Sunday, January 11, 2015

menjadi pancang harap


di tengah hiba di tengah nestapa
ada yang menjadi pancang harap
melepas gundah membilas ngilu
menjadi pancanag harap
mengemudi ke masa depan
dengan yakin dan percaya
bahawa derita ini bersaksi
dan ada hati yang simpati

hanya airmata dititiskan
tanda sebak menyulam jiwa
kerana dalam kabus dan gumpal sengsara
ada yang tiba memberi nafas
memberi pancang harap

tuhanlah yang adil 
tumbuhkan di bumi bertuah ini
mereka yang tulus mendengar dan mendakap
segenap pilu dan rintih
derita bangsa
mereka yang memberi
dengan hati dan jiwa









Share this article :

0 comments: