Wednesday, September 25, 2019

ANUGERAH KELESTARIAN CANSELOR USM

No comments:
ANUGERAH KELESTARIAN CANSELOR USM


1. Menerima Anugerah Kelestarian Canselor tentunya secara peribadi amat bermakna kepada saya terutamanya apabila ia adalah pengiktirafan oleh sebuah Universiti yang telah mencapai usia 50 tahun.

2. Sebelum ini USM telah menganugerahkan saya Ijazah Kehormat USM (Doctor of Science). Saya ucap berbanyak terima kasih kepada USM kerana menggangap saya layak menerima anugerah-anugerah yang begitu berprestij dan tinggi nilainya.

3. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucap tahniah kepada USM kerana pencapaian yang membanggakan kerana menduduki tangga ke-49 dunia dan tangga pertama di Malaysia dalam “Times Higher Education (THE) University Global Impact Rankings against Sustainable Development Goals” baru-baru ini. Ini tentu sekali merupakan hasil 50 tahun usaha USM memperjuangkan isu kelestarian sejagat.

4. Dan saya juga ingin mengambil peluang ini untuk ucap syabas kepada seluruh komuniti ilmu USM atas sambutan Ulang Tahun Ke-50 ini. Dengan temanya “Fifty (50) Years Leading Knowledge for Change”, saya harap tuan-tuan dan puan-puan menggunakan tempoh ini untuk menilai semula kejayaan dan kekurangan universiti dalam tempoh tersebut dan mencari formula dan strategi baru untuk menetapkan hala tuju masa hadapan Universiti. Hala tuju ini harus berupaya mengekalkan dan memajukan Universiti ini sebagai penggerak kepada usaha transformasi pemikiran dan pendidikan untuk kelestarian hari esok. Hala tuju ini tidak seharusnya tinggal sebagai satu konsep dan falsafah pemikiran akademia semata- mata.

HARAPAN – PERANAN UNIVERSITI, AHLI AKADEMIK DAN PELAJAR

5. Peranan Universiti bukan hanya sekadar bersifat kreatif dan inovatif di dalam meneroka ilmu baharu. Yang lebih penting ialah keupayaannya bergerak seiring dengan masyarakat dalam memahami serta mengamalkan nilai-nilai moral yang tinggi, meningkatkan akses yang luas kepada ilmu pengetahuan, memanfaatkan Sains, Kejuruteraan dan Teknologi serta data raya untuk kebaikan dan keharmonian manusia sejagat.

6. Selain itu, peranan universiti dan para akademik juga harus bergerak seiring dengan peranan sektor awam dan swasta dalam bersama-sama membangunkan Negara.

7. Kerjasama yang erat antara ahli akademik dan mereka yang bekerja di luar bidang akademik harus dipertingkatkan bagi memahami kehendak sebenar Negara dalam arus modenisasi dan era Revolusi Industri 4.0 ini.

8. Selain itu, Universiti seharusnya memanfaatkan ruang kreativiti dan inovasi yang ada dalam dunia digital hari ini untuk meneroka ilmu baharu yang dapat mengurangkan pergantungan yang ada.

9. Pada masa yang sama pelajar-pelajar juga perlu keluar dari zon selesa dan bersama-sama mengubah budaya ilmu yang ada dengan pemikiran yang lebih matang dan kritikal.

10. Keberanian menghadapi cabaran, kebolehan berdikari, keyakinan diri dan jiwa yang merdeka akan dapat membawa siswa-siswi kita bersaing di peringkat global.

11. Sekali lagi, saya ingin ucap terima kasih kepada USM atas anugerah ini. Saya mendoakan agar USM terus beroleh kejayaan pada masa hadapan dan mengharumkan negara di dalam pelbagai bidang ilmu.

12. Teruslah menghasilkan penemuan baharu yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat dalam apa jua bidang.

Continue Reading...

Tuesday, September 17, 2019

Tun M di Sabah

No comments:
YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tiba di Kota Kinabalu, Sabah dari Kuching, Sarawak bagi lawatan kerja ke Negeri Di Bawah Bayu pagi tadi. Sejurus tiba Tun Dr Mahathir disambut oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Dato' Seri Panglima Hj Shafie bin Haji Apdal. Beliau kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata dengan Ketua Menteri Sabah selama kira kira satu jam sebelum mengadakan mesyuarat bersama Anggota Kabinet Sabah.

YAB Perdana Menteri kemudiannya hadir di Majlis Makan Tengah Hari bersama ahli dan pimpinan BERSATU Sabah. Sejurus selepas itu beliau mempengerusikan mesyuarat bersama pimpinan BERSATU Sabah termasuk Armada dan Srikandi sebelum pulang ke ibu negara.

Kerajaan Pusat amat komited dalam memastikan bahawa negeri Sabah dan Sarawak mendapat perhatian dan layanan yang sama seperti negeri-negeri lain di Semenanjung.





Continue Reading...

Monday, September 9, 2019

Tulis Yun M : Tak Bekerja

No comments:
TAK BEKERJA
6 September 2019


1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Negeri Melayu terima baik penjajahan British.

2. Yang tidak dapat dinafi ialah British membawa sistem Pemerintahan yang lebih baik danNegeri-Negeri mengalami sedikit sebanyak pembangunan.

3. British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak ada orang Melayu yang bekerja dalam ladang dan lombong ini. Pekerja terdiri dari orang India dan Cina. Perniagaan kedai runcit dan aneka jenis tukang-tukang semuanya terdiri dari orang Cina.

4. Dimanakah orang Melayu? Mereka bekerja dalam sawah padi mereka, dan ada sedikit yang menjadi nelayan. Sebilangan kecil dari mereka bekerja dengan Kerajaan sebagai kerani. Lebih kecil lagi ialah bilangan merekayang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan. Mereka ini semua berbangga kerana dibayar gaji tetap dan pencen.

5. Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini.

6. Oleh kerana sikap ini tidak terdapat ramai orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar. Pada masa itu pun bandar-bandar didiri dan dipenuhi dengan kedai Cina. Tidak ada kedai Melayu. Ada beberapa buah kedai makan dan rempah cabai orang India.

7. Raja-Raja Melayu tidak iktiraf orang Cina dan India sebagai rakyat. Kepercayaan mereka ialah orang ini, akan kembali ke Negara masing-masing apabila khidmat mereka tidak diperlu lagi.

8. Orang Cina biasanya berhijrah ke Negara lain jika mereka nampak peluang mencari makan. Mereka berhijrah ke Amerika dan Australia dan ke Negara-Negara jajahan British. Melihat kestabilan pemerintahan British dan peluang kerja, mereka datang dengan ramai ke Negeri-Negeri Melayu. Mereka sanggup bekerja keras. Dikenali sebagai kuli mereka sanggup buat kerja kotor, kerja berat dan merbahaya. Mereka sanggup menarik “langca”, dan apa sahaja yang memberi pendapatan kepada mereka. Ramaiperempuan Cina yang menjadi “amah” di rumah pembesar Melayu, menjaga anak dan membersih rumah.


9. Orang Melayu berasa senang kerana kerja berat, kotor dan berbahaya serta perniagaan dilakukan oleh orang asing. Jika mereka lihat kekayaan dan kemajuan orang asing ini, mereka tidak berasa khuatir sedikit pun. Kepercayaan mereka ialah Negeri mereka kekal sebagai milik mereka. Itu yang saya lihat. Semasa saya muda di zaman British timbul keinginan melihat orang Melayu berniaga juga. Di Alor Star dibina Pekan Rabu, pekan sari dimana orang kampung boleh menjual sedikit sebanyak pisang dan buah-buahan bakul dan raga anyaman mereka. Perniagaan mereka tidak menjadibesar. Mereka berniaga secara sambilan. Mereka tidak berniat pun untuk membesar perniagaan. Setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, itu sahaja.

10. Tetapi anggapan mereka meleset. Kerana mereka tidak sanggup bekerja kuat, tidak sanggup berniaga secara serius mereka terus miskin. Jarak antara mereka dengan kaum lain yang bekerja kuat dan berniaga menjadi semakin luas. Yang berlaku ialah yang sudah kaya menjadi lebih kaya dan orang Melayu yang miskin menjadi lebih miskin. Ini sudah ditakdir. Tak perlu buat apa-apa.



11. Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja. Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Dan orang asing pun membanjiri Negara kita. Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu. Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada Negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi. Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, Tuankah.

12. Nasib kita di tangan kita. Memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah kita. Bilangan kita dikatakan bertambah. Tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya.

chedet 

Continue Reading...

ucapan penghargaan

No comments:


Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh.

Alhamdulillahi Rabbil Alamin wabihi Nasta’in selawat dan salam ke atas Rasul jujungan, Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun,

Menghadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Al- Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dan
Menghadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al- Haj.

1. Dengan hormat dan penuh takzimnya, Patik bagi pihak Kerajaan, perkhidmatan awam dan rakyat jelata keseluruhannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Tuanku pada hari ini.

2. Rakyat sekalian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta keluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

3. Alhamdulillah, Negara baharu sahaja menyambut beberapa peristiwa penting iaitu Istiadat Pertabalan Tuanku pada 30 Julai 2019, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2019 dan hari ini 9 September 2019 adalah Hari Keputeraan Kebawah Duli Tuanku. Pada 16 September 2019 ini pula, Patik dan seluruh rakyat jelata akan bersama-sama di bawah perkenan Tuanku untuk menyambut Hari Malaysia.

4. Kerajaan dan rakyat sekalian menjunjung kasih di atas penglibatan-penglibatan Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat dan majlis-majlis tersebut. Sesungguhnya ini menggambarkan Raja dan Rakyat berpisah tiada.

5. Sesungguhnya, adalah menjadi harapan Kerajaan dan rakyat semoga Kebawah Duli Tuanku dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan penuh adil dan saksama berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

6. Tuanku adalah umpama payung yang menaungi dan menyatukan seluruh rakyat tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik.

KOMITMEN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN MALAYSIA

7. Kerajaan akan sentiasa menghormati dan terus mempertahankan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, serta keistimewaan orang Melayu dan anak Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipertahan dan dipelihara.

8. Syukur Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah jua, Negara terus berada dalam keadaan aman dan makmur. Selain itu, Patik berharap Negara akan terus bebas daripada pelbagai bentuk penyelewengan untuk membolehkan Malaysia Baharu dapat dibangun dan dimajukan dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

9. Kerajaan Tuanku menyedari ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia yang semakin mencabar termasuk dalam bentuk halangan-halangan kepada perdagangan bebas serta ketidakstabilan dalam mata wang global boleh memberi kesan kepada Negara.

10. Bagi mengatasi keadaan ini, Kerajaan akan sentiasa melakukan pelbagai strategi di peringkat domestik dan antarabangsa untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

11. Di samping itu, usaha-usaha Kerajaan untuk memulihkan kedudukan kewangan dan ekonomi Negara serta melunaskan janji-janji yang telah diberikan kepada rakyat semakin berhasil.

12. Pelbagai inisiatif di bawah visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 telah pun mula dilaksanakan bagi memastikan kekayaan Negara dapat diagihkan dengan menyeluruh dan merancakkan pertumbuhan ekonomi seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat.

13. Kerjasama dan sokongan rakyat serta penglibatan semua pihak sangat diperlukan untuk memastikan negara terus makmur dan sejahtera serta dihormati di persada antarabangsa. Insya Allah, impak positif inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan akan dapat dirasai rakyat.

14. Semua pandangan dan maklum balas rakyat akan diambil kira untuk memastikan gagasan Kemakmuran Bersama ini menjadi milik keseluruhan rakyat Tuanku.

15. Kerajaan juga bertekad untuk mengukuhkan pentadbiran berdasarkan kepada prinsip rule of law dan pemisahan kuasa seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, Kerajaan Tuanku komited untuk memulihkan negara agar bebas daripada rasuah dan salahguna kuasa.

16. Kekayaan Negara akan diurus dan digembleng dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana agar dapat dikecap oleh segenap lapisan rakyat.

TEMA HARI KEBANGSAAN – SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH

17. Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-62 pada 31 Ogos lalu yang bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih telah menyerlahkan kesepakatan rakyat yang bersama-sama keluar untuk menjayakan sambutan tersebut.

18. Ini merupakan manifestasi rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, kepercayaan dan kaum – boleh duduk bersama berkongsi sesuatu nilai yang dihargai secara harmoni.

19. Ini juga adalah manifestasi perpaduan rakyat Malaysia yang akan terus dipertahan dan diperkukuhkan. Sesungguhnya segala program dan projek pembangunan hanya dapat berhasil dengan sebaiknya jika negara aman dan tersusun rapi.

MALAYSIA DI MASA HADAPAN – USAHA YANG BERTERUSAN

20. Umumnya rakyat Negara ini percaya bahawa perpaduan yang merentasi batas etnik dan agama adalah penting untuk menjadikan Malaysia baharu yang harmoni dan aman damai. Rakyat juga kini semakin matang dalam menghadapi ancaman-ancaman yang mampu memecah belahkan perpaduan.

21. Justeru Kerajaan Tuanku akan terus memperkukuhkan perpaduan dan melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan keharmonian kaum terus dipelihara.

22. Anak-anak muda hari ini adalah gambaran Negara pada masa hadapan. Oleh itu, penglibatan anak- anak muda dalam merealisasi agenda Kerajaan akan diarus perdanakan. Pada masa yang sama, semangat kesukarelawan serta keusahawanan dalam kalangan anak muda akan terus diterapkan untuk melengkapkan diri mereka dengan nilai-nilai murni, menjadi lebih produktif dan berdaya saing terutama dalam menghadapi perkembangan Revolusi Industri 4.0.

23. Dalam mengejar arus pemodenan, Kerajaan Tuanku akan terus memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara dan tidak diabaikan. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap pencemaran alam sekitar akan diambil tindakan tegas yang sewajarnya.

24. Bagi memastikan insiden-insiden seperti ini tidak berlaku lagi, semua pihak harus memainkan peranan penting dalam melindungi dan memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.

25. Pada hari yang bahagia dan penuh istiadat ini, bagi pihak diri patik, Kerajaan dan seluruh rakyat, patik dengan segala hormat dan takzimnya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Tuanku sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Tuanku pada hari ini.

26. Patik, Kerajaan dan rakyat sekalian juga memohon untuk menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Tuanku.

27. Semoga Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan keluarga sentiasa dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah, dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan sejahtera selalu.

Daulat Tuanku.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.
-Tun Dr Mahathir Mohamad
Continue Reading...

Friday, September 6, 2019

tun m di russia

No comments:


Rangkuman penuh lawatan kerja YAB Perdana Menteri di Eastern Economic Forum (ERF2019), Vladivostok, Russia.

Lawatan Dr Mahathir di Rusia adalah atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin, sempena EEF yang berlangsung di kampus Far Eastern Federal University di sini.

EEF merupakan inisiatif Putin pada 2015 bertujuan menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia dan memperluaskan kerjasama antarabangsa di rantau Asia-Pasifik.

Beberapa pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe serta Presiden Mongolia, Khaltmaagin Battulga juga menyertai beliau.

Dr Mahathir diiringi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

EEF diwujudkan menerusi dekri yang dikeluarkan Putin pada 2015 untuk menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia dan memperluaskan kerjasama antarabangsa di rantau ini.



Continue Reading...