Wednesday, November 14, 2018

tun m dan putin







Prime Minister Tun Dr Mahathir bin Mohamad held a bilateral meeting with His Excellency Vladimir Putin, President of Russia at Shangri-La Hotel, Singapore.


Tun M-Putin bincang isu jet pejuang, hubungan dua hala
Daripada Sharanjit Singh
cnews@nstp.com.my


TUN Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu jet pejuang Russia yang berada dalam keadaan teruk di inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Perdana Menteri memaklumkan Putin mengenai masalah itu ketika pertemuan mereka di Hotel Shangri-la, di Singapura, malam tadi.

“Kita mempunyai beberapa pesawat dari Russia dan kita perlu tahu bagaimana untuk menjaga dan membaikinya.

“Kita bekerjasama dengan sebuah syarikat Russia, tetapi malangnya hanya beberapa jet terbabit yang digunakan," katanya.

Julai lalu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendedahkan hanya empat daripada 28 jet pejuang Russia dimiliki TUDM digunakan.

TUDM memiliki 18 jet Sukhoi Su-30MKM dan 10 jet pejuang MiG 29.

“"Hanya empat jet Sukhoi berada dalam keadaan baik dan boleh diterbangkan manakala 14 lagi sedang dibaiki," katanya.

Mohamad berkata, TUDM tidak dapat mengekalkan kelayakan terbang jet terbabit dengan kaedah yang betul.

Katanya, Kementerian Pertahanan menamatkan perkhidmatan kontraktor yang terbabit dengan pentadbiran sebelum ini dan sedang mencari penggantinya.

Sebanyak 10 jet MiG itu digunakan pada 1995 manakala enam jet Sukhoi Su-30MKM Air Superiority Fighters dihantar pada 2007 dan bakinya dua tahun kemudian ke negara ini.

Ketika pertemuan itu, Dr Mahathir turut menyuarakan harapan untuk memperkuatkan sektor perdagangan dengan Russia.

Terdahulu, Putin ada menyebut mengenai hubungan Malaysia dan Russia.

Katanya, terdapat peningkatan ketara dengan lebih 60 peratus membabitkan sektor perdagangan antara dua negara terbabit sejak enam bulan lalu.

“Lebih banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dan banyak lagi perkara sepatutnya dibuat pada tahun sebelum ini,” katanya.

metro
Share this article :

0 comments: