Teruskan percakaran agar cepat dikuburkan
Oleh TAMRIN TUN GHAFARMarch 9, 2019 12:40 pm
Kekalahan di Semenyih bukan bererti rakyat bencikan Pakatan Harapan ( PH ) dan rindukan Barisan Nasional (BN).Ia juga bukan bermakna rakyat bencikan kerana Tun Mahathir Mohamad atau kembali cintakan Najib Razak.
Kan orang – orang tua pernah berkata ‘sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’.
Rakyat masih terbayang-bayang dalam ingatan mereka bagaimana seorang orang tua berusia 93 tahun terpaksa bersengkang mata, melalui hujang dan panas, dicemuh dan dimaki hamun, berceramah dari satu tempat ke tempat lain semata – mata menyahut panggilan rakyat bagi menyelamatkan negara dari terus dirompak dan dimusnahkan oleh seorang lanun keturunan Bugis bernama Najib bersama isteri pujaannya, Rosmah Mansor.
Kerajaan kini yang dipimpin buat kali kedua oleh Tun Dr Mahathir sedang membongkar dan mempamerkan segala sampah sarap yang dilakukan dan disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan BN yang diketuai oleh Najib semasa memerintah dahulu.
Sebenarnya usaha menumbangkan Umno/BN telah bermula sejak penubuhan parti Semangat 46 yang di ketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah lagi, tapi tidak berjaya. Ketika itu Umno/BN dipimpin oleh Tun sendiri.
Pada Pilihanraya ke-12 dan ke-13, kali ini Anwar Ibrahim melalui partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS juga menemui kegagalan apabila pengundi-pengundi Melayu khasnya di luar bandar tidak begitu diyakinkan untuk membuang Umno/BN. Bukan mudah pengundi-pengundi Melayu meninggalkan Umno
Hanya dengan kesanggupan Tun mengetuai barisan pembangkang maka barulah pengundi-pengundi Melayu khasnya peneroka Felda, nelayan, petani dan pesawah menggembleng tenaga menumpaskan Umno/BN.
Malangnya, belum lagi setahun memerintah rakyat mula bosan dengan Kerajaan PH yang mereka naikkan itu.
Di mana-mana saja kita berada sama ada di warung mahupun di pejabat, ramai di antara mereka menimbulkan cerita – cerita yang panas telinga mendengarnya.
Bermula dengan kegagalan mengambil alih semula Parlimen Cameron Highlands dan di ikuti dengan kekalahan teruk di DUN Semenyih, ia adalah hukuman awal rakyat kepada PH.
Hakikatnya kira – kira 10,000 pengundi Semenyih yang pernah menyokong PH pada Pilihanraya Umum yang baru lepas telah berbalik kepada Umno/BN.
Memang benar bukan senang nak membina semula rumah yang telah menyembah bumi dek di makan anai-anai, ditambah pula ‘kehilangan’ dana negara yang besar yang telah dirompak.
Memang benar juga hampir seluruh dunia sedang mengalami kelembapan ekonomi termasuk Malaysia namun rakyat tetap menagih janji seperti yang termaktub dalam manifesto PH.
Rakyat menolak Umno/BN kerana tidak tertahan lagi dengan amalan salahguna kuasa, penipuan, rasuah di semua peringkat bermula dari Najib, Perdana Menteri, menteri-menteri dan menteri besar dan exco; mereka juga menzalimi siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.
Keluarga mereka menunjuk-nunjuk kekayaan dan kemewahan tanpa segan silu sedangkan rakyat tertekan dengan berbagai-bagai masalah hidup.
Rakyat mula nampak cahaya di hujung terowong apabila PH menjanjikan hidup yang lebih selesa dan sempurna seperti tol akan dihapuskan, minyak kereta akan dikurangkan dan pinjiman PTPTN akan diatasi.
Kedudukan kewangan yang terlalu kritikal adalah punca utama bagi melaksanakan janji-janji tersebut namun mereka berharap sangat kerajaan merealisasikan manifesto tersebut sedikit demi sedikit.
Jika tidak ada penjelasan dan jaminan pemulihan ekonomi dari Tun sendiri, berkemungkinan besar rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Kerajaan PH.
Buat pertama kali dalam sejarah, 19 Kawasan Parlimen Felda berpindah dari Umno ke PH – ini satu penghijrahan yang besar yang tak pernah berlaku dalam politik negara; kepercayaan dan keyakinan mereka pada Tun Dr Mahathir terlalu tinggi.
Kini peneroka terlalu perlukan bantuan kewangan dan pembelaan; begitu juga petani, pesawah, nelayan, penjaja dan peniaga kecil, mereka semua dahagakan bantuan kewangan dan pembelaan segera.
Selain itu pengangguran di kalangan graduan dan isu PTPTN mesti ditangani segera.
Apa yang dipaparkan selama ini sebahagian besar menteri dan menteri besar gagal menunjukkan kecerdikan mereka.
Pemimpin-pemimpin PH asyik bercakaran sesama sendiri; masing-masing cuba menegakkan benang basah, cuba menjadi hero dengan harapan mendapat laporan di akhbar-akhbar dan televisyen tanpa peduli akibat tindakan mereka itu.
Mereka ini bodoh sombong yang tidak suka ditegur dan tidak boleh diajar; mereka lebih mementingkan diri sendiri, kedudukan dan gelaran itu dan ini sahaja.
Mereka lupa dari mana mereka datang dan janji-janji mereka terhadap diri sendiri dan yang lebih penting janji mereka kepada rakyat.
Sudah acap kali saya mengingatkan jika rakyat boleh buang Umno/BN yang telah berkuasa selama 61 tahun, rakyat juga boleh humbankan PH dalam sekelip mata sahaja.
Balaslah budi rakyat dengan menghulurkan bantuan seberapa segera. Tidak guna menyesal selepas nasi sudah menjadi bubur !!!
Kepada menteri dan menteri besar, tengok-tengokkanlah kawan-kawan yang telah berjuang sehingga berjaya ; mereka juga perlukan apa sahaja pertolongan yang boleh untuk hidup lebih selesa ; ‘jangan jadi pisang lupakan kulit’.
Kelakuan menteri, menteri besar ini tak ubah seperti ‘Kera Dapat Bunga’ – sebenarnya ramai di luar sana yang lebih layak dari mereka.
Bantulah Perdana Menteri untuk membantu rakyat. Percakaran sesama sendiri pasti akan membawa kehancuran.
malaysiadateline
Wanita gigit lengan anggota polis di kedai kopi
12 minutes ago
1 comments:
Salam,
Nama saya Nor Azrul dari Klang, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada setiap orang untuk berhati-hati tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman di internet, begitu banyak pemberi pinjaman di sini adalah semua penipu dan mereka hanya ada untuk menipu anda semua wang anda. Saya memohon pinjaman sebanyak $ 14,000 dari seorang wanita di Singapura dan saya kehilangan kira-kira $ 235 pada mulanya, tanpa mengambil pinjaman, mereka bertanya lagi untuk kos yang lain, saya membayar hampir $ 735 dan belum menerima pinjaman.
Allah dipuji, saya berjumpa seorang sahabat yang baru saja memohon pinjaman, dan dia mendapat pinjaman tanpa apa-apa tekanan, dia menggalakkan saya untuk memohon. Saya memohon pinjaman daripada Puan Ivana Pedro, dan saya menerima pinjaman sebanyak $ 10,000 yang saya memohon, pada mulanya saya fikir ia adalah jenaka dan penipuan, tetapi saya menerima pinjaman kurang dari 24 jam dan pada kadar faedah 2% tanpa cagaran. Saya sangat gembira dapat diselamatkan dari kemiskinan.
jadi saya akan menasihati semua yang memerlukan pinjaman untuk dihubungi
Puan Ivana Pedro, melalui e-mel: (ivanapedro85@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat tambahan melalui e-mel: (norazrul55@gmail.com)
Post a Comment