Friday, November 9, 2018

cerita awang


Siakap senohong gelama ikan duri
Jangan marah ungkapan ini. SN Usman Awang telah lama menulisnya
Hari ini kita membaca kembali ungkapan ini melalui tulisan Awang Selamat
Semua jadi geger dan gempar
Apa salahnya pantun itu hanya separuh diperjelas

tetapui masyarakat sudah faham seluruhnya

Begitulah kebenaran
nak disorok ke mana lagi wahai sang senohong...


Utusan tuduh Najib bohong isu sumber wang dalam akaun

November 4, 2018 

PETALING JAYA: Editorial akhbar berkaitan Umno, Utusan Malaysia hari ini menggelar Datuk Seri Najib Razak seorang pembohong susulan wawancara dengan Al-Jazeera baru-baru ini, apabila beliau mendedahkan dia sebenarnya tidak tahu sumber sebenar wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Awang Selamat, nama samaran editorial Utusan berkata, rakyat dan ahli Umno terutamanya berasa tertipu kerana selama ini mereka menerima penjelasan dana itu sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

“Tidak masuk akal yang Najib tidak tahu dari mana sumber sebenar jumlah wang yang besar itu, dan lebih-lebih lagi setelah pendedahan demi pendedahan yang menjuruskan wang itu sebenarnya datang daripada Tanore Finance Corporation,” kata Awang Selamat dalam kolum hari ini.

Tanore Finance Corporation adalah syarikat yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin dan dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Awang Selamat berkata wawancara 101 East pada 26 Oktober itu membongkar pembohongan Najib selama ini.

Dalam wawancara itu bekas perdana menteri mengakui tidak memeriksa dari mana sumber atau pemilik wang itu, sebaliknya hanya mengagak ia daripada Arab Saudi kerana Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud pernah memberi jaminan akan menyokongnya.

“Najib harus memohon maaf kepada semua ahli Umno kerana pembohongan inilah sebenarnya yang telah menghilangkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN dan akhirnya menyebabkan parti komponen itu hilang kuasa memerintah,” kata Awang Selamat.

Najib pada 13 September memuatnaik 3 dokumen di Facebook bagi mengesahkan dana-dana yang disalurkan kepada akaunnya ialah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari putera-putera Saudi.

Bekas perdana menteri pada 20 September lepas dikenakan 21 pertuduhan pengubahan wang dan 4 pertuduhan salahguna kuasa di mahkamah berhubung dakwaan pemindahan ratusan juta dolar ke akaun bank miliknya daripada 1MDB.

“Awang teringat cerita orang lama yang mengatakan bahawa bukan semua pencuri itu pembohong tetapi mereka yang berbohong itu selalunya akan mencuri,” katanya.

fmt



'Minta maaf pada Najib atau ahli Umno boikot Utusan'
Diterbitkan 5 Nov 2019


Ketua Bahagian Umno Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi memberi kata dua kepada Utusan Malaysia supaya memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke akaun banknya.

Puad berkata, jika Utusan enggan berbuat demikian maka ahli Umno wajar memboikot akhbar yang selama ini menjadi lidah rasmi parti Melayu itu kerana membuat kesimpulan awal berhubung perkara tersebut.

Puad juga secara khusus menamakan pengerusi eksekutif Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Sheik Fadzir sebagai individu di belakang ruangan pojok "Awang Selamat" dalam Mingguan Malaysia, semalam.

“Apa agenda Aziz? Kenapa memperalatkan Utusan untuk mendesak Najib memohon maaf kepada seluruh ahli Umno kerana isu 1MDB?.

“Apakah Aziz adalah sebahagian daripada games plan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad)- (Tun) Daim (Zainuddin) untuk terus memecah belahkan perpaduan Umno selepas PRU ke 14?"

“Aziz perlu meminta maaf kepada Najib kerana terlalu gopoh membuat kesimpulan. Kalau dia enggan maka eloklah ahli Umno “Memboikot” Utusan,” katanya.

Menurut Puad lagi, Aziz telah mendahului mahkamah kerana tiada satu pun daripada 38 pertuduhan yang sedang dihadapi Najib ada kaitan dengan tuduhan mencuri wang 1MDB.

