Saturday, March 22, 2014

Selawat Perdana

No comments:







Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah  di atas segala limpah dan izinnya
Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul
di Dataran Masjid Putrajaya 
telah dihadiri oleh ratusan ribu manusia.
Alhamdulillah

Inilah perubahan dalam masyarakat yang perlu disedari oleh semua.
Hakikat agama  berpaksikan Allah dan Rasul sentiasa
dekat dalam jiwa dan sanubari umat manusia.
Kehadiran yang begitu ramai, bukan kerana promo yang hebat
tetapi diiltizamkan oleh rasa kesedaran, keinginan jiwa untuk bersatu dan bersama
dalam majlis ilmu  untuk bersama berselawat, bertasbih, berdoa,
berqasidah serta mendengar tausiyyah  memuja Allah dan Rasul.

Inilah hakikat kehidupan yang sudah mula menyusur pantai perubahan.
Manusia tidak mahu lagi terjebak dalam perangkap kesamaran politik yang hanya
mengutamakan agenda dan kepentingan diri. Mereka sudah melihatnya
segala tindakan dan perbuatan yang kadangkala hanya merebut peluang
dari minat dan prihatin  masyarakat.
Mereka dibawa ke dalam acuan yang sematra-mata mempergunakan
segala rasa ingin tahu dan prihatin itu.
Alkhirnya ramai yang sedar bahawa untuk apa menjadi boneka
kepentingan manusia lain yang hanya mempergunakan mereka.

Selamat Perdana malam tadi tidak langsung bertujuan mempergunakan sesiapa.
Ia adalah seruan untuk bersama dalam ukhwah dan persaudaraan  serta
kembali kepada kesedaran dan keinsafan bahawa kita hanyalah hamba yang lemah
Hanya Allah yang maha berkuasa dan maha tahu segala apa yang berlaku.

Masyarakat inginkan ketenangan dan kedamaian jiwa dan kesegaran minda.
Cukuplah dengan beban dan tekanan permasalahan yang terjadi
bahawa negara dalam segala kerumitan yang memerlukan kebersamaan dan kekuatan perpaduan
untuk menghadapi segala cabaran.
Tidak ada manusia mahukan musibah tetapi jika ia tiba
hendaklah dihadapi dengan takwa dan kesepaduan ummah.

Tausiyyah dan doa pada bahagian akhir Selawat Perdana benar-benar
menyentuh kalbu.
Kita manusia tidak ada segala upaya  untuk mengatasi kekuasaan Allah.
Kecanggihan teknologi dan kemodenan tidak terbandingkan kekuasaan Allah.
Kita harus bertaubat dan berdoa memohon  keampunan Allah
agar segala musibah dapat di atasi dengan berjaya.

Tugas utama rakyat adalah bersama kerajaan
dan kerajaan bersama rakyat
berpadu dan saling membantu dalam menghadapi
tekanan dan fitnah

Allah telah membuka hati-hati kita
untuk kembali ke jalan lurus
jalan perdamaian, jalan rahmat dan jalan persaudaraan
marilah kita bersama berdoa dan berharap
bahawa negara kita akan selamat
dan rakyat hidup aman makmur  bersama
amin.



Continue Reading...

Sunday, March 9, 2014

Manusia dan akalnya

No comments:
More Fake Theories, Dumb Questions By The Press

May I ask the Editors of online papers, newspapers, online media, print media etc to send more qualified reporters to cover the MH370 Press briefings.

Do appreciate the fact that the Minister of Transport himself, the Chief of Airfiorce, Chief of Armed Forces have appeared to meet the Press. And they are updating the Press frequently. So there does not seem to be a cover up or conspiracy by the government ok. Dont be stupid.

Even if you want to embarass the government it does not mean you have to ask stupid questions. People are now asking about the Scorpene subs. Why arent they being used in the search and rescue.

A hunter killer sub is not equipped for search and rescue ok. The sub's active sonar is designed to detect vessels - subsea and surface type. Not wreckage lying on the seabed. Passive sonar wont help either because airplane wreckages do not emit sonar. Nowhere in the history of aircrashes or the crash of the Space Shuttle were US Navy or any other Navy's submarines used to detect plane wreckage. You need specialised submersibles to do that. Not hunter killer subs.

Yesterday one reporter asked if we are using our fighter jets for the search and rescue. Their look down capacity is limited lah, like your otak. Fighter jets are designed for air to air combat, ground strike and bombing missions using GPS. World War Two bombers had a hole in the bottom where the "look down" bomsight was attached. This is a nation that does not read.

I even received an sms about the Co Pilot. It said that he was promoted because he was "some influential character with accelerated promotion." Implying that caused the plane to crash. The people who create this fake news speak as though they were either present inside the cockpit or they had too much to drink at the long bar at the Selangor Club - which has been the source of many rumours before. Thats where the 'laa-yars' frequently hang out as well.

There is also much speculation about the two impostors. Although there are only two impostors, the Minister did mention four "names" being investigated. Because we have two "impostor" passport names. So what is the real identity of the two impostors? We need to find out their real names. Hence they are investigating the two impostor names plus both their real ids. Two plus two = four.

Where is the conspiracy ? The Minister has said that they are actually investigating the entire passenger and crew manifest. 239 people are being investigated, except maybe the two infants and any small children. No conspiracy ok.

Terrorists can be white people or non white people. But we rarely hear of Italian or Austrian terrorists in Italy or Austria since the Red Brigades. And definitely not in this neck of the woods. And they went down with the plane? Be real ok. Unless of course you are a terrorist from the Long Bar at the Selangor Club who drank too much.

Here's a conspiracy theory : maybe a couple of Tamil Eelam terrorists did get busted at the Long Bar, stole a couple of Mat Salleh passports and boarded the wrong flight to Beijing. When they realised they did not serve thosai they forced a turn back?? Is that stupid enough?

I think lets just wait and find the plane first. Families are involved. Let the experts do their jobs. Lets sort out what happened first. Keep the spirits in the bottle ok.

 Tulisan di atas adalah dari Blog OutSyed The Box

Saya  tertarik dengan sudut pandangan penulis  berkaitan dengan mentaliti, sikap dan  stail berfikir manusia. Pandangan ini jujur dan wajar direnungkan mendalam. Rupa-rupanya segala apa yang berlaku dalam dekad akhir sejarah negara menanamkan kesan yang tersendiri dalam daya fikir dan sikap manusia di negara ini. Rupanya ia sudah berakar menjadi mentaliti rakyat dengan dogma dan kecairan akal yang menakutkan.

Rasional dan insaf berpaksi agama, nilai dan kepercayaan menjadi terpinggir. Manusia menjadi lesu akal dan fikiran jernih menjadi berkeladak dan kadangkala begitu sempit. Gayua berfikir tidak lagi berpaksi rasional tetapi disumbat oleh halusinasi jiwa dan dendam yang berkobar. Pada mulanya berulas dari politik yang mencebikkan segala kerja baik kerajaan dan memuja-muja pembangkang meskipun tak ada yang patut dijadikan pujian. Setiap bernama kerajaan akan ada falasi dan silap serta jahatnya manakala setiap yang bukan kerajaan ada benarnya, bermutu dan memihak rakyat serta benar.

Pemikiran begini diharap sudah ghaib bersama tamatnya PRU13 yang lepas. Rupanya tidak. Ia sudah berkeladak dan sebati dengan segala apa situasi berlaku. Tak kira dari mana punca ia akan jadi berputar-putar oleh akal dangkal dan kecelaruan yang tak bersebab. Ia menjadi realiti hari-hari. Setiap apa yang berlaku ada kaitnya dengan niat jahat, konspirasi, dan jauh lagi kezaliman kerajaan. Ia akan berputar dalam alur sempit yang kadangkala menjengkelkan. Kita hilang rasional dan hilang pertimbangan. Banyak yang datang dari tohmah dan persepsi yang mengundang  kepada kontroversi. Banyak menyalak dari memberi solusi. Banyak teori dari praktisnya. Semakin berdegfar cakap semakin tak menjadi dan tak berbuat apa-apa.

grafik dari novandri

Kita menjadi sakit pada akal dan pada pemikiran kita. Terlalu banyak disondolkan dengan segala macam teori konspirasi dan segala macam telah dan tohmah kita menjadi tipis dalam memilih rasional. Khabar angin menjadi nyata sedang realiti kita persoalkan.

grafik dari headbomb

Syabas buat penulis Outside The Box yang sering mengajak kita menggunakan akal bijak bukan akal sendat oleh tohmah dan buruk sangka.

Sekali kita berdepan dengan musibah makal akan melaharlah segala prasangka, tohmah dan segala macam tuduhan semata-mata memperkecilkan usaha dibuat kerajaan. Seolah-olah negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan yang tidak pandai berbuat apa-apa. Sebuah kerajaan yang tidak tahu mengatur dan merencana kebaikan dan kemajuan negara. Kerana orang yang dianggap baik dan bijaksana kalah dan tewas dengan cara yang bijaksana juga. Kebijaksanaan rakyat memilih Barisan Nasional dan menolak pemikiran kusut masai pembangkang.

Tetapi masih bersarang dalam benak dan fikir manusia segala yang tidak berpaksi realiti dan rasional. Dalam menghadapi musibah MH370 terasa benar sebagaimana disebutkan oleh penulis Outside The Box.  Pemikiran wartawan yang bertanya soalan dalam sidang akhbar seolah-olah terpasung oleh konspirasi dan tohmah jahat. Mereka rupanya tidak dapat menjalin fikir yang rasional malah tidak upaya pula bertanya soalan yang rasional.

Petanda benar bahawa kita sudah dirasuk oleh pemikiran dangkal dan jumud. Tidak menjadi aneh lagi  kalau seorang ahli parlimen mengeluarkan kenyataan dalam twitter tentang segala kebusukan akalnya kerana begitu kita sekarang. Dangkal dan mabuk dalam kegilaan yang tak pasti. Kita sanggup menyelar anggota keselamatan dengan segala tohmah kerana kita sudah sakit dan akal kita sempit. Kita akan berbuat apa saja kerana kerosakan akal dan ketandusan jiwa. Kita akan menuduh dengan apa saja tuduhan tujuannya untuk menyerang dan menggasak kerajaan tanpa peduli benar atau salah. Kita hanya menjadi penyerang dan menyerang tanpa peduli apa kesan buat negara kita sendiri.

Ramai menjadi mangsa ilusi hanya kerana yang kita mahu tak menjadi nyata. Kita masih mahu menyalahkan siapa saja tanpa pernah bertanya apakah kita ini benar belaka??? Tak dapat tanduk telinga kita pulas malah kita sedang menuju kalah jadi abu menang jadi arang atau hampir kepada putih mata. Kita diacandui pemikiran dan ilusi yang sakit.

Rupanya pemikiran tinggi melalui KBAT di sekolah begitu mustahak dan perlu. Agar generasi baru jangan dilastik akal bijak yang berpaksi tohmah dan sanggah. Sebaliknya berfikir dengan kreatif, rasional dan pemikiran tinggi..

Marilah kita sama berdoa agar semua penumpang MH370 terselamat.
Dan mari kita berdoa agar kita dibebaskan dari segala macam akal jahat.
Amin.

Terbaru :

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang.

Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan.

"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan.

"Pada masa sama, operasi mencari dan menyelamat turut dilakukan di kawasan darat," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan daripada pesawat yang memaksa pesawat berkenaan berpatah balik.

"Berdasarkan siasatan kami, tiada sebarang hubungan dibuat antara pesawat dan pusat kawalan udara berhubung tindakan patah balik penerbangan itu," katanya.
Continue Reading...

#MH370 galeri

No comments:




foto dari malaymail online
Continue Reading...

Saturday, March 8, 2014

Asal Melayu

No comments:
Orang Melayu berasal dari Timur Tengah - Penyelidik sejarah




 MELAKA, 1 Okt (Bernama) -- Kajian sekumpulan penyelidik sejarah mendapati bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah berbanding teori sebelum ini yang menyebut bangsa itu berasal dari Yunan.

Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kajian 20 tahun itu dilakukan Felo Penyelidik Utama dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman; Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Pengerusi Suara Pribumi Zaharah Sulaiman.

Beliau berkata penemuan berkenaan disokong bukti saintifik sekaligus menyanggah penemuan sejarah terdahulu.

"Dari segi genetik daripada kajian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, DNA kita tidak sama dari negara di utara khususnya dari Yunan, DNA orang Melayu ini sama dengan orang Timur Tengah.

"Kajian ini penting kerana DNA menentukan keturunan dan asal usul kita, penemuan baharu ini amat kuat dan boleh dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Serantau Asal Usul Melayu Menelusuri Tunjang Melayu di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata hasil kajian berkenaan telah dibukukan dan bakal diterbitkan untuk tatapan umum.

Sementara itu, Dr Nik Hassan Suhaimi berkata teori bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah juga dapat dibuktikan melalui tiga lagi pendekatan kajian iaitu ethno-linguistik (bahasa), turun naik paras laut (geologi) dan kebudayaan material (artifak).

-- BERNAMA

ISMA bongkar asal-usul Melayu seluruh nusantara
November 9, 2013



BANGI, 9 Nov – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) membongkar asal-usul ketamadunan Melayu di seluruh Kepulauan Nusantara bagi membangunkan semula jati diri Melayu Islam.

Ujar Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, serangan demi serangan dilakukan di pelbagai sudut termasuklah terhadap bahan sejarah Melayu Islam itu sendiri.

“Sejarah yang sepatutnya menjadi antara alat utama di dalam membangkitkan jati diri umat Melayu Islam telah menjadi alat yang membunuh semangat juang orang-orang Melayu.

“Orang Melayu kini sudah tidak tahu bahawa mereka pernah menjadi penguasa Islam di satu daerah bergelar nusantara yang cukup luas suatu ketika dahulu,” katanya ketika berucap di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengulas lanjut ujarnya, penghakisan identiti Islam dan Melayu oleh pihak musuh menjadi semakin berani dan agak agresif.

Justeru ISMA menjadikan penganjuran Kolokium Sejarah ‘Membina Kedaulatan Melayu Islam di Nusantara’ ini sebagai langkah awal untuk mengembalikan ketamadunan Melayu di samping membina hubungan antara badan-badan Melayu seluruh nusantara ini.

Bagi membongkar semua ini, ISMA menampilkan sejarawan-sejarawan nusantara antaranya Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Ali Zaman D. Gamon, MA Timbalan Ketua Biro Politik & Pentadbiran Lembaga Adat Melayu Riau, Dr. Ahmad Tarmizi Yusa, Ketua pegawai Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Dr Haji Hadi Bin Mat Melayong, Timbalan Ketua Pusat Sejarah Brunei Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan Brunei, Haji Abd Karim Haji Abd Rahman dan Pensyarah UKM serta Ahli Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Mohamad Zain Bin Musa.

Antara lain ialah Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam, Prof Dr Mahayudin bin Hj Yahaya, Timbalan Rektor, Institut Agama Islam Negeri Alauddin Makassar, Prof. Dr. H. Ahmad M. Sewang, M.A.Sewang, Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) & Mantan Timb Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato’ Dr Wan Hashim Haji Wan The, Direktur CISAH, Ustaz Taqiyuddin Muhammad, Pengerusi Pusat Pemulihan Seni Budaya Tempatan & Alam Sekitar Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PUSTA), Ustaz Ismail Ishaq Benjasmith dan Peneliti Badan Litbang & Diklat Kemeterian Agama Islam, Dr Ahmad Rahman. M.A.G APU.

Ujar Ustaz Abdullah, dengan pendedahan salasilah konspirasi dari pihak Barat di beberapa wilayah China yang membawa kepada hilangnya kerajaan Melayu Islam Champa, Filipina, Singapura dan lainnya kelak akan dapat mengubah dan memperbetulkan identiti serta minda orang Melayu.

“Bahkan lakaran sejarah yang ada akan dikutip sebagai formula kebangkitan semula kuasa Islam di seluruh nusantara ini,” ujarnya.

Isma

Continue Reading...

Kedah Berselawat

No comments:
DS Mukhriz Bersalawat Bersama Rakyat


MALAM kelmarin bertempat di Stadium Darulaman Alor Setar berlangsung Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat dengan kehadiran kira-kira 40,000 umat Islam dari seluruh pelosok negeri ini untuk menzahirkan kecintaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Majlis dihiasi dengan alunan qasidah dan selawat diketuai tokoh qasidah terkenal Indonesia, Habib Syech As Seggaf usai perarakan peserta pada lewat petang yang diketuai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tazkirah ulama yang hadir pada majlis ilmu tersebut sangat berharga kepada mereka yang hadir dan begitu juga lantunan qasidah dan selawat yang bergema menjadi pengisian yang sangat bermakna.

Pun begitu di sebalik niat kerajaan negeri Kedah memperbanyakkan usaha dakwah dan tarbiah kepada masyarakat Islam di negeri ini seperti program tersebut masih ada suara-suara sumbang dalam kalangan pemimpin pembangkang menuduhnya sekadar percaturan politik demi meraih sokongan rakyat.

Tanpa segan-silu, ada yang sanggup menggelar Mukhriz dengan pelbagai nama dan apa yang menyedihkan adalah kenyataan seumpama itu keluar dari mulut pemimpin yang mengakui Islam sebagai teras perjuangan parti mereka.

Barangkali parti pembangkang hari ini semakin tercabar kerana pelbagai langkah yang sebahagiannya menjadi dasar kerajaan negeri dalam mempertahankan Islam dan umatnya semakin mendapat tempat di hati rakyat termasuk daripada parti lawan.

Apatah lagi, pentadbiran Mukhriz dilihat konsisten dalam memastikan kesejahteraan Islam di negeri ini sekali gus dilihat menggerunkan terutama sekali apabila beliau mampu melaksanakan dasar yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pemerintahan sebelum ini.

Sebagai contoh, pewartaan fatwa anti Syiah yang kelak penggubalan enakmen di bawahnya dan ketegasan kerajaan negeri terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama lain dalam kitab mereka, memperlihatkan kesungguhan Mukhriz dalam menjaga kesejahteraan Islam di negeri ini.

Mukhriz juga berani mengambil langkah mengasingkan pendapatan negeri daripada sumber yang patuh syariah dan tidak patuh syariah bagi perbelanjaan yang melibatkan umat Islam iaitu sesuatu yang julung-julung kali diadakan.

Siapa yang dapat menjangka seorang pemimpin yang dilihat sering tampil dengan imej korporat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini mempunyai sisi lain sebagai seorang pemimpin yang tegar dalam menegakkan syiar Islam.

Nah, ini sebenarnya realiti kepimpinan Mukhriz yang digeruni pemimpin pembangkang negeri ini sekali gus cuba diserongkan dengan pelbagai tohmahan walaupun ketika beliau cuba mengusahakan pelbagai langkah ke arah meningkatkan kerohanian umat Islam negeri ini.

Berbalik kepada program malam tadi, selain bagi memupuk penghayatan dan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW, majlis seumpama ini seharusnya dilihat sebagai medan penyatuan seluruh umat Islam dan tidak sewajarnya ‘diserongkan’ hanya kerana penganjurannya diterajui oleh kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh UMNO-BN.

Kebanyakan penduduk negeri ini sebenarnya cukup bersyukur dan gembira dengan penganjuran acara seumpama itu yang memberi peluang kepada mereka beribadah dan menyatakan kecintaan kepada Rasulullah.

Semua memahami bahawa Islam memberi ganjaran yang lumayan kepada orang yang banyak berselawat ke atas Rasulullah seperti firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Mukhriz sendiri menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan program Kedah Berselawat sebagai acara tahunan dan niat murni beliau wajar disahut semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Mudah-mudahan, pada ketika pemimpin pembangkang di negeri ini ‘bekerja keras’ meletakkan pantang-larang pada pentadbiran Mukhriz, beliau tidak melatah dengan membalas perbuatan serong tersebut sebaliknya meneruskan sahaja usahanya kerana akhirnya, rakyat yang akan menilai keikhlasan beliau itu.

utusan online


 Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat

Program yang berjalan dengan lancar dan jayanya dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat memenuhi Stadium Darul Aman. Dato Seri Mukhriz bersama-sama rakyat dari awal sehingga akhir program.
Hadir sama ialah Dato Mufti Negeri Kedah yang juga berada bersama dari mula hingga akhir.
Dendangan nasyid-nasyid berkumandang kedengaran yang juga disiarkan melalui TV AlHijrah.  Kehadiran yang amat memberangsangkan menunjukkan bahawa rakyat Kedah sangat teruja untuk bersama-sama program seperti ini.

 






Continue Reading...

Selawat Perdana

No comments:
SELAWAT PERDANA
DATARAN MASJID PUTRAJAYA
21 MAC 2014 8.00 MLM


Insya Allah

Continue Reading...

Mereka Telah Meninggalkan

No comments:
buat renungan bersama
demi negara tercinta
Continue Reading...

Pesawat MH370 Hilang

No comments:


Operasi mencari pesawat MH370 diperluaskan - Najib
08/03/2014 8:24pm

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang akan diperluaskan selepas usaha mencari di kawasan terakhir isyarat diterima tidak dapat dikesan.

Beliau berkata, perbincangan bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta ketua-ketua agensi memutuskan supaya usaha mencari diperluaskan.

"Kami tidak menemui sebarang bangkai pesawat,” katanya pada sidang media berkenaan kehilangan pesawat tersebut di sini hari ini.

"Doa dan ingatan kami bersama semua penumpang dan anak kapal selain anggota keluarga mereka,” kata beliau.

Najib berkata, bilangan aset yang dikerah untuk operasi mencari telah ditambah melibatkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, termasuk empat pesawat Hercules C130, sebuah pesawat CN325, empat pesawat EC725 dan sebuah Beechcraft King Air.

Beliau berkata, dua pesawat Bombardier dan dua helikopter Agusta kepunyaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta enam buah kapal Tentera Laut dan tiga kapal Maritim Malaysia turut digunakan.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang temasuk 12 orang kru, hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi tadi menuju ke Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. - Bernama

kosmo


KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai nama penumpang dan kru pesawat MH370 yang dikeluarkan oleh MAS

1 AN WENLAN, CHN, 65

2 BAO YUANHUA, CHN, 63

3 BAI XIAOMO, CHN, 37

4 BIAN MAOQIN, CHN, 67

5 BIAN LIANGJING, CHN, 27

6 BIBYNAZLI MOHDHASSIM, MYS, 62

7 BRODSKII NIKOLAI, RU, 43

8 BURROWS RODNEYMR, AUS, 59

9 BURROWS MARYMRS, AUS, 54

10 CAO RUI, CHN, 32

11 CHAN HUAN PEEN, MYS, 46

12 CHE JUNZHANG, CHN, 68

13 CHEN JIAN, CHN, 58

14 CHEN CHANGJUN, CHN, 35

15 CHEN WEI, MYS, 43

16 CHEN YUN, CHN, 57

17 CHEW KAR MOOI, MYS, 31

18 CHUANG HSIU LING, TWN 45

19 CHNG MEI, MYS, 33

20 CHUSTRAK OLEG, UKR, 45

21 DAI SHU LING, CHN, 58

22 DAISY ANNE, MYS, 56

23 DEINEKA SERGII, UKR, 45

24 DI JIABIN, CHN, 36

25 DINA MOHAMED YUNUS RAMLI, MYS, 30

26 DING YING, CHN, 28

27 DING LIJUN, CHN, 43

28 DING YING, CHN, 62

29 DONG GUOWEI, CHN, 48

30 DOU YUNSHAN, CHN, 61

31 DU WEN, CHN, 50

32 FENG DONG, CHN, 21

33 FENG JIXIN, CHN, 70

34 FU BAOFENG, CHN, 28

35 GAN TAO, CHN, 44

36 GAN FUXIANG, CHN, 49

37 GAO GE, CHN, 27

38 GU NAIJUN, AUS, 31

39 GUAN HUA JIN, MYS, 34

40 GUAN WEN JIE, CHN, 35

41 HAN JING, CHN, 53

42 NOORIDA HASHIM, MYS, 57

43 HOU AIQIN, CHN, 45

44 HOU BO, CHN, 35

45 HU SIWANCHD, CHN, 3

46 HU XIAONING, CHN, 34

47 HUANG YI, CHN, 30

48 HUANG TIAN HUI, CHN, 43

49 HUE PUI HENG, MYS, 66

50 JIA PING, CHN, 32

51 JIANG CUIYUN, CHN, 62

52 JIANG XUEREN, CHN, 62

53 JIANG YING, CHN, 27

54 JIAO WEIWEI, CHN, 32

55 JIAO WENXUE, CHN, 58

56 JINGHANG JEE, MYS, 41

57 JU KUN, CHN, 32

58 KANG XU, CHN, 34

59 KOH TIONG MENG, MYS, 40

60 KOLEKAR CHETANA, IND, 55

61 KOLEKAR SWANAND, IND, 23

62 KOLEKAR VINOD, IND, 59

63 KOZEL CHRISTIAN, AUT, 30

64 LAWTON CATHERINE, AUS, 54

65 LAWTON ROBERT, AUS, 58

66 LEE KAH KIN, MYS, 32

67 LEE SEW CHU, MYS, 55

68 LI YANLIN, CHN, 29

69 LI ZHI, CHN, 41

70 LI GUOHUI, CHN, 56

71 LI HONGJING, CHN, 20

72 LI JIE, CHN, 27

73 LI MINGZHONG, CHN, 69

74 LI WENBO, CHN, 29

75 LI YAN, CHN, 31

76 LI YUAN, AUS, 33

77 LI YUCHEN, CHN, 27

78 LI ZHIJIN, CHN, 30

79 LI ZHIXIN, CHN, 35

80 LI LE, CHN, 36

81 LIANG LUYANG, CHN, 60

82 LIANG XUYANG, CHN, 30

83 LIM POW CHUA, MYS, 43

84 LIN ANNAN, CHN, 27

85 LIN MINGFENG, CHN, 34

86 LIU FENGYING, CHN, 65

87 LIU JINPENG, CHN, 33

88 LIU QIANG, CHN, 40

89 LIU RUSHENG, CHN, 76

90 LIU SHUNCHAO, CHN, 46

91 LIU ZHONGFU, CHN, 72

92 LOU BAOTANG, CHN, 79

93 LU JIANHUA, CHN, 57

94 LU XIANCHU, CHN, 33

95 LUI CHING, CHN, 45

96 LUO WEI, CHN, 29

97 MA WENZHI, CHN, 57

98 MA JUN, CHN, 33

99 MAIMAITIJIANGA, CHN, 35

100 MAO TUGUI, CHN, 72

101 MARALDI LUIGI ITA, 37

102 MARIA MOHAMED YUNUS RAMLI, MYS, 52

103 NORFADZILLAH MAT RAHIM, MYS, 39

104 MENG NICOLE, USA, 4

105 MENG BING, CHN, 40

106 MENG FANQUAN, CHN, 70

107 MENG GAOSHENG, CHN, 64

108 MOHD KHAIRUL AMRI SELAMAT, MYS, 29

109 MOHAMAD SOFUAN IBRAHIM, MYS, 33

110 MUHAMMAD RAZAHAN ZAMANI, MYS, 24

111 SUHAILI MUSTAFA, MYS, 31

112 MUKHERJEE MUKTESH, CAN, 42

113 NG MAYLI, MYS, 37

114 NORLIAKMAR HAMID, MYS, 33

115 OUYANG XIN, CHN, 38

116 PUSPANATHAN SUBRAMANIAN, MYS, 34

117 RAMLAN SAFUAN, MYS, 32

118 SHARMA CHANDRIKA, IND, 51

119 SHI XIAN WEN, CHN, 26

120 SHIRSATH KRANTI, IND, 44

121 SIM KENG WEI, MYS, 53

122 SIREGAR FIRMAN, IDN, 25

123 SONG FEIFEI, CHN, 32

124 SONG CHUN LING, CHN, 60

125 SONG KUN, CHN, 25

126 SU QIANGGUO, CHN, 71

127 SUADAYA FERRYINDRA, IDN 42

128 SUADAYA HERRYINDRA, IDN 35

129 SUGIANTO LO, IDN, 47

130 SURTIDAHLIA, NLD, 50

131 TAN TEI KHIN, MYS, 32

132 TAN AH MENG, MYS, 46

133 TAN WEI CHEW, MYS, 19

134 TAN CHONG LING, MYS, 48

135 TAN SIOH, MYS, 42

136 TANG XUDONG, CHN, 31

137 TANG XUEZHU, CHN, 57

138 TANURISAM INDRASURIA, IDN, 57

139 TEE LIN KEONG, MYS, 50

140 TEOH KIM LUN, MYS, 36

141 TIAN JUNWEI, CHN, 29

142 TIAN QINGJUN, CHN, 51

143 TONG SOON LEE, MYS, 31

144 VINNY CHYNTHYATIO, IDN, 47

145 WAN HOCKKHOON, MYS 42

146 WANG SHOUXIAN, CHN, 69

147 WANG SHU, CHN, 61

148 WANG XIANJUN, CHN, 61

149 WANG CHUNHUA, CHN, 34

150 WANG CHUNYONG, CHN, 43

151 WANG DAN, CHN, 54

152 WANG HAITAO, CHN, 26

153 WANG HOUBIN, CHN, 28

154 WANG LINSHI, CHN, 59

155 WANG WILLYSURIJANTO, IDN, 53

156 WANG YONGGANG, CHN, 27

157 WANG YONGHUI, CHN, 33

158 WANG YONGQIANG, CHN, 30

159 WANG LIJUN, CHN, 49

160 WANG XIMIN, NZL, 50

161 WANG RUI, CHN, 35

162 WANG MOHENG, CHN 2

163 WATTRELOS AMBRE, FRA, 14

164 WATTRELOS HADRIEN, FRA, 17

165 WATTRELOS LAURENCE, FRA, 52

166 WEEKS PAUL, NZL, 39

167 WEN YONGSHENG, CHN, 34

168 WEN HAO, CHN, 32

169 WENG MEI, CHN, 39

170 WONG SAI SANG, MYS, 53

171 WOOD PHILIP, USA, 51

172 XIE LIPING, CHN, 51

173 XIN XIXI, CHN, 32

174 XING, FENGTAO, CHN, 36

175 XING QIAO, CHN, 27

176 XIONG DEMING, CHN, 63

177 XU CHUANE, CHN, 57

178 YA NA, CHN, 26

179 YAN LING, CHN, 29

180 YAN PENG, CHN, 29

181 YAN XIAO, CHN, 27

182 YANG LI, CHN, 35

183 YANG AILING, CHN, 60

184 YANG JIABAO, CHN, 26

185 YANG MEIHUA, CHN, 65

186 YANG QINGYUAN, CHN, 57

187 YANG XIAOMING, CHN, 59

188 YAO JIANFENG, CHN, 70

189 YAO LIFEI CHN, 31

190 YAP CHEE MENG, MYS, 39

191 YIN BOYAN, CHN, 33

192 YIN YUEWANG, CHN, 21

193 YUAN JIN, CHN, 63

194 YUE GUIJU, CHN, 51

195 YUE WENCHAO, CHN 26

196 YUSOP MUZI, MYS, 50

197 ZANG LINGDI, CHN, 58

198 ZHANG CHI, CHN, 58

199 ZHANG LIQIN, CHN, 43

200 ZHANG QI, CHN, 31

201 ZHANG YAN, CHN, 45

202 ZHANG HUA, CHN, 43

203 ZHANG LIJUAN, CHN, 61

204 ZHANG NA, CHN, 34

205 ZHANG SIMING, CHN, 71

206 ZHANG XIAOLEI, CHN, 32

207 ZHANG HUALIAN, CHN, 42

208 ZHANG JIANWU, CHN, 31

209 ZHANG JINQUAN, CHN, 72

210 ZHANG MENG, CHN, 29

211 ZHANG XUEWEN, CHN, 61

212 ZHANG YAN, CHN, 36

213 ZHANG YAN, USA, 2

214 ZHANG YANHUI, CHN, 44

215 ZHANG ZHONGHAI, CHN, 43

216 ZHANG SHAOHUA, CHN, 32

217 ZHAO GANG, CHN, 46

218 ZHAO QIWEI, CHN, 37

219 ZHAO YINGXIN, CHN, 3

220 ZHAO PENG,CHN, 25

221 ZHAO YAN, FRA, 18

222 ZHAO ZHAOFANG, CHN, 73

223 ZHENG RUIXIAN, CHN, 42

224 ZHOU FENG, CHN, 56

225 ZHOU JINLING, CHN, 61

226 ZHOU SHIJIE, CHN, 64

227 ZHU JUNYAN, CHN, 41

KRU PESAWAT MH370

1 ZAHARIE AHMAD SHAH

2 FARIQ AB HAMID

3 PATRICK FRANCIS GOMES

4 ANDREW NARI

5 GOH SOCK LAY

6 TAN SER KUIN

7 WAN SWAID WAN ISMAIL

8 JUNAIDI MOHD KASSIM

9 MOHD HAZRIN MOHAMED HASNAN

10 NG YAR CHIEN

11 FOONG WAI YUENG

12 TAN SIZE HIANG


Continue Reading...