Wednesday, November 28, 2018

upah

No comments:
Peguam pemaju upah RM150,000 untuk ceroboh kuil - Muhyiddin
Oleh Irwan Shafrizan Ismail



PUTRAJAYA: Siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dua peguam terbabit adalah antara 21 orang yang sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan berkenaan.

“Siasatan polis mendapati peguam syarikat pemaju mengupah sekumpulan lelaki untuk ceroboh dan kawal kuil sebelum polis datang ke tempat kejadian.

“Sejumlah RM150,000 diserah kepada ketua kumpulan ini yang mana setiap orang diberi upah antara RM150 hingga RM300.

“Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab ini menimbulkan kemarahan penganut sehingga timbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda. Kita kesal dengan tindakan cuai diambil pemaju, sekiranya tindakan gopoh ini tidak diambil, saya yakin kekecohan tidak berlaku,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Ditanya sama ada wang upah berkenaan diberi oleh pemaju, Muhyiddin berkata pihaknya kita tidak menolak akemungkinan itu.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Akibat kejadian rusuhan itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh berada di dalam keadaan kritikal.

One City Development Sdn Bhd adalah pemaju yang memiliki tanah kuil berkenaan.



MUHYIDDIN mengadakan sidang media khas di Putrajaya, hari ini berhubung isu pergaduhan yang tercetus di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, kelmarin. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

bharian
Continue Reading...

Monday, November 26, 2018

Tun M dan pegawai kanan kerajaan

No comments:





Hasrat kita bukan setakat untuk mendapat pegawai kerajaan yang bersih, tetapi ahli-ahli politik yang dipilih oleh rakyat juga mesti bersih.”

- Tun Dr Mahathir semasa berucap di Majlis Perjumpaan Pegawai Pegawai Kanan Kerajaan di Langkawi International Convention Centre


DR Mahathir Mohamad bersalaman dengan pegawai-pegawai kanan Kerajaan pada majlis perjumpaan pegawai-pegawai kanan Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC). - Foto BERNAMA

Pegawai kerajaan diminta bersabar dengan menteri - PM
Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Hamzah Osman

LANGKAWI: Pegawai kanan kerajaan diminta bersabar dengan sikap menteri, timbalan menteri dan pegawai lantikan politik, yang mungkin tidak sependapat dalam cara kerajaan baharu ditadbir.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, berkata kebanyakan menteri, timbalan menteri dan pegawai terbabit masih baharu serta tidak mempunyai pengalaman bagaimana negara ditadbir.

“Kecuali saya yang mempunyai sedikit pengalaman menjadi Perdana Menteri sebelum ini, lain-lain menteri dan timbalan menteri masih baharu.

“Saya minta pegawai kerajaan sabar dan bertolenrasi dengan mereka. Cuba terangkan langkah terbaik dalam membuat sebarang keputusan,” katanya pada sesi dialog Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, bertanya mengenai campur tangan pegawai lantikan politik tertentu yang enggan mematuhi peraturan sebenar proses pentadbiran menyebabkan pihaknya terpaksa campur tangan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, ada menteri dan timbalan menteri takut berhadapan dengan pegawai kanan kerajaan terutamanya mereka yang mempunyai pengalaman luas.

“Menteri sebenarnya takut jumpa pegawai kerajaan yang berpengalaman, malah ada (menteri) lari tidak mahu jumpa media.

“Tetapi yang hendak buat kerja ini pegawai kerajaan, kita hanya beri arahan. Saya selesa dengan kebanyakan pegawai senior ketika ini kerana dahulu mereka adalah pegawai junior saya,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak akan melantik penyokong parti politik tertentu yang tidak mempunyai kelayakan dan kelulusan untuk memegang jawatan penting dalam jabatan atau institusi di bawahnya.

“Sekarang, kita tentukan pemegang jawatan tertinggi dalam kerajaan terdiri daripada mereka yang terlatih dan cekap. Ada ahli politik tidak cekap dan profesional, kita tidak pilih.

“Mereka tiada kelulusan, kecekapan, namun ada hasrat untuk jadi pegawai tertinggi. Kita bimbang mereka tidak menjayakan institusi tapi untuk diri sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata, bagi mengembalikan pentadbiran yang baik dan menjamin masa hadapan, kakitangan awam yang terbabit dalam kegiatan salah laku perlu disingkirkan.

Sementara itu, pada sidang media, Dr Mahathir berkata, keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD), bukan dibuat kerana tekanan daripada PAS dan UMNO.

Katanya, langkah itu juga diambil kerana kerajaan mengetahui rakyat tidak setuju dengan tindakan meraktifikasi ICERD.

“Saya menafikan kita buat keputusan tidak meratifikasi ICERD kerana politik atau bimbang hilang sokongan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

“Keputusan ini dibuat Kabinet dan tidak perlu dibawa ke Parlimen. Saya sudah katakan, adalah mustahil (raktifikasi) kerana perlu sokongan dua pertiga ahli parlimen, malah ada wakil rakyat kita (Pakatan Harapan) tidak sokong,” katanya.

Mengulas mengenai PAS yang meneruskan hasrat berhimpun pada 8 Disember ini, Dr Mahathir berkata, ia terpulang kepada parti itu dan penyokongnya kerana negara ini mengamalkan demokrasi.

“Ini negara demokrasi, mereka ingin berdemostrasi pergilah. Cuma jangan buat kotor sahaja,” katanya.

bharian



Tun M yakin dapat ‘bersihkan’ jentera kerajaan


TUN Dr. MAHATHIR MOHAMAD (kiri) menjawab soalan yang diajukan pada program Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) di sini, hari ini. Turut sama, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar. - UTUSAN ONLINE/FARIZ RUSADIO

Jamaliah Abdullah
24 November 2018 

LANGKAWI 24 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan keyakinan bahawa ‘pembersihan’ dalam jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan berjaya dilakukan sepenuhnya sekali gus dapat menggembalikan status negara sebagai Harimau Asia.

Perdana Menteri berkata, pembersihan jentera kerajaan daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan itu perlu juga segera dilakukan demi memulihkan keyakinan rakyat kepada penjawat awam.

“Untuk kembali menjadi pemerintah yang mampu tadbir negara dan kayakan negara maka mereka yang terlibat dengan kegiatan salah perlu diketepikan.

“Perlu tindakan diambil kerana kesalahan yang dilakukan oleh mereka lantas ramai daripada mereka akan tersingkir dan digantikan oleh pegawai lebih rendah. Kalau kita kekalkan pegawai terdahulu yang rasuah dan seleweng tidak dapatlah kita susun reformasi.

“Dalam masa enam bulan kita dapat pulih negara dengan baik dan tadbir dengan jentera yang sudah dibersihkan, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di sini hari ini.

Berucap lanjut, katanya, pembersihan itu kelak membolehkan pemberian kuasa kepada jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan dilaksanakan pada tahap terbaik.

“Pemberian kuasa kepada jentera kerajaan perlu tersusun. Kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi dahulu maka jentera kerajaan yang dulu dihormati, disanjung tinggi, cekap beramanah dan berwibawa sudah tidak lagi,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, jentera kerajaan mesti tersusun, rapi, cekap dan mengutamakan khidmat kepada negara bukan untuk diri sendiri.

“Kita bersihkan bukan setakat pentadbir tetapi yang dipilih oleh rakyat iaitu ahli politik juga. Mereka terpaksa menghadapi pembersihan
misalannya kalau ahli politik
diberi jawatan tingggi dalam syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka tidak ada kepakaran maka banyak kesalahan dilakukan.

“Sekarang kita tentukan jawatwn dalam kerajaan dan institusi bukan daripada ahli politik tetapi mereka yang cekap, terlatih dan profesional,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Continue Reading...

Saturday, November 24, 2018

tiada ratifikasi

No comments:
UNTUK SIARAN SEGERA

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination – ICERD)

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination –ICERD).

Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 NOVEMBER 2018

Continue Reading...

Wednesday, November 21, 2018

lost

No comments:

Continue Reading...

mustahil

No comments:

Jika pembangkang tidak bersetuju atas isu ICERD seperti juga pihak Kerajaan Pakatan HARAPAN maka ianya tidak akan menjadi isu pun kerana ianya mustahil untuk dilaksanakan, jadi demonstrasi yang dianjurkan pembangkang tu atas tujuan apa sebenarnya



Bersatu ulang pendirian tiada keperluan tandatangani ICERD
Bernama | Diterbitkan pada 17 November 2018 


MARZUKI: Banyak lagi konvensyen berhubung hak asasi manusia yang boleh diberi penekanan namun ICERD bukan salah satu daripadanya. - Gambar fail


KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengulangi pendiriannya tidak menyokong ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Setiausaha Agungnya Datuk Marzuki Yahya berkata banyak lagi konvensyen berhubung hak asasi manusia yang boleh diberi penekanan namun ICERD bukan salah satu daripadanya.

"ICERD ini semua sedia maklum Timbalan Presiden Bersatu (Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir) dah keluar kenyataan menjelaskan kita (Bersatu) tak menerimanya.

"Bersatu sama sekali menolak dan tidak mengakui ICERD salah satu tuntutan yang patut kita tandatangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Bersatu Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Penerangan Bersatu Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor.

Pada 9 Nov lepas, Mukhriz dilaporkan berkata tiada keperluan untuk negara menandatangani ICERD kerana ia tidak bersesuaian dengan situasi 'unik' di negara ini.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang bakal diadakan, Marzuki berkata Bersatu akan menyokong calon yang akan diletakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi berkenaan.

Semalam, Mahkamah Pilihan Raya di Seremban memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal dan PRK DUN itu perlu diadakan serta-merta.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas calon PKR Dr S. Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, pada 23 Mei, Dr Streram, seorang pakar bius, memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah.

-- BERNAMA
Continue Reading...

Monday, November 19, 2018

Masjid Hohola

No comments:



Masjid Hohola merupakan satu-satunya masjid di Papua New Guinea dan Tun Dr Mahathir merupakan penggerak kepada pembinaan masjid ketika datang dalam lawatan pada tahun 2003. Masjid ini mula dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2007.


Tanah tersebut pada asalnya ditawarkan kepada Dr Mahathir bagi tujuan pembinaan masjid pertama di Papua New Guinea.

Namun, beliau enggan menjadi individu tunggal yang mendirikan masjid tersebut kerana tidak mahu masjid tersebut dinamakan atas nama beliau.

Justeru, beliau telah mendapatkan kerjasama daripada beberapa pertubuhan, iaitu Majlis Da'wah Islamiah Serantau bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi, pertubuhan Islam di Indonesia, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan individu.




 
Continue Reading...

Wednesday, November 14, 2018

tun m di kelantan

No comments:





Sekitar lawatan kerja YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad di Kelantan hari ini bermula dengan Majlis Beramah Mesra Pimpinan Pakatan Harapan di Emaslink New Pacific Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Dr Mahathir kemudiannya mengadakan pertemuan dengan YB Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad bin Yaakob. Dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kelantan, Dr. Mahathir sempat juga meluangkan masa menghadiri Majlis Perjumpaan dengan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Nazran Mohamad.
Continue Reading...

tun m dan putin

No comments:





Prime Minister Tun Dr Mahathir bin Mohamad held a bilateral meeting with His Excellency Vladimir Putin, President of Russia at Shangri-La Hotel, Singapore.


Tun M-Putin bincang isu jet pejuang, hubungan dua hala
Daripada Sharanjit Singh
cnews@nstp.com.my


TUN Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu jet pejuang Russia yang berada dalam keadaan teruk di inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Perdana Menteri memaklumkan Putin mengenai masalah itu ketika pertemuan mereka di Hotel Shangri-la, di Singapura, malam tadi.

“Kita mempunyai beberapa pesawat dari Russia dan kita perlu tahu bagaimana untuk menjaga dan membaikinya.

“Kita bekerjasama dengan sebuah syarikat Russia, tetapi malangnya hanya beberapa jet terbabit yang digunakan," katanya.

Julai lalu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendedahkan hanya empat daripada 28 jet pejuang Russia dimiliki TUDM digunakan.

TUDM memiliki 18 jet Sukhoi Su-30MKM dan 10 jet pejuang MiG 29.

“"Hanya empat jet Sukhoi berada dalam keadaan baik dan boleh diterbangkan manakala 14 lagi sedang dibaiki," katanya.

Mohamad berkata, TUDM tidak dapat mengekalkan kelayakan terbang jet terbabit dengan kaedah yang betul.

Katanya, Kementerian Pertahanan menamatkan perkhidmatan kontraktor yang terbabit dengan pentadbiran sebelum ini dan sedang mencari penggantinya.

Sebanyak 10 jet MiG itu digunakan pada 1995 manakala enam jet Sukhoi Su-30MKM Air Superiority Fighters dihantar pada 2007 dan bakinya dua tahun kemudian ke negara ini.

Ketika pertemuan itu, Dr Mahathir turut menyuarakan harapan untuk memperkuatkan sektor perdagangan dengan Russia.

Terdahulu, Putin ada menyebut mengenai hubungan Malaysia dan Russia.

Katanya, terdapat peningkatan ketara dengan lebih 60 peratus membabitkan sektor perdagangan antara dua negara terbabit sejak enam bulan lalu.

“Lebih banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dan banyak lagi perkara sepatutnya dibuat pada tahun sebelum ini,” katanya.

metro
Continue Reading...

Saturday, November 10, 2018

Ucapan Tun Sambanthan

No comments:



Ucapan Tun Sambanthan adalah pada 1Jun 1965, Singapura umum dikeluarkan dari Malaysia pada 7 Ogos 1965, dengan undian menyokong di Parlimen 126-0


1. Sifat 'megalomania' Lee Kuan Yew yang mahu memisahkan beberapa negeri dari Persekutuan (Singapura,Melaka, Penang) kerana tidak mahu menerima pemerintahan orang Melayu.

".. this morning when I scanned the paper, I asked myself this question: what sort of a man is this that can calmly and quietly propose the cutting up of our country; what megalomania is it that is driving him forth; and what is his fevered mind driving at? And, as I looked further, I found that he has one reason for suggesting that this country should be cut up, and that is that he is against Malay rule here Malay rule in Malay-sia. Before accepting his definition, let us for a moment go back into the past.."
.

2. Sebelum merdeka, orang Melayu memegang 88% kuasa mengundi, tetapi 40% kerusi telah diberikan oleh kepimpinan Melayu kepada bukan Melayu secara besar hati dan di atas semangat setiakawan.

".. When one looked at the electorate at that time, one observed that 4% of the electorate was Indian, 8% was Chinese and 88% was Malay.

Now, there were 52 seats to be contested at that time. Yet, how were the seats allocated? Roughly 40% of the seats were allocated to the non-Malays and, mark you, at that occasion, because of the large majority of Malay voters barring one consti-tuency, I think, all the others had Malay majority. And so, if anybody wanted to stand up for the elections at that time and win, he had to have the Malay electorate with him.

88% of the Malay electorate what does it mean?
It means that politically the Malays were really powerful. It also means that even though they were so power-ful, the leadership of the UMNO com-prising mainly of the Tunku, Tun Razak, Dr Ismail and others felt that they had to be large hearted enough to concede to fellow races, brother races in this country, a larger measure of seats than their numbers warranted, and so we had it. .."
.

3. Tun Sambanthan sendiri, bertanding di kawasan orang Melayu dan orang Melayu sendiri berkempen untuk beliau dari kampung ke kampung siap naik sampan untuk beliau dan bagaimana orang Melayu di didik untuk tidak mengundi berdasarkan warna kulit ketika itu.

