Saturday, March 22, 2014

Selawat Perdana









Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah  di atas segala limpah dan izinnya
Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul
di Dataran Masjid Putrajaya 
telah dihadiri oleh ratusan ribu manusia.
Alhamdulillah

Inilah perubahan dalam masyarakat yang perlu disedari oleh semua.
Hakikat agama  berpaksikan Allah dan Rasul sentiasa
dekat dalam jiwa dan sanubari umat manusia.
Kehadiran yang begitu ramai, bukan kerana promo yang hebat
tetapi diiltizamkan oleh rasa kesedaran, keinginan jiwa untuk bersatu dan bersama
dalam majlis ilmu  untuk bersama berselawat, bertasbih, berdoa,
berqasidah serta mendengar tausiyyah  memuja Allah dan Rasul.

Inilah hakikat kehidupan yang sudah mula menyusur pantai perubahan.
Manusia tidak mahu lagi terjebak dalam perangkap kesamaran politik yang hanya
mengutamakan agenda dan kepentingan diri. Mereka sudah melihatnya
segala tindakan dan perbuatan yang kadangkala hanya merebut peluang
dari minat dan prihatin  masyarakat.
Mereka dibawa ke dalam acuan yang sematra-mata mempergunakan
segala rasa ingin tahu dan prihatin itu.
Alkhirnya ramai yang sedar bahawa untuk apa menjadi boneka
kepentingan manusia lain yang hanya mempergunakan mereka.

Selamat Perdana malam tadi tidak langsung bertujuan mempergunakan sesiapa.
Ia adalah seruan untuk bersama dalam ukhwah dan persaudaraan  serta
kembali kepada kesedaran dan keinsafan bahawa kita hanyalah hamba yang lemah
Hanya Allah yang maha berkuasa dan maha tahu segala apa yang berlaku.

Masyarakat inginkan ketenangan dan kedamaian jiwa dan kesegaran minda.
Cukuplah dengan beban dan tekanan permasalahan yang terjadi
bahawa negara dalam segala kerumitan yang memerlukan kebersamaan dan kekuatan perpaduan
untuk menghadapi segala cabaran.
Tidak ada manusia mahukan musibah tetapi jika ia tiba
hendaklah dihadapi dengan takwa dan kesepaduan ummah.

Tausiyyah dan doa pada bahagian akhir Selawat Perdana benar-benar
menyentuh kalbu.
Kita manusia tidak ada segala upaya  untuk mengatasi kekuasaan Allah.
Kecanggihan teknologi dan kemodenan tidak terbandingkan kekuasaan Allah.
Kita harus bertaubat dan berdoa memohon  keampunan Allah
agar segala musibah dapat di atasi dengan berjaya.

Tugas utama rakyat adalah bersama kerajaan
dan kerajaan bersama rakyat
berpadu dan saling membantu dalam menghadapi
tekanan dan fitnah

Allah telah membuka hati-hati kita
untuk kembali ke jalan lurus
jalan perdamaian, jalan rahmat dan jalan persaudaraan
marilah kita bersama berdoa dan berharap
bahawa negara kita akan selamat
dan rakyat hidup aman makmur  bersama
amin.



Share this article :

0 comments: