Friday, November 9, 2012

keceluparan manusia


 Segalanya bermula dari satu keceluparan manusia. Kesan dari tutur yang dihamburkan demi semata-mata atas nama kebenaran, kebebasan, dan keinginan menjadi bijak  yang meledak.

Catatan Pertama  




KUALA LUMPUR 7 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berhubung kebebasan beragama di negara ini khususnya melibatkan orang Melayu.

Sambil berkongsi penegasan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta tokoh dan pakar agama terhadap kenyataan pemimpin PKR itu, tegas Timbalan Perdana Menteri, hal ini demikian kerana kenyataan itu dibimbangi bercanggah dengan amalan atau perkara-perkara yang berkaitan akidah.

''Sudah banyak orang buat kenyataan (ulasan berhubung kenyataan Nurul Izzah). Saya berkongsi (pandangan) dengan tokoh-tokoh agama yang pakar dan mahir dalam soal itu (agama) serta rasa kecewa Sultan Selangor atas kenyataan yang dibuat.

''Kita harap beliau (Nurul Izzah) sedar ini satu kenyataan yang tak patut dibuat. Yang paling kita bimbang kenyataan itu bercanggah dengan amalan dan perkara-perkara yang berkaitan akidah. Apa lagi dikeluarkan oleh seorang Islam,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di sini hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian itu melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi, Sime Darby Property Selatan Sdn. Bhd., Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Sime Darby Bhd., Tun Musa Hitam dan Pengerusi Sime Darby Property Bhd., Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Ahad lalu, Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini berkata:

''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.''

Nurul Izzah berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya Sabtu lalu.

Bagaimanapun semalam, Nurul Izzah berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan media alternatif lain kerana mendakwa kenyataannya mengenai kebebasan beragama telah diputar belit.

Dalam pada itu, Muhyiddin ketika ditanya mengenai tindakan Nurul Izzah yang mahu menyaman Utusan Malaysia berkata:

''Dia (Nurul Izzah) biasa begitulah bila surat khabar dah keluar kenyataan. Lagipun Utusan (Utusan Malaysia) petik daripada portal. Yang itu (portal) dia tak nak saman, Utusan dia nak saman.

''Jadi biasa taktik itulah nak tunjuk konon dia tak salah, surat khabar yang putar belit. Tapi fakta itu (kenyataan Nurul Izzah) ada, boleh kita browse through (layari) tengok apa yang berlaku dalam kenyataan media sosial itu,'' tegasnya. UTUSAN




Catatan Kedua



Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini. “Kita Muslim. Kita tidak boleh menukar agama,”.

“Lain-lain, mereka lebih, apa yang anda panggil ... kepercayaan mereka mungkin membenarkan mereka (untuk menukar agama). Kita tidak seharusnya terlalu dipengaruhi oleh pemikiran barat.” kata Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan wartawan dalam sidang media selepas menerima anugerah kehormat dari Institut Perancangan Malaysia (IPM) di Hotel Renaissance pada Rabu.
Bekas perdana menteri keempat itu juga berkata, jika kebebasan seperti ini dibenarkan, maka ia boleh membawa kepada hujah-hujah perkauman, termasuk di kalangan mereka yang mempunyai agama sama.

“Jika kita bebas melakukan ini dan itu, akhirnya, kita akan mula membuat filem yang menghina agama lain dan kita akan bergaduh sama sendiri,” katanya.

“Jadi, jangan terlalu terpengaruh dengan pemikiran barat. Lelaki boleh berkahwin dengan lelaki, perempuan boleh berkahwin dengan perempuan… dan keluarga akan musnah.”katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Nurul Izzah itu mendapat sokongan daripada Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyatakan bahawa tidak ada paksaan di dalam Islam.

“Selepas mendengar penjelasan daripada beliau, saya faham apa yang dimaksudkan. Tiada paksaan dari segi amalan dalam agama Islam.

