YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyampaikan ucapan di Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di Tokyo, Jepun pagi tadi.
Malaysia mencadangkan mata wang baharu berasaskan emas memandangkan ia lebih stabil berbanding dagangan dalam mata wang semasa yang besifat manipulatif.
“Kita boleh membuat penyelesaian menggunakan mata wang (baharu) ini (emas). Mata wang itu perlu berkait dengan mata wang tempatan sebagai rujukan kepada kadar tukaran, sesuatu yang boleh dikaitkan dengan prestasi sesebuah negara. Berdasarkan kaedah ini, kita akan tahu jumlah hutang, jumlah yang perlu dibayar dalam mata wang khas Asia Timur.”
Di sebalik cemuhan, PH masih jadi pilihan
BERNAMA | 09 Mei 2019
KUALA LUMPUR - Tinjauan pendapat umum terbaru KAJIDATA Research akan populariti Pakatan Harapan (PH) semasa ia meraikan ulang tahun pertama pemerintahannya menunjukkan ramai melihat PH sebagai kerajaan yang berdaya maju berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Tinjauan melalui telefon itu membabitkan 1,007 responden daripada pelbagai kaum, usia, pendapatan, negeri dan jantina menunjukkan 40 peratus lebih cenderung untuk mengundi PH berbanding dengan PAS (16 peratus) atau BN (15 peratus. PH tetap mempunyai sokongan yang lebih besar jika dibandingkan dengan gabungan BN dan Pas.
Kajian yang dijalankan untuk membantu memahami persepsi rakyat terhadap PH juga menunjukkan 43 peratus daripada pengundi berpendapatan tinggi berpuas hati dengan cara PH menguruskan ekonomi tetapi hanya 30 peratus daripada golongan berpendapatan rendah berpuas hati.
Perbezaan ini mempunyai kesan politik yang jelas dengan pengundi berpendapatan rendah lebih berkemungkinan mengundi gabungan BN dan Pas berbanding PH. Analisis tinjauan juga menunjukkan bahawa kesejahteraan ekonomi Rakyat merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan kesetiaan politik.
Kajian yang dijalankan sejak Mac tahun ini itu juga mendapati PH tidak medapat sokongan tinggi di Kelantan dan Terengganu, satu lagi petunjuk yang PH masih lagi tidak dapat meyakinkan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah bandar bahawa ia adalah pilihan yang lebih baik.
Bagaimanapun, PH mempunyai sokongan padu di negeri-negeri di bawah pentadbirannya. Responden Sarawak juga menyatakan keyakinan mereka kepada PH.
Penemuan lain oleh KAJIDATA akan tahun pertama pemerintahan PH juga mirip dengan penemuan beberapa kajian lain termasuk kajian oleh Merdeka Centre dan kajian YouGov oleh The Star Media Group.
Berikut adalah ringkasan penemuan lain tinjauan KAJIDATA: a) 42 peratus berpuas hati dengan prestasi Tun Mahathir dan 37 peratus tidak berpuas hati.
b) Hanya 34 peratus berpuas hati dengan prestasi BN berbanding dengan 39 peratus untuk PH.
c) 40 peratus lebih cenderung untuk mengundi PH berbanding dengan PAS (16 peratus) atau BN (15 peratus).
d) PH mempunyai sokongan padu di negeri-negeri di bawah pentadbirannya.
e) 42 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa Malaysia sedang menuju ke arah yang salah berbanding 35 peratus yang merasakan sebaliknya
f) 39 peratus tidak berpuas hati dengan prestasi PH dan hanya 37 peratus yang berpuas hati
g) 43 peratus tidak berpuas hati dengan cara PH mengurusankan ekonomi dan hanya 33 peratus yang berpuas hati
h) 38 peratus belia memilih gabungan BN dan PAS berbanding 33 peratus untuk PH
i) 38 peratus daripada pengundi berpendapatan rendah memilih untuk mengundi gabungan BN dan Pas berbanding 31 peratus untuk PH
j) PH tidak medapat sokongan yang tinggi di Kelantan dan Terengganu.
Diasaskan pada 2015, KAJIDATA Research mengkhusus dalam risikan Pasaran, Komersil dan Sosio-Politik dengan mengendalikan dan menyatukan metadologi tinjauan pendapat umum yang terbaik selain analisis media sosial. - Bernama
KERAJAAN PH AKAN TERUS USAHA BANTERAS RASUAH – DR MAHATHIR
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan agenda membanteras rasuah walaupun sokongan terhadap kerajaan dan dirinya sendiri telah merosot.
Beliau turut meminta semua jentera kerajaan menolak rasuah dengan jangan mengambil walaupun "satu sen" atau "hadiah-hadiah" seperti membeli rumah pada harga murah.
"Harap kita berikrar tidak terlibat dengan rasuah kerana berdosa dan ia salah dari segi undang-undang," katanya pada majlis perjumpaan dengan lebih 1,000 pegawai kanan kerajaan di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata dalam usaha menghalang perbuatan-perbuatan curang dan yang merosakkan pentadbiran negara, mungkin terdapat pegawai kerajaan yang terlibat dengan rasuah merasa kecewa dengan kerajaan baharu kerana tidak lagi mendapat pendapatan tambahan daripada kegiatan itu.
Menurutnya, mereka yang kecewa itu merasakan seolah-olah kerajaan kleptokrasi dahulu lebih baik daripada kerajaan demokrasi dan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan dan dirinya merosot setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.
Mengambil contoh beberapa negara termasuk Mexico, Pakistan dan Indonesia yang menukar parti memerintah akibat salah guna kuasa, Dr Mahathir berkata usaha membersihkan negara daripada gejala itu perlu diteruskan kerana ia akan menghancurkan negara.
"Segala tugas tak dapat dijalankan dengan baik, kos akan meningkat kerana setiap kos kita belanja perlu tambah kos rasuah, dan sesetengah pihak tidak mendapat perkhidmatan sama sekali kerana rasuah," katanya.
Dr Mahathir berkata, kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun tidak mungkin kalah jika mereka berpegang kepada tugas dan tidak menyalah guna kuasa yang diberikan rakyat.
Pertukaran kerajaan adalah penting kerana rakyat tahu negara dipimpin dengan cara yang tidak baik sehingga dikenali sebagai negara kleptokrasi atau kerajaan penyangak.
"Apakah kita nak kerajaan penyangak atau diganti kerajaan baharu Apakah kerajaan baharu akan jadi penyangak, mungkin kalau tidak berjaga-jaga," katanya.
Bagaimanapun, katanya setakat ini, beliau belum nampak kecenderungan untuk salah guna kuasa dalam kalangan pentadbir.
Sepanjang hampir setahun PH memerintah, Dr Mahathir berkata beliau mendapati secara umumnya kerajaan tidak menghadapi banyak masalah dalam pentadbiran walaupun terpaksa menggugurkan mereka yang jelas menyeleweng dan melakukan kesalahan.
"Yang lain saya fikir (mereka) sedar pertukaran kerajaan dan kerajaan sekarang berhak menentukan dasar negara," katanya.
Dr Mahathir berkata, jika rasuah dilihat sebagai haram sama seperti arak, maka pegawai kerajaan pasti tidak akan melakukan perbuatan jijik itu
"..."Pekerja Amanah Aspirasi Negara” adalah tema Hari Pekerja pada tahun ini. Tema ini menekankan bagaimana kita rakyat Malaysia khususnya warga pekerja perlu melaksanakan kerja dan tanggungjawab dengan prinsip amanah dan integriti bagi memacu kemakmuran Negara dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama.
Hubungan tripartisme yang baik antara Kerajaan, pekerja dan majikan menjadi pendorong kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Sungguhpun ada ketikanya kita mungkin bercanggah pendapat, akhirnya penyelesaian “win-win” atau menang-menang tercapai dan ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan Negara.
Dasar Kerajaan hari ini adalah untuk memberi keutamaan kepada pekerja warganegara Malaysia untuk mendapat peluang pekerjaan. Kerajaan sedar mengenai kadar pengangguran di kalangan belia dan golongan muda serta memahami akan kepentingan untuk memperkasa tenaga kerja dan bakat (talent)tempatan. Ianya juga harus melibatkan semua golongan masyarakat termasuklah mempertingkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.
Dalam era Internet of Things (IoT), portal JobsMalaysia versi 2.0 yang baharu, yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia telah menawarkan platform mencari pekerjaan yang lebih fleksibel kepada rakyat untuk meningkatkan penempatan pekerjaan dan mengurangkan ‘mismatch’. Rakyat juga boleh mendapat perkhidmatan JobsMalaysia melalui penganjuran karnival kerjaya yang diadakan secara berkala dari semasa ke semasa..."
YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad berucap ketika hadir di Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi.