Tuesday, July 28, 2020

dengarlah

No comments:


dengarlah

dengarlah suara
yang sering kausuarakan
dengarlah bahasa
yang sering kau lafazkan
dengarlah kata
yang sering kukatakan
dengarlah kebenaran
yang sering kau raihkan

mata tertutup
oleh debu kepalsuan
segenap yang salah
disapukan warna  terang
agar segalanya menjadi benar
hanya kau yang tampil
membuang debu
menutup warna
membuka suara
carilah kebenaran

hari ini segalanya terbukti
kau berdiri
di tangga kebenaran
dengan airmata
dengan luka luka

demi negara
semua kau sedia


Continue Reading...

Saturday, July 25, 2020

telinga yang mendengar

No comments:

telinga yang mendengar
suara dan gerak badan rakyat
begitu sang pemimpin
rakyat diuatam tak terbanding


Continue Reading...

Saturday, July 18, 2020

Friday, July 17, 2020

al-quran

No comments:
Tun Mahathir pesan..."Quran tu jangan dibaca sahaja, baca dan fahami juga maksudnya (terjemahannya)."

Buktinya, terdapat gambar Tun duduk di meja kerja di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di mana dalam gambar kelihatan senaskah al-Quran berwarna kuning di atas mejanya...yang mana penuh dengan penanda warna-warni.

Sungguh hebat...maknanya beliau mengotakan apa yang dikata.

Buat semua, terutamanya penunggang dan penungging agama, dengarlah nasihat Tun tu. Jangan guna ayat Quran hanya untuk kepentingan diri dan politik sempit anda sahaja.

Continue Reading...

Thursday, July 16, 2020

memilih kayu

No comments:
memilih kayu

biarlah aku memilih kayu
setidaknya ia tak menjerit di parlimen
dan tidak pula menyakiti dengan
sorak dan jerkah gila
biarlah dipanggil tunggul
ia tak akan melukakan
hati sesiapa
aku mula bosan
dengan manusia berhati kayu
berfikiran tunggul




Continue Reading...

aku milik segala

No comments:
aku milik segala

serakah apa yang meledak
ke dalam jantung dan kepala konon pemimpin
tiba-tiba mencanak jadi ketua dan duduk di kerusi parlimen 
bersidang dan berhujah jauh dari inti dan kupas bicara
tiada rasa hormat segan dan malu kepada diri sendiri
menjerit meraung macam disihir 
gelak dan ketawa sindir
malah airmuka sombong angkuh
mempamer gerak badan
aku berkuasa aku milik segalanya

tak bisakah sekejap merendah
memberi hormat dan mematuhi aturan
kamu bukan boboon yang masuk ke sangkar sarkis
kamu adalah yang terpilih
konon hebat membela agama bangsa negara dan maruah
tapi diri kamu 
tahi tersangkut di gelegar

jadidlah sejarah raung dan sorak
konon berkuasa dan hebat
penuh amarah dan benci menatap
hari kamu berdiri dan meraung raung
konon berjaya menguasai negara
esok kamu terlentang
jatuh dan menghirup lumpur
kamu akan mula mengerti 
barangkali


Continue Reading...

Tuesday, July 14, 2020

dia melangkah

No comments:

Langkah seorang pemimpin hebat dimata dunia. Tidak sesekali akan menoleh ke belakang. Tidak gentar dengan apa yang datang dihadapan. Tidak juga akan mengalah dengan mudah. Akan dihadapi dengan tenang.
Continue Reading...

Sunday, July 12, 2020

dia bagi dirinya

No comments:
Dia takda baca doa depan skrin camera tapi tak bermakna dia tak reti dan tak tahu baca doa.
Dia tak bertakbir depan skrin camera tp tak bermakna dia tak boleh dan tak pandai bertakbir.
Dia tak mengImamkan solat berjemaah depan skrin camera tak bermakna dia tak pernah jadi Imam solat berjemaah.

Dia membuat amal ibadatnya secara sembunyi².. hanya dia dgn Allah swt je yg tahu.
Dia bukan jenia Pemimpin yang hanya Propa depan camera.. depan rakyat dgn MENJUAL AGAMA untuk MEMBELI JIWA MELAYU ISLAM.

Tetapi ...
~Dia satu² Pemimpin Melayu Islam yang telah mengIslamkan ramai saudara baru. Seramai 52 orang saudara Baru telah di Islam di kediaman beliau pd waktu dia menjadi Timbalan Menteri Malaysia.
~Dia satu² Perdana Menteri Malaysia yang di Iktiraf oleh banyak Negara Islam Dunia sebagai Antara Pejuang Agam Islam yang Berpengaruh di dunia.
~Dia seorang pemimpin yang beragama Islam kerdil ini berani menyerang Yahudi dan negara Israel dlm ucapan di persidangan dan media antara bangsa.

Dia tak perlukan pengiktirafan dr rakyat Malaysia dalam soal Pejuangan beliau dalam menegakkan Syiar Islam dan tak perlu penilaian penyokong umpas/Bersatu Biru dalam soal amal ibadat beliau. Cukup hanya Allah swt yg memberi pengiktirafan dan penilaian di Akhirat nanti. In Shaa Allah.

Continue Reading...

Saturday, July 11, 2020

Friday, July 10, 2020

selamat ulang tahun kelahiran tun m

No comments:

Continue Reading...

klinik maha

No comments:
Klinik Maha - Cara Mahathir bantu warga tua dan susah




Tun Dr Mahathir telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.

Dr. Mahathir telah memulakan klinik beliau, Klinik MAHA pada tahun 1957 yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Dr. Mahathir merupakan doktor Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar ketika itu.

Menurut seorang bekas pesakit Maha Klinik, Zainol Aziz, dia tidak pernah membayar satu sen pun sepanjang mendapat rawatan di situ.

Menurut Zainol, beliau bukan sahaja yang mendapat perkhidmatan percuma, malah ramai penduduk di sekitar daerah ini khususnya golongan tua, kurang upaya dan kumpulan berpendapatan rendah mendapat layanan terbaik daripada Dr. Mahathir.

Selain tidak mengenakan bayaran kepada pesakitnya, layanan mesra pelanggan disertai dengan tutur katanya yang lemah lembut serta sikapnya yang suka mengambil berat tentang pesakitnya sehingga kini sukar untuk dilupakan oleh bekas pesakitnya.

Zainol menceritakan, Dr. Mahathir sering mempelawa rakan-rakannya atau orang-orang tua di kampung-kampung yang sakit agar datang ke klinik beliau untuk diberikan rawatan.

Dia (Dr. Mahathir) selalu kata kalau ada orang-orang tua yang sakit bawalah datang ke sini, dia tidak mahu ambil duit sebab dia nak tolong secara ikhlas,'' cerita Zainol ketika ditemui.

Zainol yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu bas dan hanya berpendapatan RM3.50 sehari begitu berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana merawatnya secara percuma.

Seorang lagi bekas pesakit Maha Klinik, Ismail Hussin juga mempunyai pengalaman yang sukar dilupakan semasa pergi mendapatkan rawatan Dr. Mahathir.

“Saya menaiki sampan selama hampir dua jam melalui Sungai Pasir dan Sungai Anak Bukit semata-mata untuk mendapat rawatan di klinik Dr. Mahathir di Pekan Melayu,'' katanya

Tambah beliau, Dr. Mahathir juga akan membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap pesakitnya meskipun beliau hanya mengadu demam biasa sahaja.

Kebanyakan orang tua dan orang kampung memang suka datang ke klinik itu kerana ia merupakan satu-satunya klinik milik orang Melayu di negeri Kedah, malah ada pelanggannya datang dari jauh hingga negeri Perlis.

Selain merawat pesakit di klinik, Dr. Mahathir juga akan memasuki kampung pedalaman jika dipanggil dan kadangkala terpaksa menumpang basikal atau motosikal jika kereta beliau tidak dapat sampai ke rumah pesakit.

Ditanya mengenai asalnya perkataan Maha, Dr. Mohamed Yacob berkata mungkin ia nama pendek Dr. Mahathir ataupun gabungan nama beliau dengan isterinya Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr. Mahathir bagaimanapun berhenti daripada merawat pesakit di kliniknya selepas dilantik sebagai Menteri Pendidikan setelah beberapa bulan memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974.

Walaupun telah bersara dari tugas merawat peakit secara fizikal, Tun Dr Mahathir terus menggalas tanggungjawab "merawat" negara dan masyarakat sehingga ke hari ini.
Continue Reading...

Saturday, July 4, 2020

rahsia buku kecil

No comments:
Rahsia buku kecil Tun M ,
“Jangan tunggu lama - lama , nanti lupa ”



Tun Dr Mahathir Mohamad akan sentiasa membawa buku catatan kecil mana - mana jua dan mencatatkan nota dengan segera tentang tindakan yang perlu dilakukan anggota Kabinet .

“ Saya catat masa itu juga .
Jangan tunggu lama - lama ,
nanti lupa .
Tulis apa yang boleh kita ambil tindakan ,”

Dalam pertemuan dengan media Malaysia itu , beliau turut mengeluarkan buku nota kecil itu tetapi tidak membenarkan membaca apa yang tertulis di dalamnya .

“ Depan pun bubuh ( tulis ) ,
belakang pun bubuh , ” katanya sambil menyelak buku kecil berkenaan .

Beliau turut mempunyai catatan dalam buku kecil berkenaan ketika berada di London .

Dr Mahathir berkata ,
beliau akan membacakan catatan dalam buku berkenaan pada mesyuarat Kabinet ,
yang dipengerusikannya .

“ Saya lihat apa yang perlu dilakukan ,
saya tulis nota di sini ( buku ) .
Bila mesyuarat Kabinet ,
saya sebutlah benda ini . ”

“ Sebagai perdana menteri ,
saya bertanggungjawab secara keseluruhan , yang jalan tugas menteri - menteri . ”

“ Saya kena beritahu menteri kalau ada sesuatu yang perlu diketahui menteri itu ,
supaya dia ambil tindakan , ”
Continue Reading...