“Aziz amat melampau kerana SPRM belum pun membuat sebarang pendakwaan atas fitnah “utama” kononnya Najib mencuri RM2.6 Bilion duit 1MDB. Maka apa asas Aziz untuk menuduh Najib telah bersalah dan mesti meminta maaf,” soalnya melalui ruangan ulasan di akhbar berkenaan, hari ini.

“Ini amat teruk kerana beliau menuduh Najib seorang penipu. Kecuali dia menafikan dia bukan Awang Selamat,” katanya.

Bekas Anggota Parlimen Batu Pahat itu juga turut mendakwa kemungkinan Aziz menulis isu berkenaan kerana sedang berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Aziz sudah sama dengan HARAPAN yang bimbang populariti Najib akan melenyapkan fitnah bahawa kekalahan BN di PRU ke 14 kerana faktor 1MDB," jelasnya.

Katanya tindakan Aziz menggunakan ruangan pojok berkenaan untuk menyelar Najib sebagai penipu kebetulan berlaku sehari selepas bekas presiden Umno itu mengadakan sembang santai Facebook di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Berdasarkan program tersebut, ternyata Najib tetap popular dan disenangi oleh golongan muda yang dahagakan jawapan kepada berbagai isu yang melanda pentadbiran Kerajaan HARAPAN hari ini. Terkini viewers video program tersebut ialah 602,656 penonton," kata Puad.

Semalam, Utusan melancarkan serangan terhadap Najib dengan mendakwa beliau berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya.

Sebelumnya, Najib mendakwa wang itu merupakan "derma" daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Awang Selawat dalam ruangan pojoknya berkata pembohongan Najib itu terbongkar ketika wawancara terbaru Al Jazeera dan beliau perlu memohon maaf kepada semua ahli Umno.

Awang Selamat juga menggunakan pembayang pantun dua kerat, "siakap senohong, gelama ikan duri..." sebagai judul pojoknya.

Sementara pada penghujung ruangan itu, Awang Selamat menyimpulkan maksud pembayang pantun yang malar segar itu.

"Bukan semua pencuri itu pembohong tetapi mereka yang berbohong itu selalunya mencuri," katanya.

malaysiakini



Kalau orang UMNO pun malas baca.. nak boikot Utusan? – Pyanhabib

Lokman Hakiem Abd. Samad

06 November 2018


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kontroversi yang dilaungkan bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi supaya memboikot Utusan Malaysia kini menjadi bahan ‘perli-memerli’ dalam media sosial.

Perkara itu secara tidak langsung menarik perhatian seniman, Pyanhabib yang turut pernah ‘makan gaji’ dan berkhidmat di Utusan Malaysia lebih 20 tahun untuk bersuara dan meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.

Memetik status yang dimuat naik di Facebook miliknya, syarikat Utusan Melayu (M) Berhad tidak akan berhadapan dengan masalah sekiranya orang UMNO memberi sokongan dengan membeli akhbar yang dikeluarkan sejak dahulu hingga kini.

“Nak boikot Utusan? Kah.. kah.. kah..!! Sejak berpuluh-puluh tahun lalu, awak dengan ahli UMNO rajin membeli dan membaca surat khabar atau majalah-majalah terbitan Utusankah? Setahu saya, sejak berpuluh-puluh tahun itu jugalah ahli UMNO berjumlah tiga juta orang itu, lebih sebahagiannya jenis pemalas baca surat khabar.

“Diberi percuma pun mereka buat sebagai sampah sahaja. Kalau sejak berpuluh-puluh tahun lalu tiga juta ahli UMNO itu berupa gerombolan yang rajin membeli dan membaca surat khabar Utusan setiap hari, pasti otak mereka segar-bugar dengan ilmu pengetahuan selain Utusan dapat mengutip hasil tetapi ahli UMNO… (kamu sambung sendirilah),” katanya.

Status itu dimuat naik selepas Puad memberi amaran kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak tentang dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri itu berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke akaun banknya.

Puad juga menamakan pengerusi eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Abdul Aziz Sheik Fadzir sebagai individu yang menulis di belakang ruangan pojok "Awang Selamat" dalam Mingguan Malaysia, Ahad lalu. – UTUSAN ONLINE

utusanonline
Share this article :

0 comments: