Thursday, October 31, 2019

sentuh

No comments:

Continue Reading...

mimpi

No comments:

Continue Reading...

tun m di johor bahru

No comments:
YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad petang tadi memulakan lawatan kerja ke Negeri Johor dengan mengadakan lawatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Dalam lawatan yang sama, YAB Perdana Menteri mengumumkan Malaysia bersetuju meneruskan Projek Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru - Singapura dengan pengurangan kos dari RM 4.93 bilion kepada RM 3.16 Bilion.

Kerajaan komited untuk menangani isu kesesakan antara Johor Bahru dan Singapura secara komprehensif dengan bekerja rapat dengan Singapura. RTS Link akan menjadi pilihan pengangkutan untuk puluhan ribu orang yang mahukan perkhidmatan yang pantas, boleh dipercayai dan berpatutan untuk perjalanan harian mereka.




















Continue Reading...

tun m di turkmenistan

No comments:


Sejurus selepas menghadiri persidangan NAM di Azerbaijan, YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Ashgabat, Turkmenistan. Lawatan ini adalah atas undangan Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov.

Tun Dr Mahathir memulakan program dengan menghadiri upacara sambutan rasmi di Dataran Presiden. Kemudian, beliau dan Presiden Berdimuhamedov telah mengadakan Mesyuarat Terhad diikuti dengan Mesyuarat Delegasi serta majlis tandatangan, dan kenyataan media bersama kedua-dua pemimpin itu di Istana Presiden.

Antara persetujuan yang dicapai adalah pelanjutan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) selama 10 tahun lagi kepada Petronas untuk beroperasi di negara itu sehingga 2038.

Selepas bermesyuarat, beliau telah menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Presiden Berdimuhamedov.

Pada sebelah malam pula, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan warga diaspora Malaysia di Turkmenistan.


Continue Reading...

Monday, October 28, 2019

tun m di baku

No comments:
YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad bertemu dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev di Istana Presiden semalam berbincang untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Azerbaijan termasuk mengenai hal ehwal pelaburan dalam sektor minyak dan gas.

Turut disentuh ialah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Baku Azerbaijan oleh salah satu syarikat penerbangan di Malaysia. Ini akan menambahkan lagi kemasukan pelancong ke Malaysia dan juga ke Baku dan merancakkan lagi aktiviti pelancongan ke Malaysia bersesuaian dengan Visit Malaysia 2020.




YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad melawat pejabat PETRONAS yang beroperasi di Baku, Azerbaijan dan diberikan taklimat mengenai operasi PETRONAS di negara itu oleh Ketua Negaranya, Najwa Aras.




Melawat Azersun Greentech Farm di Baku Azerbaijan semalam. Saya diberi taklimat oleh pemilik ladang ini Tahir Goozal, dan mempelajari beberapa teknik atau kaedah pertanian yang moden yang diamalkan di sini. Buah-buahan yang ditanam di sini segar dan kualitinya amat baik. Ladang ini salah satu pengeksport tomato terbesar ke negara Russia.











Continue Reading...

Saturday, October 26, 2019

tun m dan nam

No comments:
YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad muncul semula ke Pentas Persidangan Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) kali ke-18 di Baku Congress Centre, Azerbaijan pagi tadi. Kali akhir Dr Mahathir menyampaikan ucaptama di persidangan NAM ialah pada tahun 2003 (16 tahun lalu) di Kuala Lumpur yang ketika itu sebagai tuan rumah.

Dr Mahathir menghadiri Upacara Pembukaan NAM di sebelah pagi. Kemudiannya di sebelah petang pada jam 3.30 petang waktu tempatan (7.30 petang waktu Malaysia) Dr Mahathir ialah antara pemimpin dunia terawal yang dijadualkan menyampaikan ucaptama di persidangan itu.



Continue Reading...

Wednesday, October 16, 2019

tun m di hot FM

No comments:



Tembubual eksklusif GPH bersama Tun M di Hot FM, esok!
WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Oktober 2019

GENG Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk, Shuib dan Fizie berpeluang bertemu pemimpin nombor satu negara pada 9 Oktober yang lepas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Temubual yang telah dirakam secara eksklusif GPH bersama YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad itu akan disiarkan secara eksklusif pada 15 Oktober 2019 (esok), jam 6 pagi hingga 10 pagi di Hot FM.

GPH nyata teruja dan menyifatkan peluang itu sebagai kenangan manis apabila dapat bertemu sendiri secara empat mata dengan Tun M serta mendapat nasihat berguna daripada pemimpin yang amat mereka kagumi itu.

Menerusi tembual tersebut, GPH sempat bertanyakan beberapa soalan kepada Tun M. Antaranya benarkah Tun M kuat merajuk berbanding isterinya, momen nakal Tun semasa zaman persekolahan bersama kawan-kawan dan banyak lagi.

Tun M juga sempat berpesan kepada pendengar setia Hot FM.

“Maju ataupun tidak seseorang atau sesuatu bangsa mahupun negara itu bergantung kepada nilai hidup pegangan mereka. Kalau bangsa itu rajin bekerja, beramanah dan mempunyai perasaan malu jika gagal, bangsa itu akan berjaya,” ujarnya.

Menurut Ketua Audiens Hot FM, Nik Nor Azura, tujuan pihak pengurusan membawa GPH bertemu Tun M adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada mereka sendiri serta buat pendengar setia Hot FM supaya dapat mengenali dengan lebih dekat tentang pemimpin nombor satu negara itu.

sinarharian

Continue Reading...

Cerita Dari Christchurch

No comments:
YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima kunjungan Encik Mohd Nazri Hisham bin Omar dan Encik Rahimi bin Ahmad sekeluarga di Bangunan Perdana Putra hari ini. Kedua-dua mereka ialah mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand yang berlaku pada bulan Mac lalu.

Dalam pertemuan tersebut kedua-dua mereka berkongsi rasa tidak berdendam selepas kejadian tersebut sebaliknya bersyukur melihat sokongan yang diberikan rakyat dan Kerajaan New Zealand, malah melihat rakyat negara itu menunjukkan minat untuk memahami dan mempelajari berkenaan Islam.








Continue Reading...

buli

No comments:

Continue Reading...

Monday, October 14, 2019

cerita pekan rabu

No comments:











Continue Reading...

menatap langkawi

No comments:

Continue Reading...

langkawi

No comments:













13 OKT 2019: YAB Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat sawah padi dan mendengar permasalahan rakyat tempatan mengenai isu padi di Ayer Hangat Langkawi
Continue Reading...

Sunday, October 6, 2019

Tun M di Kongres Maruah Melayu

No comments:
Saya yakin orang Melayu akan berjaya jika kita gunakan peluang yang ada dengan baik, bekerja dengan baik dan mampu keluarkan barang pengguna, maka dari itu tiada siapa boleh jatuhkan maruah kita.

Kesanggupan untuk berusaha adalah perkara utama dalam usaha pemulihan maruah bangsa.

-Tun Dr Mahathir Mohamed















Continue Reading...

Wednesday, October 2, 2019

wawasan kemakmuran bersama

No comments:
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu
Rabu, 2 Oktober 2019 2:13 PM
Oleh: THE STAR

WKB 2030 memberi tumpuan kepada penstrukturan semula ekonomi dan merapatkan jurang besar antara golongan kaya dan sangat miskin.

WUJUD jurang pendapatan dan kekayaan di Malaysia, dan menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang bakal diperkenalkan, ekonomi negara akan distruktur semula ke arah lebih progresif, rancak dan mampan.

Ketika ini, dilema yang berlaku adalah mengenai ketidaksamarataan antara kumpulan pendapatan, etnik, bandar, luar bandar dan serantau serta rantaian bekalan.

Apakah sasaran utama WKB 2030 yang akan dilaksanakan bagi tempoh 10 tahun bermula 2021?

Sudah pasti mewujudkan taraf hidup yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

Model ekonomi negara masih belum memberikan impak sepenuhnya dari penggunaan bakat dan sumber tenaga, menyebabkan nilai tambah rendah dan kepelbagaian yang terhad.

Justeru, terdapat keperluan untuk melakukan perubahan dari ekonomi buruh dan berkemahiran rendah kepada pengetahuan dan ekonomi berasaskan masa depan.

Berikut adalah fakta yang anda perlu tahu mengenai WKB 2030:

*WKB 2030 memberi tumpuan kepada penstrukturan semula ekonomi, merapatkan jurang besar antara golongan kaya dan sangat miskin.

*Ia bertujuan untuk mewujudkan negara keusahawanan di mana peluang dikenal pasti dan penciptaan kekayaan ekonomi adalah sektor yang diterajui swasta ke arah nilai tambah.

*Kemakmuran itu kemudian dikongsi dengan cara lebih adil dan saksama dalam kalangan rakyat yang secara aktif mengambil bahagian dalam proses penciptaan kekayaan baharu.

*Malaysia akan terus mengalami pertumbuhan mampan dan saksama di setiap peringkat rantaian nilai, tanpa mengira kelas, bangsa dan lokasi geografi.

*Ini akan mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Kerajaan memperkenalkan WKB 2030 agar pembangunan dan kekayaan seharusnya diagih lebih adil agar dirasai semua rakyat.

WKB 2030 turut menggariskan 7 teras strategik iaitu:
1. Pengstrukturan dan penambahbaikan ekosistem perniagaan dan industri negara.

2. Sektor pertumbuhan baharu.

3. Reformasi bakat dan sumber tenaga negara.

4. Memperbaiki pasaran buruh dan pendapatan pekerja.

5. Memperkukuhkan kesejahteraan sosial.

6. Pembangunan wilayah yang inklusif.

7. Peningkatan modal sosial masyarakat.

Selain tujuh teras strategik dalam WKB 2030 yang digariskan oleh Tun Dr Mahathir Malaysia pada Mei lalu, perdana menteri turut memaklumkan agihan kekayaan yang tidak sekata dan tidak adil perlu diatasi atau ia boleh membawa kepada kemudaratan.

Beliau menekankan bahawa terdapat jurang besar antara bandar dan luar bandar dan beberapa negeri yang kaya manakala ada yang sangat miskin.

“Kita menghadapi masalah dengan prestasi beberapa kumpulan etnik, contohnya Bumiputera, termasuk di Sabah dan Sarawak. Mereka agak miskin berbanding kaum lain yang tinggal di tempat lain.

“Semua perkara ini diteliti, dan kita berpandangan adalah perlu untuk mengagihkan semula kekayaan dengan cara yang adil kerana jika terdapat jurang besar, maka akan ada tentangan dan percanggahan yang boleh mencetuskan kekecohan,” kata Dr Mahathir, baru-baru ini.


Dr Mahathir menggariskan tujuh teras strategik dalam WKB 2030.

Walaupun menangani masalah kemiskinan tegar menjadi perhatian, jauh lebih berkesan adalah pelaksanaan dasar untuk menangani kemiskinan relatif, kumpulan yang terkesan dan mereka yang mempunyai kurang simpanan persaraan dan jaminan kewangan.

Berdasarkan kajian, 68 peratus rakyat Malaysia yang bersara pada usia 55 tahun tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Sebilangan mereka hanya mempunyai kira-kira RM50,000 di dalam akaun KWSP.

Dianggarkan 70 peratus daripada mereka yang membuat pengeluaran wang KWSP juga akan menggunakan simpanan itu dalam tempoh lima hingga 10 tahun.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan hampir lima juta pekerja separa mahir memperoleh pendapatan bulanan secara purata RM1,947.

Pekerja berkemahiran rendah atau tidak berkemahiran pula memperoleh purata pendapatan bulanan kira-kira RM1,531.

Bagi pekerja berkemahiran yang terdiri daripada lebih tiga juta tenaga pekerja, pendapatan bulanan purata adalah RM4,573.

Pada 2018, 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah dari Kuala Lumpur dan Selangor, manakala Kelantan, Kedah, Pahang, Sarawak dan Sabah hanya mencatatkan 25 peratus kadar KDNK.

Sehubungan itu, WKB 2030 yang bakal dilancarkan pada Sabtu ini akan memberi tumpuan untuk merapatkan jurang pendapatan antara negeri, golongan yang kaya dengan miskin serta penduduk bandar dan luar bandar.

Inisiatif tersebut bukan lagi pembangunan yang tidak hanya dinilai melalui angka, sebaliknya pembangunan dan kekayaan seharusnya diagih lebih adil agar dirasai semua rakyat.

Sama-sama kita menyokong usaha ini bagi memastikan matlamat WKB 2030 mampu direalisasikan untuk rakyat seluruh pelusuk negara.

MSTAR
Continue Reading...

Tuesday, October 1, 2019

selamat pulang

No comments:



Continue Reading...

kongres maruah melayu

No comments:
Continue Reading...

Pendekkan Veto

No comments:

Ubah pendekatan kuasa veto - Dr Mahathir



Teks ucapan penuh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)

Malaysia mengalu-alukan tema perhimpunan agung tahun ini, iaitu ‘Memperkukuhkan usaha pelbagai hala dalam kualiti pendidikan, keterangkuman, tindakan iklim dan membasmi kemiskinan’. Kunci utama di sebalik tema ini ialah ‘memperkukuhkan usaha pelbagai hala’, yang menjadi nadi fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Saya akan mengutarakan beberapa cadangan.

Hampir 75 tahun lalu, lima negara mendakwa melakar kejayaan dalam Perang Dunia Kedua. Asas kejayaan itu disandarkan pada penegasan bahawa mereka mempunyai hak untuk memimpin dunia. Oleh itu, mereka berikan diri mereka kuasa veto berbanding negara lain menerusi sebuah organisasi yang ditubuhkan - sebuah organisasi yang didakwa mampu mengakhiri kemelut peperangan dihimpit pertikaian konflik.

Kuasa veto berkenaan - mereka perlu sedar hakikat bahawa ia bercanggah dengan semua prinsip hak asasi manusia yang kononnya dimartabatkan selama ini. Ia membunuh nadi imej pertubuhan yang mereka wujudkan. Ia memastikan semua penyelesaian terhadap konflik berupaya disangkal dalam kalangan mereka. Menjurus kepada perpecahan ideologi sehingga merencatkan usaha merungkai masalah.

Setiap orang dalam kalangan mereka boleh mengetepikan hasrat hampir 200 anggota lain. Ia sesuatu yang sudah semestinya amat tidak demokratik. Itu pun, ada dalam kalangan mereka yang melemparkan cacian kepada negara lain di dunia kerana tidak bersikap demokratik atau sepenuhnya mengamalkan prinsip demokrasi.

Berapa lama lagi harus kita biarkan kumpulan ini memegang tampuk kuasa? Sampai bila, selamanya?

Jangka waktu yang tidak pernah diusulkan ini tampak seperti ia akan kekal selamanya.

Kuasa inilah yang mengundang kepada perbalahan. Setiap satu daripada lima ahli ini meletakkan kebergantungan terhadap kekuatan ketenteraan demi menundukkan mana-mana pihak yang cuba mendalangi gerakan menggulingkan kuasa mereka. Di sudut hati, mereka perlu kekal dilengkapi barisan pertahanan bagi memastikan hak berada dalam kalangan ‘lima teristimewa’ ini sentiasa terjamin.

Struktur inilah yang membawa kepada kerencatan PBB merealisasikan matlamat utamanya - iaitu menangani risiko peperangan antara negara anggota. Sebaliknya, struktur sedemikian bertukar sebagai pemangkin yang menggalakkan sentimen peperangan dalam dan antara negara.

Benar, negara Eropah yang sering dikaitkan dengan episod peperangan tidak pernah mencetuskan bibit peperangan dengan pihak lain sepanjang tempoh dua pertiga kurun lalu. Tetapi pada sisi lain, ada bukti bahawa negara Eropah menjadi pencetus berlakunya peperangan, manakala senjata dan penyaluran dana yang mencerminkan pembabitan aktif mereka turut disaksikan dalam kemelut peperangan yang kian berpanjangan.

Israel - Akar umbi keganasan

Tindakan pertama didalangi negara Barat ialah ‘melahirkan’ Israel dengan menjarah tanah Palestin dan menyingkirkan hampir 90 peratus penduduknya yang terdiri daripada golongan Arab. Sejak itu, peperangan meletus di pelbagai negara yang majoritinya dikaitkan dengan bibit kewujudan Israel.

Kini, kita mempunyai isu keganasan yang sebelum ini tidak pernah wujud dalam ‘kamus dunia’ atau sekurang-kurangnya pada keadaan semasa. Penyelesaian menerusi tindakan ketenteraan tidak akan merungkai keganasan. Kita wajar mengenal pasti punca keganasan sebelum menggerakkan usaha menghapuskannya. Tetapi kuasa besar keberatan untuk berdepan dengan punca kemelut ini.

Mereka lebih cenderung menggunakan tindakan ketenteraan dan mengisytiharkan sekatan. Ini hanya akan selamanya membawa kepada kegagalan mereka menghentikan keganasan.

Malaysia menerima Israel sebagai suratan takdir. Bagaimanapun, kita tidak boleh menerima tindakan didalangi Israel yang menjarah bumi Palestin demi mendirikan penempatan mereka, selain menawan kota Baitulmaqdis. Rakyat Palestin langsung tidak dibenarkan balik ke rumah yang didirikan atas tanah mereka sendiri.

Susulan ‘kelahiran’ Israel, golongan Muslim dan penganut Islam dimusuhi. Muslim didakwa sebagai pengganas walaupun mereka tidak berbuat apa-apa. Negara Muslim diranapkan menerusi kempen menuntut demokrasi dan pertukaran rejim. Golongan Muslim di seluruh dunia ditindas, dibuang dari negara sendiri dan dinafikan hak suaka.

Beribu mati di lautan dan dalam iklim sejuk. Hakikatnya, sebelum ini tidak pernah wujud migrasi besar-besaran. Sekarang, ketidakstabilan dan perang angkara perubahan rejim memaksa mereka melarikan diri meninggalkan negara sendiri.

Saya harus akui, demokrasi adalah struktur kerajaan yang lebih baik berbanding pemerintahan diktator, namun demokrasi bukan pendekatan paling mudah untuk mengendalikan tadbir urus khususnya jika kita menjangkakan perubahan dalam waktu singkat.

Masa harus diberikan bagi memberi laluan ke arah perubahan dalam demokrasi. Negara yang mempromosikan demokrasi berupaya mengecapi keadaan demokratik mungkin dalam jangka abad atau kurun lamanya.

Natijah daripada merintis peralihan kepada demokrasi secara sekelip mata hanya mengundang ketidakstabilan dan perang saraf, malah mampu mencetuskan kekacauan ibarat negara tanpa kerajaan.

Tidak kurang juga sesetengahnya bertukar menjadi rejim ‘authoritarian’ yang ternyata lebih buruk daripada kerajaan terdahulu.

Gagal mencari jalan keluar daripada peperangan dan keganasan, rakyat mereka bertebaran meninggalkan tanah air sendiri.

Demokrat terulung sentiasa bercakap mengenai kedaulatan undang-undang, namun mengamalkan dasar ‘pilih kasih’. Rakan-rakan mereka bebas melanggar undang-undang dan terlepas daripada pendakwaan.

Oleh itu, Israel boleh sesuka hati melanggar perundangan antarabangsa dan norma dunia, tetapi terus meraih sokongan serta dipertahankan. Di mata mereka, semua tindakan negara yang ‘tidak mesra’ adalah salah.

Tiada keadilan di dunia

Saya mesti sekali lagi merujuk kepada nasib Rohingya di Myanmar. Sejak mencapai kemerdekaan, ramai koloni Barat menyingkirkan warga bukan tempatan dari negara mereka, tetapi tidak sekejam kejadian di Myanmar.

Sampaikan rakyat tempatan terkorban, dibunuh dengan kejam dan dirogol, manakala rumah di perkampungan mereka dibakar sambil semua ini disaksikan masyarakat dunia.

Mereka dipaksa untuk berhijrah dan kini tidak sanggup kembali ke Myanmar walaupun diberi tawaran berbuat demikian. Mereka tidak boleh menaruh kepercayaan terhadap tentera Myanmar kecuali diberi perlindungan bersesuaian.

Ketidakupayaan dunia sehingga sekadar mampu melihat kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar akhirnya menghakis makna resolusi dimeterai PBB. Kini, walaupun resolusi PBB dikemukakan terhadap Jammu dan Kashmir, negara berkenaan masih dijajah dan dicerobohi.

Mungkin ada sebab perkara ini terjadi tetapi ia masih sesuatu yang salah. Masalah harus dirungkai menerusi pendekatan yang aman. India sewajarnya berganding bahu dengan Pakistan untuk menyelesaikan masalah ini.

Tindakan mengetepikan PBB hanya akan terus merosotkan rasa hormat terhadap pertubuhan ini dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Setiap negara di dunia ini menyemat hasrat untuk menjadi kaya dan memacu perkembangan ekonomi.

Ketika zaman penjajahan, harta mereka dieksploitasi demi memperkayakan penjajah, justeru tiada harapan yang berupaya dipertaruhkan ketika itu.

Bagaimanapun, jauh di lubuk hati, mereka mempunyai keinginan untuk menerajui pembangunan negara sendiri, namun dinafikan daripada berbuat demikian.

Banyak diperkatakan mengenai perdagangan bebas, tetapi sering kali pelbagai perundangan baharu diperkenalkan sehingga ‘membunuh’ denyut pembangunan negara miskin. Hal ini kerana lazimnya cadangan untuk melaksanakan perundangan dan garis panduan berkaitan diterajui golongan kaya, selain dikendalikan secara rahsia.

Orang miskin secara tidak langsung terpaksa menerima perundangan ini. Satu contoh ketara ialah Perjanjian Trans-Pasifik yang pada asalnya dirangka oleh Washington menerusi pandangan disalurkan kelompok ‘gergasi’ perniagaan mereka. Bersandarkan inti pati perjanjian itu, kerajaan negara kecil boleh ‘dijerut’ untuk melunaskan pampasan bernilai tinggi kepada syarikat besar asing, sekiranya keputusan mereka menjejaskan kadar penjanaan keuntungan entiti perniagaan gergasi, termasuk keuntungan pada masa depan.

Nasib baik, negara kuasa besar yang merangka perjanjian ini sudah menarik balik dokumen berkenaan. Susulan penarikan diri negara kuasa besar, perjanjian ini tampak lebih boleh diterima pakai. Bagaimanapun, inti pati perjanjian berkenaan memperuntukkan syarat tertentu mengenai perdagangan - yang mengekang perdagangan bebas.

Kita difahamkan bahawa segala bayaran duti import harus dihapus atau dikurangkan bagi memberi laluan kepada produk asing menyingkirkan industri tempatan yang masih ‘melata’ dalam dunia perniagaan. Kebenaran untuk mengeksport pula hanya tertakluk kepada bahan mentah. Macam mana kami nak mencapai taraf perindustrian dan mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat?

Contoh klasik mengenai perihal menafikan perdagangan bebas ialah menyekat import minyak kelapa sawit yang dicadangkan negara Eropah. Gara-gara tidak mampu mengekalkan persaingan pasaran minyak masak mereka, kempen menyekat minyak kelapa sawit dilaksanakan.

Macam-macam dicanangkan, antaranya minyak kelapa sawit meracuni kesihatan, memusnahkan habitat monyet Belanda, mengurangkan kadar peresapan karbon dioksida dan lain-lain. Produk Eropah dilabel bebas daripada bahan minyak kelapa sawit. Minyak bio menggunakan minyak kelapa sawit pula disekat.

Malaysia dan banyak negara miskin lain menghasilkan minyak kelapa sawit. Malaysia tidak akan meneroka lebih banyak kawasan hutan untuk tujuan penanaman kelapa sawit. Kita prihatin mengenai perihal alam sekitar seperti masyarakat Eropah. Sidang Kemuncak Bumi di Rio pada 1992, Malaysia memahat janji untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan kawasan dilitupi hutan.

Kita berpegang pada janji ini, malah berada pada tahap lebih baik. Ketika ini, kadar kawasan hutan di tahap 55.3 peratus, iaitu melebihi janji yang dimeterai di Rio. Minyak kelapa sawit masih menjadi peneraju penyumbang ekonomi kami.

Tiada bukti bahawa ia beracun. Kami merayu kepada pertimbangan wajar golongan kaya untuk tidak cuba menyebabkan Malaysia miskin, selain menindas hak ratusan ribu kakitangan kami daripada menjana pendapatan untuk menampung kehidupan. Adalah sesuatu yang mulia jika anda membantu membeli minyak kelapa sawit.

Selari hasrat mengekalkan matlamat penubuhan PBB, Malaysia melancarkan kempen supaya perang dianggap perlakuan jenayah. Adalah tidak masuk akal jika individu digantung sampai mati kerana membunuh seseorang, tetapi kita mengagungkan orang yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan berjuta manusia. Peperangan model kini menjadi lumrah.

Bukan sekadar askar tempur terbunuh, tetapi nyawa tidak berdosa, kanak-kanak, orang sakit dan tidak berupaya akan turut terkorban serta mengalami kecederaan. Seluruh negara berduka, manakala trilion dolar lesap. Akhirnya, kedua-dua iaitu juara dan pihak yang kalah berdepan penderitaan.

Kita mendabik dada dengan mengatakan kita adalah masyarakat bertamadun, tetapi masih sangat kolot kerana ‘pejam mata’ terhadap perlakuan membunuh orang lain semata-mata untuk mengakhiri kemelut dalam dan antara negara.

Ada cara lain untuk menyelesaikan pertikaian. Kita boleh berunding atau mengemukakan permohonan timbang tara menerusi pihak ketiga. Atau kita boleh bawa kepada perundangan mahkamah - contohnya, Mahkamah Dunia dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Malaysia bukan ‘cakap tidak serupa bikin’. Kita lakukan. Kita selesaikan pertikaian dengan negara jiran menerusi rundingan dan Mahkamah Dunia. Ada kes yang kita menang, ada yang kita kalah. Tetapi tiada sesiapa yang terbunuh.

Tidak semua yang kita tuntut di mahkamah akan menjadi hak milik kita akhirnya. Tetapi pengakhiran sama terjadi dengan peperangan. Kita tidak semestinya selalu menang. Dalam pertarungan membabitkan dua pihak, satu pasti mengalah jika satu lagi pihak ingin menang.

Bagaimanapun, jika kita gunakan pendekatan aman, kita masih berdepan kekalahan tetapi mendapat kesan yang kurang. Tiada yang akan mati atau kecewa.


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Debat Umum sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi Ke-74 di Ibu Pejabat PBB pada Jumaat.- Foto BERNAMA
Perubahan iklim dan malapetaka

Dunia mengalami perubahan iklim. Persekitaran di Malaysia kini lebih panas daripada sebelum ini, malah ia tidak mungkin kembali kepada keadaan suhu terdahulu. Sebaliknya, ia seakan lebih panas saban hari.

Di tempat lain, taufan dan ribut memusnahkan keseluruhan bandar, membunuh ribuan nyawa serta mencetuskan kekacauan yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Banjir angkara hujan lebat menenggelamkan kawasan yang sangat luas. Ada waktunya, kemarau berlaku dan kebakaran tidak disengajakan terjadi sehingga memusnahkan hutan serta bandar, sekali gus menyebabkan ratusan terkorban.

Letusan gunung berapi dan gempa bumi kini lebih kerap terjadi sehingga memusnahkan bandar serta banyak kota. Peningkatan suhu global menyaksikan ais di Antartika dan Kutub Utara terus mencair, sekali gus meningkatkan aras laut serta mengundang risiko untuk menenggelamkan beberapa kepulauan dunia.

Pada hemat saya, siri bencana ini adalah sebahagian kesan susulan kitaran perubahan bumi yang berlaku dalam tempoh jutaan tahun lalu. Adakah kemungkinan bahawa iklim penuh stabil yang kita nikmati selama ini sudah sampai ke penghujungnya?

Mungkinkah kitaran ini mengalami perubahan, seperti yang pernah berlaku ketika zaman prasejarah berjuta tahun lalu? Wujud kebarangkalian bahawa suhu bumi akan terus meningkat pada tahap yang tidak dapat ditampung makhluk hidup?

Saya berpendapat, berbanding asyik nak berperang, adalah lebih baik untuk kita memberi tumpuan terhadap perubahan iklim dan pelbagai bencana alam yang akan datang. Kita harus berganding bahu bersedia menangani perubahan iklim, mengembalikan persekitaran normal kehidupan yang pernah kita nikmati suatu masa dulu.

Kita harus bersiap siaga dengan gempa bumi berskala besar, taufan, ribut, banjir, tanah runtuh dan lain-lain. Kita harus belajar bagaimana cara untuk mengatasi bencana alam ini. Kita harus membina tempat berlindung, ‘menghasilkan’ hujan dan menghasilkan makanan tanpa cahaya matahari serta berada jauh dari pinggir perairan laut.

Kita wajar menubuhkan pasukan yang mempunyai kepakaran berdepan bencana sekiranya pertolongan diperlukan di kawasan terjejas. Setiap bencana ialah bencana dunia. Rangkaian bencana alam ini mungkin tidak akan terjadi, tetapi usah kita meletakkan kebergantungan sedemikian.

Kita membazirkan wang untuk persediaan peperangan, menghasilkan senjata pemusnah yang lebih dahsyat, sedangkan kita berdepan kemungkinan untuk dihapuskan oleh bencana alam ketika bumi meniti kitaran seterusnya.

Sebagai manusia, kita mempunyai kecerdikan akal fikiran. Kita masih mampu hidup pada kitaran seterusnya jika menyatukan semua penyelidik untuk merangka mekanisme pertahanan bersesuaian berdepan malapetaka.

Jika kita kurangkan peruntukan kewangan untuk membunuh orang, kita akan mempunyai cukup dana bagi tujuan penyelidikan dan persediaan.


Perdagangan, sekatan dan kapitalisme

Malaysia ialah negara berpendapatan pertengahan, yang meletakkan kebergantungan terhadap perdagangan untuk menerajui pertumbuhan. Lazimnya, pasaran kami ialah negara kaya.

Sekarang, golongan kaya berhasrat untuk kita seimbangkan perdagangan, dengan memberi lebih banyak barangan mereka, demi memperbetulkan neraca ketidakseimbangan. Untuk itu, kita harus membayar lebih bagi mengimport barangan daripada golongan kaya. Pertumbuhan kami akan terencat, justeru yang kaya akan terus menjadi lebih kaya.

Perdagangan menjana kekayaan untuk semua dan kesan limpah ini dibuktikan selama ini. Malaysia ialah negara pedagang. Jumlah penduduk kami sangat kecil untuk menampung bekalan pasaran yang baik, justeru kita perlukan pasaran dunia.

Menerusi teknologi komunikasi terkini, kita berupaya melonjakkan aspek perdagangan di pentas dunia. Oleh itu, usah jadikan kami miskin dengan meletakkan paksaan membeli barangan yang tidak diperlukan atau demi mengurangkan kadar eksport.

Perang perdagangan adalah pembaziran. Memandangkan seluruh dunia kini menjadi pasaran untuk semua, perang dagangan hanya akan membantutkan potensi untuk semua mengaut kekayaan.

Kita juga menyaksikan sekatan dikenakan terhadap pelbagai negara. Kita tidak tahu apa peruntukan perundangan yang digunakan untuk melaksanakan percaturan seperti ini. Ia nampaknya keistimewaan golongan kaya dan yang berkuasa. Jika kita mahu sekatan, kita harus menggubal undang-undang berkaitan bagi mentadbir pelaksanaannya.

Hakikatnya, apabila sekatan dikenakan terhadap sebuah negara, negara lain turut terpalit sama.

Malaysia dan banyak pihak lain berdepan kerugian pasaran yang sangat besar apabila sekatan dikenakan terhadap Iran.

Saya percaya dengan kapitalisme, tetapi ia sudah menjadi ‘gila’ apabila matlamatnya adalah untuk mengaut keuntungan sehingga angka trilion. Ia adalah sesuatu yang berbahaya apabila seseorang atau sebuah syarikat untuk mempunyai jumlah wang sedemikian. Ia mampu mempengaruhi dan membeli kuasa. Oleh itu, wujudnya rangkaian perundangan antikepercayaan.

Kita lihat sendiri dalam Perjanjian Trans-Pasifik - TPP, apabila syarikat yang kaya memperuntukkan kuasa kepada diri sendiri untuk menyaman kerajaan. Terma perjanjian ini dirangka sendiri oleh mereka dan bukan semuanya seperti Bill Gates. Semuanya mempunyai agenda untuk memanipulasi kuasa berbekalkan kekayaan yang diperoleh mereka.



PBB - Percaturan seterusnya

PBB gagal memberi perlindungan terhadap golongan miskin daripada ‘wabak’ peperangan, namun ada aspek lain yang pertubuhan ini melakar kejayaan. Ia menyumbang kepada taraf kesihatan lebih baik, menangani penderitaan segelintir golongan miskin dan yang memerlukan.

Sememangnya, ia menyediakan aras keselamatan dan keamanan tertentu di sesetengah tempat yang dilanda konflik dalaman.

Ia boleh lakukan lebih daripada itu, tetapi pertubuhan ini berdepan kekangan dana. Pelbagai negara, termasuk yang kaya raya tidak menjelaskan bayaran mereka. Ia sesuatu yang memalukan.

Kita masih perlu menyokong PBB walaupun ia gagal menyekat peperangan daripada berlaku. Sumbangannya terhadap kesihatan, pendidikan dan keselamatan sosial menjadikan PBB sesuatu yang bernilai untuk terus dikekalkan.

Saya ingin berterima kasih kepada kakitangan dan pegawai PBB atas kerja serta dedikasi mereka, mencakupi pelbagai aspek ini.

Malaysia berupaya menyalurkan sumbangan dengan menyertai misi pengaman di pelbagai negara.

Saya teruja untuk menyaksikan sendiri tiba masanya apabila perkhidmatan mereka tidak lagi diperlukan, kerana negara ini mampu memastikan keselamatan tanpa bantuan pihak lain.

PBB seharusnya memainkan peranan penting dalam mengembalikan fungsi kerajaan yang dilanda kegagalan. Banyak negara berdepan kegagalan kerana jentera pentadbirannya tidak berfungsi dengan baik. Teknologi moden berupaya membantu tetapi latihan masih diperlukan untuk tujuan berkenaan.

Negara dan rakyatnya harus diberikan hak untuk mengekalkan budaya serta corak kehidupan mereka.

Sekiranya gaya hidup mereka menafikan hak asasi manusia orang lain, maka UNGA boleh campur tangan dengan mengenakan sekatan antarabangsa.

Bagi Majlis Keselamatan PBB, sudah tiba masanya pendekatan kuasa veto diubah suai sekiranya ia tidak mampu dimansuhkan sepenuhnya. Veto hanya sahih sekiranya dua kuasa veto bersama tiga ahli bukan veto mencapai persetujuan untuk melaksanakannya. Menerusi pendekatan sedemikian, penyalahgunaan kuasa akan dapat dikurangkan.

Tempoh 75 tahun adalah sangat lama. Kita tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan kejadian masa lampau. Kuasa veto tidak sewajarnya mempunyai tanggapan bahawa mereka tertakluk dengan perundangan dan norma antarabangsa.

Kini, senjata berkuasa yang baharu dan murah berupaya dihasilkan, malah membolehkan golongan miskin untuk mencipta serta menggunakannya. Jika kita tidak mentafsirkan peperangan sebagai perlakuan jenayah, keselamatan kita tidak akan dapat dikekalkan.

Kita harus ‘hidupkan semula’ matlamat utama pertubuhan ini - PBB. Kita harus hukum pihak yang mencetuskan peperangan. Kita wajar jadikan dunia aman untuk semua. Itu misi kita dan selamanya ia harus kekal sedemikian. Hanya jika kita berjaya menempa kejayaan berkenaan, kita boleh katakan kita sudah bertamadun.


bharian




Continue Reading...