Sunday, December 9, 2012

bila malam bulan mengambang




bila malam bulan mengambang
pakai kopiah pakai serban pakai baju melayu panjang
turun masjid doa panjang pergi merata pelakbang rantau panjang
naik kereta enjin garang konon inilah harta sekangkang
rumah ada harier ada mercedes, usah tayang usah canang
biar orang nampak miskin fakir kedana tak pandai cari harta dan wang
sampai masa bagi ucapan mulai dengan hadis dan qu
ran orang tercengang
pertama mula tanya hadirin taukah kejahatan UMNO binatang?
semua mendengar jadi berang konon kerajaan berlaku curang
mulai sebut pasal kejahatan kerajaan panjang-panjang
orang ramai lagi berang tempik sorak sakit hati bukan kepalang
senyum dia panjang lebar jerat sudah mengena orang berang
caci maki mula menjalar UMNO bukan Islam perangai macam binatang
takbir nyaring bergema pendengar menyinga marah lagi bengang
disebut lagi kekayaan kroni kereta besar harta berguni rumah gadang
makin marah pendengar kain terlondeh mata liar memandang
begitu laku kala malam bulan mengambang
semua dibuat demi terjamin kerusi empuk di dewan tak hilang
sedang dia sendrii tahu semua disebut jual temberang
kerana dia pun tau rakan dan taulan sebanyak mana duit dan wang
dia tau ada sahabat mengata kerajaan sedap-sedap tanah berelung panjang
dia sedar kata nista tak patut dihambur tapi demi kononnya berjuang
maki siapa saja sesuka rasa nanti tak masuk buku pendokong juang
bila malam bulan mengambang beginilah manusia menjadi jalang
kejahatan sendiri didiam-diam kesilapan orang dicanang-canang
inilah kerja si tukang canang menjual mimpi menggadai lambang
konon inilah sunnah berjuang sedang di hati sayup bersarang
dendam kesumat tak kunjung padam mahukan lagi harta dan gudang
bila malam bulan mengambang
Pas keluar jual temberang
Share this article :

0 comments: