Saturday, December 14, 2019

tun m di qatar


YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad diberikan sambutan rasmi di Amiri Diwan sempena dengan lawatan rasmi empat hari beliau di Qatar. Ketibaan Dr Mahathir di Amiri Diwan pada 11.15 pagi waktu tempatan (4.15 petang waktu KL) disambut Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.‬

Sejurus selepas pertemuan empat mata bersama Emir Qatar, Dr Mahathir dan Sheikh Tamim menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi penubuhan Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi antara Menteri Luar kedua-dua negara.




Share this article :

0 comments: