"..."Pekerja Amanah Aspirasi Negara” adalah tema Hari Pekerja pada tahun ini. Tema ini menekankan bagaimana kita rakyat Malaysia khususnya warga pekerja perlu melaksanakan kerja dan tanggungjawab dengan prinsip amanah dan integriti bagi memacu kemakmuran Negara dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama.
Hubungan tripartisme yang baik antara Kerajaan, pekerja dan majikan menjadi pendorong kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Sungguhpun ada ketikanya kita mungkin bercanggah pendapat, akhirnya penyelesaian “win-win” atau menang-menang tercapai dan ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan Negara.
Dasar Kerajaan hari ini adalah untuk memberi keutamaan kepada pekerja warganegara Malaysia untuk mendapat peluang pekerjaan. Kerajaan sedar mengenai kadar pengangguran di kalangan belia dan golongan muda serta memahami akan kepentingan untuk memperkasa tenaga kerja dan bakat (talent)tempatan. Ianya juga harus melibatkan semua golongan masyarakat termasuklah mempertingkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.
Dalam era Internet of Things (IoT), portal JobsMalaysia versi 2.0 yang baharu, yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia telah menawarkan platform mencari pekerjaan yang lebih fleksibel kepada rakyat untuk meningkatkan penempatan pekerjaan dan mengurangkan ‘mismatch’. Rakyat juga boleh mendapat perkhidmatan JobsMalaysia melalui penganjuran karnival kerjaya yang diadakan secara berkala dari semasa ke semasa..."
YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad berucap ketika hadir di Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi.
0 comments:
Post a Comment