Wednesday, October 16, 2019

tun m di hot FM





Tembubual eksklusif GPH bersama Tun M di Hot FM, esok!
WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Oktober 2019

GENG Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk, Shuib dan Fizie berpeluang bertemu pemimpin nombor satu negara pada 9 Oktober yang lepas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Temubual yang telah dirakam secara eksklusif GPH bersama YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad itu akan disiarkan secara eksklusif pada 15 Oktober 2019 (esok), jam 6 pagi hingga 10 pagi di Hot FM.

GPH nyata teruja dan menyifatkan peluang itu sebagai kenangan manis apabila dapat bertemu sendiri secara empat mata dengan Tun M serta mendapat nasihat berguna daripada pemimpin yang amat mereka kagumi itu.

Menerusi tembual tersebut, GPH sempat bertanyakan beberapa soalan kepada Tun M. Antaranya benarkah Tun M kuat merajuk berbanding isterinya, momen nakal Tun semasa zaman persekolahan bersama kawan-kawan dan banyak lagi.

Tun M juga sempat berpesan kepada pendengar setia Hot FM.

“Maju ataupun tidak seseorang atau sesuatu bangsa mahupun negara itu bergantung kepada nilai hidup pegangan mereka. Kalau bangsa itu rajin bekerja, beramanah dan mempunyai perasaan malu jika gagal, bangsa itu akan berjaya,” ujarnya.

Menurut Ketua Audiens Hot FM, Nik Nor Azura, tujuan pihak pengurusan membawa GPH bertemu Tun M adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada mereka sendiri serta buat pendengar setia Hot FM supaya dapat mengenali dengan lebih dekat tentang pemimpin nombor satu negara itu.

sinarharian

Share this article :

0 comments: