parti politik perkauman. (Mohd. Redhuan Tee Abdullah
(2010). Persekitaran seperti ini amat tidak sihat dan bukan sahaja
mengundang konflik tetapi menjadi salah satu punca berlaku kemelut
politik yang dialami sekarang.
Di kalangan orang-orang Cina, walaupun sudah beberapa generasi berada
di negara ini meneruskan kehidupan berasaskan cara hidup Cina, yakni
men-dapatkan pendidikan Cina, cara hidup dan berbudaya Cina, menyertai
pertubuhan Cina dan membaca media Cina sebagai sebahagian cara hidup.
Hanya 10-15 peratus yang tidak mendapat pendiddikan Cina tetapi
berpendidikan Inggeris, berlatar belakang agama Kristian dan termasuk
Cina peranakan. Mereka tidak merasakan perlu menguasai bahasa Melayu
sebab tidak ada nilai komersial. Mereka percaya orang-orang Cina tidak
akan ke mana-mana sekadar menguasai bahasa Melayu. (Mohd. Redhuan Tee
Abdullah (2010).
Kebebasan yang diberikan kepada orang-orang Cina di negara ini untuk
hidup dengan cara mereka sendiri dan menikmati keberuntungan daripada
kebebasan itu, tidak diperolehi mereka di negara-negara lain di dunia,
walaupun di negara Cina sendiri. Sungguh pun begitu mereka masih tidak
berpuas hati dengan kedudukan yang diperolehi. Rata-rata dapatan
kuantitatif dan kualitatif menunjukkan bahawa orang-orang Cina masih
berpersepsi berlaku diskriminasi, ketidaksaksamaan dan ketidaksamarataan
antara Melayu dan bukan Melayu. (Mohd. Redhuan Tee Abdullah (2010)
Sikap orang-orang bukan Islam seperti yang diamalkan oleh kebanyakan
orang-orang Cina menjadi ancaman kepada orang-orang Islam. Apa lagi,
hak-hak mereka digadaikan oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu sendiri,
semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau mengekalkan kuasa dengan
memancing undi orang-orang bukan Melayu dan memujuk mereka dengan
pelbagai janji yang mengorban hak orang-orang Melayu dan acuan keislaman
dan kemelayuan dalam kerangka pembangunan tamadun negara ini. Sikap
orang-orang bukan Islam yang tidak pernah puas dengan keberuntungan yang
diperolehi mereka di negara dan permainan politik para politikus Melayu
yang lebih mengutamakan kuasa politik daripada perjuangan
mempertahankan hak, menjadi ancaman besar kepada umat Islam kini dan
masa hadapan.
Ancaman orang-orang bukan Islam untuk menjadi kuasa dominan di negara
ini dalam semua lapangan, termasuk menguasai politik dan pengkhianatan
yang sedang dilakukan oleh politikus-politikus Melayu dengan membuat
tawaran-tawaran lumayan kepada orang-orang bukan Melayu untuk membeli
undi mereka, seharusnya ditentang oleh setiap orang Islam. Mereka tidak
seharusnya terikut-ikut dengan rentak politik yang merugikan Islam dan
orang-orang Melayu. Mereka seharusnya bangkit menyedarkan orang-orang
Melayu dan menginsafkan politikus-politikus Melayu supaya jangan bermain
dengan api yang akan membakar bangsa mereka dan diri mereka sendiri.
Mereka mesti mempertahankan acuan keislaman dan kemelayuan negara ini
dan kekal menjadi kerangka pe-mikiran dan pembangunan bangsa Malaysia
yang bersatu di masa hadapan. Ia harus dipertahankan sebagai kerangka
yang menyatu-padukan rakyat Malaysia dan membentuk budaya mereka.
Orang-orang Islam mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan kerangka
ini untuk menegakkan keadilan. Juga untuk pembangunan dan kemaraan
negara ini menuju masa hadapannya sebagai bangsa yang merdeka dalam erti
kata yang sebenarnya.
Kekuatan Islam.
Kekuatan teras bagi masyarakat Islam untuk mendepani ancaman yang
sedang menghakis kedudukannya dan mencabar masa hadapannya ialah agamnya
iaitu Islam. Islam adalah jatidiri orang-orang Melayu. Tanpa Islam,
orang-orang Melayu seolah-olah jasad tanpa roh dalam erti kata
kehidupannya kosong dan tidak punya kekuatan tempat bersandar. Ini ialah
kerana Islamlah yang memberikan kepada orang-orang Melayu pandangan dan
pegangan hidup dan memiliki tradisi ilmu sehingga mereka pernah
membangunkan tamadun Melayu/Islam yang unik di alam Melayu ini. Tamadun
Islam yang dibangunkan oleh orang-orang Melayu di zaman Kerajaan Melayu
Melaka, Acheh dan lain-lain bukan tamadun lekeh, terutama dilihat dari
aspek pemikiran, kerohanian dan pembangunan jiwa umat. Kekuatan Islam
ini perlu dikembalikan oleh orang-orang Melayu di dalam mendepanikemelut
politik dewasa ini.
Tetapi kekuatan sebenar yang digerakkan oleh Islam itu berpunca
daripada ajarannya yang suci berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah yang
terpelihara dengan teguh di dalam aliran kefahaman Ahlu al-Sunnah Wal
Jama’ah. Bukan ajaran yang dicemari dengan pelbagai kefahaman yang
memesungkan akidah dan ibadah umat, terutama tafsiran-tafsiran yang
dipengaruhi faham-faham pasca-modenisme, liberalisme/pluralisme dan
sebagainya. Pencemaran akidah yang dibawa aliran-aliran ini, sebenarnya
adalah dirancang oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan Islam dari
dalam dengan mempromosikan faham Islam liberal yang berusaha merombak
kefahaman Islam dari akar umbinya dan membina kembali akidah dan
pemikiran masyarakat Islam di luar tradisi keilmuan dan kerangka
kefahaman para sahabat al-akhyar, generasi al-Salaf al-Soleh dan
generasi al-Khalaf yang meneruskan perjuangan mereka memelihara kesucian
Islam dari semasa ke semasa.
Sumber kekuatan Islam yang utama ialah kemurnian akidahnya dan ketinggian akhlaknya yang mempunyai kekuatan
al-Thabat,
yang tidak terungkai dan berubah dengan perubahan zaman dan tempat.
Sedangkan syari’atnya dibina di atas prinsip-prinsip yang teguh dan
berkembang di dalam keadaan
murunah yang sentiasa anjal dalam
mendepani perubahan. Kekuatan ini seharusnya dikembalikan semula kepada
umat Islam di negara ini dengan cara-cara dan mekanisme yang telah
ditentukan oleh Islam iaitu dakwah. Justeru, dakwah adalah tersangat
penting untuk mengembalikan kekuatan teras ini supaya dimiliki semula
oleh masyarakat Islam bagi mendepani cabaran yang dihadapinya. Dakwah
yang menggerakkan kekuatan Islam ini, pastinya akan mencetuskan tenaga
besar yang mampu mengisi dengan berkesan kerangka keislaman dan
kemelayuan negara ini sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaannya
tanpa diganggu gugat oleh orang-orang kafir dan kuncu-kuncunya.
Dakwah dan Islam Politik
Dakwah sebagai mekanisma penghayataan dan penyebaran cara
hidup Islam, bukan gerakan Islam politik sebagaimana yang dipraktikan
dalam realiti kehidupan kaum Muslimin sekarang. Dakwah merupakan gerakan
yang berdisiplin dan iltizam kepada prinsip, pendekatan dan amalan yang
digariskan di dalam al-Qu’an dan al-Sunnah. Ia tidak terikat kepada
mana-mana ideologi dan kefahaman yang di luar daripada ajaran Islam.
Sebagaimana kata Abdul Karim Zaidan, Islam ialah tujuan dakwah dan
hakikatnya dan inilah tonggak pertama bagi dakwah. (Abdul Karim Zaidan
(1987), hal. 5) Rasulullah s.’a.w menggerakkan dakwah kepada Islam
dengan cara, uslub dan manhaj yang telah diwahyukan kepadanya oleh Allah
S.w.T dan termaktub di dalam al-Qur’an. (Ibid)
Salah satu daripada fungsi utama dakwah ialah mengajak manusia supaya
mengamalkan makruf dan mencegah munkar. Ia bukan sahaja menjadi tugas
sesuatu golongan di dalam masyarakat Islam, tetapi menjadi tugas ummah
keseluruhannya. Tidak memadai bagi seorang Muslim itu hanya menjalani
kehidu-pan yang soleh dan bertaqwa semata-mata untuk dirinya. Bahkan ia
mestilah berkerja untuk memandu, memimpin dan membawa petunjuk kepada
alam seluruhnya. Ia adalah pengabdi yang zuhud dan diwaktu yang sama
pemimpin dan pembimbing. (Al-Sayyid Jalal al-Din al-‘Amri, (1400H),h.19)
Kepentingn al-‘amru bi al-makruf dan al-nahyu ‘ani al-munkar dinyatakan oleh Imam al-Ghazali seperti berikut;
“Al-amru bi al-makruf dan al-nahyu ‘ani al-munkar
adalah paksi terbesar agama ini. Ia adalah tugasan yang untuknya Allah
S.w.T mengutus para nabi sekaliannya. Jika digolong tikarnya, diabaikan
ilmu dan amalannya, terbengkalailah tugas kenabian, merusutlah
keagamaan, meluaslah kelemahan, berleluasalah kesesatan.Lalu binasalah
kehidupan hamba. Mereka mungkin tidak merasai kemusnahan, melainkan pada
hari perhitungan. Inilah yang paling kita takut ianya berlaku,dan
sesungguhnya kita untuk Allah S.w.T dan kepadaNya kita kembali. Jika ini
berlaku terhapuslah daripada paksi ini amalan dan ilmunya dan termusnah
sama sekali bentuk dan hakikatnya. Lalu hati dikuasai akhlak yang tiada
ketegasan, dan terhapus amalan meraqabah Pencipta. Maka mudahlah
manusia mengikut hawanafsu dan syahawat sebagaimana binatang. Betapa
mulianya di muka bumi ini orang beriman yang sebenar-benar beriman yang
tidak peduli celaan orang demi mendapat keredhaan Allah S.w.T.
(Al-Ghazali, Ehya’ Ulumu al-Din, Juzu’ 2, h.269) dan Islam yang murni
yang dipegang oleh orang-orang beriman dengan teguh dan dipatuhi dengan
tekun itulah yang mencetuskan kekuatan yang diperlukan umat Islam masa
kini.
Apakah umat Islam memerlukan kuasa politik untuk melaksanakan tugas al
-‘amru bi al-makruf dan al-nahyu ‘ani al-munkar? Bagaimanakah manhaj dakwah bagi memperolehi kuasa tersebut?
Tidak syak lagi tugas berdakwah ke jalan Allah S.w.T dan melaksanakan
fungsi utamanya menegakkan makruf dan mencegah munkar memerlukan kuasa
politik sebagai kekuatan yang menggerakkannya. Tetapi kekuatan kuasa
politik itu mestilah tidak terpisah daripada kekuatan Islam itu sendiri
dan dicapai di dalam kerangka ketaatan dan kepatuhan kepada akidah,
akhlak dan syari’atnya. Ia bukan kuasa politik yang dihasilkan menerusi
jalan-jalan dan amalan tercela dan munkar. Ia bukan kuasa yang
diperolehi melalui
“matlamat mengharuskan semua cara.”
Bagaimanakah kuasa politik itu mampu menegakkan makruf dan mencegah
mungkar sedangkan kuasa itu diperolehi melalui cara-cara yang kotor,
penuh kezaliman dan pengkhianatan terhadap perjuangan umat. Justeru,
kuasa politik itu mestilah terpancar daripada keinsafan dan pencerahan
yang dibina dan dibentuk melalui dakwah yang perpaut teguh kepada ajaran
al-Qur’an dan al-Sunnah. Jika tidak, kuasa politik itu akan muncul
sebagai kekuatan yang mengha-lang pelaksanaan kerangka keislaman dan
kemelayuan negara ini, walaupun kuasa tersebut diperolehi oleh gerakan
Islam politik.
Kuasa politik yang diperolehi melalui keinsfan dan pencerahan yang
dibina dan dibentuk melalui dakwah, diperolehi melalui perpaduan dan
kesatuan um-mah. Bukan kuasa politik yang diperolehi melalui perpecahan
ummah, pengkhianatan terhadap perjuangannya serta koliberasi dengan
orang-orang kafir untuk memusnahkan kuasa politik umat, semata-mata
untuk menunaikan tuntutan permusuhan dan dendam kesumat serta kebencian
yang muncul daripada permusuhan sesama orang-orang Islam.
Umat yang berpecah-belah tidak berhak tegak di bumi Allah S.w.T.
Mereka akan dikuasai oleh kuasa asing. Mereka akan diperintah, menjadi
pak-turut dan dijajah. Mereka akan dinafikan hak untuk melaaksanakan
sistem politik yang mereka ingin laksanakan dan tegakkan di bumi mereka
(Al-Sayed jalal al-Din al-‘Amri, (1400H). Allah S.w.T berfirman,
Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang
bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas
kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,
(Al‘Imran 3: 105)
Fakhru al-Din Al-Razi menafsirkan bahawa apabila Allah S.w.T
memerin-tahkan dengan perintah menegakkan makruf dan mencegah munkar,
perintah itu tidak dapat disempurnakan melainkan jika orang yang
dipertanggungjabkan dengan perintah ini mampu melaksanakannya ke atas
orang-orang zalim dan sombong. Ini tidak akan berhasil melainkan apabila
terbina rasa kasih saying dan mahabbah di kalangan ahli al-haq dan ahli
agama. Tidak syak lagi bahawa Allah S.w.T mengingatkan mereka supaya
tidak berpecah dan berselisih supaya perkara itu tidak menjadi sebab
ketidak-upayaan mereka menjalankan tanggungjawab ini. (Fakhru al-Din
al-Razi,1308H).
Allah S.w.T berfirman,
(yaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di
muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat,
menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan
kepada Allah-lah kembali segala urusan.(Al-Haj 22:41)
Ayat di atas menghuraikan tindakan politik yang akan dilaksanakan
oleh umat Islam setelah memegang tampuk kuasa dan menghuraikan matlamat
sebuah kerajaan Islam, tabi’atnya, amalannya dan kegiatannya dan apa
yang disediakan daripada sumber dan cara-caranya.( Al-Sayyid Jalal-Din
al-“amri, 1400H) yang berlandaskan kepada empat perkara pokok. Pertama,
menegakkan solat yang mrupakan tiang bagi kehidupan beragama bagi setiap
individu muslim. Kedua setiap individu muslim mempunyai iltizam
terhadap masyarakatnya, menerusi jaminan dan keadilan sosial. Perkara
ketiga dan keempat merupakan iltizam masyarakat Islam keseluruhannya
kepada perlakuan politik dan sosial untuk menegakkan makruf dan mencegah
mungkar dalam semua lapangan kehidupan, dengan membina sistem kehidupan
dan mengawal tingkah-laku masyarakat berdasarkan akidah, akhlak dan
syari’at Islam.
Al-Allamah Ahmad Mustafa al-Maraghi merengkaskan pengertian yang
digarsikan oleh ayat ini dengan menyebut, “Mereka adalah orang-orang
yang menyempurnakan diri mereka dengan mendekatkan diri kepada Tuhan
yang disembah dan menghadap kepadaNya sedaya upaya ketika bersolat.
Mereka juga adalah orang yang menolong umat dengan memberi bantuan
kepada fakir miskin di kalangan mereka dan melengkapkan yang lain dengan
ilmu dan kesopanan mencegah kerosakan yang menghalang yang lain
daripada mereka dari mencapai kemajuan akhlak dan kesopanan yang
tinggi.” (Ahmad Mustafa al-Maraghi, (1946). Kuasa politik Islam bukan
kuasa memusnahkan, menimbulkan kerosakan dan kepincangan, membiarkan
rakyat terlantar dengan kemiskinan dan kesempitan duniawi sehingga
tergadai maruah dan kehormatan. Sebaliknya kuasa politik Islam digunakan
untuk membawa rahmat kepada seluruh alam, menegakkan kea-dilan dan
membersihkan dalamannya daripada semua elemen-elemen kezaliman dan
perlakuannya dalam apa bentuk sekalipun.
Kuasa politik seperti yang digariskan di atas hanya mencul daripada
kesedaran dan pencerahan dakwah yang dilaksanakan menerusi manhaj
bijak-sana, nasihat yang baik dan dialog yang terbaik sepertimana firman
Allah S.w.T
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845]
dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang
tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang
yang mendapat petunjuk.(al-Nahl 16:125)
Ia muncul daripada para pendakwah yang mempunyai pengetahuan dan
kesedaran yang tinggi mengenai apa yang disampaikan itu, mengikut
keupayaan dan kebolehan masing-masing, dengan membawa hujjah yang nyata.
Allah S.w.T berfirman,
Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang
yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata,
Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”.(Yusuf
12:108)
Kesedaran yang tinggi adalah isntrumen dakwah yang penting, sehingga
semangat Islam yang berkubar tidak diletakkan pada tempat yang salah.
Jika semangat perjuangan Islam berada di tempat yang tinggi, tetapi
tidak didokong oleh thaqafah yang tinggi, kemungkinan berlaku apa yang
telah berlaku. Orang-orang Islam dikafirkan dan orang-orang bukan Islam
dijadikan teman perjuangan, kekasih yang tidak dapat berpisah lagi.
Sedangkan sesame Islam ditentang dengan penuh kebencian dan didoakan
untuk dimusnahkan, semata-mata kerana persepsi negetif yang tidak
mempunyai hujjah yang jelas.
Dakwah untuk semua dan semua berperanan penting.
Tidak ada sempadan bagi pergerakan dakwah. Ini ialah kerana Islam
diturunkan untuk kesemua manusia di seluruh alam. Justeru, perbezaan
antara dakwah dan Islam politik, tidak bermakna para pendakwah tidak
dibenarkan menyertai parti-parti politik. Tetapi penyertaan mereka di
mana-mana lapangan dan pergerakan juga adalah untuk berdakwah dan
memancarkan pencerahan dakwah supaya perjalanan parti politik itu
mengikut Sunnah dan berpegang teguh kepada pegangan Ahlu Sunnah Wa
al-Jama’ah. Mereka mestilah bertindak bijaksana dan mempastikan parti
politik yang disertai itu mengamalkan dasar-dasar dan perjuangan
bijaksana untuk memelihara kedaulatan Islam, kepentingan dan hak
orang-orang Islam serta bergerak dengan gigih untuk mengisi kerangka
keislaman dan kemelayuan negara ini. Mereka memainkan peranan politik
dakwah dan bukannya memperalatkan dakwah untuk kepentingan politik.
Mereka mestilah mempengruhi parti politik yang disertai supaya
menimbulkan kebangkitan dan pencerahan yang terpancar daripada gerakan
dakwah yang mematuhi manhaj dakwah yang diwarisi daripada generasi
awalan Islam dan berkembang selepas mereka dalam kerangka pemikiran Ahlu
Sunnah Wa al-Jama’ah.
Melihat kepada kepentingan dakwah yang begitu penting dalam
menghadapi ancaman dan kemelut politik di negara ini, gerakan dakwah
perlu diperkasakan dan berpeanan aktif kembali bagi menyedarkan umat dan
mencerahkan perjalanan hidup mereka. Dakwah bukan sahaja perlu bergerak
di kalangan orang-orang Islam, tetapi di dalam masyarakat pelbagai
agama dan kaum untuk mengajak mereka menganut Islam. Pengislaman adalah
satu satu agenda politik dakwah ( bukan dakwah politik) yang perlu
dilihat secara serius demi untuk mempastikan proses pembangunan dalam
keangka keislaman dan kemelayuan dapat digerakkan dengan penuh
kesungguhan. Jika 20% sahaja daripada orang-orang bukan Islam di negara
ini diislamkan, scenario politik akan berubah dan sebahagian besar
kemelut politik di negara ini akan dapat diatasi. Orang-orang Islam
berperanan menyampaikan dakwah dengan perkataan dan perbuatan serta
contoh teladan yang baik. Orang-orang bukan Islam juga berkewajipan
mendengar dan menerima seruan Islam untuk kebaikan diri mereka dan
negara ini.
Dakwah mestilah masuk dengan penuh bijaksana ke dalam istana
raja-raja Melayu yang memegang kuasa mengenai hal ehwal Islam. Kuasa ini
tidak boleh disentuh oleh orang-orang politik. Pendakwah hendaklah
menyampaikan kesedaran kepada masyarakat istana dan memancarkan cahaya
pencerahan di kalangan masyaraka istana ini supaya kuasa memelihara dan
mengembangkan agama itu, tidak disimpan sahaja dalam catitan
Perlembagaan negara. Ia hendaklah digunakan sepenuhnya untuk
mempertahankan Islam dan memper-kasakan penghayatannya sebagai agama
negara.
Masyarakat istana mestilah ditiupkan semangat dakwah dan jihad serta
disuntik kesedaran mengenai taanggungjawab mereka yang besar di hadapan
Allah S.w.T setelah mereka diamanahkan menjaga dan memelihara agama
Islam. Para ulama mestilah berada bersama mereka memberi nasihat dan
bimbingan agar amanah yang dipikul oleh raja-raja itu dilaksanakan.
Raja-raja Melayu perlu dibina dan dibentuk supaya mereka menjadi sumber
kekuatan bagi gerakan dakwah di negara ini dan penggerak kebangkitan
rakyat supaya turut mendokong perjuangan dakwah. Bukan sahaja bagi
menghadapi kemelut masa kini, bahkan untuk mempastikan pembangunan dan
hala tuju negara ini bergerak ke arah memenuhi kerangka keislaman dan
kemelayuan sebagaimana yang distrukturkan dalam Perlembagaan negara.
Sudah tiba masanya raja-raja Melayu melihat kembali peranan mereka
dengan serius dan memahami amanah yang dipikul oleh mereka sebagai
pelindung agama Allah S.w.T. Mereka seharusnya diberi kesedaran bahawa
kuasa yang ada di tangan mereka adalah besar dan mampu membetulkan
kepincangan dan menyelamatkan negara dari hala menurun yang kian
membesar dalam masyarakat kita di lapangan politik dan sosial. Mereka
seharusnya keluar daripada kepompong ceremonial dan upacaara serta
tanggapan bahawa raja berpelem-bagaan ialah raja yang tiada kuasa
melainkan hanya symbol sahaja. Sebenarnya, mereka mempunyai kuasa yang
penting di dalam pentadbiran Islam. Sedangkan pengertian Islam itu
sendiri, tidak terbatas hanya kepada ibadat ritual sahaja. Pembangunan
yang dilaksanakan dalam kerangka keislaman, tidak hanya pembinaan
masjid, surau dan sekolah agama semata-mata. Kuasa melindungi dan
memelihara agama Islam merangkumi lapangan yang luas kerana Islam itu
adalah cara hidup.
Jika orang-orang politik telah mengkhianati perjuangan kemerdekaan
dan meminggirkan acuan keislaman dan kemelayuan negara ini, raja-raja
Melayu perlu bangkit bersama para pendakwah, ulama dan rakyat untuk
menghentikan pengkhianatan itu dan menggunakan kuasa mereka untuk
mengembalikan hala tuju pembangunan negara ini supaya mematuhi kerangka
keislaman dan kemelayuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.
Raja-raja Melayu hendaklah memikul amanah memelihara dan
memperta-hankan agama Islam dengan penuh tanggungjawab. Sumber kewangan
yang besar hendaklah digembelingkan menerusi zakat, wakaf dan sebagainya
bagi membiayai gerakan dakwah iaitu gerakan pencerahan dan penyelamat
umat yang sedang berhadapan dengan cabaran getir akibat pengkhianatan
orang-orang politik yang mamperdagangkan hak-hak umat di pasaran kuasa.
Kadar 2.5% daripada harta orang-orang Islam sudah ,mencukupi untuk
pembiayaan gerakan dakwah pencerahan dan kesedaran umat, asalkan
pendapatan zakat itu tidak disalah gunakan untuk tujuan-tujuan yang
tidak memenuhi kepentingan perjua-ngan ini.
Apa pun yang hendak kita lakukan sokongan massa tetap penting. Untuk
itu kesedaran dan pencerahan massa suatu yang mesti dilakukan. Para
ulama’, dan gerakan-gerakan dakwah Islam bersama raja-raja Melayu
mempunyai tanggung-jawab besar untuk mengembangan pencerahan dan
kesedaran di kalangan rakyat supaya ancaman terhadap orang-orang Islam
dapat dihalang dengan berkesan dan tiada lagi kedengaran suara-suara
sumbang dari kalangan orang-orang bukan Islam yang bertindak melampau
untuk menghapuskan kedudukan istimewa orang-orang Islam di negara ini.
Kita harus mempertahankan bahawa negara ini adalah negara Islam dan
penmgisian keislaman dan kemelayuan itu seharusnya menjadi agenda yang
berterusan dan dilaksnakan dengan penuh keadilan, termasuk keadilan
kepada mereka yang tidak beragama Islam.
Pencerahan dakwah di kalangan rakyat, akan turut memberi kesedaran
kepada parti-parti politik yang sedang menari mengikut rentak yang
sumbang dan membahayakan kedudukan Islam dan hak istimewa orang-orang
Melayu. Mereka harus diinsafkan bahawa perjuangan politik tidak akan
bermakna kepada umat, sekiranya hak-hak dan perjuangan umat dijadikan
barangan yang diperdagangkan di pasaran kuasa. Kuasa politik orang-orang
Islam hendaklah menjadi penggerak dan pelindung kepada kemaraan negara
ini di dalam kerangka keislaman dan kemelayuannya, untuk muncul sebagai
negara Islam maju di abda ini dan terus mara ke hadapan di abad-abad
akan datang sebagai contoh negara yang adil, saksama dan maju.
Dakwah harus melibarkan gerakan pencerahan dan kesedaran kepada
generasi muda sama ada yang terpelajar atau yang terpinggir menjadi
remaja rempit dan sebagainya. Mereka adalah potensi umat yang tidak
boleh dibiarkan hancur dan tersisih sehingga membebani masyarakat.
Kebejatan yang berlaku di dalam masyarakat di kalangan para remaja
adalah penyakit yang boleh disembuhkan. Dengan pencerahan dakwah
mendampingi mereka, jalan penyembuhan pasti akan dilihat oleh mereka
dengan jelas. Dengan suntikan kewarasn akal dari cahaya pencerahan
dakwah mereka mampu keluar daripada kebejatan yang mereka sedang
terperangkap di dalamnya.
Kesimpulan dan cadangan.
- Kerangka keislaman dan kemelayuan negara ini adalah asas pembentukan
negara Malaysia yang telah distuktur di dalam Perlembagaan dan ia
menjadi kerangka penyatuan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
- Pengisian bagi memenuhi kerangka itu, tidak ditentang oleh
orang-orang bukan Islam, selagi usaha ke arah itu terus beriltizam
dengan prinsip keadi-lan yang menjadi salah satu elemen penting dalam
pemerintahan Islam. Ini terbukti dengan penglibatan aktif orang-orang
bukan Islam di dalam pembangunan industri kewangan Islam dan takaful,
serta pembangunan industrl halal.
- Yang menimbulkan masalah yang membawa kepada penentangan dan rasa
tidak puas hati di kalangan rakyat, berpunca daripada hala tuju menurun
dalam penghayatan keislaman dan kemelayuan yang ditetapkan itu.
Kebejatan sosial, kemerusutan akhlak, peningkatan kadar jenayah, rasuah,
ketidak-seimbangan ekonomi di kalangan pelbagai kaum, keresahan
generasi muda mendapat pekerjaan, kesulitan memiliki rumah sendiri dan
sebagainya, menimbulkan kegelisahan masyarakat dan keresahan yang
mengundang kemelut politik dan sosial.
- Pengaruh faham pasca-modenism yang melihat kenisbian nilai-nilai
menye-babkan muncul pelampau-pelampau liberlis yang membuat tuntutan
se-hingga tidak menghormati nilai-nilai agama. Ini juga menjadi sebab
timbul-nya kemelut politik dan budaya yang menggusarkan, seperti
perkembangan faham Islam liberal/pluralism, free seksualism, keharusan
perkahwinan sejenis, keharusan homoseksual, lesbian dan lain-lain.
Faham-faham ini disebarkan dengan berselindung disebalik perjuangan hak
asasi manusia, kebebasan, persamaan gendar dan demokrasi. Pengaruh faham
ini menjadi penyebab utama menimbulkan kemelut yang membawa virus yang
menggugat kesetabilan politik negara ini.
- Kemelut yang berlaku menjadi bertambah gusar apabila parti-parti
politik mengambil kesempatan daripada keadaan itu untuk memancing undi.
Yang lebih membimbangkan pemimpin-pemimpin politik yang bertelagah
ber-lumba menawarkan pelbagai hadiah jika mereka disokong untuk
berkuasa. Tawaran hadiah itu termasuk hak-hak orang Melayu dan
menjanjikan kesamarataan di kalangan semua kaum dan menghapuskan
keistimewaan sesuatu kaum ke atas yang lain. Tawaran ini menjejaskan
kedudukan dan hak orang-orang Melayu. Sekali-gus menimbulkan kerisauan
di kalangan orang-orang Melayu.
- Untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu/Islam, perlu ada
kese-daran baru di kalangan orang-orang Melayu/ Islam dan pencerahan
yang terpancar daripada gerakan dakwah. Gerakan ini perlu disusun semula
dan digerakkan secara besar-besan dan berkesan. Ia hendaklah digerakkan
sebagai gerakan dakwah nasional yang melibatkan semua pihak dengan
dokongan kuasa raja-raja Melayu yang telah diamanahkan oleh perjuangan
kemerdekaan untuk menjadi pelindung agama Islam. Gerakan dakwah nasional
yang didokong oleh raja-raja Melayu, para ulama dan rakyat, akan muncul
sebagai tenaga pencerahan yang akan menggerakkan kembali pengisian
kerangka keislaman dan kemelayuan dalam pembinaan tamadun dan
pembangunan negara ini.
- Bagi menggerakkan dakwah nasional secara berkesan, hendaklah
ditubuhkan Majlis Dakwah Nasional dan majlis ini ditubuhkan dengan
perkenan raja-raja Melayu, serta diletakkan secara langsung di bawah
Majlis Raja-raja Melayu tanpa melibatkan kuasa orang-orang politik.
Majlis ini bertindak sebagai sekretariat yang akan menyelaras dan
membiayai gerakan dakwah oleh badan-badan dakwah dan para alim ulama’
dengan pendekatan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, manhaj Ahlu
al-Sunnah wa al-Jama’ah.
- Sebahagian daripada hasil kutipaan zakat, wakaf dan tabarru’
hendaklah digunakan untuk membiayai gerakan dakwah ini. Usaha-usaha
hendaklah dilakukan bagi menghasilkan dana kewangan dakwah yang kukuh
dan bebas tanpa bergantung kepada pihak-pihak yang mempunyai
kepen-tingan politik yang boleh mengganggu atau menghalang usaha-usaha
pencerahan kembali orang-orang Islam melalui dakwah Islamiah.
- Mereka yang menjalankan pengurusan Majlis ini hendaklah terdiri
daripada pakar-pakar dan pendakwah-pendakwah berpengalaman dan mempunyai
pendekatan dakwah yang bebas daripada pengaruh politik kepartian.
Mereka hendaklah bebas daripada kepentingan politik kepartian itu dan
berkerja dengan ilkhlas dengan melaksanakan perancangan dan gerakan yang
berkesan terhadap usaha-usaha pencerahan kembali umat Islam.
اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعـه وأرنا الباطل باطلا
وارزقنا اجتنابه وصلى الله على خير خلقه محمد صلى الله عليه وعلى آله وصحبه
أجمعين
[1] Kertas ini untuk dibentangkan di
Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4
bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober
2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat
Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).
Ucapaan Alu-aluan Presiden Muafakat
Ustaz Ismail Mina Ahmad
الحمد لله رب العالمين ,والصلاة والسلام على رسول الله وعلي أله وصحبه أجمعين
Saudara Pengacara,
Dzif-dzif kehormat yang dimuliakan
Para penulis kertas kerja dan moderator
Para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
1.
Syukur ke Hadrat Allah SwT kerana dengan pertolongan-Nya, kita dapat
bersama di sini, dalam suatu majlis penting untuk berbincang mengenai
isu-isu yang berkaitan dengan usaha dan strategi yang harus dilakukan
untuk meningkatkan lagi usaha dakwah yang telah kita laksanakan sejak
dahulu itu. Tema kita ialah DAKWAH ISLAMIYYAH SEBAGAI TUNGGAK KEKUATAN
UMMAH.
2. Program yang kita adakan selama dua hari ini, adalah dalam siri
Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah. Sebelum ini, MUAFAKAT telah
mengadakan tiga wacana besar iaitu Seminar Pemikiran Najdiyyun yang
mengupas mengenai ajaran dan pemikiran Muhammad ‘Abdul Wahhab dan yang
berkaitan dengan ajaran yang biasa disebut di negeri kita sebagai ajaran
Kaum Muda; kemudian Seminar Pluralisme Agama iaitu mengenai ajaran dan
falsafah kesetaraan semua agama dalam suluhan wacana keilmuan dan
epistemologi Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah; dan yang ketiga ialah Seminar
Siyasah Syar‘iyyah iaitu membincangkan mengenai keadaan dan kedudukan
Agama Islam dan kedudukan kuasa politik Ummat Islam dalam suasana semasa
kita. Seminar mengenai Pluralisme Agama, telah kami adakan sebanyak dua
kali di Kuala Lumpur, sekali di Kuala Terengganu, sekali di Johor Baru
dan sekurang-kurangnya lapan kali lagi kepada mahasiswa dan warga
pendidik dalam bentuk penerangan. Di celah-celah seminar-seminar
tersebut, MUAFAKAT juga telah mengadakan dua kali Persidangan Meja
Bulat, bagi mencari kesepakatan, bagaimana untuk menangani isu Perpaduan
Ummah, yang menjadi topik penting, yang dipercakapkan oleh semua
lapisan masyarakat dari golongan intelektual membawa kepada orang awam,
dari aktivis politik kepada aktivis dakwah, dari pegawai tinggi kepada
pekerja biasa. MUAFAKAT juga telah mengadakan Seminar menerangkan bahaya
dan musibah mengenai LGBT dan mencari kesepakatan cara bagaimana untuk
menyedar dan menyekatnya dari merebak. Kini, MUAFAKAT sedang merangka
untuk mengadakan Seminar Dakwah Peringkat ‘Alam Melayu. Kami juga
merancang untuk membuat suatu program besar-besaran bagi mengingati
1,000 tahun Hujjatul Islam al-Imamu’l-Ghazzaliy rh kira dua tahun dari
sekarang. Dalam masa terdekat, insya Allah, kami akan mengadakan wacana
mengenai Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan bersama-sama
dengan rakan-rakan NGO. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan seperti yang
disedari semua, sedang diserang kiri-kanan oleh golongan
Sekularis-cauvinis, oleh orang Islam, yang menggelar diri mereka sebagai
Islam Demokrat, Islam Liberalis dan Islam Pluralis serta golongan
pembenci Islam yang lain yang berada di luar lingkungan Islam.
Hadirin dan hadirat terhormat
3. Seperti termaklum, perkataan Dakwah atau Tabligh sudah amat biasa
bagi kita. Dakwah atau Tabligh adalah bahasa ‘Arab yang terdapat di
dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu,
ia bermakna seruan atau panggilan atau undangan atau jemputan – yakni
menyeru manusia kepada sesuatu. Dalam konteks Islam, ia menyeru sama ada
kepada
dāru ’s-salām iaitu Syurga Allah seperti di dalam Surah Yunus, 25: dan
al-jannah seperti didalam Surah al-Baqarah, 221: atau pun, ia menyeru kepada
an-nār atau
kepada kebatilan dan kesesatan Agama sepertidalam Surah al-Baqarah,
221:. Justeru, dalam pengertian ini, semua manusia terlibat di dalam
salah satu dari jenis dakwah tersebut.
4. Untuk tujuan mengajak manusia kepada
al-jannah dan
maghfirah
serta terhindar dari ‘azab Allah, maka Allah dengan kasih sayang-Nya,
telah menghantar Utusan-Nya seramai 124,000 orang, mengajar manusia
‘Aqidah yang benar yang berpaksikan Tawhid yang khalis bersekali dengan
Syari‘at atau jalan untuk mencapai kepada-Nya dan mengajak manusia
menghayati sepenuh hati.
5. Melalui perjalanan masa, Ummah Islamiyyah telah menghadapi
pelbagai serangan pemikiran. Di zaman klasik Islam, mereka diserang oleh
pemikiran falasafah Greek, hingga ada dikalangan Ummat Islam
terpengaruh dengannya. Pengaruh-pengaruh fasad dan kejahatan yang
meresap masuk ke dalam pemikiran sebahagian Ummah Islamiyyah ini, telah
menyebabkan sebahagian dari mereka, telah mengalami kegelinciran ‘Aqidah
bahkan sesetengahnya telah menjadi murtad.
6. Ummah Islamiyyah Malaysia dewasa ini pun, tidak terkecuali –
sedang diserang oleh pemikiran-pemikiran fasad Agama, yang bukan sahaja
menerebusi perkara-perkara yang bersifat ranting atau furu‘, tetapi juga
telah membolosi hingga ke dalam wilayah yang bersifat ‘Aqidah dan yang
bersifat thawābit dalam Syari‘ah dan hukum hakam.
Hadirin dan hadirat terhormat
7. Tiga dekad dahulu, Khumayni telah melancarkan Revolusi Syi‘ah di
Iran, iaitu pada akhir tahun 70an. Ekoran dari peristiwa itu, selang dua
atau tiga tahun kemudian, iaitu sekitar awal tahun-tahun 80an, ‘Aqidah
dan Syari‘at agama Syi‘ah Khumayni ini, telah di bawa masuk ke Malaysia
oleh dua organisasi berjenama Islam – satu bertaraf politik dan yang
satu lagi bersifat NGO dakwah. Akibat dari sikap dua organisasi tersebut
yang menerima agama Syi‘ah Khumayni sebagai benar, maka
berduyun-duyunlah rombongan demi rombongan aktivis Islam Malaysia pergi
ke Iran. Mereka ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Syi‘ah itu.
Sebahagian yang pergi itu, ada yang berpatah arang dengan doktrin Syi‘ah
Khumayni, kerana melihat tindakan Khumayni berkhianat kepada Mufti
Ahmad Zadeh, pemimpin dan ‘alim Sunni, yang bersama Khumayni memimpin
rakyat menjatuhkan Shah Pahlevi dan kemurtadan Khumayni yang lain, yang
akan kita sebut nanti. Mufti Ahmad Zadeh telah dipenjara, kemudian
dibebaskan, tetapi tetap dipenjara dalam rumah sehingga beliau kembali
ke rahmatullah. Namun, ada juga diantara mereka yang pergi ke Iran itu,
tertarik – kerana terlalu naïf – sehingga menghantar anak-anak mereka
atau anggota keluarga mereka atau anggota kumpulan mereka, belajar agama
Syi‘ah di Iran. Selepas tamat belajar, mereka membawa balik ‘Aqidah dan
Syari‘at agama Syi‘ah. Sekarang ujud komuniti Syi‘ah Melayu di
tengah-tengah masyarakat Islam Malaysia. Mereka menjadi ancaman paling
bahaya kepada ‘Aqidah dan Syari‘at Islam di Malaysia. Sekarang ini,
mereka sedang menuntut bahkan mendesak pihak berkuasa, supaya diberi hak
kepada mereka untuk mengamal dan menyebarkan agama syirik mereka kepada
khalayak, atas asas kebebasan beragama dan Hak Asasi Manusia.
8. Sebagai maklumat rengkas, di antara ajaran Khumayni ialah mereka
sedang menunggu keluarnya Imam ke dua belas mereka, yang juga disebut
mereka sebagai al-Qaim atau al-Mahdi, yang nama sebenarnya ialah Hasan
al-‘Askari. Imam ke dua belas mereka ini, yang diyakini mereka, sedang
bersembunyi di dalam lubang di Sammara man ra’a, Iraq, sejak seribu
tahun lebih dahulu dan mereka senantiasa menyeru supaya dia segera
keluar. Dia akan keluar membawa al-Qur’an Mushhaf Fatimah, yang berbeda
sama sekali dari al-Qur’an Mushhaf ‘Uthman yang Umat Islam berpegang.
Perkara ini, Tuan-Tuan dan Puan-Puan boleh rujuk kepada
Wasiat
beliau, yang diterjemah ke dalam Bahasa ‘Arab dan Inggeris dan tersebar
luas. Syi‘ah dan Khumayni juga, telah mengkafirkan para Sahabat Nabiy
s‘aw, bahkan di dalam buku karangan Khumayni iaitu
Kasyfu ’l Asrār, dia telah mengkafirkan Sayyidina ‘Umar al-Khattab r‘a. Dalam bukunya
al-Hukumah al-Islamiyyah,
dalam membincangkan teori politik dan pengganti selepas Nabiyy s ‘aw,
Khumayni langsung tidak menyebut tiga Khalifah terawal dan terus kepada
Khalifah ‘Aliy bin Abu Tolih r‘a. Beliau tidak mengiktiraf mereka
bertiga itu sebagai pengganti Nabiy s‘aw. Syi‘ah juga memfatwakan harus
berkahwin secara kontrak dalam suatu jangka masa yang dipersetujui atau
dinamakan sebagai nikah mut‘ah. Akibat dari fatwa ini, kita dapati
terdapat dikalangan Ummat Islam Malaysia yang berkahwin secara mut‘ah
itu.
9. Dengan kepandaian dan kelicikan slogan
la gharbiyyah wala syarqiyyah wehdah wehdah Islamiyyah
yang dilaungkan oleh Khumayni dan Syi‘ahnya, telah memukau ramai
pimpinan parti politik dan NGO Islam Malaysia. Mereka sanggup menjadi
propagandis Syi‘ah menyerang doktrin Islam yang sudah thabit dan
menjadikan organisasi pimpinan mereka sebagai platform, menyebarkan
‘Aqidah dan Syari‘at Syi‘ah. Dengan kepandaian strategi mereka,
ditambah pula oleh kebengongan pemimpin-pemimpin dalam
organisasi-organisasi tersebut, pengamal Syi‘ah, berjaya menduduki
jawatan-jawatan penting di dalam organisasi politik dan badan dakwah.
Ironinya, organisasi-organisasi ini, masih mendakwa yang mereka adalah
Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
10. Masyarakat Islam terus diserang. Ketika mereka sedang berhadapan
dengan serangan ajaran Syi‘ah, mereka juga diserang oleh pemikiran dan
ajaran anti ‘Aqidah dan Syari‘at Islamiyyah yang lebih komplek dari
ajaran Syi‘ah tadi. Pemikiran atau ajaran ini ialah ajaran yang
menyamakan semua agama di dunia ini sama benar belaka. Orang Islam tidak
boleh berkata yang Agama mereka sahaja yang benar, kerana agama selain
Islam juga benar. Pemikiran ini juga mengajar bahawa orang bukan Islam
juga akan selamat dari ‘azab Allah dan akan masuk ke dalam Syurga
bersama-sama dengan orang Islam, asalkan mereka percaya kepada Tuhan
Yang Satu. Akibat dari ajaran dan fahaman ini, mereka memperjuangkan
supaya sesiapa sahaja boleh berkongsi nama Tuhan orang Islam iaitu Allah
dengan mereka yang bukan Islam. Di Indonesia, sudah ada bangunan
‘ibadat orang Kristian yang bernama Gereja Sidang Jemaat Allah, di
Jakarta. Pemikiran dan ajaran ini dinamakan fahaman Liberalisme dan
Pluralisme Agama. Ia merupakan anak dari falsafah Pasca Modernisme.
11. Fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama ini adalah tajaan Zionis Kristian. Jika kita meneliti buku-buku seperti
The Protocols of The Meetings of The Learned Elders of Zion,
Civil Democratic Islam dan
Building Moderate Muslim Networks
dengan jelas dinyatakan, agenda yang mesti dilaksanakan di dalam
Masyarakat Islam, ialah membina pribadi dan kumpulan Liberalis dan
Pluralis pro Zionis. Zionis ini akan menyokong kumpulan-kumpulan
tersebut dengan memberi dana yang mencukupi supaya menjamin Liberalis
dan Pluralis itu, dapat berfungsi dengan berkesan dalam mencapai agenda
tuan besar mereka di Barat. Dengan dana besar tersebut, mereka telah pun
mengadakan wacana-wacana, program-program perkadiran dan penerbitan
buku. Antara buku yang pernah diterbitkan oleh golongan ini di Malaysia,
antaranya ialah:
Pluralisme Agama;
Kawin Campur antara Muslim dan Non Muslim;
Pergolakan Pemikiran Islam;
Hukum Barat Pun Islam
dan banyak lagi. Semua buku-buku ini diterbitkan oleh Institut Kajian
Dasar (IKD) yang dibiayai sepenuhnya oleh Konrad Adenuer Stiftung,
sebuah yayasan Kristian untuk pemurtadan, yang berpengkalan di German.
12. Pemikiran songsang Agama ini iaitu fahaman Liberalisme dan
Pluralisme Agama, telah mula meresap masuk ke dalam jantung sekumpulan
Ummah Islam Malaysia. Di samping pengusung-pengusung di luar kerajaan,
ada agensi kerajaan, yang ditubuhkan untuk memberi ‘ilmu dan pengajian
yang lebih mendalam kepada masyarakat Islam dan bahkan kepada yang bukan
Islam juga, telah menyimpang jauh dari dasar dan tujuannya yang
sebenar. Mereka bertindak memberi promosi bahkan menjadi platfom
penyebaran fahaman Liberalisme dan Pluralisame Agama ini. Pernah suatu
masa yang tidak beberapa lama dulu, ada usaha untuk membawa tokoh
Pluralisme Agama, Hossein Nasr, dari Amerika Syarikat ke sini, tetapi
tergendala kerana dikatakan tokoh tersebut kurang sihat. Ada juga
pensyarah-pensyarah di Pusat Pengajian Tinggi yang berfahaman demikian.
13. Pemikir-pemikir Liberalisme dan Pluralisme Agama ini, telah
mengubah semua epistemologi Islam. Bagi mereka, Islam bermakna sekadar
hanya percaya kepada wujudnya Allah dan kemudian menyerah diri
kepada-Nya, tanpa memperdulikan soal-soal cara-cara ber‘amal dan
ber‘ibadah, tidak peduli kepada hukum-hakam dan halal-haram dan
peraturan-peraturan hidup yang lain seperti yang di ajar di dalam
Syari‘at Islam. Pegangan dan fahaman ini menyebabkan mereka sudah tidak
dapat dikategorikan sebagai Muslim lagi.
14. Fahaman Liberalisme ini, telah mengakibatkan tersebarnya fahaman
mewajar dan menghalalkan aktiviti LGBT di kalangan masyarakat beragama,
tidak terkecuali dikalangan masyarakat Islam Malaysia. Di Malaysia,
sudah ada orang Melayu yang beragama Islam secara terang-terangan,
mengaku melakukan jenayah Syari‘at yang berat itu. Oleh kerana ada orang
Melayu-Islam berprofil tinggi dalam politik Malaysia, maka Irshad
Manji, pengusung fahaman ini, berani melancarkan buku yang mewajarkan
LGBT di Negara Ummat Islam Sunni ini. Di Indonesia pula, sudah terbit
buku
Indahnya Kawin Sejenis yang dengan terang-terang
mengharuskan perbuatan terkutuk tersebut. Mereka juga, sedang menyiapkan
‘tafsir’ baru dari kisah Kaum Nabiy Luth ‘a.s, yang menurut mereka,
Allah hanya mengutuk perbuatan laknat tersebut kerana ada unsur-unsur
paksaan, jadi, adalah dibenar oleh Allah, jika dilakukan secara
sukarela.
Na‘uzubillāhi min hā.
15. Serangan kepada Ummat Islam tidak akan terhenti hanya setakat
mereka melakukan jenayah berat Syari‘at, seperti aktif dalam aktiviti
homoseksual, seks songsang, minum arak dsb. Seperti yang sangat jelas di
dalam al-Qur’an, golongan Zionis Kristian tidak tidur malam, sehingga
orang Islam dapat dipesongkan dan dimurtadkan ‘Aqidah mereka. Contoh
mudah terpesongnya ‘Aqidah ialah apabila perkara-perkara yang sudah
bersifat thawābit dan hukum-hakam yang telah diIjma‘kan dirungkai dan
diberi tafsiran dan hukum baru, seperti menghalalkan aktiviti LGBT,
menfikan yang Agama Islam sebagai satu-satunya Agama yang diterima di
sisi Allah dan benar dan menyamakan semua agama sebagai benar dsb.
seperti firman Allah:
Terjemahan:
tidak sekali-kali orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani
(Kristian) akan redho (dan senang hati) sehingga (orang-orang Islam)
mengikut agama mereka.
Ayat al-Qur’an mulia ini sudah dengan terang menyatakan ada usaha
permurtadan di kalangan Ummat Islam tetapi ada aktivis-aktivis politik
dan parti politik orang Islam Malaysia yang memandang remeh bahkan
memperlekehkan sikap kecurigaan Ummat Islam mengenai gejala pemurtadan.
Kes DUMC menjadi contoh klasik dalam isu ini. Kumpulan parti politik
ini, tidak boleh dipercayai langsung untuk menjaga Agama Islam, jika
mereka diberi peluang berkuasa. Jangan mempertaruhkan maruah kita dengan
slogan diabolik mereka untuk memartabatkan Islam. Dalam sebuah parti
politik perbagai kaum, golongan Kristian sudah menjadi dominan dan
mereka telah melakarkan grand design untuk proses Kristianisasi di
Malaysia. Di Pulau Pinang, dalam kawasan Parlimen Lim Guan Eng, sudah
berlaku ‘gerakan Kristian masuk kampung’. Mereka memberi Bible berbahasa
‘Arab dan Inggeris secara percuma kepada penduduk yang ditemui.
16. Rengkasnya, Ummat Islam Malaysia benar-benar dicabar ‘Agama
mereka disegi ‘Aqidah, Syari‘ah dan Akhlaq. Serangan pemikiran Pasca
Modernisme terutamanya pemikiran Liberalisme dan Plurlame Agama amat
ketara. Fahaman ini diusung oleh dua golongan penting dalam Negara kita.
Pertama golongan intelektual dan ahli akademik dan kedua pemimpin
politik. Sejarah telah membuktikan kepada kita, Maharaja Akbar, seorang
Pluralis Agama dan dalam masa yang sama menjadi penguasa paling tinggi,
maka masyarakat Islam mengalami penderitaan yang teramat parah. Semasa
memerintah, beliau melarang orang Islam menyembeleh lembu, binatang
sacral agama Hindu, walau pun untuk tujuan ibadah qurban! Bayangkan jika
Pluralis Agama menjadi Perdana Menteri Malaysia.
17. Justeru pengalaman di Benua Kecil India pada abad ke 18 dahulu
itu, wajar menjadi pengajaran penting kepada kita di Malaysia hari ini.
Ummat Islam Malaysia perlu meneliti dengan halus, setiap pergerakan,
ucapan, tulisan dan sikap pemimpin politik Malaysia, supaya kita tidak
mengalami penderitaan agama, jika Liberalis dan Pluralis Agama menjadi
penguasa kita.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati
18. Golongan Liberalis dan Pluralis Malaysia dari kalangan yang masih
mengaku beragama Islam dan disokong pula lagi oleh golongan politik
sekular-chauvinis anti Islam, sudah terang-terangan menyatakan hasrat
mereka secara secara jelas, – walau pun belum berkuasa – mahu mengubah
Perlembagaan Malaysia yang meletak dan menjamin hak Istemewa Orang
Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan. Mereka mahu menghapuskan
kedua-dua perkara ini atas slogan SeBangsa – SeNegara – SeJiwa. Ini
adalah selaras dengan konsep Malaysian Malaysia gagasan mereka dan
fahaman semua agama sama benar dan sama tara itu.
19. Masyarakat Malaysia amat bertuah, kerana Islam dimaktubkan
sebagai Agama Persekutuan. Ini bermakna Malaysia adalah Negara Islam
bukan negara sekular seperti dakwaan sesetengah golongan. Bukti paling
jelas ialah negara ini amat prihatin kepada ajaran yang menyalahi
‘Aqidah dan hukum-hakam Islam berbanding dengan negara sekular seperti
Indonesia yang mana orang Islam bebas menukar agama tanpa ada larangan
hukum. Lagi pun, dana kerajaan di beri kepada kegiatan keIslaman
berbanding dengan negara sekular seperti Barat yang melarang dana
kerajaan di beri kepada kegiatan keagamaan. Maka NGO Dakwah Islam perlu
berperanan memperbaiki persepsi salah di kalangan masyarakat dalam isu
Perlembagaan dan status Malaysia sebagai negara Islam ini.
20. Sungguh pun sudah banyak perkara yang berkaitan dengan kecucian
Agama Islam telah dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa Agama,
namun masih ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki dan diisi supaya
kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan itu, benar-benar terserlah dan
menepati kedudukannya yang sebenar. Justeru, undang-undang mengenai
jenayah ‘Aqidah dan jenayah Syari‘ah perlu diperkemas dan diperkasakan
lagi sesuai dengan ajaran Islam. Pihak berkuasa Agama tidak boleh
berkompromi dengan mana-mana ajaran yang bercanggah dari ajaran Islam
Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah seperti ajaran ‘aqidah Syi‘ah, Liberalisme dan
Pluralisme Agama, sikap menghina Nabi dsb, walau pun mereka terdiri
dari individu berpengaruh dalam masyarakat.
23. Ringkasnya, Malaysia mesti menjadi Negara Sunni dan menjadi
benteng Sunni terkuat malah menjadi Pusat Sunni serantau. Kalau Syi‘ah
ada Negara – Negara Iran, maka Malaysia mesti menjadi Negara pemelihara
Islam yang sebenar seperti yang telah diIjma‘kan seribu lima ratus tahun
dahulu.
24. Dari segi ‘Aqidah, Malaysia mesti mempertahan dan menjadi Negara
‘Aqidah Asya‘irah; dan dari segi Syari‘ah yang merangkumi hal-hal
‘Ibadah dan hukum-hakam, mestilah berdasarkan kepada Mazhab Imam
al-Syafi‘i atau Syafi‘iyyah, kecuali diputuskan sebaliknya oleh otoriti
dan ajaran Akhlaq pula, mestilah berdasarkan kepada system serta nilai
Akhlaq al-Imam al-Ghazzali rh dan yang sepertinya. Hal ini semua,
bukanlah suatu perkara asing bagi kita di Malaysia, kerana di dalam
eknakmen-enakmen Agama Islam, perkara ini sudah termaktub, cuma ia perlu
diperkasakan lagi dengan tindakan konstruktif.
25. Kita perlu menyusun strategi yang betul, mengadakan program yang
konsisten dan mempunyai kurikulum yang tersusun dan jelas dalam
menghadapi serangan pemikiran dan ‘Aqidah serta Syari‘ah itu, dalam satu
skim Transformasi Bersepadu. Transformasi yang dimaksudkan ialah
Transformasi World View dalam spektrum wacana Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah
dari perspektif ‘ilmu, epistemologi, sosiologi, religio-politik dan
falasafah dsb, sesuai dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Negara.
Para pemikir politik, pembuat dasar, pelaksana dasar, penggubal
undang-undang, penguatkuasa, warga pendidik dan pelajar dan aktivis,
perlu memahaminya dengan benar dan mendalam perkara-perkara ini.
26.Selain dari kita memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan
‘ilmu-‘ilmu Islam itu, kita juga wajar memahami pengetahuan-pengetahuan
semasa, terutamanya pemikiran dan falsafah modernisme dan pasca
modernisme.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
27. Suatu perkara penting yang tidak boleh diabaikan sama sekali oleh
golongan dakwah ialah para aktivis dan NGO Dakwah Islam mesti mempunyai
sensitiviti dan kesedaran politik kenegaraan yang tinggi. Mereka perlu
pandai membaca situasi politik negara mereka dari kaca mata teori
siyasah atau politik Sunni dan menggunakan kaedah Siyasah Syar‘iyyah
dalam mengurus perjalanan politik negara mereka.
28. Kini masyarakat Malaysia, terutamanya Ummat Islam, penuh prihatin
mengikuti perkembangan politik semasa tanah air. Saya fikir, orang yang
dulunya tidak begitu prihatin, tetapi sekarang mereka lebih prihatin.
Dalam konteks politik semasa Malaysia, hanya orang-orang Malaysia sahaja
yang mengetahui situasi mereka seperti kata-kata hikmah: ‘orang Makkah
sahaja yang mengetahui lorong-lorong Makkah’. Ada sebahagian aktivis dan
perkumpulan politik Malaysia, yang terlalu ghayrah untuk mendapat kuasa
politik, mereka sanggup berbuat apa sahaja, malah menggunakan kaedah
yang tidak demokratik malah tidak Syar‘i dengan pendirian:
tujuan menghalalkan cara.
29. Sesuatu yang amat pelik, golongan yang mendakwa mahu
memperjuangkan demokrasi, telah hilang akal. Mereka mahu mengimport cara
sesetengah orang Asia Barat terutamanya Mesir mengurus politik semasa
mereka. Mereka yang kehilangan panduan dan prinsip ini, cuba
mengaplikasikan pandangan seorang ‘Ulama Asia Barat iaitu Dr. Yusuf
al-Qarodhowi. Al-Qarodhowi dikatakan menyokong Kebangkitan ‘Arab atau
Arab Springs, khususnya kebangkitan rakyat Mesir. Mereka di Malaysia
yang kematian akal ini, telah mengambil pandangan Dr. Qarodhowi, tanpa
menggunakan kaedah Usul Fiqh. Di antara Kaedah Usul Fiqh dan di dalam
sesuatu kes tertentu, keprihalan sesuatu tempat dan sebab, amat diambil
kira ketika mahu membuat pertimbangan hukum seperti dalam kes politik
semasa Malaysia ini. Satu hal lagi yang penting, yang tidak diteliti dan
difahami secara benar oleh golongan anarkis Malaysia ini ialah, Dr.
Qarodhowi tidak pula memberi fatwa menghalalkan menjatuhkan kerajaan
Qatar yang Sunni itu, walau pun semasa kebangkitan rakyat Mesir,
terdapat protes jalanan di Qatar, yang mahu menjatuhkan kerajaan Qatar.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang tidak kematian akal, patut menilai
mereka yang anarkis itu, dari kaca mata wacana politik Sunni bukan
selainnya – Syi‘ah atau pun Khawarij.
30. Menyentuh mengenai kedudukan dan kuasa politik Ummat Islam di
Malaysia hari ini, sukacita saya mengambil sedikit kesempatan di sini
melihatnya seperti yang diwacanakan oleh seorang pemikir politik dan
ahli ilmu dari Andalusia iaitu Imam Ibrahim bin Musa al-Syatibi (w 790/
1388). Menyentuh mengenai perpecahan Ummat, al-Syatibi rh menerangkan
bahawa faktor yang membawa perpecahan itu adalah kerana seseorang itu
menganggap dirinya telah mencapai tahap mujtahid sehingga memberi
‘fatwa’ sesat dan menyesatkan. Di Malaysia, kita mempunyai pengalaman,
yang mana ada orang yang dianggap ‘alim oleh kumpulan mereka, telah
memberi fatwa: sesiapa yang mengundi parti beliau akan masuk Syurga.
Faktor perpecahan yang kedua, ialah menurut hawa nafsu diabolik untuk
mendapat sesuatu perkara seperti kuasa dan tidak memperdulikan kaedah
Syara‘ lagi, dan tidak memperdulikan kesan dari tindakan tersebut sama
ada memberi kebaikan atau mafsadah atau kerosakan yang besar, bahkan
sehingga sanggup menjual agama sendiri dan faktor ketiga ialah mengambil
sunnah atau perjalanan hidup manusia pujaan atau idola dengan
meninggalkan petunjuk Rasul s‘aw. Faktor-faktor ini ditambah lagi oleh
seorang ‘alim besar dunia dari Syria iaitu Dr. Sa’id Ramadhan al-Buthi.
Kata beliau: … tidakkah malang, apabila Agama Islam dijadikan alat dan
ikutan [dibawah] telunjuk politik Zionis Amerika yang rakus, dan
bukankah elok, sekiranya politik itu berkhidmat menjaga Agama Allah yang
sebenar dengan sifatnya yang membangun, bukan meruntuh, menyatu bukan
memecah-belah [khutbah beliau pada 07 September 2012]. Selain daripada
itu, faktor pemecah belah masyarakat Islam kita di Malaysia ini ialah
faktor
wala’ dan
bai‘ah yang songsang.
Sesetengah ahli masyarakat kita oleh kerana terlalu taksub dan
mengkuduskan pemimpin mereka, mereka sanggup menolak Nass agama, jika
Nass itu bercanggah dengan pendapat pemimpin mereka. Perkara ini biasa
terjadi di dalam semua ajaran sesat agama. Kita sebagai da‘i, tidak
berputus asa untuk memperbaiki saudara-saudara kita yang tersesat itu.
Kita perlu lipat gandakan lagi usaha Dakwah kita untuk memahamkan
mereka. Mereka adalah saudara-saudara kita.
32. Para aktivis politik perlu memahami teori politik Islam dari
perspektif wacana politik Sunni bukan politik diabolik atau teori
politik Khawarij atau Syi‘ah atau politik Machiavelli: tujuan
menghalalkan cara! Aktivis politik perlu menyedari bahawa dalam teori
politik Islam, tiada sesiapa pun dibenarkan menjadi agen untuk
menjatuhkan kerajaan yang berpegang kepada ‘Aqidah Ahli Sunnah wa
al-Jama‘ah seperti Malaysia ini. Dalam buku
Building Moderate Muslim Networks
seperti yang disebut terdahulu, Zionis Kristian membina rangkaian
dikalangan orang Islam supaya mereka menjadi agen menjatuhkan kerajaan
mereka sendiri yang sah dan mendirikan negara yang diterajui oleh
golongan pro Zionis yang Liberalis lagi Pluralis Agama.
33. Masyarakat Islam Malaysia wajib mempertahankan kekuasaan politik
supaya tetap berada di tangan orang Islam Sunni. NGO Dakwah Islam perlu
menyedarkan masyarakat betapa ‘azab sengsara akan menimpa mereka, jika
kekuasaan politik jatuh ke tangan kumpulan politik anti Sunnah. Jika
anda baca buku
The Singapore Dilemma, akan jelas, betapa
‘azabnya kehidupan sebagai seorang Muslim, jika kuasa politik tidak
berada di tangan orang Islam dan dalam konteks Malaysia adalah Islam
Sunni. Bahkan, keperitan ini sudah dirasai oleh saudara-saudara Islam
kita di Pulau Pinang.
Hadirin-hadirat terhormat
34. Suatu perkara penting yang wajar disedari dan diberi perhatian
khusus oleh aktivis dakwah kita, ialah membina kepimpinan politik yang
benar-benar faham ajaran Islam. Sayyidina ‘Umar al-Khattab r‘a pernah
mengingatkan, perlu seseorang itu memahami ajaran Islam terlebih dahulu
sebelum menjadi pemimpin. Pemimpin-pemimpin ini perlu dibina supaya
memiliki sifat
al-syajā‘ah wa’n- najdah dengan ‘izzah
Muslimin iaitu berani dan mampu melaksanakan sesuatu, terutama yang
berkaitan dengan Agenda untuk memelihara dan memartabatkan Islam dan
berani pula bertindak menyekat anasir-anasir pemusnah Ummah. Dalam
istilah al-Qur’an, golongan perosak ini, disebut sebagai golongan
mufsidūn,
yang menjadi perosak dan penghalang kepada Agenda untuk merealisasikan
Islam sebagai saluran rahmat Ilahi kepada semesta ‘alam dalam rangkan
ajaran:
, bukan dengan mengujudkan agama baru yang bernama
world religion
seperti dalam gagasan Pluralis John Hick dan Pluralis yang lain. Dalam
keadaan seperti sekarang, yang mana Agama Islam sedang dicabar dan
diserang, pemimpin berkualiti seperti inilah yang amat sangat diperlukan
dan didahulukan.
35. Dari huraian rengkas sebentar tadi, kita telah dapat melihat
scenario religio-politik tanah air kita, yang amat menggerunkan. Kita
perlu mendepani segala isu-isu dan kemelut tersebut, melalui suatu
Agenda Besar Ummah yang bersepadu. Perlu dijelaskan bahawa Agenda Besar
Bersepadu ini, adalah merentasi kepentingan kelompok dan individu. Ia
disebut sebagai
Fiqh al-Ummah. Tujuan besarnya ialah mahu
mengajak setiap individu Muslim dan Muslimah semata-mata berlumba-lumba
menuju Allah: [al-Dzāriyāt:50] dan membesarkan Allah, bukan menuju
kepada pemimpin dan membesarkan malah mendewakan pemimpin kelompok
masing-masing hingga mentaqdiskan mereka, dengan pelbagai nama jolokan
seperti tokoh yang akan membebaskan Palestin, seumpama al-Mahdi,
mempunyai segala sifat kesempurnaan, tokoh pemersatu Ummat ‘Alam Melayu
dan entah apa lagi. Fiqh Ummah ini bermakna akan dapat menghilangkan
ketaasuban kepada kelompok dan manusia dan akan dapat menghilangkan
sifat Jahiliyyah. Sifat Jahiliyyah ialah benar atau salah, adalah
kumpulan saya, bukan berdasarkan neraca ‘ilmu Syara‘. Selain dari itu,
dengan memahami Fiqh Ummah dengan cara yang benar, ia akan dapat menyatu
padukan Ummah Muslimah seperti hati kita terpaut dengan saudara Muslim
kita yang berada di Afrika Utara atau Afrika Tengah atau di pedalaman
Papua, yang mazhab Fiqh mereka mungkin berlainan dari kita, tetapi
‘Aqidah mereka tetap sama dengan kita iaitu Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah.
Maka Fiqh al-Ummah adalah dalam rangka merealisasikan Agenda untuk
memelihara Dīnu’l-Islām selaras dengan kehendak Darūrah atau Kulliyāt
al-Khomsah.
Hadirin dan Hadirat
36. Agenda Besar kita ini, adalah bertolak dari memahami wacana
keilmuan Islam yang kaffah dari spektrum epistemologi Ahli Sunnah wa
al-Jama‘ah. ‘Ilmu yang benar, akan menjadikan Agama seseorang itu turut
menjadi benar, seperti sabda Nabiy s‘aw:
inna haza’l- ‘ilmā dīnun, terjemahan:
sesungguhnya ‘ilmu itu adalah agama. Maka agenda kita ialah diawali dengan membina
rijālu ’l-‘ilmi,yang
di dalam al-Qur’an disebut sebagai golongan [Āli ‘Imrān: 7; al-Nisā’:
162], iaitu golongan yang memahami secara tepat, benar, luas dan
mendalam, perkara-perkara yang berkaitan dengan
umūru ’d-dunya wa ’d-dīn atau perkara yang berkaitan dengan urusan dunya dan Agama. ‘Ilmu adalah kekuatan –
ipsa scientia potestas est.
Kita mempunyai sekolah-sekolah menengah – agama dan akademik, malah ada
yang berasrama penuh, maka premis-premis ini adalah sumber yang paling
berkesan untuk membina
rijālu ’ l- ilmi. Kecelaruan kefahaman ‘ilmulah yang menyebabkan sesetengah anggota masyarakat Islam menggunakan
darūrah al-khamsah
secara lintang-pukang dan membuta tuli, sehingga dīnu’l-Islām tergadai.
Maka inti wacana keilmuan ini ialah berpaksikan kepada wacana Tawhid
dan ‘Aqidah Sunni dalam spektrum epistemologinya yang baku.
37. Bersekali dengan pembinaan
rijālu’l-‘ ilmi ini, adalah dibina
‘aqal integrasi.
‘Aqal integrasi mengandungi ‘aqal ‘Ubudiyyah, ‘aqal tamyizi, ‘aqal
ibtisōr dll. Ada orang yang mempunyai ‘ilmu yang bertimbun-timbun,
tetapi malangnya, mereka tidak memiliki ‘aqal ‘ubudiyyah dan ‘aqal
tamyizi, yang justeru, menyebabkan mereka durhaka kepada Allah. Mereka
tidak memiliki ‘aqal tamyizi yakni ‘aqal yang mampu membezakan Kebenaran
Ilahiyah dari kebatilan Syaitoniyyah. Mereka menjadikan kebebasan
berfikir dan mantik diabolik, sebagai alat berfikir dan neraca dalam
membuat segala keputusan.
Hadirin terhormat.
38. Untuk melaksanakan semuanya ini, seperti yang saya sebut di awal,
NGO-NGO Dakwah dan ‘Ulama perlu menjadi rakan Pemerintah dalam
melaksanakan Agenda Besar itu. Agenda ini tidak akan dapat dilaksanakan
oleh Pemerintah jika terdapat halangan dari masyarakat terutamanya NGO
dan NGO juga tidak dapat merealisasikan agenda membina Ummah jika
pemerintah tidak mesra Islam. Dalam keadaan terbuka seperti sekarang,
malah pemerintah cukup pro dakwah, maka peluang ini wajar digarap
semaksimanya. Bukankah sekitar tahun 80an, gerakan dakwah pernah
bekerjasama dengan pemerintah dan pemerintah memberi peluang kepada
kumpulan dakwah berperanan sepenuhnya. Dan kenapa hari ini, keadaan
seperti dulu itu tidak boleh diwujudkan semula, lebih-lebih lagi dalam
keadaan
fi sā‘ati ‘usra keadaan gawat seperti sekarang? Apa halangannya?
39. Kita perlu sedar bahawa Gugusan Kepulauan Melayu dan Semenanjung
Tanah Melayu khususnya, pernah menjadi pusat kegiatan intelektual tahap
tinggi dan pusat dakwah tersusun. Ini adalah berkat hasil persefahaman
pemerintah dan rakyat, terutamanya kalangan ‘Ulama’. Dengan sikap
pemerintah yang terbuka dan pro Islam dewasa itu, kegiatan Dakwah yang
pesat dan terancang, telah dapat dilakukan. Para graduan dari Asia Barat
telah membuka pusat-pusat pengajian serata ceruk. Selain dari mengajar,
di pusat-pusat pengjian inilah mereka mengarang dan menterjemah
pelbagai kitab dalam pelbagai subjek dari perkara yang amat basik
hinggalah kepada perkara yang rumit dan sukar seperti konsep Wahdatu ’l
Wujud, Wahdatu ’s-Syuhud, konsep Isyraqi, kitab siyasah, mantiq,
perbahathan mengenai Kalam yang rumit-rumit, Tawassuf yang seni-seni
dsb. Adalah amat menarik, pada suatu ketika, terjadi perbahasan serious
antara Kaum Muda dengan Kaum Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah mengenai isu-isu
Agama.
40. Justeru kita perlu berusaha mengembalikan Malaysia sebagai Pusat
Dakwah dan kegiatan intelektual Islam unggul, yang berwibawa dan menjadi
tempat rujukan dan contoh.
41. Untuk tujuan tersebut, kita perlu mempunyai kerajaan yang kuat,
yang mendokong ajaran Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. Inilah yang akan
membawa kita kepada
Sa‘ādah atau Kebahagiaan iaitu
hasanah fi ’d-dunya dan
hasanah fi ’l-ākhirah.
Para hadirin terhormat,
42. Kita amat bertuah, kerana kita memiliki infrastruktur yang banyak
dan canggih untuk mengurus dan menjana Dakwah kita. Ini adalah kerana
kerajaan kita amat prihatin kepada pembangunan Islam dan Dakwahnya.
Justeru, kita mempunyai potensi besar untuk membangun sebuah tamaddun
besar yang berpaksikan Islam. Kita mempunyai Institut Latihan Dakwah,
Yayasan Dakwah, Pusat Penyelidikan Islam, Fakulti Pengajian Islam dan
Pusat Islam di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi, ada Bahagian atau Kor Agama
dalam Angkatan tentera, dalam Polis, kita ada NGO Dakwah, kita ada
penulis-penulis yang berjiwa Islam, kita ada Biro Agama dalam parti
pemerintah, kita ada PLKN, organisasi Belia yang diterajui oleh orang
Islam, kita ada persatuan-persatuan Guru yang dianggotai oleh orang
Islam, kita ada pemikir-pemikir serious yang mendalami Islam, kita ada
Mufti yang jujur dan jujur pula dengan ilmunya dan kita juga ada
kemudahan tempat yang lebih dari mencukupi untuk melaksanakan
program-program dakwah, seperti kampus INTAN untuk pegawai kerajaan, ada
kem-kem belia, kampus-kampus universiti dsb. Semua yang kita miliki
ini, wajar ditransformasikan ke dalam bentuk yang jelas kelihatan,
melalui suatu mekanisme dakwah yang lebih tersusun dan strategis dengan
korikulum yang tersusun. Dalam pemerhatian kami, usaha dakwah yang telah
dan sedang kita lakukan sekarang ini, lebih bersifat
ad hoc atau
mengikut kehendak pendakwah semata-mata, yang kadang-kadang, isi
ceramah yang disampaikannya itu, bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah wa
al-Jama‘ah yang menjadi pegangan negara kita, dan kadang-kadang pula
bercanggah dengan akta dan peraturan atau enakmen Islam negeri-negeri.
Dan sering juga isi kandungan ceramah atau dakwah tersebut, menggugat
kestabilan negara dan mencetuskan kegelisahan dalam masyarakat. Perkara
ini wajar ditangani secara tegas dan segera.
43. Untuk itu, marilah kita gunakan segala kemudahan dan potensi yang
kita ada itu, kita memadu tekad, berpakat dan bermuafakat di kalangan
kita: Umara -‘Ulama – Du‘at – Intelektual – Penulis – Teknokrat –
Pemikir – Strategis dan semua ahli masyarakat, bekerja keras menyusun
strategi menuju ke arah
marḍōtillāh dengan melaksanakan
amar makruf dan
nahi munkar, kerana usaha inilah yang menyebabkan Allah SwT mengangkat martabat manusia menjadi
khyara ummah, Ummat yang terbaik dikalangan sekalian manusia.
44. Akhir kalam,
Saya bagi pihak semua Jawatankuasa Pimpinan Pusat (JPP) MUAFAKAT,
merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd
Yasin, Timbalan Perdana Menteri, kerana dalam kesibukan tugas beliau
yang banyak dan berat lagi mencabar seperti sekarang ini, masih sudi
meluangkan masa bersama kita, bagi merasmikan program ini. Kepada beliau
kami semua ucapkan
jazakumullāhu khayran jazā’. Dan juga kepada staff beliau yang bertungkus lumus membantu menjayakan program ini.
Kepada rakan-rakan media – akhbar Utusan Malaysia, TV al-Hijrah dan
Radio IKIM, kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih, kerana sudi
menjadi media resmi kepada program ini.
Juga terima kasih kami kepada pengurusan PWTC kerana membenarkan kami menyewa Dewan Merdeka ini sebagai tempat Seminar.
Dan kepada semua hadirin dan hadirat, saya bagi pihak MUAFAKAT amat
berbesar hati dan terharu di atas keprihatinan Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
kerana sudi hadir dan meluangkan masa, untuk bersama-sama di sini.
Untuk itu, kami ucapkan
jazakumullāhu khayran.Jika tidak kerana Tuan-Tuan dan Puan-Puan, tiadalah ada apa-apa makna program ini.
Dan tentu sekali kepada penyumbang-penyumbang dana yang murah hati –
yang pasti, bukan dana asing – yang telah menyumbang kepada program ini,
dan justeru MUAFAKAT ucapkan setinggi-tingg terima kasih dan dengan
lafaz
jazakumullāhu khyaran kathīran.
Dan pasti tidak dilupakan kepada semua yang telah bertungkus lumus,
memberi buah fikiran, tenaga dan masa, sehingga Seminar ini dapat
dilaksanakan. Kepada mereka semua diucapkan terima kasih dan
jazakumullāh.
Saya sudahi dengan berbanyak syukur ke Hadrat Ilahiy.
الله أكبر ولله الحمد
وبالله الهداية والتوفيق والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sumber : MUAFAKAT