"..I was one of those in 1955 who had the good fortune of having been chosen to stand for elections. At that time, in my own constituency, the majority of the voters were Malays. Two of my opponents were Malays, locally based, men of good reputation. One of them, strangely enough, was the present Speaker of the House.

However, the Malay people in the kampongs were told of the objectives that we had, of the necessity for us to be non-racial in our outlook, of the need for them to vote for the policy, the policy of free-dom and all the consequential improve-ments that the country would have because of freedom; and so it was in many of the other constituencies.

The Malay kampong folk came out in thousands, and they voted us in. Around that time, one of the men who' had to go from village to village, kampong to kampong, wading in water, going by boat, living in the jungle, sometimes at the threat of being shot by Malay extremists, is one who is today being branded by the P.A.P. character assassinators, as ultra racialist.

I refer to no less a man than Tuan Syed Ja`afar Albar. (Applause ^ Tuan Syed Ja`af ar Albar at that time had avery important task of going from village to village to tell the Malays," This is not the right thing, we have got to think of Malaya, we have got to think of the people as one, we cannot say that Malays should vote for Malays, we should vote for anybody, whomever the party puts in and we should vote on non-racial lines.."
.

4. Walaupun orang Melayu mempunyai 88% undi mereka masih terbuka untuk menerima kaum-kaum lain ke dalam Tanah Melayu walaupun ketika itu ditempat lain tidak sebegitu..

"..what did the Malay leadership do? They had 88%
of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

If we look around in Asia and in East Asia, particularly, you will find that my race, the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas.

What help do they get for citizenship in all these territories?

In Burma, as we know, Indians have been sent pack-ing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, "We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give; them full oppor-tunity to live in this country, we shall give them every opportunity to' become citizens."

And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens. Why did the Malays do' this? Is it to propitiate Malay rule in this country? Is it to keep themselves al lthe time in power that they watered down their own authority? It would be stupid, utterly stupid, for them to' do.that, if they wanted to' control this country for all time. They could have done it by the simple expedient that one observed in Ceylon, Burma and other countries deny the opportunity of citizenship to' these people. They can never take this country from you. Then why did they do it and are these the people today who' are trying to foist Malay rule?.."
.

5. Orang Melayu adalah kaum yang terbuka, sopan dan terhormat walaupun adalah kaum yang termiskin ketika itu..

"..In all my life I haven't seen such mendacity as that put in by Mr Lee Kuan Yew of the P.A.P. (Applause). Such vicious, utterly vicious mendacity against a race with whom it is our great fortune to live. A race who have throughout their time have been hospitable, been polite, been respect-able and yet this race, believe me, is the poorest in this country. The other races have come here, they are by far richer.

Even my own race, mostly made up of labourers today have a monthly earning much better than the ordinary kampong dweller; I know it. The towns who owns the towns in our country? Who owns the cities? Who owns the estates? Do the Malays own these? Then what is it that we are trying to shout at them for? This infact, Mr Speaker, is the essence of the whole question. We have got to recog-nise this fundamental fact.."
.

6. Bagaimana orang-orang Melayu 'watered down' kuasa politik mereka dalam menerima kaum-kaum lain sebagai saudaranya atas semangat moral, etika dan kemanusiaan yang tinggi..

"..In 1957, I said, in the whole year, hundreds of thousands of non-Malays became citizens, by a voluntary act. By a voluntary act the Malay leadership itself watered down their own political power. Can you see it anywhere else? Even the huge nations of the West the United States.

Can 100,000 Malay-sians go to the United States tomorrow and become citizens there? Could you do it in Germany, in Turkey, in Albania, in Russia, or in any part of the world, I ask. The answer is "No". In the United States they have got a quota, in Australia you cannot put your footdown and step into it, and yet here, we find the course of history changed. A different pattern -a different pattern of brotherhood, of understanding, of goodwill-a different pattern based upon morals, ethics; -a good decent, humanistic pattern. And so in 1957, we had freedom. We had more and more become citizens..."
.

7. Tidak wujud retorik, cliche 'Malayan Malayan'.

"..This one country was an oasis of happiness, of a happy people living together, not asking themselves, "Am Ia Malayan Malayan?" They were all Malayans. There was no question oftheir being anybody else. They were all together as one. Nobody came around with any cliches those days. We all felt we were Malayans; we lived as Malayans.."
.

8. Lee Kuan Yew yang sebenarnya 'desperate' join Malaya kerana PAP terpecah dua..dan ambik kesempatan atas kelembutan dan sifat baik hati Tunku.

"..That was their thinking in 1960. But when the Barisan party came up and the P.A.P. broke up, mark you, not because all of them were Communists and that is what Mr Lee Kuan Yew wants us to believe, but I don't believe it. It was a clash of personalities. They just could not stand up to this man's arrogance. It was just that, and so the party had to break up.

Then what happened?

A Lim Yew Hock had to come in to keep that party in power,or it would have been thrown out. That was the situation. A Lim Yew Hock, alone man had to throw his vote to keep that party going. Then they thought of something. "Ah, there is Kuala Lumpur, a monolithic, powerful, strong Govern-ment there and a mild, kind heartedman who is the Prime Minister there; may be, he will agree; may be, I can run to him for succour." Which, in fact,was what he did.."
.

9. Bagaimana Lee Kuan Yew dari mula lagi 'busuk hati' dan bermuka-muka apabila telah 'di selamatkan' oleh Tunku..

"..Then we had the Malaysia Agree-ment signed in London. No sooner was this Agreement signed and the ink was hardly dry, a meeting of students by Mr Lee was held in England. At this meeting Mr Lee, who likes to say that he wants to analyse in public, went to the students and said, "You know, I cannot become the Prime Minister simply because there is an army and you know who is the chief of it?"

The insinuation being that Tunku's nephew was the chief of the army and, there-fore, he would prevent anybody else from becoming the Prime Minister. Mr Lee spoke about this hardly before the ink had dried on the Malaysia Agreement.

..,stage by stage, we found conditions changing.
Around the time of referendum, the Singapore Ministers would go round and say, "We are all Malaysians". But after the referendum and the second elections, they said, "Oh, we are Singaporeans. Singapore shall show Malaysia." So you can see how Malaysian Malaysians become Singa-pore Malaysians sometimes. So, this ding-dong has been going on.."
.

10. Lee Kuan Yew, PAP pernah mengatakan bahawa orang Melayu juga adalah imigran seperti kaum-kaum yang lain dan pernah meminta pemisahan Singapura, Penang dan Melaka..

".. why should this great gentleman come in and say, "Oh, the Malays here are as much immigrant as anybody
else"?

Surely that, excuse me Mr Speaker, Sir, is beyond the realm of stupidity, because that is precisely what
it is. No leader of any reputation would try to rouse communal feelings,and this is precisely what he is trying to do.

.. In his megalomania he tells us to break up this country into Malacca, Penang, Singapore and other places. Can we live like that? What madness is this; what utter, absolute and complete madness is this? Surely we in this country will never permit such madness to rule this country.."
.

11. 'Multiracial' parti tidak semestinya tidak perkauman, itu kata Tun Sambanthan..

"..Simply because a party has got as its primary membership Chinese, Malays and Indians, it does not mean that it is non-communal, when every word they mouth is communal. Every time the Member for Ipoh opens his mouth, itis communal.

Everybody knows that. I know in my own constituency his party tried to do a fantastic trick. They went to the Malays and said, "You know the Chinese are squeezing the blood out of you"; and they went to the Chinese and said, "You know, the Malays are taking all the land away from you" the same party, the same constituency, different villages. That is a non communal party according to the P.A.P.."
.

12. Sifat rendah diri Tun Sambanthan yang mengakui sifat orang Melayu yang murah hati, sopan dan kaum yang segak perkertinya..

"..As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race?

Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world?.."
.

Sebagai kesimpulannya, ucapan Tun Sambanthan ini telah betul-betul menyentuh jiwa den, keikhlasan dan kejujuran yang terkandung dalam setiap bait-bait kata Tun Sambanthan terasa berbekas di hati den.

Keindahan dan kerendahan hati Tun jelas digambarkan dalam pemilihan perkataan dan gambaran mengenai orang Melayu yang telah diberikan Tun dalam ucapan tersebut..

A perfect potrayal of a True and Real Statesman as I may say..

Sesungguhnya, jauh sekali 'level' ucapan Tun Sambanthan dengan para MP kita di parlimen hari ini yang banyaknya lebih kepada retorika politik sempit.

Lagi-lagi kalau dibandingkan dengan Yb dari Jelutong..

Sebabnya hanya dari sebuah ucapan, kita boleh rasa roh semangat setiakawan yang telah terjalin diantara pemimpin-pemimpin dahulu..

Sebuah ucapan yang jika kita hayati, lain macam perginya, merentasi zaman pun masih terasa auranya..bercampur baur, sebak, terharu, tersentuh semua ada.. :)

Mungkin inilah yang orang puteh kata, "Gold standards"..

Sekian.
.
Oleh : Khairul Azri

celah gelegar




Jasa Sambanthan dikenang

Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Selepas tiga dekad pemergian tokoh negarawan ini, jasa-jasa beliau diangkat melalui satu pementasan teater. Apakah pandangan isteri, Toh Puan Umasundari dan anak mendiang, Deva Kunjari?

HUBUNGAN rapat antara Sambanthan dan Tunku Abdul Rahman dapat dilihat dari segi makanan kegemaran Perdana Menteri pertama negara yang terdiri daripada masakan India Selatan seperti nasi daun pisang, makanan berempah dan lain-lain.

PERKONGSIAN hidup Toh Puan Umasundari Sambanthan, 79, dengan Tun V. T. Sambanthan berlangsung hanya selama 23 tahun.

Ini kerana pada usia 59 tahun dan 11 bulan, Sambanthan menghembuskan nafas terakhir pada 18 Mei 1979. Sudah hampir tiga dekad berlalu, segala kenangan manis dan pengorbanan yang dilakukan oleh suaminya masih terpahat dalam hati Uma bagaikan baru semalam waktu berlalu.

Di hati wanita yang berjiwa kental ini, Sambanthan adalah seorang insan yang sukar dicari ganti. Begitupun, Uma yakin sumbangan Sambanthan kepada rakyat jelata, masih kurang diketahui kalangan warga muda.

"Ramai golongan remaja tidak tahu tentang tokoh negarawan ini yang turut bersama-sama Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman memerdekakan tanah air. Malah beliau membawa banyak pembaharuan dalam parti pimpinan (MIC), selain mengubah nasib masyarakat India di kawasan ladang"

"Beliau bukan sahaja berjuang untuk kaum India. Ini kerana beliau sentiasa mengutamakan kesejahteraan negara secara menyeluruh. Negara ini seakan-akan keluarganya sendiri," ujar Uma yang menyatakan walaupun jurang perbezaan umur antara mereka berdua agak luas iaitu 10 tahun, namun Sambanthan sentiasa 'memimpinnya'.

"Biasanya suami akan memaksa isteri untuk mengikut cara mereka tetapi beliau sebaliknya. Sambanthan memberi ruang kepada saya untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat. Saya secara perlahan-lahan mempelajari prinsip dan pegangan hidupnya sebelum kami bergerak secara berkumpulan."


Uma yang mempunyai latar belakang dalam bidang kimia dari Universiti Madras, India, mengakui menghadapi masalah menemani suami ke mesyuarat dan bersemuka dengan orang awam yang berpusu-pusu mengunjunginya. Daripada seorang pegawai kimia yang terperuk di makmal (pernah berkhidmat sebagai guru di Singapura), Uma perlahan-lahan berasa selesa menerima pelawat di rumah.

"Dengan ketiadaan suami yang seringkali sibuk di Kabinet, saya mendengar keluhan mereka dan cuba membantu meleraikan masalah. Tetapi sebelum itu semua, saya akan memasak dan pastikan mereka balik dengan perut yang kenyang," kata Uma dengan penuh semangat. Beliau juga menggalakkan pembabitan wanita di peringkat tinggi.

Sambanthan dilahirkan di Sungai Siput, Perak pada tahun 1919 dan mempunyai tiga orang adik-beradik iaitu V.M Sundram, V. Krishnan dan V. Saraswathy. Sambanthan mendapat pendidikan formal di Sekolah Tinggi Clifford, Kuala Kangsar, Perak sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti Annamalai, India.

Semasa berada di luar negara, Sambanthan telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang politik. Beliau mengikuti secara dekat perkembangan Pergerakan India Kebangsaan yang ketika itu berjuang untuk membebaskan negara India daripada jajahan British. Tidak hairanlah juga apabila beliau menyertai sayap pemuda Kongres Kebangsaan India di negara itu.

Sekembali ke tanah air dan selepas kematian bapanya pada tahun 1942, Sambanthan mengambil alih tugas pengurusan perniagaan keluarganya dalam bidang penerokaan ladang getah. Peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin untuk menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan penduduk setempat. Kemudahan sekolah dan keperluan lain disediakan bagi meningkatkan tahap hidup masyarakat yang masih ketinggalan.

Sekolah Tamil Mahatma Gandhi yang dibuka secara rasmi pada tahun 1954 di Sungai Siput, memperkasakan usahanya membantu meningkatkan mutu pendidikan kanak-kanak estet. Melihat ketulusan hati dan keikhlasan yang ditunjukkannya, dengan serta-merta Sambanthan dilantik sebagai Lembaga Kaunselor Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

SAMBANTHAN berjuang untuk kesejahteraan negara secara menyeluruh.

Pada tahun yang sama juga, beliau dipilih sebagai majlis perundangan (ahli Parlimen) di kawasan Kinta Utara yang kemudiannya ditukar kepada kerusi Sungai Siput pada tahun 1959. Sebelum Sambanthan dilantik sebagai Presiden parti MIC atau Kongres India Malaysia pada 1955, MIC rata-ratanya mendapat sokongan daripada kumpulan elit India.

Sebaliknya, majoriti daripada penduduk India di Tanah Melayu ketika itu ialah kelas bawahan yang tidak menyertai parti memandangkan nasib dan masa depan mereka tidak dipedulikan.

Namun, selepas beberapa pusingan perbincangan dan perundingan, akhirnya Sambanthan dilantik sebagai presiden parti yang ke-5 dari tahun 1955 hingga 1973. Pelantikannya juga menarik lebih ramai penyertaan.

"Tunku dan Sambanthan mempunyai hubungan yang rapat sejak awal lagi. Malah, kedua-duanya berusaha untuk mewujudkan sebuah negara berbilang bangsa yang harmoni," jelas Uma yang masih tidak melupakan hari yang paling bersejarah dalam hidupnya iaitu pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Ketika berusia 27 tahun, Uma masih lagi teringatkan dirinya mengenakan sehelai sari berwarna putih dengan calitan warna merah pada penghujung kain. Sari ini juga begitu bermakna kerana ia adalah hadiah pemberian suaminya pada hari pertunangan.


RAMAI golongan remaja tidak tahu tentang tokoh negarawan ini yang turut bersama-sama Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman memerdekakan tanah air.

"Saat itu cukup simbolik;satu permulaan kepada kebebasan daripada rejim kolonial, kebebasan berfikir dan kebebasan untuk memimpin negara kita sendiri," ujarnya yang berdiri di belakang Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bersama suami.

Uma dan suaminya juga tidak banyak bercakap kerana diselubungi rasa sebak melihat bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibar.

Atas dasar kepercayaan dan kebolehan, Tunku Abdul Rahman memberi portfolio penting kepada Sambanthan untuk menyandang jawatan penting dalam Kabinet. Antaranya ialah Menteri Buruh (1955-1957), Menteri Kesihatan (1957-1959) dan Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi (1959-1971) dan akhirnya Menteri Perpaduan Kebangsaan (1972-1974).

Sambanthan juga menguatkan tahap ekonomi parti dengan menjual sebahagian daripada estet bapanya seluas 2.4 kilometer persegi di samping menyediakan perkhidmatan kewangan.


TOH PUAN UMASUNDARI menunjukkan gambar kenangan suaminya.

Salah satu sumbangan beliau yang terbesar ialah penubuhan Persatuan Koperasi Kewangan dan Tanah Kebangsaan (NLFCS) yang diasaskan bersama dengan K.R Somasundram pada tahun 1960. Menerusi NLFCS, buruh-buruh India di ladang getah diminta menyumbang sekurang-kurangnya RM10 untuk kebaikan masa depan. Estet pertama yang dibeli ialah di Bukit Sidim, Kedah.

Semasa Sambanthan meninggal dunia, NLFCS memiliki 18 buah estet dengan keluasan 120 kilometer persegi dan 85,000 ahli. Hari ini, koperasi itu mempunyai 19 estet dengan keluasan 142 kilometer persegi dan melabur dalam sektor perladangan kelapa sawit, hartanah dan perbankan. NLFCS juga adalah koperasi yang terbesar di Asia Tenggara

kosmo
Continue Reading...

Friday, November 9, 2018

cerita awang

No comments:
Siakap senohong gelama ikan duri
Jangan marah ungkapan ini. SN Usman Awang telah lama menulisnya
Hari ini kita membaca kembali ungkapan ini melalui tulisan Awang Selamat
Semua jadi geger dan gempar
Apa salahnya pantun itu hanya separuh diperjelas

tetapui masyarakat sudah faham seluruhnya

Begitulah kebenaran
nak disorok ke mana lagi wahai sang senohong...


Utusan tuduh Najib bohong isu sumber wang dalam akaun

November 4, 2018 

PETALING JAYA: Editorial akhbar berkaitan Umno, Utusan Malaysia hari ini menggelar Datuk Seri Najib Razak seorang pembohong susulan wawancara dengan Al-Jazeera baru-baru ini, apabila beliau mendedahkan dia sebenarnya tidak tahu sumber sebenar wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Awang Selamat, nama samaran editorial Utusan berkata, rakyat dan ahli Umno terutamanya berasa tertipu kerana selama ini mereka menerima penjelasan dana itu sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

“Tidak masuk akal yang Najib tidak tahu dari mana sumber sebenar jumlah wang yang besar itu, dan lebih-lebih lagi setelah pendedahan demi pendedahan yang menjuruskan wang itu sebenarnya datang daripada Tanore Finance Corporation,” kata Awang Selamat dalam kolum hari ini.

Tanore Finance Corporation adalah syarikat yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin dan dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Awang Selamat berkata wawancara 101 East pada 26 Oktober itu membongkar pembohongan Najib selama ini.

Dalam wawancara itu bekas perdana menteri mengakui tidak memeriksa dari mana sumber atau pemilik wang itu, sebaliknya hanya mengagak ia daripada Arab Saudi kerana Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud pernah memberi jaminan akan menyokongnya.

“Najib harus memohon maaf kepada semua ahli Umno kerana pembohongan inilah sebenarnya yang telah menghilangkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN dan akhirnya menyebabkan parti komponen itu hilang kuasa memerintah,” kata Awang Selamat.

Najib pada 13 September memuatnaik 3 dokumen di Facebook bagi mengesahkan dana-dana yang disalurkan kepada akaunnya ialah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari putera-putera Saudi.

Bekas perdana menteri pada 20 September lepas dikenakan 21 pertuduhan pengubahan wang dan 4 pertuduhan salahguna kuasa di mahkamah berhubung dakwaan pemindahan ratusan juta dolar ke akaun bank miliknya daripada 1MDB.

“Awang teringat cerita orang lama yang mengatakan bahawa bukan semua pencuri itu pembohong tetapi mereka yang berbohong itu selalunya akan mencuri,” katanya.

fmt



'Minta maaf pada Najib atau ahli Umno boikot Utusan'
Diterbitkan 5 Nov 2019


Ketua Bahagian Umno Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi memberi kata dua kepada Utusan Malaysia supaya memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke akaun banknya.

Puad berkata, jika Utusan enggan berbuat demikian maka ahli Umno wajar memboikot akhbar yang selama ini menjadi lidah rasmi parti Melayu itu kerana membuat kesimpulan awal berhubung perkara tersebut.

Puad juga secara khusus menamakan pengerusi eksekutif Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Sheik Fadzir sebagai individu di belakang ruangan pojok "Awang Selamat" dalam Mingguan Malaysia, semalam.

“Apa agenda Aziz? Kenapa memperalatkan Utusan untuk mendesak Najib memohon maaf kepada seluruh ahli Umno kerana isu 1MDB?.

“Apakah Aziz adalah sebahagian daripada games plan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad)- (Tun) Daim (Zainuddin) untuk terus memecah belahkan perpaduan Umno selepas PRU ke 14?"

“Aziz perlu meminta maaf kepada Najib kerana terlalu gopoh membuat kesimpulan. Kalau dia enggan maka eloklah ahli Umno “Memboikot” Utusan,” katanya.

Menurut Puad lagi, Aziz telah mendahului mahkamah kerana tiada satu pun daripada 38 pertuduhan yang sedang dihadapi Najib ada kaitan dengan tuduhan mencuri wang 1MDB.

“Aziz amat melampau kerana SPRM belum pun membuat sebarang pendakwaan atas fitnah “utama” kononnya Najib mencuri RM2.6 Bilion duit 1MDB. Maka apa asas Aziz untuk menuduh Najib telah bersalah dan mesti meminta maaf,” soalnya melalui ruangan ulasan di akhbar berkenaan, hari ini.

“Ini amat teruk kerana beliau menuduh Najib seorang penipu. Kecuali dia menafikan dia bukan Awang Selamat,” katanya.

Bekas Anggota Parlimen Batu Pahat itu juga turut mendakwa kemungkinan Aziz menulis isu berkenaan kerana sedang berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Aziz sudah sama dengan HARAPAN yang bimbang populariti Najib akan melenyapkan fitnah bahawa kekalahan BN di PRU ke 14 kerana faktor 1MDB," jelasnya.

Katanya tindakan Aziz menggunakan ruangan pojok berkenaan untuk menyelar Najib sebagai penipu kebetulan berlaku sehari selepas bekas presiden Umno itu mengadakan sembang santai Facebook di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Berdasarkan program tersebut, ternyata Najib tetap popular dan disenangi oleh golongan muda yang dahagakan jawapan kepada berbagai isu yang melanda pentadbiran Kerajaan HARAPAN hari ini. Terkini viewers video program tersebut ialah 602,656 penonton," kata Puad.

Semalam, Utusan melancarkan serangan terhadap Najib dengan mendakwa beliau berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya.

Sebelumnya, Najib mendakwa wang itu merupakan "derma" daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Awang Selawat dalam ruangan pojoknya berkata pembohongan Najib itu terbongkar ketika wawancara terbaru Al Jazeera dan beliau perlu memohon maaf kepada semua ahli Umno.

Awang Selamat juga menggunakan pembayang pantun dua kerat, "siakap senohong, gelama ikan duri..." sebagai judul pojoknya.

Sementara pada penghujung ruangan itu, Awang Selamat menyimpulkan maksud pembayang pantun yang malar segar itu.

"Bukan semua pencuri itu pembohong tetapi mereka yang berbohong itu selalunya mencuri," katanya.

malaysiakini



Kalau orang UMNO pun malas baca.. nak boikot Utusan? – Pyanhabib

Lokman Hakiem Abd. Samad

06 November 2018


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kontroversi yang dilaungkan bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi supaya memboikot Utusan Malaysia kini menjadi bahan ‘perli-memerli’ dalam media sosial.

Perkara itu secara tidak langsung menarik perhatian seniman, Pyanhabib yang turut pernah ‘makan gaji’ dan berkhidmat di Utusan Malaysia lebih 20 tahun untuk bersuara dan meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.

Memetik status yang dimuat naik di Facebook miliknya, syarikat Utusan Melayu (M) Berhad tidak akan berhadapan dengan masalah sekiranya orang UMNO memberi sokongan dengan membeli akhbar yang dikeluarkan sejak dahulu hingga kini.

“Nak boikot Utusan? Kah.. kah.. kah..!! Sejak berpuluh-puluh tahun lalu, awak dengan ahli UMNO rajin membeli dan membaca surat khabar atau majalah-majalah terbitan Utusankah? Setahu saya, sejak berpuluh-puluh tahun itu jugalah ahli UMNO berjumlah tiga juta orang itu, lebih sebahagiannya jenis pemalas baca surat khabar.

“Diberi percuma pun mereka buat sebagai sampah sahaja. Kalau sejak berpuluh-puluh tahun lalu tiga juta ahli UMNO itu berupa gerombolan yang rajin membeli dan membaca surat khabar Utusan setiap hari, pasti otak mereka segar-bugar dengan ilmu pengetahuan selain Utusan dapat mengutip hasil tetapi ahli UMNO… (kamu sambung sendirilah),” katanya.

Status itu dimuat naik selepas Puad memberi amaran kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak tentang dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri itu berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke akaun banknya.

Puad juga menamakan pengerusi eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Abdul Aziz Sheik Fadzir sebagai individu yang menulis di belakang ruangan pojok "Awang Selamat" dalam Mingguan Malaysia, Ahad lalu. – UTUSAN ONLINE

utusanonline
Continue Reading...

Tuesday, November 6, 2018

Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers

No comments:



Prime Minister Tun Dr Mahathir bin Mohamad received the Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers From His Majesty the Emperor at the Ceremony of Imperial Conferment of Decoration at Matsuno ma, Imperial Palace.



Continue Reading...

Ijazah Kehormat Doktor Falsafah

No comments:



YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah yang disampaikan oleh Prof. Kyosuke Nagata, Presiden University of Tsukuba

Continue Reading...

Friday, November 2, 2018

Tun M dan ECERDC

No comments:


 


YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya
Continue Reading...

melangkah ke hadapan

No comments:
he is indeed a great leader
Continue Reading...