“Jika benar ada paksaan, sudah pasti kerajaan negara ini akan mengambil tindakan terhadap individu Islam seperti contoh wanita Islam yang tidak bertudung,” katanya dipetik Sinar.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu memberitahu akhbar tersebut, beliau pernah menulis artikel “Iman Tidak Boleh Dipaksa” dua tahun lalu dan isinya sama dengan apa yang Nurul Izzah katakan.

“Orang Melayu tidak boleh dipaksa dan beriman secara rela,” katanya. “Tetapi, dengan cara berdakwah, seseorang itu boleh kembali kepada iman.”

Di parlimen, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, tindakan undang-undang boleh diambil kepada Nurul Izzah kerana menghina Islam.

“Tiada peruntukan sebegitu, tetapi ia boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

“Mana-mana orang secara lisan atau bertulis mempersendakan atau menyebabkan Islam dipandang hina boleh dikenakan hukuman tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” jelas Mashitah.   AGENDA DAILY

Catatan Ketiga



KENYATAAN MEDIA YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Dalam isu melibatkan kebebasan memilih agama termasuk penganut agama Islam seperti yang dinyatakan oleh Nurul Izzah, ramai pihak telah mengemukakan pandangan masing-masing.

Jelas kelihatan ada dua pandangan daripada dua kumpulan. Pertama, pandangan yang menyokong dan mempertahankan pendirian Nurul Izzah. Kedua, pandangan ahli-ahli akademik yang berautoriti dan pimpinan masyarakat yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah. Nurul Izzah disifatkan sebagai jahil dalam agama Islam disamping umur yang terlalu muda untuk mengulas hal-hal akidah yang begitu berat konotasi dan implikasi.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan parasit PAS. Dr Zulkifli Ahmad dan Khalid Samad telah membuat kenyataan membela dan mempertahankan pandagan Nurul Izzah dengan alasan bahawa mereka yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah tidak memahami maksud sebenar kenyataan Nurul Izzah itu dan tidak mengikuti penerangan lanjut yang diberikan dalam lokasi yang berlainan.

Dr Zulkifli Ahmad menyentuh persoalan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang dilihat begitu tegas mengeluarkan kenyataan menyanggah apa yang disebutkan oleh Nurul Izzah sambil Baginda mengharapkan kenyataan-kenyataan sedemikian tidak berulang lagi demi menjaga kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya membaca kenyataan Dr Zulkifli Ahmad dalam dua keadaan. Pertama, Dr Zulkifli seolah-olah cuba menasihatkan Sultan supaya memperolehi gambaran yang jelas sebelum membuat kenyataan. Kedua, Dr Zulkifli juga bagi saya merendahkan martabat Baginda Sultan yang terkenal dengan sifat sangat  berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Biasanya Baginda akan merujuk kepada mereka yang berautoriti untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan dan setelah itu membuat satu keputusan dan rumusan setelah dihadam selumat-lumatnya.

Agak lucu bagi saya bila Dr Zulkifli mengatakan bahawa beliau cukup rapat dengan Tuanku Sultan. Sejak bila pula beliau cukup rapat dengan Tuanku?  Sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan kepada portfolio Agma Islam saya tidak pernah melihat batang tubuh Dr Zulkifli di dalam majlis yang melibatkan Baginda Sultan khususnya dalam acara-acara mengenai Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Sekali lagi saya merasakan Dr Zulkifli meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga berasakan Institusi Kesultanan dan batang tubuh Tuanku Sultan boleh “dipermainkan" sesuka hati.

Bagi mereka yang mengenali Dr Zulkifli, sudah tentu dapat merasakan satu perbezaan yang agak nyata di antara Dr Zulkifli sebagai seorang intelek dan penggerak Islam dengan Dr Zulkifli sebagai ahli politik yang kini bersekongkol dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Kini apa yang disuarakan adalah bayangan suara Anwar Ibrahim. Sebab itu bila anak Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan “carbon copy” ayahandanya, antara pimpinan PAS yang melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Dr Zulkifli hingga beliau sanggup merendahkan martabat istana dan Ke Bawah Duli Tuanku untuk dijadikan justifikasi mengiakan pandangan Nurul Izzah itu.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
TTDI Kuala Lumpur
8 November 2012




Share this article :

0 comments: